Tuesday, December 29, 2009

MUNCUL KEMBALI (607) - SIKEMASKINI DENGAN PEMBETULNAAN EJAAN

Jangan sampai bermain api dalam berpolitik

BARANGKALI ramai yang boleh bersetuju dengan saya, untuk mencerdikkan orang tidak terlalu payah tetapi untuk mengawal, mengawasi dan memandu arah orang yang cerdik, apatah lagi yang terlebih cerdik, tersangat dan teramat payah.

Orang yang terkategori sebagai terlebih cerdik adalah para pengamal dan pemain politik, terutama di kalangan mereka yang berada pada kerusi dan kedudukan barisan kepimpinan kerana untuk menduduki kerusi kepimpinan itu sendiri memerlukan kecerdikan dalam berpolitik.


Sering kita lihat dalam susunan perjawatan politik, mereka yang memiliki Ph D misalnya boleh berada di bawah kalangan yang hanya pemegang ijazah sarjana muda, pemegang diploma atau yang tidak ada diploma dan ijazah pun.

Pemegang Ph D barangkali cerdik dalam bentuk akademik tetapi belum tentu cerdik dalam berpolitik yang memerlukan kebestarian bermuslihat.


Juga sering berlaku tindakan, kenyataan dan keputusan pemain dan pengamal politik mendatangkan masalah kerana apa yang dilakukan, apa yang dinyatakan dan tindakan yang diambil berasaskan kepada kepentingan politik semasa sebagai keutamaan, bukannya berdasarkan kepada kajian dan timbang-tara ilmiah dan kepentingan sejagat.


Umpamanya kenyataan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan kesediaan Kerajaan Pas Kelantan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar.


Kenyataan itu sebenarnya berkepentingan politik sebagaimana kenyataan tentang pengunduran Setiausaha Politik (SUP) dan Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar Kelantan adalah kenyataan berbentuk kepentingan politik, malah nampak ada unsur-unsur merasa terlalu hebat dan angkuh lagi riak dengan ungkapan;


"Banyak orang jadi calon....memang orang hendak kerusi itu sebab nak dekat dengan tok guru' katanya. Saya yakin ungkapan sebagaimana yang dipetik dari laporan Utusan Malaysia itu tidak akan sanggup disebut oleh orang akademik atau orang biasa yang tidak 'persaan diri terlalu hebat'.

Tetapi bolehkan kefahaman umum dikaburi dengan kenyataan sedemikian kerana pengunduran SUP dan SUA itu berlaku ketika Pas Kelantan dan kepimpinan Dato' Nik Aziz sendiri dilanda kemelut, termasuk ketika menantunya berdepan dengan desakan supaya berundur segera sebagai CEO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMB). Kenapa kedua-duanya tidak berundur pada tahun lepas misalnya.


Ketidak-sebuluan Annual Bakri Haron (Abe Aji Ambo) dengan Saiba Yaacob bukan baru, malah surat tentang ketidak-puasan hati Saiba terhadap Abe Aji Ambo pernah dihantar ke blog saya tanpa dapat dipastikan siapa pengirimnya tidak lama dulu.

Annual adalah spesis yang dikategori sebagai orang Husam yang perlantikkannya dulu menerima tentangan dari orang Pas Kelantan sebagaimana juga penggunaan khidmat Kickdefella.
Saya tahu tentang itu kerana waktu itu saya masih dalam gelup Kerajaan Pas Kelantan.

Cuba difikirkan secara lojik, walaupun diri sendiri masih lagi dibenar berpaut sila di samping tuan rumah sambil mengunyah pinang sepiak dua, tetapi kalau anak bini kita disuruh turun dari atas rumah, apakah kita boleh lagi terus bersila dengan selesa?.

Kalau pun kita masih boleh duduk bersila ketika anak bini disuruh turun dari atas rumah, apakah anak bini kita akan anggap kita seorang yang ada nilai kepada anggota keluarga dan kita akan tetap dipuji atau sebaliknya akan timbul rasa panas-pedih terhadap sikap kita?


Husam sedang menghadapi krisis itu. Selepas Kickdefella, Abe Aji Ambo pula 'cau'. Datangnya dulu berjemput, bukannya datang nyenyeh muka minta sedekah kerja. Yang jemputnya adalah Husam.

Bila sebagai anak bini disuruh turun dari rumah sedangkan si bapa terus sedap paut sila, apakah anak bini boleh terima hakikat si bapa berjurus orangnya atau dari spesis berkepentingan peribadi?. Maknanya apa yang berlaku mahu tidak mahu akan menjadikan Husam tersepit dan terkapit, akan berdepan dengan kemunculan onak dan duri jika beliau buat 'dont know' dengan apa yang berlaku kepada SUP.


Saiba rasanya tidak mendatangkan bahaya kerana beliau orang lurus bendul dan awal-awal lagi tidak berminat dengan jawatan SUA kerana kecenderungannya lebih kepada bidang kademik, bukannya politik.

Tapi macam mana dengan Abe Aji Ambo yang asalnya pernah bekerja bawah Anwar Ibrahim. Tak 'kanlah Abe Aji Ambo tidak ada sedikit sebanyak tempias Anwar Ibrahim jika Abe Aji Ambo rasa ada ketercalaran pada hati, perasaan, maruah, hemah, harga diri dan reputasinya yang telah cuba bertahan selama kira-kira 11 tahun walau pun macam-macam tudingan dihala kepadanya kerana minat dan kecencerungannya kepada bidang kepengarangan?


Saya tidak pasti sama ada pandangan saya adalah pandangan dari seorang penulis/blogger celaka pada kacamata Dato' Nik Aziz tetapi bagi saya apa yang sedang berlaku menjadikan Kerajaan Pas Kelantan sedang dalam keadaan umpama telur di hujung tandukt.

Rembatan Husam melalui blognya menandakan wujud tanda-tanda bisul yang bakal pecah dan mengalirkan darah dan nanah, ada gunung berapi yang bakal meletup dan mengeluarkan laharnya. Lagi pun blogger yang sarankan supaya exco tertentu letak jawatan adalah anak perempuan Dato' Nik Aziz sendiri yang suaminya didesak agar lepaskan jawatan peneraju utama PMBK.

Apakah blogger yang dianggap celaka oleh Dato' Nik Aziz itu termasuk anak perempuannya sendiri? Kalau sampai ke situ hujung jatuhnya, apalah agaknya perasaan anak perempuannya itu yang dilabel celaka oleh bapa sendiri. Blogger Penarik Beca pada saya hanya menyelinap masuk melalui lubang dan laluan yang diebuk oleh anak perempuan Dato' Nik Aziz sendiri.

Apapun, yang kena kita terima sebagai hakikat ialah dalam politik tidak ada yang mustahil. Yang putih boleh jadi hitam manakala yang hitam boleh jadi putih, yang manis boleh jadi masin yang masin boleh jadi manis dalam sifir orang politik.

Juga dalam sifir orang politik akan berlaku hari ini paling diayangi esok paling dibenci dan hari ini orang yang paling dibenci esok akan paling disayangi.
Tidak mustahil Husam yang kononnya kini sangat disayangi Dato' Nik Aziz akan jadi orang yang paling dibenci dan Husam pula yang paling kagumi Dato' Nik Aziz kini, esok lusa akan jadi seorang yang paling memperlekehkan Dato' Nik Aziz.

Segala-galanya bergantungan kepentingan dan keperluan politik sesama. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Semuga kita semua dipanjang umur oleh Allah.

Cuma kalau boleh saya ingatkan kepada orang politik supaya jangan sampai bermain api dalam berpolitik agar nanti bukan sahaja akan menyebabkan setakat membakar diri sendiri atau anggota keluarga sendiri tetapi akan turut sama membakar hangus agama, bangsa dan negeri/negara.


Bagi saya kenyataan Dato' Haji Nik Abdul Aziz tentang kesediaan Kerajaan Pas Kelantan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar adalah pendapat peribadi beliau yang jika benar-benar dipraktikkan ia umpama sengaja mengumpul kayu api untuk membakar bangsa sendiri.


Saya tidak yakin orang Melayu Kelantan khususnya dan seluruh bangsa Melayu di setiap pelosok dunia, termasuk Melayu pendukung dan penyokong Pas akan mempersetujuinya, malah kalau cadangan itu datang dari pemimpin Pas lain, mungkin akan berlaku perarakan dan desakan supaya dimufarakah dan dinyahkan dari Pas.

5 comments:

Anonymous said...

...abe Li, cadangan TGNAziz nak pinda perlembagaan negeri tu mestilah akan mendapat sokongan 100% orang PAS Kelantan..sebab yang cadang tu adalah Tok Guru yang terima ilham terus dari Allah..apa yang dia kata semuanya betul belaka..tiada yang tidak betul melainkan betul semuanya..

..sebenarnya ambo dah lama rasa malu nak mengaku sebagai orang Melayu Kelantan..sejak akhir2 ni nampak sangat kita orang Melayu Kelantan ni dah jadi macam orang benggong dan sasau..barangkali dah terlebih dos main politik..

..kalau ada cadangan nak jual negeri Kelantan pun pasti akan disokong juga asalkan cadangan tu datang dari Tok Guru..inilah sikap, wajah, mentaliti Melayu Kelantan la ni..

Wak Long

Anonymous said...

MENARIK ULASAN INI. RAMALAN YANG LOGIK DARI ORANG BERPENGALAMAN YANG PEKA MEMBACA SIFIR POLITIK.

joostspring said...

ni pendapat ambo la abe li..

ambo rase n.ajis tu lbh kpd nak sendir huse jah,sbb tu oyt g2...

tambah pulak sblm tu huse ada sindir anak beranok nik ajis dlm blog dia..

anak beranok ni ajis terus terang dah oyt dlm blog dia yg nak huse letak jawatan exco tu...dan xlogik kl n.ajis xth hasrat anak beranok dia tu...

n.ajis oyt syg dan xnak huse behenti tu sbb th yg huse ni penting kpd survival politik pas...penyokong pas nik ajis di kelate tu rmi sikit jah pada huse...org2 tua mmg alah ko nik ajis...hok2 muda mmg org huse...

kl huse behenti gak...confirm pecah belah pas kelate...

nik ajis thu kerja2 hok xmolek yg huse duk buat,tp keno wat pekak badak dan buta mato jah...nate org politik..xlari dah dr sifat mulut manis jubo mase!!!

anok beranok nik ajis dgn huse tu sama jah...dua2 duk behe hasil bumi kelate..mesti salah stu pihak xpuas hati sbb lube dia kena sekat,tu yg jadi baloh tu...

bagus jgk sek2 pas ni baloh...buleh tahu segala kudis,kurap,panau hok duk ada di tubuh pas tu...

Anti Hipokritisme said...

Sikit lagi akan tubik bokali fauzi yang kerik boleh kawasan balak tu anak sedara sapo dok keneh?

Pitih punya pasal, serban pun boleh diguna untuk galas, kopiah untuk ditadah, jubah untuk dipunggah, kain pelaikat untuk dikilas, jangut untuk disorok.

Para khalifah koho sesak (Umar Al-Khatab pakai jubah ada 13 tepat tampung/tampal), Umar Ibnu Aziz (baa Umar Al-Khattab) ada sehelai jubah jah atas nama khalifah walaupun asalnya mereka orang kaya pada zaman mereka.

Wakil-wakil rakyat ada yang miliki kereta lebih dari sebuah, dari jenis mewah pulak. Mana Islamiknya orang Pas walaupun Pas barangkali matlamat diwujudkan untuk berpolitik secara Islam. Wakil rakyat Pas kaya cepat lepas jadi wakil rakyat walaupun asalnya paling kencang pun mampu naik Datsun Baulu banyal lubang dan karat.

pokyakgawah said...

yang ni pulok tak habis pasai kisah...............
apa pasal nak sibuk-sibuk pasal Bung Mokhtar dengan Zizie
Tiba - tiba gempar pasal seorang ahli Parlimen yang cakap banyak dalam dewan, Bung Mokhtar dari Kinabatangan, Sabah. Tempat dia ni orang memang susah... patutlah dia bising cuma dia pun sikit - sikit kaki 'belasah' gak.....

Tengah sibuk-sibuk sempat juga dia 'mengorat' Zizie si pelakon tu....

entah lah bak kata Syafiq dalam Facebook "sama ada dah taste Zizie macam itu atau Bung kuat baca...tak tahu lah..."

Mula media lapor macam macam respon... Zizie tak nak komen... Mak Zizie pula kata restu... tapi Bung Mokhtar pula nafi... tapi terbaru, kawan Bung Mokhtar yang sama bising dalam dewan dari Sri Gading, Mohammad Aziz kata "hahaha Bung dah Selamat !!'....

Apapun biarlah nak kahwin ke apa ke itu hak peribadi masing - masing.... cuma media telah menjadikan minat rakyat ke arah sensasi.... apa sibuk pasal orang nak kahwin..

Cuma 'perangai' kencing tak sudah2 oleh ahli parlimen banyak cakap seperti Bung Mokhtar perlu diberi perhatian sikit.... dia nafi dia kahwin sedangkan kawan dia ahli Parlimen Seri Gading sendiri kata 'Ya...' Dah lah bab berani - berani takut masa September lepas ya..ya.. benar kata nak tinggal Bn sebab anak tiri penduduk Borneo kene gempak dengan Najib terus tak mengaku.... ni pasal kahwin pun tak kan nak takut2 juga...

Lagi satu yang menarik ialah tak sabar nak tunggu Bung Mokhtar bersama Zizie masuk sehati berdansa tahun depan......

Balik pada media yang membanggangkan rakyat......Benda yang besar tak diterangkan kepada rakyat... sekarang ini rakyat akan dibala dengan cukai barang (GST) ....baik orang miskin atau kaya akan kena cukai barang...itu tengah diperdebat dalam parlimen..... itu yang harus dibangkitkan kepada rakyat...

Harap nanti bila nak undi tak ada lagi ahli parlimen PR yang ke Indonesia sebab peribadi atau ke mana - mana kerana kucing nak beranak.....