Sunday, December 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (600)

Cahaya Di Hari Akhirat

DI HARI akhirat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Pertama seperti bintang-bintang.
* Kedua seperti cahaya bulan.
* Ketiga seperti cahaya matahari.

Dari mana datang cahaya-cahaya itu?

Cahaya yang pertama adalah cahaya wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Cahaya yang kedua wajah mereka yang mengambil airsembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga adalah wajah mereka semasa di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Apakah susah untuk kita lakukan bagi mendapatkan cahaya-cahaya itu? Kalau tidak susah, kenapa kita tidak lakukan?

No comments: