Tuesday, January 5, 2010

MUNCUL KEMBAli (617)

Buat renungan bersama

PEMAIN pasaran saham dan mereka yang arif tentang ekonomi pasti lega manakala yang jahil dalam bidang berkaitan akan cebikkan bibir dengan laporan-laporan berikut;

1. BURSA MALAYSIA: Saham KL Ditutup Tinggi, Modal Pasaran Cecah RM1 Trilion

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Harga- harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi secara menyeluruh Selasa dengan modal pasaran syarikat-syarikat senaraian mencecah paras RM1 trilion.

Nilai pasaran tertinggi dalam sejarah Bursa Malaysia pada paras RM1.1 trilion direkodkan pada awal tahun 2007 sebelum krisis kewangan dunia berlaku semasa separuh kedua 2007.

Belian berterusan dana-dana asing dan tempatan meningkatkan petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBMKLCI) untuk mececah paras tertinggi harian pada 1,290.55 sebelum ditutup 12.49 mata atau 0.98 peratus lebih tinggi pada 1,288.24, paras tertinggi sejak Julai tahun lepas.

Pada 6 Julai tahun lepas, KLCI dinamakan semula sebagai FBMKLCI bagi mencerminkan capaian dan relevannya di peringkat global.

Ia dibuka 2.51 mata lebih tinggi pada 1,278.26 hari ini.

Presiden Persatuan Pelabur Malaysia, Datuk Dr P.H.S. Lim, berkata aliran harga meningkat semasa dalam pasaran tempatan berlaku hasil peningkatan dalam aktiviti kewangan selain situasi ekonomi dunia yang baik.

Ia merupakan perkara biasa bagi pengurus dana untuk memperuntukkan wang bagi melabur dalam pasaran ekuiti pada awal tahun, sekaligus merancakkan aktiviti kewangan dalam pasaran, katanya.

Pasaran juga dirangsang oleh petunjuk mengenai kestabilan dalam ekonomi Barat selain tiada tanda-tanda peningkatan kadar faedah dalam negara.

Lim berkata asas ekonomi yang positif di rantau Asia, termasuk China, bakal menyaksikan banyak terbitan tawaran awam permulaan (IPO) tahun ini.

Beliau berkata Hong Kong akan menerbitkan IPO bernilai AS$42 bilion manakala Malaysia dijangka menerbitkan sekurang-kurangnya 16 hingga 17 IPO, termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan anak-anak syarikatnya.

Bagi lain-lain indeks, Indeks Kewangan meningkat 80.41 mata kepada 11,139.63, Indeks Perladangan melonjak 128.22 mata kepada 6,505.08 dan Indeks Perusahaan menokok 16.22 mata kepada 2,681.86.

Indeks FBMEmas meningkat 96.76 mata kepada 8,658.19, Indeks FBMTop 100 menambah 89.63 mata kepada 8,435.76, Indeks FBM70 melonjak 121.10 mata kepada 8,498.45 manakala FBMACE meningkat 117.16 mata kepada 4,474.77.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 658 berbanding 184 manakala 180 kaunter tidak berubah dan 281 yang lain tidak diurusniagakan.

Dalam dagangan rancak, jumlah dagangan meningkat kepada 1.864 bilion saham bernilai RM1.984 bilion berbanding 1.130 bilion saham bernilai RM990.954 juta pada Isnin.

Menurut ketua penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, jumlah dagangan yang lebih tinggi hari ini juga menunjukkan pelabur runcit turut aktif dalam pasaran.

Beliau berkata antara yang menjadi perhatian hari ini ialah kaunter perladangan, perbankan dan pembinaan.

"Banyak dana asing memasuki rantau Asia baru-baru ini. Hari ini, dana asing membeli banyak saham bermodal besar dalam pasaran tempatan," katanya.

Dalam nota kajiannya hari ini, Hwang DBS Vickers Research berkata ia menjangkakan aliran meningkat KLCI kukuh, disokong oleh pengukuhan lanjut dalam pemulihan ekonomi dan berita domestik yang positif.

"Selepas mencatat prestasi yang mengejutkan semalam, ada peluang baik untuk pasaran tempatan meningkat lebih tinggi," katanya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.546 bilion saham bernilai RM1.919 bilion berbanding 945.708 juta saham bernilai RM951.295 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 206.875 juta saham bernilai RM41.879 juta berbanding 74.891 juta saham bernilai RM22.518 juta sebelumnya.

Warrant meningkat kepada 94.720 juta saham bernilai RM18.933 juta berbanding 45.599 juta unit bernilai RM7.323 juta pada Isnin.

Antara saham aktif, Compugates Holdings dan SAAG Consolidated masing-masing menokok setengah sen kepada 7.5 sen dan 18.5 sen, dan KNM Group menambah satu sen kepada 81 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat 10 sen kepada RM9.09, Maybank menambah empat sen kepada RM6.90 dan CIMB Group menokok 12 sen kepada RM12.98.

Sementara itu, Bursa Malaysia Securities Bhd menyiasat aktiviti pasaran luar biasa terhadap Ho Hup Construction Company Bhd hari ini berikutan peningkatan harga dan jumlah dagangan saham-saham syarikat itu. Pada penutup, harga sahamnya meningkat 36 sen kepada RM1.76.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 69.124 juta saham yang diurusniagakan di Pasaran Utama, barangan industri 295.485 juta, pembinaan 113.510 juta, perdagangan dan perkhidmatan 545.527 juta, teknologi 73.287 juta, infrastruktur 31.891 juta, kewangan 106.310 juta, hotel 6.675 juta, hartanah 260.297 juta, perladangan 41.527 juta, perlombongan 26,600, REIT 1.806 juta dan dana tertutup 128,100. -- BERNAMA


2. Langkah Bijak Senaraikan Lebih Banyak Firma Milik Kerajaan Di Bursa, Kata Salleh
oleh
Massita Ahmad

PUTRAJAYA, 5 Jan(Bernama) -- Pelabur asing akan diberikan lebih banyak pilihan dengan langkah kerajaan untuk menyenaraikan 17 syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) di Bursa Malaysia tahun ini.

"Ia adalah langkah yang bagus. Dahulu kita dituduh menutup pintu kepada mereka yang ingin melabur dalam syarikat-syarikat yang besar dan berkualiti tinggi ini. Dengan langkah ini, mereka ada lebih banyak pilihan.

"Tambahan lagi, ia adalah keputusan yang bijak untuk kerajaan mengurangkan kepentingannya dalam syarikat-syarikat ini," kata bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, yang kini dikenali sebagai Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid kepada BERNAMA.

Muhammad Salleh berkata buat masa ini, pasaran agak tidak seimbang kerana syarikat-syarikat besar ini hanya mewakili 20 peratus daripada jumlah entiti-entiti yang tersenarai tetapi ia mewakili 80 peratus permodalan pasaran.

Katanya, pelabur asing dan tempatan patut diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam syarikat-syarikat ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 12 Dis berkata kerajaan telah mengenalpasti beberapa syarikat yang akan disenaraikan atau diswastakan tahun ini.

Penyenaraian ini adalah strategi kerajaan untuk meningkatkan mudah tunai dan halaju bursa tempatan selain menambahkan bilangan syarikat tersenarai, katanya.

Ahmad Husni berkata langkah penyenaraian dan penswastaan adalah antara inisiatif yang diambil oleh kementeriannya untuk memastikan ekonomi berkembang pada sasaran lima peratus setahun tahun ini.

Gelombang kedua penswastaan akan membabitkan penjualan syarikat-syarikat ini kepada pihak swasta, kata menteri itu.

Pada November, pasaran menyaksikan penyenaraian semula Maxis Telecommunications Bhd, yang dikatakan tawaran awam terbesar di Asia Tenggara, meraih RM11.2 bilion.

Maxis Telecommunications dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada Julai 2007 berikutan penswastaan oleh Binariang GSM Sdn Bhd.

Selain Maxis, bursa itu turut menyaksikan 13 tawaran awam lain, termasuk tiga penyenaraian asing dari China, iaitu Xingquan International Sports Holdings Ltd, Multi Sports Holdings Ltd dan Xidelang Holdings Ltd.

Pengeluar wain, Ouhua Winery Holdings Ltd, yang menerbitkan prospektusnya pada 22 Dis, dijangka antara yang pertama disenaraikan tahun ini, menjadikannya syarikat keempat dari China yang akan diapungkan di bursa tempatan.

