Friday, January 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (610)

Dato' Nik Aziz lakukan jenayah?

SAYA tidak segera memberikan respon terhadap laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan Ahli Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung isu pelantikan Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menyalahi undang-undang kerana saya mahu lihat duu apa reaksi dari blogger-blogger lain.

Tetapi sehingga tengah malam tidak ada yang carry laporan berkenaan, maka saya mengambil keputusan meresponinnya kerana ianya berkaitan dengan isu yang sedang menarik perhatian umum, teruatama rakyat Kelantan, paling khusus pendukung dan penyokong Pas, lebih-lebih lagi di Kelantan.

Kalau yang membuat kenyataan atau menulisnya adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali bahawa
pelantikan Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menyalahi undang-undang, orang akan anggap Ibrahim Ali ada agenda busuk.

Jika Ibrahim Ali berkata,
berikutan pelantikan menantu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu telah menjadi satu kesalahan jenayah berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), orang akan labelkan Ibrahim Ali sasau.

Apatah lagi jika Ibrahim Ali
menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan Nik Abdul Aziz dikenakan tindakan undang-undang kerana pelantikan tersebut dibuat olehnya, orang akan kata Ibrahim Ali 'sasan'.Sasan adalah lebih abang dan lebih kakak dari sasau.

Tetapi bila
Ahli Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang ucap dan tulis semuanya itu, anggapan orang ramai tidak akan sama dengan anggapan terhadap Ibrahim Ali. Ini adalah kerana selain dari seorag peguam, Zulkifli juga adalah wakil PR dari PKR.

Beliau pasti melihatnya dari sudut perundangan dan tidak mungkin ada agenda busuk kerana Dato' Nik Aziz adalah antara tokoh penting dan aset bagi kekuatan PR di samping Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guang Engg dan Karpal Singh.

Pokok persoalannya apakah apabila tindakannya melantik menantunya sebagai CEO PMBK adalah satu kesalahan jenayah, Dato' Nik Aziz ada kekebalan dari sudut perundangan untuk tidak membolehkan beliau dikenakan tindakan undang-undang.

Paling menjadi pokok persoalan ialah kenapa bala demi bala menimpa Kelantan. Ianya sutau ujian, kifarah atau hukuman tunai oleh Allah kerana kecenderungan melakukan atau menyatakan apa yang Rasulullah s.a.w. tidak lakukan dan tidak nyatakan.

Umpamanya mendoakan kemusnahan pihak yang tidak mendukung dan tidak menyokong perjuangan Pas yangan mana pihak yang tidak mendukung dan menyokong Pas kononnya tidak layak masuk syurga

Dalam masa berdepan dengan tuntutan saman RM800 juta yang mana saya yakin Kerajaan Pas Kelantan tidak ada wang sebanyak itu untuk jelaskan tuntutan saman berkenaan, kini Dato' Nik Aziz sebagai MB berdepan dengan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan jenayah melantik menantunya sebagai CEO PMBK.

Cuba kita selami dan hayati apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik laporan berikut;

Pelantikan Ariffahmi didakwa salah

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Ahli Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berpendapat pelantikan Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menyalahi undang-undang.

Katanya, ini berikutan pelantikan menantu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu telah menjadi satu kesalahan jenayah berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan Nik Abdul Aziz dikenakan tindakan undang-undang kerana pelantikan tersebut dibuat olehnya.

“Isu pelantikan ini meletakkan Menteri Besar (Nik Abdul Aziz) dalam keadaan terdedah kepada serangan dan prosiding perundangan kerana beliau sendiri mengakui melantik menantunya sebagai CEO PMBK,” kata Zulkifli yang mempunyai latarbelakang perundangan itu dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com.

Zulkifli mengulas isu pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK yang mencetuskan kontroversi ekoran siasatan SPRM terhadap perbadanan itu sebelum ini.

Berikutan isu itu, Abdul Ariffahmi kemudian bersetuju untuk meletak jawatan yang hanya akan berkuatkuasa pada Mac 2010.

Kata Zulkifli, secara teknikal satu kesalahan jenayah sudah berlaku ekoran pelantikan Abdul Ariffahmi itu.

“Saya berharap siasatan SPRM akan membongkar kebenaran di sebalik kemelut itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli berkata sumber dalaman yang sangat dipercayainya memaklumkan bahawa peletakan jawatan pegawai kanan Nik Abdul Aziz, Annual Bakhri Haron ada kena-mengena dengan isu pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK.

