Monday, December 28, 2009

MUNCUL KEMBALI (606)

Benci rokok patut dijadikan budaya hidup tahun 2010

KITA sedang melangkah masuk ke tahun 2010 dan dan kini kita berada di ambangnya. Sama ada kita bersedia atau sebaliknya, pada masa yang sama kita kena menerima hakikat terpaksa terpisah dan ditinggalkan oleh tahun 2009.

Ada kejayaan dan kegagalan yang dialami pada tahun 2009 , ada yang menyebabkan ktita ketawa dan menangis pada tahun yang sama. Jaya atau gagal, ketawa atau menangis adalah lumrah dalam kehidupan.

Antara yang masih mengekalkan kegagalan pada tahun 2009 sebagai mana pada tahun-tahun sebelumnya adalah kempen kurangkan tabiat merokok yang membudayai hidup 1.3 bilion (1,300 juta) penduduk dunia, termasuk 4.6 juta daripadanya adalah di Malaysia.

Ketagihan tabiat merokok di kalangan penduduk dunia pada waktu ini nampaknya mencapai tahap yang sangat serius sehingga menurut laporan akhbar Utusan Malaysia dari Mekah baru-baru ini, pada musim haji tahun ini sebanyak 1.5 juta risalah dalam pelbagai bahasa dunia diedarkan di Mekah dan Madinah bagi memastikan kedua-dua kota suci itu bebas dari asap rokok.

Pengarah Pengawasan Program Kawalan Tembakau, Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Majed Al-Muner, menurut laporan Utusan Malaysia lagi dipetik sebagai berkata, Kerajaan Arab Saudi menuntut kerjasama para jamaah haji supaya menjadikan Mekah dan Madinah sebagai kawasan paling kurang orang perokok.

Bagi maksud itu, kawasan sejauh lima kilometer dari Masjidil Haram (Mekah) dan juga Madinah digezetkan sebagai kawasan dilarang merokok dan kawasan dilarang menjual rokok.

Tabiat merokok bukan sahaja membahayakan perokok itu sendiri tetapi orang yang tidak merokok, termasuk bayi ikut turut sama terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit kronik kerana tersedut atau menyedut udara yang dicemari asap rokok yang dihembus oleh perokok.

Tindakan kerajaan Arab Saudi itu secara tidak langsung membuktikan bahawa ancaman asap rokok mencapai tahap yang sangat kronik. Ertinya kempen anti merokok dan hasrat menjadikan udara bersih dari asap rokok bukan hanya merupakan program berkala bagi negara ini tetapi ia juga menjadi usaha dan tindakan proaktif pelbagai negara.

Soalnya kenapa perokok memilih untuk merokok yang boleh menyumbang kepada bawaan pelbagai penyakit dan tidak memilih hidup sihat tanpa rokok dan hembusan asap rokok perokok sehinggakan dalam memenuhi hajat ketagihan dan gian merokok, sama ada disedari atau tidak, mereka sanggup ditipu.

Kajian firma penyelidik pasaran bebas antarabangsa dari United Kingdom, TNS, mendapati satu perlima kotak, yakni sekotak dari daripada lima kotak rokok yang dijual di Malaysia adalah rokok tiruan, Ianya merupakan suatu tempelekkan kepada para perokok di negara ini yang pada masa ini dikatakan berjumlah 4.6 juta orang.

Setidak-tidaknya selain dari mereka akan bertanya kepada diri sendiri kenapa mereka mesti mencari penyakit dengan tabiat merokok yang diberi amaran oleh Kerajaan Malaysia: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, pastinya mereka juga akan bertannya kenapa mereka mesti membiarkan diri menjadi mangsa penipuan dalam memenuhi desakan kemaruk dan gian merokok.

Dengan jumlah rokok yang dibeli berjumlah 16 bilion (16,000 juta) batang setahun oleh 4.6 juta perokok di negara ini dengan purata jumlah setiap kotak mengandungi 20 batang rokok, maka rakyat negara ini boleh diandaikan telah membayar sejumlah wang bagi pembelian 201, 600,000 batang rokok tiruan setiap tahun.

Didasarkan kepada purata harga semasa sebatang rokok adalah 50 sen, maka dari RM8 bilion (RM8,000 juta) yang dibelanjakan untuk membeli rokok sebanyak 16 bilion batang setahun, sebanyak RM105,300.000.00 daripadanya telah dibelanjakan bagi membeli rokok tiruan.