Sejumlah 845 syarikat disenaraikan di Pasaran Utama dan 116 pada pasaran ACE.

Sementara itu, seorang penganalisa berkata penyenaraian Maxis, sungguhpun ketika situasi ekonomi yang lemah, telah berjaya menepati sasarannya untuk meningkatkan mudah tunai dan menarik lebih ramai pelabur.

"Dengan unjuran ekonomi yang semakin baik, disertai penyenaraian lebih banyak syarikat, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia disasarkan mencecah aras paling tinggi 2008 iaitu 1,524 tahun ini," kata penganalisa itu.

Hari ini, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBMKLCI) mencecah paras tertinggi harian pada 1,290.55 sebelum ditutup 12.49 mata atau 0.98 peratus lebih tinggi pada 1,288.24, paras tertinggi sejak Julai tahun lepas. -- BERNAMA

3. Malaysia Melangkah Ke Peringkat Ketiga Pembangunan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Malaysia melangkah ke peringkat ketiga pembangunan ekonomi, kata konvenor Gabungan Industri Perkhidmatan Malaysia (CSIM), Yasmin Mahmood.

Yasmin berkata pada peringkat ini ekonomi Malaysia bukan lagi diterajui oleh sektor pembuatan sahaja.

"Ia akan dipacu oleh sektor pembuatan dan juga sektor perkhidmatan.

"Ini sejajar dengan wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat Malaysia menjadi sebuah ekonomi yang dipacu oleh sektor perkhidmatan menjelang 2020," katanya.

Beliau juga berkata setakat ini, Malaysia meraih manfaat daripada semua langkah-langkah pelonggaran yang dilaksanakan pada masa lalu.

"Dasar pasaran yang liberal dan terbuka dalam sektor pembuatan telah menyumbang kepada kedudukan Malaysia sebagai antara destinasi pelaburan langsung asing (FDI) yang paling menarik di rantau ini.

"Bagaimanapun, negara-negara lain di rantau ini semakin membuka pasaran masing-masing dengan kos buruh yang rendah. Semua ini menjadi persaingan sengit bagi Malaysia," jelasnya.

Yasmin, yang juga pengarah urusan Microsoft (M) Sdn Bhd menegaskan bahawa jika pelonggaran sektor perkhidmatan digunakan sebaik-baiknya oleh semua pihak, sektor ini mempunyai peluang yang cerah untuk menyumbang 70 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2020. -- BERNAMA

Semua rakyat Malaysia patut bersyukur dengan nikmat dan rahmat ini.

7 comments:

pokyakgawah said...

Puan Mastura, AJK UMNO kasi liwat. Kesian Mas..!!! Sundal betul ahli umno ni. Inilah agaknya hasil ajaran sesat hadhari.

Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Tasek Gelugor, Datuk Muhammad Mustaffa Idrus didakwa oleh Mastura Bakar, 24, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya. Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno bahagian Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat.

Anonymous said...

Apa relevennya komen anda dengan isu yang dibangkitkan?

Meraban macam mabuk tuak masam demo ni

pokyakgawah said...

okay yang ni tak mabuk...
"Apa yang sedang berlaku dan apa yang bakal berlaku semuanya terletak ditangan rakyat Malaysia..Samada ingin menyambung kembali talian hayat itu kepada mereka atau tidak..tepuk dada tanyalah selera..
Sesudah Najib mendapat tekanan dari Dr Yusuf Al-Qardhawi yg boleh dikatakan mewakili dunia Islam apabila beliau memberikan sokongan 100% kepada seteru utama Najib iaitu Anwar Ibrahim didalam kes liwat...kini Najib bakal berhadapan pula kemungkinan yg bakal mencatat sejarah dunia apabila seorang Perdana Menteri Malaysia dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kes rasuah dan bunuh di negara asing iaitu dinegara yang tidak asing lagi kepada Najib..Perancis..

Seandainya polis Paris akan memanggil Najib ke balai mereka sudah tentu ini merupakan tekanan dunia barat kepada Najib sesudah tekanan dari dunia islam yg diterajui oleh Dr Yusuf Qardhawi..
Maka talian hayat Najib telah habis digunakan sekarang..apa jua talian hayatnya sudah terputus..namun begitu jika atas ehsan Dr M berkemungkinan Najib bakal mendapat sokongan negara Afrika pula kerana connection "Sifunya" itu dengan negara Afrika atau lebih tepat lagi negara Zimbabwe amat bertaut rapat hingga mencecah akar dibumi..

pokyakgawah said...

Skandal Kontrak Bas PLKN : 1Malaysia 1Kontraktor

Pada mula ditubuhkan JLKN telah menawarkan perkhidmatan ini kepada lebih 12 buah syarikat yang mana syarikat ini akan melantik sub-kontraktor mereka sendiri di mana jumlahnya melebihi daripada 30 sub-kontraktor. Pendek kata ramai kontraktor mendapat peluang dan faedah daripada kontrak ini.


Mulai tahun 2007 kontrak perkhidmatan kereta yang digunakan oleh urusetia kem telah diberi kepada seorang kontraktor sahaja yang mana ini menyebabkan mata pencarian kontraktor dan sub-kontraktor hancur dengan sekelip mata sahaja. Tidak cukup dengan itu pada hujung Disember 2009 sekali lagi pelancaran telah dibuat dan kali ini perkhidmatan bas pula telah diberi kepada kontraktor yang sama. Kali ini giliran pengusaha bas pula yang menjadi mangsa ditambah dengan situasi ekonomi yang tidak menentu banyak kilang yang telah ditutup, kini kontrak bas JLKN pula dibolot oleh kontraktor yang sama yang dikenali sebagai Tuan Syed Hussin.


KELEBIHAN SISTEM (KONTRAKTOR) LAMA


1.

Dapat melantik sub-kontraktor atau menggunakan beratus buah bas tempatan yang mana sedikit sebanyak mereka dapat bekerja di dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik yang mana banyak kilang telah ditutup. Maka PLKN merupakan harapan mereka untuk terus kekal beroperasi.
2.

Pengusaha bas tempatan serta pemandu tempatan yang jumlahnya mencecah beratus orang turut sama dapat mencari rezeki yang halal melalui perkhidmatan pengangkutan JLKN sebagai satu sumber kewangan mereka untuk menyara kehidupan keluarga.
3.

Dengan ini semua akan dapat membantu menyemarakkan ekonomi setempat.


SISTEM (1KONTRAKTOR) BARU


Dengan adanya monopoli yang baru ini, Syed seorang sahaja yang mendapat keuntungan atas dasar konsep 1Malaysia 1Kontraktor ini.......


Sistem monopoli yang diamalkan ini amat tidak adil dan tidak baik kerana:


Contohnya kontrak kereta yang diberi kepada Syed secara monopoli menyebabkan terlalu banyak 'complain' akibat lambat bertindak gara-gara tiada saingan.


Harga dalam kontrak bas pula melambung terlalu tinggi iaitu perbezaan lebih kurang RM177 Juta duit rakyat telah hilang. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang apa rasionalnya pembaziran sebesar itu dilakukan sedangkan pihak JLKN sendiri telah mengurangkan aktiviti di kem.


Umumnya kami tidak nampak kenapa kontrak ini harus di monopoli oleh seorang yang bernama Tuan Syed Hussin ini kerana kerja perkhidmatan kereta dan bas ini ialah kerja non-teknikal yang ramai orang mampu buat dan dibuktikan selama ini tiada sebarang masalah dan berjalan lancar.


KLAUSA KONTRAK

JLKN harus membayar sewa 9 bulan PENUH dalam satu tahun pada Syed mengikut kadar sewa bulanan tetap selama 30 hari. Sebelum ini bayaran hanya mengikut pergerakan contohnya kalau ada aktiviti baru bayar atau on call sahaja. Cuba kita bayangkan kontrak Syed berjalan selama 5 tahun Jan 2010 hingga Dis 2014.


Syed harus membekalkan BAS BARU yang mana isu ini telah diputarbelitkan oleh Syed iaitu dia mendakwa bas dalam lingkungan 5 tahun juga baru. Ini dibuktikan bahawa dia menggunakan bas sedia ada yang pernah digunakan oleh kontraktor lama dan dia mengenakan bayaran yang melampau kepada kerajaan.

Umum mengetahui bas baru bermakna bas yang baru didaftarkan dan kilometernya masih dibawah 1000KM dan harus didaftarkan atas nama syarikat Syed. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Syed hanya menampal stiker pada bas sedia ada yang pernah digunakan oleh kontraktor lama sebelum ini. Buktinya kita boleh lihat bas-bas ini di stesen-stesen bas padan 2 Jan – 3 Jan 2010 lalu. INI ADALAH SATU PENIPUAN BESAR KEPADA RAKYAT.



MARI SAMA-SAMA KITA NANTIKAN APA YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA

KALU KES NI ADA BAU2 BACANG DGN PEMBANGKANG SEBELUM SUBUH LAGI SIASATAN AKAN DIJALANKAN....OLEH PARTI KOMPENEN BEER END - SPRM APA2 PUN

RAKYAT DIHULUKAN ...KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN

john said...

Salam 1 mongolia..ni john yang kontroversi..lepas ni ado joots follow amBo nih..dulu seingat ambo umi kalsom...mano doh lo ni umi tu..apo kabar lo ni...

Ok lah ambo ulas hok kiro relevan la sebab abe li tok wak keluar posting baru...kata abe li(comel tajuk ni)

"Buat renungan bersama

PEMAIN pasaran saham dan mereka yang arif tentang ekonomi pasti lega manakala yang jahil dalam bidang berkaitan akan cebikkan bibir dengan laporan-laporan berikut;
1. BURSA MALAYSIA: Saham KL Ditutup Tinggi, Modal Pasaran Cecah RM1 Trilion"

Pertanyoae ambo selepas keluar artikel ni:-

"Dua Harga Petrol Bermula 1 Mei
PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata, bagi warganegara pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan.

"Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Golongan yang mendapat subsidi katanya, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi akan membayar harga sebenar petrol."

-ulasan ambo...
'Modal pasaran cecah 1 trillion?'-maknanya macam ekonomi M'sia pulih doh kot..M'sia punyai asas ekonomi yang kukuh wokalih?
-kalu kukuh bakpo ataupun kenapa tergesa2 nok naik harga barangnya? ok lah kepada warganegara asing tu biarlah ambo setuju. Bakpo yang rakyat yang cubo2 nok berjinak nga keto CC besar sapa tok leh nok bagi subsidi jugok? tokkan nok naik kancil nga saga blm kalu ahli keluargo minima 6 orang? ko nok suruh paka exora,keto besa CC kecik?..mulo2 ni yo la..dae lamo gak kito tengok setaro mano exora tu nok pikul ore.

Ambo tok pehe nga k'jaan M'sia lo ni. Napok EKONOMI macam kukuh je..tapi strategi seoloh2 rakyat kena dahulukan belako...maksud ambo gula naik rakyat dulu 'keno'..minyok naik rakyat dulu 'keno'...dan hok ambo lagi tok pehe macam mano rakyat buleh kekal nga umno ni...dunio...dunio..SANDIWARA BLAKO!

pokyakgawah said...

ni satu lagi

RAKYAT DAHULUKAN KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN

PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan.

"Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Golongan yang mendapat subsidi, katanya akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol

pemudakucalakna said...

PERTANDINGAN MENCARI ENJIN JET 1MALAYSIA

Selaras dengan konsep gagasan yang paling top masakini iaitu gagasan 1Malaya, warganegara 1Malaya dipelawa menyertai Peraduan Mencari Enjit Jet Tersembunyi.
Tempoh peraduan mencari enjit jet tersembunyi ini ialah selama 4 tahun.Lagi lama lagi baguih.Makan tahun pun takpa.Biaq berjanggut asal sangkut.

Warganegara yang ada hati untuk menyertai peraduan ini mestilah pegawai berpangkat rendah ataupun macai bagi sektor swasta.Pegawai peringkat atasan dan golongan bangsatwan adalah tidak dilayan.

Semua peserta diberi klue tempat enjit jet tersebut disembunyikan oleh pihak penganjur iaitu sekitar pesisir pantai Uruguay ataupun di sebuah kampung sekitar padang ragut alfalfa di Argentina.

Hadiah utama merupakan sekilo gula keluaran Januari 2010.


Rebutlah peluang keemasan in