Selain Annual Bakhri katanya, seorang lagi pembantu kanan Menteri Besar Kelantan itu, Mohd. Saiba Yaakob juga dikatakan meletak jawatan ekoran isu tersebut.

Sebelum itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abd. Kader yang mendesak Abdul Ariffahmi segera meletak jawatan turut melepaskan jawatannya sendiri berikutan masalah rumah tangga.

Menurut Zulkifli, berdasarkan maklumat terkini yang diperolehnya, satu rombakan barisan Exco kerajaan negeri itu akan dibuat tidak lama lagi.

9 comments:

YANG GAMBI said...

Salam MKJ, sewajarnya Nik Aziz meninggalkan jawatan yang ada..... kalau sesama PAS pun sudah mula mempertikaikan segala tindak tanduknya yang salah..... lebih afdal kalau Nik Aziz menarik balik dakwaan UMNO itun kafir.....

john said...

Ambo nok tanyo so jah..ado dok artikel2 sebelum ni yang dikeluarkan oleh yb zul yang berkaitan dengan tuduhan2 dalam PR, geng2 PR akan bagi komen yang positif?..biasanya kalau artikel yg YB zul buat, kemudian akan keluar melalui 'mainstream' media..maknanya 'ada makna la tu'. YB zul ni semua geng2 PR tahu siapa dia? orang cuma nak tunggu dia 'masak' kemudian gugur sendiri je.
terpulang le kalu abe li nak ulas mugo abe li kan bebas. geng2 pas hok cerdik dio akan buat 'dek' je.
Nuar berihim pun tok leh nok kawal dio!

*tahukah anda sapa MP PKR yang pergi jumpa Najib di Pekan Ogos 2008?...hehehe....suprise!

Anonymous said...

..siapa YB Zul tu ??? dia belajar undang2 di Mesir, Jordan, Syria, Mekah atau India ke..berani dia mempertikaikan tindakan TGNAziz tu.. TGNAziz lebih tahu apa yang dia buat..sebelum ni orang kata 'sponsor pakej haji' tu salah..dia kata tahun depan siapa2 nak sponsor, dia terima..dia lantik menantu kerana ikut sunah nabi yang mendahulukan kroni..

..YB Zul kena baca kitab banyak sikit baru boleh bagi komen keatas para pemimpin PAS..kalau setakat baca buku undang2 tu tak akan kemana kerana mereka mempunyai tafsiran yang berbeza diatas sesuatu isu..cthnya, wang rasuah mereka kata sumbangan, derma atau sedekah..

Loyar Buruk

Anonymous said...

Apa pun TAHNIAH kepada para penyokong PAS!. Anda telah menang dalam perbicaraan yang membenarkan agama lain menggunakan kalimah 'Allah'. TG Nik Aziz beriya-iya benar menyokong dan membolehkan agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam menmyebarkan dakyah mereka. Kemenangan mereka adalah kemenangan TGNA juga dan kemenangan penyokong-penyokong PAS. Tahniah...Di Perak PAS telah meluluskan pemberian tanah selama 999 tahun kepada kaum cina semasa pemerintahan mereka...Tahniah...TGNA akan meminda undang-undang tubuh negeri Kelantan untuk lantik bukan Melayu jadi MB w/pun peratusan mereka terlalu kecil jika dibandingkan dengan penduduk Melayu...TAHNIAH...Apa lagi yg boleh gadai...gadaikan!

Bekas Pelajar Al-Azhar Universiti said...

Anonymous said...

Apa pun TAHNIAH kepada para penyokong PAS!. Anda telah menang dalam perbicaraan yang membenarkan agama lain menggunakan kalimah 'Allah'. TG Nik Aziz beriya-iya benar menyokong dan membolehkan agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam menmyebarkan dakyah mereka. Kemenangan mereka adalah kemenangan TGNA juga dan kemenangan penyokong-penyokong PAS. Tahniah...Di Perak PAS telah meluluskan pemberian tanah selama 999 tahun kepada kaum cina semasa pemerintahan mereka...Tahniah...TGNA akan meminda undang-undang tubuh negeri Kelantan untuk lantik bukan Melayu jadi MB w/pun peratusan mereka terlalu kecil jika dibandingkan dengan penduduk Melayu...TAHNIAH...Apa lagi yg boleh gadai...gadaikan!

KALAU DALAM CERAMAH. NIK AZIZ KATA BENDA-BENDA YANG ANDA CATATKAN ITU BOLEH, ORANG PAS AKAN SAMBUT DENGAN TAKBIR.

BAGI NIK AZIZ YANG KONONNYA DI DADA KARPAL SINGH ADA BULAN 9BAGI KARPAL PULA DI DADA NIK AZIZ ADA ROKET ORAMG LAIN MENGAJI DENGAN MAULANA MANA PUN SEMUANYA JAHL, YANG ALIM, YANG DEKAT DENGAN TUHAN, YANG RAJIN SEMBAHYANG MALAM. HANYA DIA SAJA. PERKATAAN CELAKA PUN GUNA MAIN-MAIN JAH.

DALAM SATU POSTING MKJ KATA, NAK MENCERDIKKAN ORANG TIDAK PAYAH TERAPI UNTUK MENGAWAL DAN MEMANDU ARAH ORANG YANG CERDIK SANGAT PAYAH. BARANGKALI NAK BIMBING ORANG JADI ALIM TAK PAYAH MANA TETAPI UNTUK MENYEDARKAN ORANG YANG MERASA DIRINYA TERALIM SUPAYA JANGAN MANGGAK, SOMBONG, ANKUH, TAKBUR DAN RIAK DENAN KONONNYA ALIMNYA, PAYAH MACA MAKAN MEE PADAS DAN PEDAS. LE'IT MACAM TAIK BERUK.

Lebai Mangkok bin Kulup Periuk Tembaga said...

1. john said...

Ambo nok tanyo so jah..ado dok artikel2 sebelum ni yang dikeluarkan oleh yb zul yang berkaitan dengan tuduhan2 dalam PR, geng2 PR akan bagi komen yang positif?..biasanya kalau artikel yg YB zul buat, kemudian akan keluar melalui 'mainstream' media..maknanya 'ada makna la tu'. YB zul ni semua geng2 PR tahu siapa dia? orang cuma nak tunggu dia 'masak' kemudian gugur sendiri je.
terpulang le kalu abe li nak ulas mugo abe li kan bebas. geng2 pas hok cerdik dio akan buat 'dek' je.
Nuar berihim pun tok leh nok kawal dio!

*tahukah anda sapa MP PKR yang pergi jumpa Najib di Pekan Ogos 2008?...hehehe....suprise!

2. Anonymous said...

..siapa YB Zul tu ??? dia belajar undang2 di Mesir, Jordan, Syria, Mekah atau India ke..berani dia mempertikaikan tindakan TGNAziz tu.. TGNAziz lebih tahu apa yang dia buat..sebelum ni orang kata 'sponsor pakej haji' tu salah..dia kata tahun depan siapa2 nak sponsor, dia terima..dia lantik menantu kerana ikut sunah nabi yang mendahulukan kroni..

..YB Zul kena baca kitab banyak sikit baru boleh bagi komen keatas para pemimpin PAS..kalau setakat baca buku undang2 tu tak akan kemana kerana mereka mempunyai tafsiran yang berbeza diatas sesuatu isu..cthnya, wang rasuah mereka kata sumbangan, derma atau sedekah..

Loyar Buruk

BILA KENA ATAS BATU JEMALA SENDIRI MULALAH ENGELAK. MASA DIPILIH BERTANDING DULU TAK ADA PUN KEURIGAAN TERHADAP YB ZUL. BELIAU LAWYER DAN BERCAKAP/MENULIS/MEMBERI PANDANGAN KELAWYERANNYA. JOHN LAWYER KE ATAU HAKIM BESAR ATAU KETUA HAKIM SYARIE BAGI NEER-NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PR?

2. HIDUPLAH DENGAN KETAKSUBAN DEMO. BILA KENA BAYAR TUNTUTAN SAMAN RM800 JUTA KERANA PEMBATALAN PEMBERIAN KAWAAN BALAK, DIKATAKAN KESAN PENINGGALAN KERAJAAN BN PUN BOLEH PERCAYA WALAUPUN PEMBATALAN DIBUAT PADA TAHUN 1078, SEDAGKAN UMNO/BN PERINTAH KELANTAN DARI TAHUN 1978-1990. IANYA KERANA PENAFSIRAN UNDANG-UNDANG YANG BERBEZA?

