Saturday, January 9, 2010

MUNCUL KEMBALI (619)

Jangan manipulasi keadaan sampai cederakan perpaduan rakyat

SAMA ada mengeksploitasi mahu pun memanipulasi keadaan bagi merebut peluang laba berganda, termasuk bagi tujuan kepentingan politik, hakikatnya tidak salah kerana keupayaan mengeksloitasi dan memaniplasi itu sendiri adalah bukti kebijksanaan dalam merebut dan mengisi peluang.

Kepada musuh-musuh kepimpinan kerajaan yang ada, isu kalimah Allah adalah antara keadaan dan peluang untuk diekspoitasi dan dimanipulasikan supaya rakyat selaku pengundi hilang sebab dan alasan untuk terus memberi mandat kepada parti pembentuk kerajaan sedia ada.

Memang tidak boleh dinasikan isu yang sangat sensitif itu boleh menumbangkan kerajaan. Kerana itu tidak ada semacam usaha untuk meredakan keadaan, sebaliknya diambil kesempatan untuk mengapi-apikannya supaya kerajaan 'terkapik' dan 'tersepit' keranannya.

Tetapi harus diingat, belum tentu kerajaan dari parti baru cukup berkapasiti untuk memulihan keadaan yang mencapai tahap kualiti pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Berteori dan beretorik cukup mudah tetapi pelaksanaannya bukan seperkara senang. Pengalaman amat penting dan ianya tidak dimiliki oleh kerajaan baru.

Kerana berteraskan teori dan retoriklah, maka parti politik dan tokoh-tokoh politik yang secara lojiknya akan menentang atau setidak-tidaknya melahirkan rasa kesal bila 'Herald - The Chatonic Weekly' dibenarkan menggunakan nama Allah melalui proses penghakiman, telah menunjukkan sikap sebaliknya.

Malah apabila keputusan itu ditangguh demi kepentingan keselamatan negara melalui proses penghakiman juga, boleh pula berlaku kes tiga buah gereja dilempar bom petrol di Lembah Klang, dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), UMNO dan Perdana Menteri dituduh terlibat dalam insiden itu.

Kenapa tuduhan itu dibuat? Jawabnya kerana ada pihak yang mahu rosakkan reputasi, mahu punahkan keyakinan dan pengharapan rakyat supaya kerajaan yang ada tumbang, sehingga sanggup menterdedahkan negara kepada kemungkinan terbakar oleh kehuru-haraan kerana isu-isu berkaitan agama sangat sensitif dan orang sanggup mati kerananya.

Bagaimanapun rakyat Malaysia kena percaya, polis tidak bodoh untuk terpedaya dengan segala bentuk provokasi. Dengan keprofesionalisme yang dimiliki pihak polis negara ini, dalam tempoh masa terdekat, pihak yang cuba bermain api dengan perlakuan yang boleh menyebabkan negara terbakar, pasti akan dapat ditangkap.

Pihak terlibat pada saya perlu diISAkan. Dengan apa yang sedang berlaku, mahu tidak mahu rakyat yang selama ini mungkin termakan dengan dakyah keperluan pemansuhan ISA, akan mula nampak betapa tindakan kerajaan mengekalkan ISA adalah sangat releven walaupun kononnya sekalian rakyat mahukan akta itu dimansuhkan dengan terjemahkan melalui demonstrasi dan sebagainya.

Rakyat terbanyak juga pasti akan nampak kenapa kalangan tertentu mahukan ISA dimansuhkan, sekali gus rakyat juga boleh nampak dari mana datangnya tuduhan liar yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN), UMNO dan Perdana Menteri dituduh terlibat dalam insiden melimpar bom api ke atas tiga buah gereja.

Bayangkan bagaimana keadaan negara ini tanpa ISA. Merosakkan reputasi atau mempunah-ranahkan sebuah kerajaan memang mudah tetapi untuk membina sebuah kerajaan bukan senang, terutama bagi negara yang bermasyarakat majmuk dengan pelbagai adat resam dan pelbagai anutan agama.

Hanya mereka yang cedera minda dan nilai-nilai kemanusiaan sahaja yang sanggup mengekspolitasi dan memanipulasi keadaan, termasuk dengan berdemontrasi, membakar dan merosakkan harta benda awam lantas menganggapnya sebagai kebebasan bersuara dan ketulenan berdemokrasi?

Bagi saya, dalam negara yang mengamalkan demokrasi dan membolehkan setiap individu dan kumpulan dibolehkan mengeksploitasi dan memanipulasi segala peluang, sekatan dan had sempadan tetap perlu ada supaya perpaduan dan keharmonian tidak tercedera oleh keghairahan pengeksploitasian dan pemanipulasian.

Dalam usaha menyelesaikan isu yang berkaitan dengan agama yang pastinya sangat sensitif dan merbahaya kepada keselamatan negara, pengapi-apian, provokasi, pengkspolitasian dan pemanipulasian bepentingan politik sempit kena dielakkan, kepentingan keselamatan negara, perpaduan, persefahaman dan keharmonian hidup masyarakat majmuk kena diutamakan.

No comments: