Tuesday, December 22, 2009

MUNCUL KEMBALI (587)

Kerajaan Pas Kelantan tidak perlukan sokongan kaum India lagi

SEORANG
penjenguk berketurunan India yang mendkawa peminat setia blog Melikapakjangak, M. Rajaratnam menghantar email dengan dakwaan bahawa Kerajaan Pas Kelantan tidak perlukan sokongan kaum India.


Mungkin kerana kami hanya kaum minoriti di Kelantan dan kami dlihat bagaikan sampah sarap, umpama melukut tepi gantang atau macam yang MKJ selalu tulis seperti sesudu gula dicampak ke laut tidak mampu manis air selautan dan segengam garam dicampak ke sebatang sungai tidak mungkin mampu memasinkan airnya, tulisnya.

Tulisnya lagi kaum India seluruh Kelantan terluka hati, malah kami rasa terhina dan tida ada guna kepada Kerajaan Pas Kelantan apabila ketua kaum India Kelantan, Musa Amin tidak disambung perlantikkanya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) walaupun mesyuarat Pas Kawasan Kota Bahru mencalunkan namanya.

Kami difahamkan namanya tidak ada dalam sebarai cadangan peyambungan perlantikkan yang dihantar oleh Pas kawasan ke Badan Perhubungan Pas Kelantan. Maknanya ada pihak atau individu yang sengaja berbuat demikian dan sengaja untuk tidak mengguna pakai keputusan mesyuarat, tulis
M. Rajaratnam.

Seterusnya
M. Rajaratnam. menulis, dulu Musa pernah digugurkan sebagai ahli mesyuarat MPKB tetapi apabila kerajaan Pas hanya mampu mengekalkan kerajaan dengan majoriti tenat pada pilihanraya umum ke-11, beliau dipujuk supaya menerima semula yawaran perlantikkan sebagai ahli mesyuarat MPKB walaupun beliau berkeberatan.

Tetapi kini setelah Kerajaan Pas Kelantan kembali mendapat majoriti kukuh, Musa diketepikan. Nampaknya Musa yang merupakan India Muslim yang banyak berjasa kepada masyarakat India hanya diperlukan ketika saat sukar sahaja, bila senang beliau dipersampah-sarapkan, tulis
M. Rajaratnam lagi.

Tokok
M. Rajaratnam. dalam emailnya, kalau nak dikatakan Musa melebihi tempoh masa yang menjadi syarat perlantikkan, beliau bukannya dilantik berkesinambungan. Ada ahli mesyuarat MPKB bernama Aidi Hassan (kalau tidak silap saya) terus dilantik walaupun tempoh perlantikkannya berkesinambungan mencecah angka 13 tahun sedangkan syarat perlantikkan hanya setakat 10 tahun dan kena digugurkan baru boleh dilantik semula.

Ada bantahan dibuat terhadap perlantikkan langgar syarat Aidi yang mana kemuncak bantahannya, Ketua Dewan Pemuda Pas cawanan Berek 12 telah meletak jawatan. Salinan surat perletakkannya saya attach bersama dan kalau boleh tolong MKJ siarkan dalam blog, tulis
M. Rajaratnam.

Tulisnya lagi, sebagai seorang peniaga yang berjaya, termasuk memiliki kedai runcit bertaraf mini market di Berek 12, walaupun tidak dilantik sebagai ahli majlis meyuarat MPKB, Musa tidak akan kebulur kerana apa sangatlah RM1,.000 elaun sebulan sebagai ahli mesyuarat MPKB. Solanya kami kaum India, tanpa beliau kepada siapa mahu kami salurkan masalah kami.

Kami menghormati Musa kerana beliau tidak pernah kenal erti penat dan jemu bagi membantu kaum India walaupun kami berlainan agama. Tanpa ada sebarang kuasa dan saluran, macam mana beliau boleh bantu kami lagi. Bagi kami menolak Musa samalah menolak kami, tokok
M. Rajaratnam.

3 comments:

HERO RAKYAT KITO said...

sya terkejut mlihat artikel ini...sbagai seorang yang berbangsa India, saya berasa amat terkilan jika kami disisihkan seperti ini...

apa erti sokongan kami selama ini?????????

Baka India Muslim, emak Melayu tulen said...

Yang boleh memberi keadilan hanya BN. Tak guna sokong parti pembangkang yang lebih banyak beretorik.

Itu barubekerajaan di Kelantan, kalau memerintah Malaysia bayangkanlah kesan padahnya.

India bini Melayu said...

Rasanya masalah yang berlaku melibatkan Pas Kawasan Kota Bharu, bukannnya babitkan kerajaan Pas Kelantan.

Macam mana pun isu ini besar dan boleh menyebabkan akan kehilangan sokongan dari kaum India.

Pas Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan kena ambil serius, kena cegah sebelum parah.

Mungkin kepada Musa tak jadi masalah, dia taueh besar tetapi hati dan perasaan kaum India kena ambil kira. Musa tu pemimpin penting mereka.