KALAU RAYUAN PEMBATALAN BAYARAN TUNTUTAN SAMAN ITU DITOLAK, ALAMAT ORANG YANG FANATIK PAS KENA PIKUL GUNI JALURLAH KUTIP DERMA. MUDAH-MUDAHAN ORANG YANG SAMA YANG PERNAH BERI CEK SUMBNGAN PERIBADI BERNILAI RM750 JUTA SEMASA PAS MULA PERINTAH KELANTAN SEMULA PADA TAHUN 1990 DULU KONONNYA UNTUK TOLONG SELESAIKAN BAYARAN HUTAG PENINGGALAN KERAJAA UMNO/BN AKAN MUNCUL SEKAI LAGI DENGAN CEK RM800 JUTA. KERAJAAN NEGERI AKAN BUAT UPACARA LAGI DAN NIK AZIZ AKAN DOAKAN KESEJAHTERAAN BUAT PENDERMA BUDIMAN SEPERTI SEMASA TERIMA CEK rm750 JUTA DULU YANG RUPANYA CEK YANG DISERAH ITU AKAUNNYA DAH LAMA DITUTUP.

APA YANG BERLAKU UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR SUPAYA SEGALA KELEMAHAN DIRI DAPAT DIBAIKI. BUKANNYA UNTUK TERUS MANGGAK, SOMBONG, ANGKUH, TAKBUR DAN RIAK. INGATLAH SELAIN DARI ALLAH BENCIKAN ORANG KAYA YANG KEDEKUT DAN BAKHI, ALLAH JUGA BENCIKAN ORANG MISKIN TETAPI AGAS.

Lebai Mangkok bin Kulup Periuk Tembaga said...

....DIBUAT PADA TAHUN 1078,....BACA TAHUN 1975, SALAH TEKAN KEKUCI KOMPUTER, MAKLUMLAH MATA TUA, MENAIK PULA JARANG-JARANG SEBUTIR, MACAM ORANG BELAH KAYU API
.....JUMPA LAGI DAN MINTA MAAF MKJ KERANA ANAK NI KADANG-KADANG MENGEJA PUN TAK BETUL, ANAK SEKOLAH ATAP SAJA.

-Lebai Mangkok bin Kulup Periuk Tembaga

khairul said...

salam... saudara meli sila berikan komen anda terhadap naskah herald yang dibenarkan untuk menggunakan perkataan ALLAH. Saya lihat pihak PAS senyap dalam mengutarakan isu ini. Pihak Bloggers UMNO ramai yang mengutarakan isu ini dalam blog mereka tapi saya lihat tiada blog BloggersPAS yang mengutarakan. Apakah mereka menyokong Khalid Samad ini ? Atau mereka malu untuk memberi pendapat kerana yang mencadangkan semua itu adalah ahli PAS sendiri ? Sila komen saudara MELI.....

Anonymous said...

...kawe nak nasihat kepada kekawan semua, tak payahlah dok nak nasihat atau beri kesedaran kepada puak PAS Kelantan..mereka ni dah jadi macam rakyat negara Cina zaman pemerintahan kominis Mao Tze Don dulu..dalam minda mereka tidak ada orang lain lagi kecuali TGNA saja yang boleh diharap untuk memimpin mereka ..

..cukup hebat cara mereka menggunakan kaedah propaganda dalam memuja pemimpin mereka sampai ketahap taksub sengoti..setiap kali ada ceramah PAS, mereka akan mengedarkan bermacam barangan yang ada gambar pemimpin mereka..gambar dicop pada payong , baju, keychain, pelbagai jenis stiker, botol air, kain pemidang, kopiah..gambar digantung disetiap rumah orang PAS, kedai kopi, pasar dll..CD ceramah pula dimainkan diserata tempat..dalam pasar,setesen bas, dilorong penjalan kaki, kedai kopi, pasar malam pada setiap masa dan ketika..sekarang ni pula gambar gergasi pemimpin dipasang pada billboard seluruh negeri..

..berbagai isu samada yang benar atau samar telah ditimbulkan berhubung dengan beberapa penyelewengan atau salah laku individu tertentu dalam PAS tetapi nampaknya tidak lut atau memberi kesan..semua dianggap sebagai fitnah semata2..nampaknya 20 tahun lagi pun belum tentu UMNO dapat ambil Kelantan..

..PAS sebenarnya beruntung kerana UMNO sebenarnya tidak berminat hendak perintah Kelantan..mereka hanya berminat nak pegang jawatan Ketua UMNO Bahagian sahaja.. sebabnya..cuba teka..

UMNO Tua