Wednesday, December 30, 2009

MUNCUL KEMBALI (608)

Ganti rugi RM800 juta dan hikmah di sebalik wang ehsan, bukan royalti

CERITA Timbermine Sdn Bhd saman Kerajaan Negeri Kelantan bukan baru. Cuma keputusannya baru dibuat semalam.

Kalau tidak silap saya, pejabat syarikat berkenaan adalah di bahagian atas setor SUK yang kini dijadikan pejabat Pusat Kajian Strategik dan juga Pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.


Pengerusinya berbangsa Melayu berstatus Dato'. Saya minta maaf kalau saya tersalah maklumat. Kalau tak silap saya juga, Dato' berkenaan pernah ikut rombongan MB Kelantan ke Kemboja yang mana saya pun ikut serta.

Sebenarnya matlamat utama tulisan ini bukan untuk mendedahkan siapa pemilik syarikat berkenaan kerana mereka yang berminat mendapat maklumat tentang
Timbermine Sdn Bhd selengkapnya, mereka boleh dapatkannya dari pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebaliknya saya lebih cenderung untuk melihat isu kena bayar RM800 juta dengan hikmah di sebalik wang ehsan petroleum yang yang dituntut oleh Kerajaan Pas Kelantan supaya diberi atas nama 'royalti' dan perngrusan wang berkenaan oleh JPP dan bukannya oleh kerajaan negeri.

Saya tidak pernah goyah dengan kepercayaan bahawa setiap apa yang berlaku sama ada baik atau jahat, sama mengembirakan atau mengembirakan, pasa ada hikmahnya. Malah saya juga istiqamah bahawa kita tidak mampu merubah-pinda serta melawan takdir dan suratan-Nya.

Kerana kita lupa bahawa kita kena reda dengan apa yang terjadi kepada kita, yakni kena syukur jika yang terjadi itu selari dengan kemahuan kita dan kita kena bersabar menerima hakikat bila apa yang berlaku bertentangan dengan apa yang kita mahukan, walaupun kita telah berusaha dan berdoa.

Dioleh-sebab-keranakan kita goyah keyakinan tentang hikmah, suratan dan takdir-Nya, maka bila apa yang berlaku tidak selari dengan apa yang kita harapkan, kita akan mudah tuding bahawa ianya berpunca dari perancangan jahat musuh kita.

Kita jadi lupa bahawa sebagaimana juga kita, musuh kita terlalu lemah dan tidak ada daya upaya untuk merombak-pinda dan melawan ketentuan takdir dan suratan-Nya, kerananya menjadikan kita jarang benar memuhasabah diri dan seterusnya membaiki kesilapan diri.

Bayangkan kalau RM1 bilion (RM1,000 juta) hasil minyak sama ada atas nama wang ehsan atau royalti disalurkan kepada Kerajaan Pas Kelantan, sudah tentulah RM800 juta daripadanya akan digunakan untuk dibayar kepada
Timbermine Sdn Bhd ikut perintah mahkamah.

Yang bakinya cuma tinggal RM200 juta. Kalau Kerajaan Pas Kelantan ada RM1,000 juta, maka tidak ada sebab untuknya tidak membayar atau menangguhkan pembayaran kepada
Timbermine Sdn Bhd.

Kalau cuba mengelak membayar atau sengaja memperlambatkan tempoh pembayarannya, tidak mustahil pihak yang kena dibayar itu akan membuat tuntutan lain menjadikan jumlah yang kena bayar akan lebih banyak jumlahnya atas faktor denda ingkar perintah mahkamah.

Ikut peraturan dan proses mahkamah yang akan memastikan pihak yang mendakwa dan didakwa mendapati keadilan, rayuan boleh dibuat untuk membatalkan atau mengurangkan jumlah yang kena dibayar. Namun berjaya atau tidak rayuan itu bergantung kepada nasib dan hujjah yang musabah.

Maknanya, ekoran kes kena bayar RM800 juta kepada
Timbermine Sdn Bhd, mahu tidak mahu rakyat Kelantan yang selama ini menganggap kerajaan pusat zalim kerana menyalurkan wang itu melalui JPP akan mula sedar bahawa kira-kira 1.4 juta rakyat Kelantan amat bertuah dengan tindakan dan yang kononnya kezaliman itu.

Timbermine Sdn Bhd tidak boleh menuntut bayaran dari JPP kerana kes Timbermine Sdn Bhd adalah dengan Kerajaan Negeri Kelantan, bukan dengan JPP yang merupakan agensi kerajaan pusat. Maknanya dalam dianggap kejam, ada cerdiknya kerajaan puat.

J
uga mahu tidak mahu rakyat Kelantan yang tidak fanatik dengan parti yang membentuk Kerajaan Negeri Kelantan akan mula nampak kenapa pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan begitu 'berkandakkan' benar wang ehsan/royalti itu.

Antaranya tentulah kerana mereka sudah tahu bala RM800 juta yang bakal menimpa dan dari mana lagi boleh dicekau wang RM800 juta itu kalau bukan dari hasil wang ehsan/royalti petroleum. Nak dihujjahan RM800 gara-gara kerjaan BN, tindakan saman dibuat ketika Kelantan masih diperintah Pas sebelum tumbang pada tahun 1978.

Apa yang mahu ditekankan di sini bahawa wang ehsan dan penyalurannya ke Kelantan melalui JPP ada hikmah dan nikmat yang kena disyukuri oleh rakyat Kelantan, termasuk yang sebelum ini penuh prejudis terhadap kerajaan, kecuali ada rakyat Kelantan yang lebih rela wang itu mengalir kepada
Timbermine Sdn Bhd daripada mengalir kepada rakyat jelata.

Apa yang berlaku itu patut menjadi peringatan supaya kita jangan jangan terlalu mudah mengaminkan doa minta bala kerana akhirnya bala akan menimpa kepala sendiri. Lagi pun doa kemusnahan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat.

Kalaulah rayuan bagi membatalkan samangagal dan rayuan bagi mengurangkan jumlah yang kena dibaya juga tidak berhasil, maka seandainya rakyat Kelantan mahu bantu kerajaan kesayangan pimpinan pemimpin pujaan, mahu tidak mahu setiap seorang rakyatnya yang berjumlah 1.4 juta (termasuk yang belum mumayyit) kena sumbangkan lebih dari RM593.

12 comments:

pokyakgawah said...

Gula naik 20 sen mulai esok


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.40 sekilogram.

ALASAN PUOK BEER END IALAH

Masih rendah berbanding negara luar. Terima BN... Barang Naik.

yes said...

Ini adalah tahi yang di tinggalkan oleh UMNO. Bukankah semua ini adalah sesuatu yang dimulakan oleh kerajaan BN

ORANG ULU KELANTAN said...

yes said...

Ini adalah tahi yang di tinggalkan oleh UMNO. Bukankah semua ini adalah sesuatu yang dimulakan oleh kerajaan BN

December 31, 2009 3:38 AM

ANDA KETINGGALAN FAKTA. ISU KENA BAYAR RM800 JUTA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMNO. ITU KERJA KERAJAAN PAS. ITU ANTARA KES TIMBER MINE LAH YANG MENYUMBANG KEPADA KEKALAHAN PAS TAHUN 1978.

2. pokyakgawah said...

Gula naik 20 sen mulai esok

NAIK 20 SEN PUN GEGE. CUBA TANYA KENAIKAN BAYARAN PARKING DI KOTA BHARU DAN PREMIUM TANAH DI KELANTAN.

PREMIUM TANAH NAIK BUKAN PLUH TAPI RATUS KALI GANDA.

ORANG ULU KELANTAN said...

yes said...

Ini adalah tahi yang di tinggalkan oleh UMNO. Bukankah semua ini adalah sesuatu yang dimulakan oleh kerajaan BN

December 31, 2009 3:38 AM

ANDA KETINGGALAN FAKTA. ISU KENA BAYAR RM800 JUTA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMNO. ITU KERJA KERAJAAN PAS. ITU ANTARA KES TIMBER MINE LAH YANG MENYUMBANG KEPADA KEKALAHAN PAS TAHUN 1978.

2. pokyakgawah said...

Gula naik 20 sen mulai esok

NAIK 20 SEN PUN GEGE. CUBA TANYA KENAIKAN BAYARAN PARKING DI KOTA BHARU DAN PREMIUM TANAH DI KELANTAN.

PREMIUM TANAH NAIK BUKAN PLUH TAPI RATUS KALI GANDA.

ORANG ULU KELANTAN said...

yes said...

Ini adalah tahi yang di tinggalkan oleh UMNO. Bukankah semua ini adalah sesuatu yang dimulakan oleh kerajaan BN

December 31, 2009 3:38 AM

ANDA KETINGGALAN FAKTA. ISU KENA BAYAR RM800 JUTA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMNO. ITU KERJA KERAJAAN PAS. ITU ANTARA KES TIMBER MINE LAH YANG MENYUMBANG KEPADA KEKALAHAN PAS TAHUN 1978.

2. pokyakgawah said...

Gula naik 20 sen mulai esok

NAIK 20 SEN PUN GEGE. CUBA TANYA KENAIKAN BAYARAN PARKING DI KOTA BHARU DAN PREMIUM TANAH DI KELANTAN.

PREMIUM TANAH NAIK BUKAN PLUH TAPI RATUS KALI GANDA.

Orang Ulu Tidak Ilir Pun Tidak said...

Guano hantar sampai tiga kali barang serupa ni?. Jenis Orang Ulu...ulu sungguh demo.

Keknyo hak mugo demo kata tu betul. Kenaikkan preminum tanah parok telajok. Kaba ko dok hak tukang naik ni weh?

Anonymous said...

Guano hantar sampai tiga kali barang serupa ni?. Jenis Orang Ulu...ulu sungguh demo.

Keknyo hak mugo demo kata tu betul. Kenaikkan preminum tanah parok telajok. Kaba ko dok hak tukang naik ni weh?

Kenaikan tanah ada rasionalnya
1. Nak buat bayar RM800j
2. Nak bayar kifalah, banyak dah tak bayar tu
3. Nak buat semula bandar tunjung
Nak wat bayar Bazar tok guru, mugo janji lagu lain

Menunjukkan
1. Sesaknya/miskin kerajaan Kelantan
2. Tak Panda cari pitih, dok arak ko balak tu jah
3. tuntutan royalti untuk kerajaan bukan untuk rakyat

pokyakgawah said...

Najib ampuh, rakyat lumpuh
Labels: Harga barang, Najib, Umno
Hari ini 01/01/10. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bangkit lebih ampuh dengan menaikkan harga barang keperluan rakyat. Gula dan roti putih kini lebih mahal untuk membolehkan Najib bangkit lebih ampuh. Rakyat miskin mengeluh. Poket kami kian lumpuh

Orang Ulu Tidak Ilir Pun Tida said...

Pah tu bakpo dok terus buwi mandat ke kerajaan;

Kenaikan tanah ada rasionalnya
1. Nak buat bayar RM800j
2. Nak bayar kifalah, banyak dah tak bayar tu
3. Nak buat semula bandar tunjung
Nak wat bayar Bazar tok guru, mugo janji lagu lain

Menunjukkan
1. Sesaknya/miskin kerajaan Kelantan
2. Tak Panda cari pitih, dok arak ko balak tu jah
3. tuntutan royalti untuk kerajaan bukan untuk rakyat

DEMO TOK SEBUT SO LAGI, SEJAK MULA MEMERINTAH SAMPAI LLONI, TAK PERNAH BERHENTI KUTIP DERMA. UNCANG YANG BELUM GUNA BERFLAMBANG BULAN ADA BERKOTAK-KOTAK LAGI. MAKNANYA KUTIP DERMA KERJA RUTIN, RAKYAT KENO BUWI SOKMO. MANA HOK BUWI KO RAKYATNYO?

joostspring said...

ambo tambo pulak se lagi,lari tajuk sikit..

Hadiah tahun baru 2010 dari PAS kpd agama kristian di malaysia bersesuian dgn slogan PAS FOR ALL..

Perkataan ALLAH dibenarkan digunakan untuk majalah katolik herald…

Bravo dan sekalung tahniah kpd pas kerana benar2 dapat mengaplikasikan slogan PAS FOR ALL

Dlm kamus dewan skrg, ALLAH bermaksud Tuhan Yang Esa..

Nampak gaya kamus dewan kena revise blk maksud ALLAH.

Perkataan ALLAH tidak pernah ada dlm bible sblm ini dan tahniah sekali lagi kepada PAS kerana telah mencipta satu sejarah baru bagi umat islam dan kristian di malaysia….

Faisal Tehrani ada mengulas mengenai isu ni… tehranifaisal.blogspot.com

slama keni puak pas duk oyt umno jual islam...
hambik mu org pas...puak mu la hok sebenarnya jual isle...

celako...celako...celako..PAS celako..

Anonymous said...

...pasal puak Kristian dapat guna perkatan Allah ni..maknanya bagi orang Islam, Allah itu bermaksud Tuhan Yang Esa dan adakah bagi orang Kristian, Allah itu bemaksud Tuhan Yang Esa juga..ulamak PAS mungkin sudah khatam baca kitab Bible dan sudah jumpa perkataan Allah dalam kitab itu yang juga bermaksud Tuhan Yang Esa sebab itu mereka sokong amat sangat..

..mungkin juga ketua padri Kristian sedunia sebenarnya selama ini telah mengakui bahawa tuhan mereka juga nama Allah iaitu Allah Yang Esa, sebab itulah puak Kristian di Malaysia hendak sangat guna nama Allah dalam majalah mereka..harap-harap selepas ini mereka juga akan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu Rasullullah..

Wak Long
Pondok Vatican

john said...

nok wak gege perkataan Allah pulok doh...

kalu mu raso mu ikut amalan hok Alloh suruh gege aponyo! benda ni lamo doh ore kapir dok guno pun..cumo di m'sia ni pelik sikit. Alah ko ore nok guno perkataan Alloh gege..semaye bae tok jago senyak! bo lah kecek ore jahil nyo..jago akidah nga akhlak umno tu dulu!