Tuesday, December 22, 2009

MUNCUL KEMBALI (588)

12 bakal doktor tidak ada nilai bagi Kerajaan Pas Kelantan

BLOG saya sudah jadi macam pusat menerima dan memproses aduan awam pula. Selain dari menerima aduan kaum India, saya turut terima email dari seorang bapa kepada bakal 12 orang doktor yang mendakwa 12 bakal doktor tidak ada nilai bagi Kerajaan Pas Kelantan.

Anak saya bersama 11 lagi anak Kelantan adalah pelajar perubatan di Andalas Universi
ti di Padang, Sumatera yang dilanda gempa bumi. Mereka dibawa pulang ke negara ini dengan pesawat tentera udara bersama para pelajar Malaysia dari negeri lain, tulis bapa berkenaan yang minta namanya jangan disiarkan.

Pelajar dari neg
eri lain, tokoknya dalam email yang dihantar, sebaik sahaja turun dari pesawat mereka diangkut pulang dengan bay khas yang disediakan oleh kerajaan negeri masing-masing. Tapi khidmat yang sama tidak disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Selain dari menerima bantuan dari kerajaan pusat sebanyak RM2,000 anak saya dan 12 rakan senegeri tidak pernah menerima apa-apa sumbangan dari kerajaan negeri sedangkan pelajar dari Melaka dan Pahang dikatakan menerima sumbangan antara RM5,000 hingga RM10,000 dari kerajaan negeri masing-masing.


Tulis bapa itu lagi, sebagai pelajar tahun pertama beliau telah membayar RM17,000 kepada niversiti tempat anaknya belajar dulu dan gara-gara bencana
gempa bumi dan anakya tidak lagi belajar di universiti asalnya, namun bayaran RM17,000 tidak dikembalikan oleh pihak universiti.

Kini, tokoknya melalui email yang dihantar, anak saya menyambung belajar di sebuah universiti swsasta dalam negara bagi menghabiskan pengajiannya dan beliau terpaksa membayar sebanyak RM25,000.

Ada rakan-rakan anaknya yang merupakan pelajar lebih senior sudah membayar RM50,000 ke universiti asal di Andalas.


Tetapi sayangnya tidak ada sebarang inisiatif diambil oleh Kerajaan Pas elantan untuk membantu meringankan bebanan kami sebagai ibubapa kepada bakal 12 orang doktor wal;aupun rombongan kerajaan negeri pergi ke Padang memberi bantuan kepada mangsa gempa, tulisnya.

Macam mana mangsa gempa rakyat Indonesia di Padang boleh dibantu dan diberikan bantuan sampai berebut untuk jadi lebih jaguh dengan Umno dalam menderma tetapi mangsa trage
di yang sama terdiri anak negeri sendiri tidak dihirau jubur-taik, soalnya.

Katanya kumpulan pelajar terbabit ada menghantar surat memohon bantuan dari Kerajaan Pas Negeri Kelantan yang ditujukan kepada Menteri Besar tetapi sehingga saat tragedi gempa itu sudah mula dilupakan, 12 bakal doktor anak Kelantan yang terlibat dalam tragedi itu belum dapat satu sen belah 4,444 pun dari Kerajaan Pas Kelantan.


Ke mana perrginya wang dari Tabung Serambi Mekah? Kenapa ianya tidak dialirkan kepada bakal 12 doktor anak Kelantan atau apakah 12 bakal doktor tidak ada sebarang nilai kepada Kerajaan Pas Kelantan, soalnya lagi.

Saya ada attach surat kumpulan pelajar yang dihantar kepada Menteri Besar dan nama nama serta alamat penuh pelajar terbabit. Tolong tuan siarkan sebagai bukti, pintanya.

JIKA DIPERHATIKAN PADA SALINAN SURAT YANG DIHANTAR, IANYA SUDAH PUN DALAM PENERIMAAN PEJABAT MENTERI BESAR. APAKAH IANYA SUDAH ADA DALAM MAKLUMA MB, SUKAR UNTUK DIPASTIKAN.

5 comments:

bekas plajar MRSAM(SEKULAR) said...

KANTAKTOR KENA JADI OKU BARU DAPAT PROJEK
Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

joostspring said...

sumbat ko gapo mu ni...

puak2 pas pun buwi ko kroni dia jugak kl buat projek..di kelate tu ada ko ore umno bleh projek dr kerajaan negeri kelate??

napok lajok mu ni bodo dan jenis taksub menbabi buta..

axsoh dok kencing la dlm dunia ni xdok amalan kroni..

nik ajis mu pun amalkan kronisme..

Anonymous said...

kalu nak hantar komen biar berkaitan dengan isu yang dibangkitkan. bekas plajar MRSAM(SEKULAR)gomo ikut dan, barang tak berapa segar mana juga budak ni.

MKJ sepatutnya ta lepas komen-komen mengaban lagu ni.

HERO RAKYAT KITO said...

kawe raso kerajaan klate patut tlg bakal2 doktor ini...anak jati negri kito...kalu x kito,sapo lg boh

HERO RAKYAT KITO said...

sebagai sebuah kerajaan berkebajikan, sepatutnya kerajaan perlu lebih cakna dalam membantu RAKYAT KITA SENDIRI...

kera di hutan disusu, anak di rumah mati kelaparan

begitu lah ibaratnya situasi sekarang...

jangan hanya pandai berpidato di depan rakyat...di belakang habuk pun tarak...

exco pendidikan sepatut tnya bantu menteri besar dalam hal ini...walaupun pelajar ini bukan tajaan kerajaan tetapi mereka tetap rakyat kelantan..

dikala negara kekurangan tenaga doktor, kerajaan perlulah lebih cakna dalam masalah ini...

satu kerugiaan yang amat besar jika mereka ini tidak dibantu...

fikir2 lah wahai pemimpin ku...rakyat demo...tanggungjawab demo la...ko guano???