Friday, January 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (611)

RM800 juta bagi menguji kebijaksanaan kepimpinan sebuah kerajaan

DALAM responnya terhadap kerajaan negeri yang kini diterajuiya perlu membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, antara lain berkata: "Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai".

Beliau juga berkata:
"Benda ini bila kita bagi jaga negeri atau Malaysia kepada orang tidak pandai akhirnya imej politik lebih jadi buruk, setengah tok guru tidak mahu ceburi politik kerana disangka buruk, politik itu yang buruk, tetapi politik saya comel, politik Nabi Muhammad, politik Nabi Muhammad yang pertama,".

Beliau menyifatkan kes tersebut sebagai 'sampah' yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika itu dan kerajaan Pas hari ini yang perlu membersihkannya. Haikatnya bukan Kerajaan Barisan Nasional tetapi Kerajaan Campuran Pas-Umno/BN dengan menteri besarnya adalah dari Pas. Tahun 1975 adalah tahun Pas ditendang keluar dari kerjasama dengan Umno/BN yang dijalin pada tahun 1972.

Maknanya tudingan
"Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai". itu ditujukan kepada Pas sendiri kerana MB ketika itu adalah dari Pas, yakni Allahyarham Dato' Haji Muhammed bin Nasir (Dato' