Saturday, January 9, 2010

KEMUNCULAN KHAS

Jauhkan blog ini dari anda jika ianya menyumbang kepada kebodohan anda

SAYA
mahu respon kepada komen berikut;
Anonymous said...
baik sakit mu meli

biar luruh dosa tuh

dah nak nego gak

bo bo lah tulih blog

dah la bodo

ajar jadi ore koho bodo


January 9, 2010 4:12 AM


Blog
saya yang tidak seberapa dari sudut ilmu dan maklumatnya ini hanyalah sebahagian dari jutaan blog milik jutaan bloggers di negara ini dan sebahagian dari berbilion blog milik berbilion bloggers seluruh dunia.

Kalaulah blog saya ini boleh menyumbangan kepada kebodohan penjenguk, lebih baik jangan jengok. Pilih sahaja blog-blog lain yang boleh mencerdikkan kerana setiap detik ke depan kita kena lebih cerdik dari detik yang kita tinggalkan.


Untuk makluman blog saya dikendalikan bagi pembekalan maklumat (kalau ianya bermaklumat) tetapi inya pasti tidak berilmu kerana saya bukan ilmuan, adalah secara percuma. Saya bukan bergantung hidup kepada blog ini.
Ertinya saya perlu mencari sumber rezeki untuk menampung keperluan hidup.

Bila perniagaan saya dalam bidang penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku hadap masalah, saya kena cari sumber untuk menampung keperluan makan minum, dan mengumpul modal bagi memastikan pernigaan induk saya boleh dicergaskan kembali.


Saya beli-jual besi buruk, saya ceburi bidang pernigaan buah dan segala peluang perniagaan yang datang saya ambil. Bila orang nak apa pun saya tiak pernah kata 'no', mesti kaya 'yes'.

Bagaimanapun ia bukan hanya untuk kepentingan saya. Sesiapa pun boleh mengambil peluang itu. Saya cuba cari usahawan yang berkelayakkan untuk mengursniagakannya, bukannya saya nak 'kacan' sendiri semua peluang dan lubang.


Umpamanya sehingga pukul 12.00 malam tadi saya masih berunding dengan seorang taukeh Cina yang ada lesen MPOB untuk menghantar;

1. PALM PHETI

2. NOODLE SOAP WHITE
3. PALM KERNAL OIL
4. CHRUDE PALM OIL
5. PALM ACID OIL
6. PALM KERNAL ACID
ke India.

Saya bukan tak cari pun usahawan Melayu dan agensi kerajaan. Tapi yang ditanya kepada saya bila saya jumpa mereka, kenapa pelabur datang melalui saya, kenapa tidak melaui kerajaan dan agensi kerajaan, sedangkan rombongan sering dihantar keluar negara untuk tarik pelabur.

Saya tidak pun diberi jawapan apakah apa yang diminta oleh usahawan negara asing itu boleh dibekalkan atau tidak. Kalau tidak dapatkan bekalkan pun kena maklumkan tempat untuk mudahkan saya dapat maklumat.

Bagaimanapun saya amat-amat dan sangat-sangat berterima kasih kepada pengurus kilang sawit di Kemahang, Tanah Merah yang banyak memberi informasi tentang sawit bila saya datang jumpa beliau. Terima banyak-banyak, tuan.


Bila saya jumpa taukeh Cina dan bincangkan tentang perkara yang sama, yang pertama taukeh Cina itu tanya ialah saya nak jumpa di hotel mana. Saya disuruh pilih hotel. Bila saya kata jumpa di warung sahaja, katanya mana boleh.

Kononnya saya sudah buka lubang, saya perlu diraikan. Bila saya enggan pilih hotel dia sendiri pilih hotel termewah di Kota Bharu. Kami berbincang di Lobi hotel dan seterus di copy house.


"Lu jangan kasi tau lain orang ooii. Lu jadi rakan kongsi kita" itu yang ditegaskan kepada saya. Bila saya kata saya tak mahu jadi rakan kongsi, kalau dia boleh bekalkan apa yang diminta oleh usahawan dari India saya sudah puas hati dan banyak happy, dia agak terperanjat.

Dia bercakap dalam bahasa Cina dengan dua rakannya beberapa ketika. Lepas itu dia
tanya pasal apa saya tak mahu jadi rakan kongsi, saya kata saya tidak ada pengalaman dalam bidang berkaitan.

Lagi pun saya tidak ada wang untuk labur.
Saya juga beri alasan, saya lebih seronok dengan cara hidup saya. Saya rasa tidak adil saya minum dan makan di coffe house dan bersantai di lobi hotel sedangkan ramai lagi bangsa saya jangankan nak masuk ke hotel mewah, ada yang lalu depan hotel pun tak pernah.

Dia anggap saya pelik, malah dia anggap saya sudah cukup kaya, sudah tidak perlukan duit lagi. Katanya kalau orang lain, lubang sebesar itu, mahu buka mulut pun sudah kena bayar TOL.

Dia memang unjuk pun kepingan wang berjumlah RM50 setiap satu dengan jumlah yang agak tebal jugaapabila saya minta diri tetapi saya menolak dengan alasan kerja baru nak mula. Saya kata walaupun saya tidak kaya tetapi saya tidak layak terima sedekah atau derma.

Dia dan dua rakannya bercakap daam bahasa Cina. Semasa bersamala ketiga-tiganya menggenggam erat tangan dan menepuk bahu saya. Pandai pula mereka berkirm salan untuk anak bini saya, membuatkan saya tergelak kecil.

Sebelum itu saaya berikan nombor telefon usahawan dari India dan dia terus call. Selesai bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan usahawan dari India, dia kata da akan ke Mumbai minggu depan.


Dia berterima kasih kerana berikan dia lubang dan berjanji akan pastikan saya pun ada bahagian. Macam mana pun saya kata kalau tak ada pun saya tak kisah, malah saya minta supaya dia jangan janji apa-apa, takut nanti saya akan mati dalam angan-angan.


Kalau betul-betul ada bahagian yang saya tidak tetapkan berapa peratusnya, saya syukur. Kalau tak ada pun saya redha. Bila dia bercakap sendiri dengan usahawan di India, saya anggap kerja saya selesai dan segala urusan akan dibincang terus antara kedua pihak. Saya lega dan balik rumah dapat tidur dengan lena.


Taukeh Cina tak tanya pun macam mana usahawan dari India yang nak sisa sawit hubungi saya, kenapa tidak hubungi kerajaan dan agensi kerajaan. Walaupun saya bawa dokumen perlu, mereka tak teliti satu persatu pun.

Bila usahawan Melayu dan agensi kerajaan tanya kenapa usahawan India minta barangan itu dari saya, macam mana saya nak jawab.
Ini adalah kerana mereka yang cari saya, bukannya saya cari mereka dan minta tolong uruskan.

Sebagai menghargai harapan usahawan dari India, saya carilah, bukan untuk kepentingan saya pun. Bila dah jumpa usahawan yang sanggup, kerja saya selesailah.

Maknanya masa saya tidaklah terlalu ditumpukan kepada bidang itu untuk tempoh yang panjang sehingga masa kerja-kerja up-date blog sedikit terganggu sehingga ada penjenguk yang hantar komen sewbagaimana yang saya jadikan mukaddimah bagi tulisan saya kali ini.

Saya tidak tahu apa tidak kenanya dengan si pengomenn berkenaan, bila saya dirasakan lebih baik sakit dari sihat supaya luruh dosa. Dia semacam ada senarai dosa yang saya lakukan. Kalau ada senarai doa-dosa saya, tolong pos atau emailkan kepada saya supaya saya boleh bertaubat nasuha ketika sisa usia masih ada.

Di samping itu kalau blog saya termuat dengan tulisan-tulisan bodoh memang patut pun kerana saya bukan ilmuan. Jangankan Ph D, ijazah atau diploma, mengaji pun tak seberapa. Justeru kalaulah blog saya tidak ada ilmu dan maklumat dan boleh menyebabkan pembaca jadi bodoh kerananya, musabahlah.

Yang mahu sendiri sentiasa sihat, kaya raya dan serba selesa dengan pada masa yang sama biarkan orang lian sakit, sesak dan merempak serta mendoakan kemusnahan orang lain ni, para penjenguk blog saya ni tahu-tahu sendirilah dari puak mana dan siapa gurunya.

Tak apalah, yang cerdik dan pandai....pikul ambil gi 'lah, yang bodoh serahkan pada saya....saya sanggup menerimanya,

Peminat Setia Blog Kapakjangak said...
Anonymous said...
baik sakit mu meli
biar luruh dosa tu
dah nak nego gak
bo bo lah tulih blog
dah la bodo
ajar jadi ore koho bodo
??????????????????????????????????
Apa masalah pengomen ini dengan MKJ?. Apa pasal bila nak berniaga kena berhenti berblog? Apa ruginya anda bila MKJ berniaga. dalam masa yang sama dia berblog.

Kalau dia mampu buat, nak berniaga, naka makan gaji atau nak buat apa awak peduli apa, bukannya awak yang kena tanggung kesibukkan MKJ. Apa yang MKJ ajar orang jadi bodo (bodoh?)nya. Saya rasa dia buka peluang.

Agaknya (kalau tak kena minta maaflah ya) pengomen inilah yang mulakan penyibaran kata MKJ sakit.
Pada saya yang sakit adalah pengomen ini, kalau pun tidak sakit fizikal, sakit mental.

Secara tulusnya saya rasa saya tak ada masalah dengan sesiapa. Barangkali pengomen yang dikomen melalui komen di atas kurang bersetuju dengan persembahan blog saya. Itu masalahnya.

Tidak bersetuju atau bersetuju serta apa jua penilaian terhadap blog saya ini, itu adalah hak masing-masing. Sekali lagi ingin saya ulangi, kalau blog saya ini boleh menyumbangkan kepada anda sebagai penjenguk menjadi bodoh, eloklah jangan jenguk lagi, pilihan blog-blog yang berilmu yang dikendalikan oleh kalangan yang berilmu.

Nota:
Para penjenguk yang ada pokok manggis, cuba tinjau di bawahnya ada nampak luruh ke tidak, terutama di kawasan sekitar Bunut Susu, di sekitar Kampung Kebakat, Padang Rokma dan kawasan dusun di sekitar Wakaf Bharu. Kalau ada call saya (017-9871322 - 24 jam). Buah manggis kini ada pasaran. Pemanjat disediakan, pemilik hanya tunggu dibawah pokok dan dapatkan hasil julannya.

1 comment:

Cili Padi said...

Surat Terbuka Untuk TGNA

Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.

Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.

Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.

Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.

Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas n untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.

TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…

Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN “

Bersambung di cilipadi007.blogspot