Thursday, January 7, 2010

MUNCUL KEMBALI (618) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Saya sihat, maaf tidak cukup waktu untuk up-date blog

BANYAK SMS dan email diterima bertanya khabar betul ke saya sedang sakit tenat, kononnya kena panah malam 'Tok Guru'. Kerana itu saya tak up-date blog. Kononnya juga kaki dan tangan saya bengkok manakala mulut saya hiruk.

Masyaalah!


Saya bukan orang politik pun dilanda fitnah dan gossip juga? Untuk makluman semua, saya kini sihat. Allah masih belum menarik nikmat sihat saya. Bukan mahu takbur, sepanjang 53 tahun hidup, tahap kesihatan saya sentiasa stabil, kalau ada penyakit pun penyakit tualah. Saya belum pernah masuk wad seumur hidup saya.

Lagi pun buat apa 'Tok Guru' nak bagi panah malam. Saya bukan saingannya dalam poitik kerana saya bukanorang parti politik. Saya hanya penulis kelas melukut tepi gantag sahaja, saya ada pun tidak menambah jumlah sukatan, kalau saya tiada, tidak akan meluakkan sukatan.

Saya tidak up-date blog kerana saya terlalu sibuk dan tidak cukup masa. Selain dari menguruskan pembelian buah manggis dan duku untuk agen dari TD (Thailand), badang yang menguruskan bekalan buah-buahan tempatan kita ke pelbagai negara, termasuk United Kingdon, Amerika Syarikat, Jepun dan Arab Saudi, saya juga sedang uruskan permintaan dari India yang mahu membeli sisa sawit yakni;
1. PALM PHETI
2. NOODLE SOAP WHITE
3. PALM KERNAL OIL
4. CHRUDE PALM OIL
5. PALM ACID OIL
6. PALM KERNAL ACID

Oleh kerana saya tidak ada pengalaman dalam bidang berkaitan, maka banyak yang kena belajar, kena kenal apa bendanya setiap item, dari mana dapat diperolehi, apa syarat untuk mendapatkannya dan apa syarat yang perlu ada untuk membolehkannya dihantar ke India kerana ianya adalah komoditi negara.

Sesiapa yang terlibat dalam industri ini, bolehlah tolong bantu saya dalam mendapat lesen MPOB dan juga barangan yang diperlukan itu. Insyaallah kita akan sama-sama nikmati hasilnya.

Malu saya kalau peniaga negara asing minta barangan yang boleh diperolehi dengan mudah di negara ini, saya gagal penuhinya. Soal berapa banyak hasil yang akan saya perolehi, saya tidak fikir langsung. Cuma imej negara yang diutamakan.


Saya juga dalam prpses mendapatkan contoh serbuk minuman (terutama kopi tulen dan serbuk minuman berasaskan kopi) untuk dihantar ke Cina. Pada masa ini saya sudah dapat 20 contoh dan telah pun dihantar ke negara berkenaan iaitu;

1. SERBUK KOPI
2. LIDAH BUAYA (MAKANAN RINGAN)
3. TIRAM (SEJENIS MAKANAN RINGAN)
4. GETAS
5. KEROPOK SIRA
6. KEROPOK SEGERA
7. REMPAH SUP
8. KEREPEK BAYAM
9. KEREPEK UBI KAYU PEDAS
10. KEREPEK UBI KAYU PERASA LADA HITAM
11. KREPEK UBI KAYU PERISA KARI
12. KEREPEK UBI KAYU SIRA MASIN
13. KEREPEK UBI SENDUDUK MASIN
14. KEREPEK UBI KELEDEK MASIN
15. KEREPEK UBI KELEDEK SIRA
16. CAKAR AYAM (UBI KELEDEK)
17. KEREPEK PISANG SIRA
18. KEREPEK PISANG MASIN
19. KEREPEK PISANG LEMAK MANIS
20. TEH KESIHATAN KANCING BAJU (TEH BERUBAT)

Saya memerlukan banyak lagi contoh-contoh makanan ringan dan serbuk minuman untuk dihantar ke Cina. Mereka yang terlbat dalam bidang pengeluar makanan ringan dan serbuk minuman, sila hubungi saya untuk urusan selanjutnya.

Bayangkanlah kalau barangan yang dikeluarkan terpilih untuk pasaran Cina, berapa jumlah yang diperlukan kerana rakyat Cina sama seperti India, berbilion jumlahnya.

Selain dari mencari rezeki untuk mengumpul modal bagi membiayai kos penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku yang merupakan perniagaan induk saya, saya juga secara tidak langsung mahu membantu usahawan desa yang melata.

Lagi pun peniaga dari India dan Cina yang cari saya untuk dapatkan barangan berkenaan, bukan saya yang cari mereka. Mereka memperolehi nama dan alamat saya melalui internet.

Sekali lagi saya ulangi: sesiapa yang ada mengusahakan makanan ringan (kering) dan serbuk minuman atau minuman botol, bolehlah hubungi saya atau hantar contoh untuk dianjutkan ke Cina. Saya jua perlukan besi, alumanium, tembaga dan platium.

Penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku yang lumpuh kerana ketidak-jujuran pihak-pihah tertentu (termasuk rakan-rakan akrab) tetap akan saya tebus.

Saya tidak pernah pohon kawasan balak, tidak pernah menerima kemudahan bantuan atau pinjaman kecuali dari Tekun Nasional RM30,000 walaupun apa yang saya terbitkan sama ada akhbar mingguan, majalah mahu pun buku merupakan ilmu dan maklumat.

Ertinya segala peluang yang datang, kena saya rebut, supaya hasrat untuk mempesakakan kepada anak sebuah perniagaan penerbitan akhbar mingguan, majalah bulan dan buku akan menjadi kenyataan.

Saya pilih bidang penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku bukan untuk kaya tetapi untuk tujuan penyibaran ilmu dan maklumat, untuk merebut peluang pahala bahawa setiap titisan dakwat pena penulis yang tidak fasik, nilainya sama dengan titisan darah para syuhada.

Kerana keterlibatan kemediaan jugalah, maka pelabur dari India dan Cina cari saya tanpa perlu saya membuat missi dagang pun. Mereka cari sabut (urat sabut), cari daging kerbau halal, cari getah beku proses, cari susu getah cair dan tahi kelawar dari saya. Tetapi tidak mudah untuk diuruskan kerana membabitkan peraturan dan perundangan. Tetapi saya sedang belajar.

Inysaallah bila urusan yang terpaksa saya utamakan sekesai, saya akan kemaskini blog seperti biasa. YANG KENA PENGUNJUNG BLOG SAYA INI TAHU, SAYA SIHAT. KHABAR KATA SAYA SAKIT ATAU TIDAK BOLEH KE MANA-MANA ADALAH BERITA PALSU YANG MUNGKIN ASALNYA GURAUAN RAKAN-RAKAN.

Doakan supaya saya kekal sihat!

11 comments:

Tok ayah Su said...

otak suka nego kut mano pun raso segar kalu sakit sikit bila dengar cerita pasal bisnes, walaupun niago hok ambo buat tidaklah sampai keperingkat luar negera cuma sekadar sekitar pasaran makanan tempatan tapi masaallahnya tetap ado.

Kekurangan bahan mentah menjadi cabaran utama seperti kekurangan stok tulang (gear box)lembu segar tempatan,jadi sebab itu sayo jugo hendak mempelawa kepada sesiapa yang mahu jadi pembekal bolihlah hubungi saya.mudah mudahan kita samo samo dapat nikmat keuntungan.

manakala seorang rakan saya yang berniaga direstoran ikan bakar juga mengalami kekurangan bekalan ikan talapia merah,maka dengan itu diharapkan moga mugo akan adalah sesiapa yang sudi menjadi rakan kongsi niaga untuk menjadi pembekal.

kepada abg li,kalu pasal nok cerita tentang niago rempah sup secara lebih lanjut bolihlah berhubung dengan sayo...tk

pokyakgawah said...

Rosmah Dapatkan Bantuan Isteri Presiden Mesir Bagi Bebaskan Seorang Pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan mendapatkan bantuan isteri Presiden Mesir, Suzanne Mubarak, bagi membebaskan seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian konvoi Viva Paestina, yang ditahan pihak berkuasa negara itu, semalam.

"Saya dijadualkan bercakap dengan Madamme Suzanne menerusi telefon secara peribadi pada pukul 6 petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit pemindahan jantung Tan Geek Koon di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/6/mstar_berita/20100106214609&sec=mstar_berita


Rosmah Rakam Penghargaan Pembebasan Pelajar Malaysia di Mesir

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak yang memberi maklum balas segera bagi membolehkan pembebasan pelajar Malaysia Ibrahim Mohd Azmi di negara itu Selasa lepas.

Isteri Perdana Menteri berkata beliau menghubungi wanita pertama Mesir itu pada pukul 6.15 petang semalam bagi memaklumkan penahanan pelajar perubatan dari Universiti Bristol, United Kingdom itu dan lega apabila pelajar itu kemudiannya dibebaskan kira-kira empat jam selepas panggilan dibuat.

"Saya telah merayu kepada Suzanne bahawa seorang pelajar kita telah ditahan dan sebagai seorang ibu kami faham perasaan ibu bapa Ibrahim. Sesiapa punya anak juga jika saya boleh tolong atau membuat sesuatu untuk meringankan beban ibu bapa, Insya-Allah saya akan tunaikan kewajipan saya.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/7/mstar_berita/20100107181415&sec=mstar_berita


Wawww!!!. Kurang 24 jam masalah selesai.
Hebat Rosmah. PM pun tak boleh bikin.
Mentei Luar pun nangis. Duta pun pitam.
Tapi, Rosmah just call saja!

Selepas Rosmah jujur memulangkan USD7 Juta kepada putera Saud,
kini Rosmah mampu membebasan tahanan Mesir.

Wooii, Anifah Aman kamu balik!
Menteri Luar yang makan gaji buta!!

Usahawan Muda Berijazah said...

Saya boleh bekalkan;

1. Kaki lembu
2. Kambing/Kambing biri hidup
3. Belut
3. Ikan haruan
4. Keli
5. Talapia merah
6. Siakap
7. Kulat Tiram kelabu
8. Tiram
9. Lokan
10.Tibeng
11.Tijah
12.Siput air payau
13.Pelbagai ikan dari India
14.Ayam Kampung
15.Itik
16.Itik Serati
17.Lembu Hidup
18.Kerbau hidup
19.Telur itik segar
20.Telur itik masin
21.Teh uncang pengubatan dan pencegah darah tinggi, kencing manis dan awet muda bagi lelaki
22.Cuka nipah asli (tanpa sebarang campuran)
23.Serbuk kopi asli (dibancuh pekat dan manis boleh ubati penyakit kencing manis kronik)
24.Buah manggis
25.Buah rambutan
26.Ulam jering
27.Rebung buluh teman
28.Pelbagai ikan air tawar termasuk udang galah
29.Samal belaca istimewa
20.Sambal tempoyak istimewa
21.Budu tempayan
22.Pokok ajaib (buahnya diuakan untuk pelbagai ubat), daunnya direbus juga boleh menjadi pelbagai ubat, sesuai untuk hidangan air suam di restoran

TOK AYAH SU BOLEH BERIKAN LOKASI PERNIAGAAN, ANGGARAN KEPERLUAN ITEM PLIHAN UNTUK TEMPOH SEHARI/SEMINGGU/SEBULAN DAN HARGA SANGGUP BELI SEKILO/SEPIKUL/SETAN. BEKALAN AKAN DIHANTAR KE LOKASI.

MUDAH-MUDAHAN KITA SAMA-SAMA DAPAT MENCARI REZEKI YANG HALAL, MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK PELANGGAN BUKAN SAHAJA BARANG YANG BERKUAITI TETAPI HALAL PUNCA PEROLEHANNYA.

****NOTA: PELBAGAI JENIS SAYURAN-SAYURAN TERUS DARI KEBUN PENANAM JUGA BOLEH DIBEKALKAN.

pengundi atas pagar said...

Rosmah guna budi bicaranya. Dia bantu mudahkah urusan atas kapisiti wanita pertama negara, isteri Perdana Menteri.

2. Kita patut ada semangat macam Rosmah, ringan tangan membantu jika ada keupayaan, bukan asyik kutuk dan buat provokasi.

3. Jangan perjambankan perut pedal kita supaya apa yang orang buat kita tidak tengok kotor dan cemar belaka.

pengundi atas pagar sokong pas said...

Isteri Perdana Menteri berkata beliau menghubungi wanita pertama Mesir itu pada pukul 6.15 petang semalam bagi memaklumkan penahanan pelajar perubatan dari Universiti Bristol, United Kingdom itu dan lega apabila pelajar itu kemudiannya dibebaskan kira-kira empat jam selepas panggilan dibuat.

saya telah merayu kepada Suzanne bahawa seorang pelajar kita telah ditahan dan sebagai seorang ibu kami faham perasaan ibu bapa Ibrahim. Sesiapa punya anak juga jika saya boleh tolong atau membuat sesuatu untuk meringankan beban ibu bapa, Insya-Allah saya akan tunaikan kewajipan saya

oleh itu saya sebagai wakil PERSATUAN IBU BAPA memohon pertolongan dari BIK MAMA membantu kami menyelesaikan yuran persekolahan anak kami yg begitu mahal tahun ni buleh ke takkk

BN (bini najid) said...

Kemelut Istana Kelantan selesai


KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemelut yang melanda Istana Kelantan selesai dan berharap isu yang timbul tidak menjejaskan rasa hormat rakyat terhadap sistem beraja di negeri ini.

Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya sistem beraja tidak dijaga dan dihormati pasti akan menjejaskan kredibiliti dan nama baik sistem beraja itu sendiri.

“Kalau kita tak pandai jaga, orang peduli, apa rakyat peduli apa. Kalau kita sendiri buat kacau, rakyat akan kata, tak soh la pakai (sistem beraja), (pakai) sistem lain la pulak… Ini celaka besar pasti akan menimpa.

“Saya berterima kasih kepada Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad yang mengeluarkan kenyataan istana semalam. Saya sendiri tidak boleh buat kenyataan-kenyataan begitu, tentu jadi masalah lain,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau berkata, kemelut istana itu dapat diselesaikan jika tiada pihak yang cuba mendahului pemerintah yang telah dilantik.

Katanya, beliau tidak boleh campur tangan dalam kemelut dalaman itu kerana perlu diselesaikan oleh pihak istana sendiri.

“Dalam sebuah rumah tangga kena ada seorang ketua. Begitu juga dalam sebuah negeri kena ada seorang raja. Dalam sebuah negara kena ada seorang agong. Begitu juga dalam dunia langit dan bumi, kena ada satu tuhan.

“Tak boleh dua orang suami di dalam sebuah rumah, dua orang raja dalam sebuah negeri, dalam sebuah negara tidak boleh ada dua agong. Begitu juga dalam dunia, tidak boleh ada dua atau tiga tuhan,” katanya.:

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Sultan Kelantan semalam menyatakan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Sultan, Tuanku Ismail Petra berdasarkan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.:

Abdul Halim dilaporkan berkata, mengikut perlembagaan tersebut, adalah jelas Tengku Mohammad Faris berkelayakan untuk menguruskan negeri semasa ketiadaan baginda sultan akibat kegeringan mengikut Klausa 1 (b) dan klausa (3) artikel 22A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan dan Tengku Fakhry tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang untuk bertindak.

Beliau dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas kemelut membabitkan keluarga Diraja Kelantan yang disiarkan dalam beberapa media sejak kebelakangan ini.

Kemelut dalaman istana Kelantan bermula apabila Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang menghidap serangan jantung berangkat menerima rawatan susulan di Singapura sejak Mei tahun lalu dan putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai pemangku raja.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berterima kasih dan bersetuju dengan tindakan Abdul Halim yang dilihat dapat menjelaskan keadaan berhubung kemelut dalaman istana.

Katanya, semua pihak harus bersyukur kerana di rantau ini hanya Malaysia sahaja masih mempunyai sistem beraja manakala negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Singapura telah terhapus sistem beraja mereka.

“Kita sahaja sekarang ini (miliki sistem beraja). Di Indonesia, sultan sudah tiada. Di Singapura pun begitu. Di Filipina, pun habis dah,” katanya.

kutan and the geng said...

Ketika bapa PM Najib jadi PM dulu, Kementerian Pertahanan pernah hampir dipegang oleh Al Marhum Tun Mustapa mantan KM Sabah sebelum Datuk Haris Salleh.

Punca Tun Mustapa menolaknya kerana impian beliau untuk menjadikan Malaysia terkuat dari segi persenjataan dan disegani di rantau ini dan dapat mempertahankan kedaulatan negara sendiri tanpa bantuan asing. Malangnya tidak dipersetujui oleh Tun Razak. Mungkin kerana Tun Razak takut Malaysia bertambah musuh terutama Komunis atau mahu jadikan rantau ini bebas dari perlumbaan senjata atau mungkin juga beliau iri hati dengan otak geliga Tun Mustapa. Wa Allahua'lam.

Walaupun Tun Musthapa jamin dapatkan pinjaman fulus dari Negara Arab tetapi Tun Razak tetap menolaknya. Sebab itulah Tun Musthapa menolak menjadi Menteri Pertahanan. Beliau punyai pandangan yang jauh untuk pertahanan negara. Almarhum punya semangat pahlawan dan patrotik untuk negara.

Kini hampir 45 tahun peristiwa itu berlalu, Kementerian Pertahanan tetap menjadi tumpuan. Kalau dulu Tun Musthapa beria-ia untuk kuatkan pertahanan negara , kini peneraju Kementerian Pertahanan (Menterilah tu!) berlumba-lumba bolot "emas" yang ada di Kementerian tersebut. Berebut-rebut bolot komisen. Biarpun jet yang dibelinya "besi terbang" buruk. Jatuh menjunam seperti Skywak, Tebuan dan Nuri. Yang penting "perut kenyang" weeh! Biarpun ramai anggota keluarga TUDM menjadi janda dan yatim!

Dulu Tun Musthapa nak beli senjata canggih untuk pertahanan negara, kini Pak Menteri asyik nak tukar senjata untuk bolot komisen. Beli Submarine dapat komisen RM550 juta, beli MiG 29N dapat komisen. Kini nak tukar MiG pula. Komisen lagi. Tukar je Kementerian Pertahanan kepada Kementerian Komisen!

Dalam suasana negara jiran bicara untuk kuatkan pertahanan canggih, tiba-tiba kita bicara tentang enjin jet kita yang hilang dibawa ke Uruguay. Kelakar kan?

Opps! Nak tanya, "prebet lapok" yang kena bicara kerana jual enjin jet tak pakai ke topeng dalam Mahkamah macam anggota UTK kes Altahtunya

Tok ayah Su said...

salam kepada UMB (usahawan muda berijazah).

Jika benar anda bolih bekalkan bahan mentah yang dimaksudkan bolihlah hubungi ditalian tel 0129571359 atau 096862541 untuk urusan selanjutnya-tok ayah su

Anonymous said...

baik sakit mu meli
biar luruh dosa tuh
dah nak nego gak
bo bo lah tulih blog
dah la bodo
ajar jadi ore koho bodo

Peminat Setia Blog Kapakjangak said...

Anonymous said...

baik sakit mu meli
biar luruh dosa tuh
dah nak nego gak
bo bo lah tulih blog
dah la bodo
ajar jadi ore koho bodo
??????????????????????????????????

Apa masalah pengomen ini dengan MKJ?. Apa pasal bila nak berniaga kena berhenti berblog? Apa ruginya anda bila MKJ berniaga. dalam masa yang sama dia berblog.

Kalau dia mampu buat, nak berniaga, naka makan gaji atau nak buat apa awak peduli apa, bukannya awak yang kena tanggung kesibukkan MKJ.

Apa yang MKJ ajar orang jadi bodo (bodoh?)nya. Saya rasa dia buka peluang.

Agaknya (kalau tak kena minta maaflah ya) pengomen inilah yang mulakan penyibaran kata MKJ sakit.

Pada saya yang sakit adalah pengomen ini, kalau pun tidak sakit fizikal, sakit mental.

Usahawan Muda Berijazah said...

Terima kasih, Tok ayah Su. Saya akan hubungi Tok ayah Su segera.

2. Kalau mahukan Kulat Tiram kelabu pada jumlah 50kg sehari, ayam kampung, serati, itik, itik maskobi pada jumlah 50 kg sehari dan kaki lembu sebanyak 400 batang sehari, Tok ayah Su boleh dapat bekalan on the spot.

3. Pembuat-pembuat keropok yang mahukan bekalan ikan, saya juga boleh bekal pada kadar 20 tong sehari on the spot