Sunday, December 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (601)

Bercakap ketika azan jadikan kita kelu ketika sakaratulmaut

SETIAP yang bernyawa wajib mati, cuma tidak dketahui bila, di mana dan dalam keadaan yang macam mana akan mati.

Kita juga barangkali pernah tengok orang yang hampir ajalnya tdak dapat berkata-kata,lidahnya kelu. Hanya melalui mimik muka cuba dimaklumkan tentang kesakikatan saakaratulmaut yang sedang dihadapi.

Ada pula orang yang kita namakan tidak lalai dalam menghadapi saat kematian, boleh bercakap-cakap dan habis nafas dengan iringan kalimah syahadah.

Ada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jikatidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang, apatah lagi berbual dengan kawasan.

Orang Islam kena menghormati azan kerana tidak ada seruan sesuci seruan azan. Kita kena sentiasa ingat sabda baginda bahawa sesiapa yangberkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita kena takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah, Lailahaillallah.

Sesungguhnya sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, dijanjikan syurga untuknya. Justeru untuk apa kita bercakap ketika azan berkumandang kalau kerananya pada waktu nazak kita nanti lidah kita akan dikelukan.

Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (seperti yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) mu'azin itu akan mendapat pahala umat Islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
Begitulah kelebihannya yang Allah berikan kepada mu'azin.

Justeru bertuahlah bagi sesiapa yang ada anak lelaki yang ditakdirkan menjadi mu'azim atau yang sentiasa merebut peluang melaungkan azan setiap kali masuk waktu sembahyang.

2 comments:

Anonymous said...

Tima kasih abe li dengan ilmu yang begitu bermenafaat untuk di kongsi bersama.

Anti hipokritsme said...

Kawe tengok ramai yang masih bercakap-cakap bila bilal bang, malah ketika gamat pun masih ada yang bergurau dan bercuit capit. Kawe tengok tok man dan pemerli kuliah Maghrib pun masih bercakap ketika bang berkumandang. Kalau bunyi lagu negaraku, hak do berjalan pu berhenti cacang. Tidak ko pelik

Ketika tok kotob baca khutbah pun ramai yang dok berbual. Orang lagu ni macam mana Meli?