Thursday, December 24, 2009

MUNCUL KEMBALI (595)

Kunci mulut atau terguris hati?

SEBELUM saya pergi lebih jauh, bersama-samalah kita meneliti apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik laporan berikut;


Ahli Parlimen 'import' tutup mulut

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ahli-ahli Parlimen 'import' Pas di Kelantan mengambil jalan selamat dengan mengunci mulut berhubung pendirian Pas negeri itu yang akan mempertimbangkan hanya calon tempatan sahaja bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak lain untuk menilai prestasinya.

''Saya enggan komen, tidak manis kerana saya merupakan orang yang terlibat secara terus dakan dibincangkan dalam mesyuarat Pas negeri.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Muhammad Daud yang mengemukakan cadangan itu.

Pada PRU lalu, Pas Kelantan memperuntukkan tiga kerusi Parlimen kepada pemimpin tertinggi parti itu yang berasal dari luar.

Sementara itu, Saifuddin yang berasal dari Kedah merupakan satu-satunya calon PKR yang bukan anak tempatan bertanding di kerusi Parlimen negeri ini.

Pakatan pembangkang ketika itu memperuntukkan sebanyak tiga kerusi Parlimen di negeri ini untuk ditandingi PKR iaitu Parlimen Machang, Tanah Merah dan Ketereh. Mereka memenangi kesemua kerusi tersebut.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Hatta ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen mengenai cadangan Pas negeri itu.

Beliau memberikan reaksi ringkas: "Saya rasa cukuplah dengan kenyataan Salahuddin itu, saya tidak mahu tambah apa-apa."

Mengulas isu sama, Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR berkata, cadangan itu tidak membabitkan calon PKR, malah ia lebih terarah kepada calon Pas sahaja.

''Komen Menteri Besar itu hanyalah berkisar mengenai calon Pas. Tidak ada kaitan dengan PKR. Jadi terserah kepada Pas,'' katanya.

Yang berputar dalam otak kepala saya, malah saya yakin turut 'mmuta-ligat' dalam kepalanya maklhuk di langit dan dibumi ialah betulkah ahli-ahli Parlimen 'import' Pas di Kelantan mengambil jalan selamat dengan mengunci mulut berhubung pendirian Pas negeri itu yang akan mempertimbangkan hanya calon tempatan sahaja bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti atau terguris, terkilan, terluka dan terasa hati tercalar perasaan menyebabkan mulut mereka terkunci.

Kecuali kalau memang mati rasa dan rosak sarah perasaan, saya tidak yakin seandainya diusung dengan tandu emas sekali pun untuk terus dikekalkan bertanding di kawasan yang diwakilinya sekarang atau mana-mana kawasan, termasuk jika bertanding bagi kawasan untuk membolehkan dan dijanji jawatan Menteri Besar atau angota exco sekalpiun, Ustaz Nasaruddin Mat Isa tak akan bertanding lagi di Kelantan.

Segala penghinaan dan perhambat-halau ke atasnya kerana salahnya menyokong gagasan presiden yang akan pasti dilihat sumbang jika beliau menyanggah tidak akan mudah dilupakan. Walaupun lukanya sembuh, parutnya tetap ada. Ustaz Nasharuddin akan lebih wali dari segala wali kalau boleh lupakan penghinaan dan perambat-halau ke atasnya.

Sebagai batang cangkul yang membidas dahi kerana matanya dipijak memang tidak akan terasa apa-apa, malah mungkin menganggap biasalah bila matanya dipijak secara otomatik ulunya akan membidas dahi. Tetapi bagi yang benjol kalau pun tidak pecah dan berdarah kepala kerana bidasan, segala sakit perih kerana bidasan akan segera tergambar pada setiap kali terpandang batang cangkul.

Saya yakin apa yang berlaku kepada Ustaz Nasharuddin, tempias dan percikkannya tetap akan terpalit sama ada pada calon-calon import yang lain. Kalau Ustaz Nasharuddin pernah kena, tidak mustahil giliran mereka juga akan sampai. Seandainya mereka tersalah terkentut dengan bunyi yang kuat, akan dianggap sudah lepaskan bom nuklear.

Justeru, saya yakin kalau pun tidak ada saranan supaya hanya calon anak tempatan dicalonkan bertanding di Kelantan pada pilihanraya umum akan datang, calon-calon import yang sedia ada mungkin tidak berminat untuk terus bertanding di Kelantan, kecuali bagi mereka yang ada kecederaan pada deria perasaan.

Macam mana pun apa yang akan berlaku nanti bergantung kepada masa dan keadaan menentukannya. Orang yang tidak berparti politik macam saya hanya boleh membuat andaian, ramalan dan firasat tetapi tidak mampu mengatasi atau meminda takdir-Nya.

Kalau dilihat kepada matlamat perjuangan Pas yang perlu global kerana Islam itu itu sendiri lebih global dari segala global, semangat ke negerian tiak patut timbul kerana ianya akan terangkum dalam kateegori 'kebangsaan' yang ditentang oleh Pas. Siapa jadi wakil rakyat dan dari mana asalnya tidak penting, yang paling penting adalah kualiti perkhidmatan kewakil-rakyatan.

Kalau sebagai wakil rakyat tidak kira bagi kawasan parlimen atau DUN gagal menjadi wakil rakyat yang berkualiti dan rakyat tidak mendapat sebarang faedah, bukan sahaja calon import tetapi calon tempatan juga tidak patut dipertimbangkan untuk menjadi calon atau mempertahankan kerusi yang yang disandang.

Ianya bukan hanya terhadap kepada calon-calon dari Pas tetapi juga kena merangkumi semua parti, lebih-lebih lagi Umno/BN. Ketidak-berkualitian seseorang wakil secara tidak langsung akan merosakkan reputasi sesebuah parti sama ada parti pendukung kerajaan mahu pun pembangkang.

6 comments:

Anonymous said...

Mengapa UMNO Kelantan tak bawak jugak calun "import" yang berkualiti tinggi spt PAS buat sebelum ini? Umno bawalah Rais yatim kee, Najib kee, hishamuddin kee, khairy ke, rafidah aziz kee, sahrizat ke... baru ulasan ini relevan dengan kejengkelan PAS tu..

Jusoh Selok Kero said...

Orang Umno ada kawasan sendiri, tak gila nak jadi wakil rakyat macam orang Pas. Tau-taulah bakpo tokoh-tokoh Pas berebut nak ttading Kelantan, antaranya kerana mudah nak menang.

Orang Kelantan asal pakai kopah, jubah dan cakap Islamik sikit, mudah buwi undi.

Anonymous said...

Jusoh selok kera kata ... "Orang Kelantan asal pakai kopah, jubah dan cakap Islamik sikit, mudah buwi undi." ... BETUL KE jusoh?

Bakpo calun2 UMNO anak Kelantan, spt awang adek, nuar musa, fahmi salleh, sazmi miah,ust dR. wajdi dasuki, Hanafi mamat, dollah mat yasin, dll.... tak pakai kupiah, jubah & cakap islamik sikit... kalu2 mudah dapat undi orang Kelantan?

rasa ambo la.. orang kelantan tok la sebodo fikiran puak2 spt Jusoh selok kera nih .. ore klate benci ko puak2 dok kekah duit rakyat... kaki maksiat... benci calun2 dok sokong pemimpin2 korup ... curi C4, curi enjin k/terbang F5E, curi tok wakil PR DUN Perak, curi PI Bala, curi duit FELDA, curi duit PPRT, curi duit bantuan banjir, curi duit bantuan buku teks, curi duit projek2/ kontrak2 buat kerja tipu, .... yang terkini & sensasi adalah umno kelantan dok pakat curi DUIT ROYALTI MINYAK RAKYAT KELANTAN.....

Dalam PRU13 nanti... Baik ambo ramai2 pangkah lagi YB2 Sallehudiin Ayub, Dr. Hatta Ramli & Saifuddin Nasation yang dok lawan pencuri2 kolar putih produk sekular UMNO nih... Biar puok2 Umno anak kelantan yang korup & takabur dengan hukum hakam Allah ni mati pozet...

Kita tak taksub kepada semangat assobiyah.... Ambo suka budak2 jjurus ... berani,.. dan berkualiti... walaupun bukan anak kelantan! PAS Kelantan kena fikir masak2!

Malaikat munkar nakir tanya: siapa saudara2 kamu, jawabnya: seluruh orang2 beriman ... (kalu jawab anak kelantan saja (termasuk kaki rasuah, judi, arak, betina..).. alamat nak kena ketuk le tu.)

Jusoh Selok Kero said...

Pah kalu puak-puak Umno curi belako segala harta bennda di negara ini, orang bukan Umno bolehh makan begapo? Peneroka FELDA kena makan pelepah kelapa sawit?

Hak curi enjin pesawat tentera tu orang tentera. Tak tau orang Umno ko atau orang Pas ko lagi.

Minyak tokdan cedok lagi, boleh curi doh? Tak ko pelik ko namanya tu. Biso orang Umno ni, deh.

Hak nak curi wakil rakyat Nuar Brehin, tapi orang PR sediri lopat, bukan masuk Umno pun tapi jadi wakil rakyat Bebas. Umno juga jahat ko?

Bantuan banjir dan PPRT tu hak Pas buwi hasil kutipan derma ko. yang demo boleh kata orang Umno curi macam demo ada rekod. Kalu pakai agak baik toksoh, orang Pas pun brdoso jugak klu belawok dan tabur fitnah.

Kontrak tipu? Demo soh ko kontyraktor orang Umno. Takut dia orang Pas, buat sabotaj dok ko?

Kala orang Umno suka buat mkasiat gat, maknanya puak-puak Pas dok bubuh bin dan binti la anak masing-masing, pak sebenar bokali orang Umno, mugo punggo bini orang Pas kena baham ko orang Umno hak tak ret doso palo belako kalau ikut persepsi demo gat.

Anonymous said...

Jusoh selak kera.. mana ada ore ccuri dia tak amik semo? Orang2 dok ccuri tu orang lain tapi ketua2 para pencuri hak rakyat ni sapa? Mu gi kira harta puak2 ketua bahagian/ AJK parti .. ada yg ngaji tak tinggi ... nniga tak besar... tapi tut-tut.. cepat kaya.. lagu mana? Begitu jugak buat maksiat, tak semestinya baham punggo bini orang PAS baru maksiat... hok dok zina dengan siam, cina, berjudi minum arak, dadah ... tak kira sapa... tu pun maksiat.

Selok kera sungguh kalu dok kira dgn ore keras keng saja.... tak sir pakai akal...

Jusoh Selok Kero said...

Bila kaya gat curi, tipu. kecong selalu. Demo tau ko lagu mano susahnya orang yang kaya berusaha untuk jadi kayo?

Demo ingat orang Pas jah ko tau doso palo, orang Umno tak reti doso palo.

Banyok orang Pas sesok lepas jadi tok wakil jadi kayo atau anak beranok dan gu-guru rapat tok wakil Pas kayo boktan boleh kawasan balak, jadi broker pembangunan lembah sireh, broker jual ladang sungai terah, jual tapak base camp tu lagu mano. Mereka curi, tipu, kecong jugak ko.

Hok budok Pas menikoh pakai agen nikoh palsu tu tak kiro berzina ko? Kawe orang sempadan dengan Golok. Har-hari masuk Golok. Jenis kilas ppiah bila masuk Golok ni ramailah juga. Jenis pakai ppiyah ni orang Pas ko Umno?

Seta lagi nak masuk ni. Kalu demo nak kelh tengok, mari ikut kawe.