Sunday, December 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (602)

Sepak takraw: pandangan pakar perlu diambil kira

SAYA amat bersetuju dengan bekas jurulatih sepak takraw negara, Hassan Sulaiman bahawa rombakan pemain secara besar-besaran ekoran kegagalan di Laos bukan satu pendekatan yang terbaik dan berkesan kepada kerana pembentukan regu yang serasi masih menuntut satu tempoh yang lama dan bukan mudah apatah lagi Malaysia bakal menghadapi Sukan Asia Guangzhou, tahun depan.

Sebaliknya Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu segera memulihkan skuad elit negara dengan langkah drastik dan meninggalkan kaedah latihan yang lapuk. Antaranya tekong dan kedua-dua apit perlu berani mempelbagaikan corak permainan di samping wajar dibekalkan dengan 'senjata sulit' sebagai penyelamat apabila berdepan keadaan terdesak.

Skuad negara tumbang kepada Laos dan Vietnam yang menenggelamkan pencapaian sebutir pingat perak dan sebutir gangsa Sukan SEA XXV, baru-baru ini, malah dianggap ditimpa 'Malapetaka Gelombang Ketiga' selepas Piala Raja Thai di Bangkok dan Kejohanan Dunia Piala Malaysia di Kuala Terengganu, Julai dan Mei lalu.

Saya sekali lagi bersetuju denan Hassan Sulaiman yang merupakan jurulatih pertama yang membantu Malaysia menjulang Piala Raja Thai pada tahun1985, bahawa tragedi kempunan emas ukan SEA Laos wajar dinoktahkan dan kini masanya untuk pihak yang bertanggungjawab, bangkit segera memulihkan skuad elit negara dengan langkah drastik dan meninggalkan kaedah latihan yang lapuk.

Kita kena yakin dan menerima hakikat bahawa sepak takraw bukan lagi permainan suka-suka. Ia harus ditakrifkan satu peperangan - sama ada dia 'bunuh' kita atau kita 'bunuh' dia, perlu diterapkan kepada setiap pemain. Gelanggang ibarat medan tempur kerana kedua-dua pihak akan berusaha menyedia dan mengeluarkan senjata untuk memusnahkan lawan.

Justerupada saya seseorang tekong atau kedua-dua apitnya perlu dibekalkan jurulatih tentang taktik dan taknik 'menyebabkan lawan terpukau' , malah kena ada kreativiti untuk mencipta sendiri teknik sepakan dan pukulan istimewa sebagai senjata terakhir pada saat genting sekali gus memastikan kemenangan.

Kalau dalam tahun-tahun 80-an Hassan Sulaima sebagai jurulati berjaya mencipta kehebatan bintang sepak takraw 80-an seperti Azman Ismail, Adnan Saidin, Raziman Hassan, Subari Said dan ramai lagi di samping bintag-bintang itu mencipta sendiri taktik dan teknik, kenapa perkara yang sama tidak boleh dilakukan sekarang ini.

Corak permainan yang terlalu bergantung kepada nasib sedangkan ia boleh diubah dan dipelbagaikan kepada corak pantas, berhelah dan perlahan atau memanfaatkan kedua-dua apit itu yang masing-masing boleh menjadi pelibas kembar, tidak wajar menjadi amalan jika sep[ak takraw negara tidak rela lagi ditinggalkan Thailand mahupun terus menerima aib penanangan Myanmar, Indonesia, Jepun Korea Selatan, Vietnam dan Laos.

Sekali lagi saya mahu ulangi kebersetujuan saya dengan pandangan Hassan Sulaiman bahawa rombakan pemain secara besar-besaran ekoran kegagalan di Laos juga masih bukan satu pendekatan yang terbaik dan berkesan kerana pembentukan regu yang serasi masih menuntut satu tempoh yang lam.

Sebaliknya para pemain yang ada perlu diberi latihan dan rangsangan bahawa mereka mamp jadi juara dan mencipta kehebatan demi negara. Sesungguhnya selain dari bakat, latihan dan kemahiran, semangat juga boleh menjadi tonik untuk mencipta kejayaan.

No comments: