Thursday, December 31, 2009

MUNCUL KEMBALI (609) - DIKEMASKINI SEMULA DENGAN PEMBETULAN FAKTA DAN EJAAN

Penjelasan isu saman RM800 fakta atau auta?

SEBELUM
saya panjang-lebarkan fokus utama tulisan saya kali ini, mari sama-sama kita perhatikan dulu kenyataan exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa yang dipetik dari sebuah blog berhubung dengan kes berkaitan. Saya boldkan fakta yang bagi saya mengelirukan;

Gantirugi RM800 juta: K'tan warisi kes zaman Umno/BN

KOTA BARU, Dis 31 09: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975
.

Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.


Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini. Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.


Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.


“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.


Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan. Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.


“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima. “Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.


Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat. Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.


Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.


“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi. “Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini. (AK)
.

Pesoalannya, apakah rangkaian laporan: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975 itu, satu fakta atau auta.

Tahun 1973 yakni kira-kira setahun selepas tertubuhnya kerajaan campuran Pas-Umno/BN pada tahun 1972, saya sudah menceburi bidang penulisan apabila berlaku krisis kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan termasuk isu Timber & Mine Industtrial Corpration, syarikat dari Singapura.

Saya percaya antara Timbermine Sdn Bhd dengan
Timber & Mine Industtrial Corpration adalah dua buah syarikat yang berbeza. Timber & Mine Industtrial Corpration mendapat di kawasan balak di Ulu Kelantan sekitar tahun 1964 manakala Timbermine Sdn Bhd mendapat kawasan balak, juga di Ulu Kelantan seluas 112,000 hektar lebih kemudian dari Timber & Mine Industrial Corpration.

Pada tahun 1975 di mana pembatalan kawasan balak untuk
Timbermine Sdn Bhd adalah tahun Pas ditendang keluar dari kerajaan campuran Pas-Umno/Bn yakni semasa Allahyarham Tun Hussein menjadi Perdana Menteri. Kerajaan campuran Pas-Umno/BN ditubuhkan pada tahun 1972, ketika Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Kerajaan Umno/BN bermenteri-besarkan Tan Sri Mohamed Yaacob (meninggal dunia pada pkukul 5.50 pagi Selasa 8 September 2009 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur) adalah dari tahun 1978 hingga 1990, yakni kira-kira empat tahun selepas Umno/BN menerima mandat membentuk kerajaan di Kelantan.

Justeru
rangkaian laporan; Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975 akan menimbulkan persoalan sama ada ianya satu fakta atau auta.

Faktanya, tahun 1975 adalah tahun terakhir kerajaan campuran Pas-Umno/BN.
Timbermine Sdn Bhd membawa kes ke mahkamah pada tahun tersebut. Oleh itu bila kes itu dilabel sebagai mewarisi keputusan pentadbiran Umno/BN adalah tidak tepat. Masa kerajaan campuran Pas-Umno/BN, Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan sebilangan besar barisan exconya dari Pas.

Saya tidak nampak apa perlunya ungkapan;
Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975, dihightlightkan, malah disensasikan kerana ianya ibarat lawan diberi bola tangngung untuk melakukan smish rejam terhadap Husam.

Bagi saya laporan Pertubuhan Nasional Malaysia (BERNAMA) lebih selamat buat Husam yang mana ketika Timbermine Sdn Bhd membawa kes ke mahkamah, Husam masih lagi seorang pelajar. Laporan Bernama itu adalah sebagaimana berikut;

Kelantan Akan Rayu Atas Saman RM800 Juta

KOTA BAHARU, 31 Dis (Bernama) -- Kelantan akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang mengarahkan kerajaan negeri membayar ganti rugi RM800 juta kepada syarikat pembalakan kerana melanggar perjanjian yang dimeteraikan pada 1964.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata pada sidang media di sini Khamis, rayuan itu akan dikemukakan pihaknya melalui Peguam Kanan Persekutuan dalam tempoh terdekat.

Beliau mengedarkan laporan ringkas yang disediakan oleh Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan tentang jumlah ganti rugi yang perlu dibayar.

Jumlah itu termasuk ganti rugi khas sejumlah RM13.5 juta, pembayaran gaji pekerja RM1.7 juta dan ganti rugi sebanyak RM2,000 seekar untuk 280,000 ekar (112,000 hektar) berjumlah RM560 juta, dan faedah 8 peratus daripada tarikh pemfailan. -- BERNAMA.

4 comments:

pokyakgawah said...

HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP – ISMAIL SABRI- bernama

KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.

18 Jan – KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK – berita hairan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Ada kemungkinan harga gula tidak dinaikkan berikutan kelembapan ekonomi dunia. Kementerian mengambil kira pelbagai perkara sebelum membuat keputusan apatah lagi kita mahu elak membebankan rakyat.

“Industri gula membabitkan pengeluar serta pemborong juga memberikan jaminan tidak menaikkan harga gula pada waktu terdekat dan akur terhadap keputusan kerajaan yang dijangka diumumkan empat minggu lagi,” katanya.

GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK – berita hairan

Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

KAH KAH KAH…

woit… BETUL TAK …HARGA GULA AKAN NAIK… kah kah kah…

woit… CARA MENIPU INI CUKUP SENANG… kah kah kah..

kah kah kah… MULA MULA SURUH KANG KONG TULIS TENTANG BAHAYA GULA...kah kah kah..

kah kah kah...KEMUDIAN BUAT BERITA YANG GULA TAK ELOK UNTUK KESIHATAN…. kah kah kah..

woit… KEMUDIAN NAIK KAN HARGA GULA…. kah kah kah..

nota:
kalau betul hendak menjaga kesihatan rakyat
kenapa hospital di swastakan?
kenapa hoppital kena bayaran?

cakap nak jaga kesihatan rakyat !

sekarang ini ambulan pun di sawastakan.
ini kerja gila. kalau kemalangan siapa nak hatar
ke hospital. ini lah dasar kapitalis.
ini bukan menanggok di air keruh.
ini menangkap ikan dalam pinggan kah kah kah

pokyakgawah said...

Minyak mentah lonjak hampir AS$80 setong menjelang tahun baru

NEW YORK: Harga minyak mentah dunia melonjak naik menjelang tirai tahun baru 2010 semalam, dengan isyarat baru ke arah pemulihan krisis kewangan global.

Kontrak hadapan minyak mentah New York bagi 'light sweet' bagi pembekalan Februari, meningkat 8 sen lebih tinggi untuk dititup kepada AS$79.36 setong.

Kontrak hadapan London Brent North Sea bagi pembekalan Februari bagaimanapun menurun 10 sen untuk ditutup pada harga AS$77.93 setong.

Mengambil kira kebanyakan pasaran dunia ditutup berikutan cuti panjang tahun baru, kontrak hadapan New York dijangka mencecah kepada paras harga AS$80 setong apabila dibuka Isnin.

"Jelas momentum ke arah harga AS$80 setong selepas wujud petanda pemulihan terhadap kemelut ekonomi global sebelum ini," kata penganalisis pasaran, Mike Fitzpatrick dari MF Global.

tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.......
dan lihat........................

joostspring said...

kelas2 gila meroyan dan demo ni pokyakgawah wei..

ko demo gila dah sbb tahu yg nik ajis dan pas akn dikebumikan tanpa batu nesan dlm PRU13 nanti..

demo nak wat gilo demo pun demo buat lah...amik la mase demo hok ada ni tuk jadi gila..

Ca Ma Lica Ketipang Payung said...

Kenapa orang Pas/PR tidak ulas pasal RM800 juta, asyik buat ngigau dengan kes yang tidak kaitan dengan posting MKJ tentang FAKTA atau AUTA?