Jumlah wang yang begitu besar milik perokok yang sekaligus merupakan aliran tunai negara, tanpa disedari bahawa selama ini wang negara yang tidak patut mengalir keluar, telah mengalir ke Filipina, Indonesia dan Korea Selatan setiap tahun yang merupakan negara-negara yang dikenalpasti membawa masuk rokok tiruan ke negara ini dan telah dibeli oleh perokok di Malaysia.

Selain dari atas kepentingan kesihatan, para perokok patut segera memberhentikan tabiat merokok supaya mereka tidak terus menjadi mangsa penipuan, sekali gus tidak menjadi warga negara yang telah terbabit secara langsung dalam pengaliran keluar wang negara yang sepatutnya tidak mengalir keluar.

Budaya merokok sebagai budaya hidup patut diganti dengan memnenci tabiat merokok sebagai budaya hidup sebagai azam rakyat negara ini yang bukan sahaja cintakan negara tetapi yang cintakan diri sendiri, anak isteri dan jiran tetangga sebagai azam baru tahun 2010.

WHO meramalkan jumlah perokok dunia akan meningkat daripada 1.3 bilion sekarang kepada 1.7 bilion pada tahun 2025 tetapi jika didasarkan kepada peningkatan yang begitu ketara berbanding dengan statistik pada tahun 2000 yang mana jumlah perokok dunia hanya berjumlah 1.1 bilion tetapi meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2003 yakni peningkatan jumlah sekitar satu juta tahun, bilangan perokok seluruh dunia mungkin akan mencecah ke angka 2.6 hingga 2.7 bilion pada tahun 2025, jauh mengatasi angka yang diramalkan.

Jika tabiat dan kegilaan merokok gagal disekat, sekurang-kurangnya 650 juta perokok akan mati pada usia pertengahan kerana rokok/tembakau setiap tahun di seluruh dunia dan jumlah kematian akibat rokok akan meningkat kepada 6,050 juta setahun menjelang tahun 2025.

Sehubungan dengan itu saya amat bersetuju kalau syarat tidak merokok dikenakan sama ada untuk pinjaman pengajian ke institusi pengajian tinngi dan juga dalam memberi peluang dan tempat belajar di samping untuk tujuan-tujuan lain seperti pengambilan kakitangan oleh sektor awam dan swasta supaya tabiat merokok akan dimufarakahkan dari membudayai hidup rakyat negara ini.

4 comments:

Anonymous said...

Salam

Sy ingin bertanya pasal orang Islam yg menyambut perayaan agama lain. Harap saudara dapat ulaskan.

OHLAMAK said...

hukumnya TAK PE

pokyakgawah said...

Burj Dubai guna struktur keluli dibina firma Malaysia

DUBAI - Burj Dubai yang akan dibuka, akan dicatatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia, dan berkongsi penghormatan ini adalah firma pembinaan struktur keluli Malaysia, Eversendai Corporation.

Menurut pengarah urusan kumpulan, Datuk A K Nathan, 260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang telah dibina oleh Eversendai.

“Kami adalah syarikat pertama di dunia yang membuat kerja-kerja pembinaan pada lebih 700 meter. Tiada sesiapa di dunia pernah bekerja pada ketinggian ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Burj Dubai berketinggian melebihi 800 meter dengan lebih 160 tingkat.

Pemajunya, Emaar Properties tidak memberi kepastian mengenai ketinggian sebenar menara itu, walaupun terdapat kenyataan bahawa puncak menara boleh dilihat dari sejauh 95 km.

Burj Dubai dijangka dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 oleh timbalan presiden dan perdana menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.

Nathan berkata, Eversendai juga menjalankan kerja-kerja struktur keluli pada lain-lain bahagian pembinaan Burj Dubai.

“Kami menyempurnakan kesemuanya tanpa apa-apa kemalangan,” katanya. - Bernama

ANJAIB........

Anonymous said...

Pada permulaan rokok, +-100 tahun dulu, ade ulama' yg mengatakan rokok itu HARAM tapi ade juga yg katakan ianya MAKRUH. Sampai sekarang ramai yg menggunakan hukum MAKRUH itu.

Dibarat penyelidikan mengatakan rokok itu merbahaya kepada perokok dan org disekeliling. Maka mulalah ulama' mengatakan rokok itu HARAM. Ape jadi kpd mereka yg memegang fatwa MAKRUH dulu ? Selame ni yg hisap benda HARAM - dose tu !!! Patut tak ulama' yg kata rokok tu MAKRUH dihadapkan kemahkamah !!! atau biarkan je ?

Kalau 'biarkan je' maka kita kena 'biarkan je' lah masalah rokok ni. Tak gitu ?

Nani Cheras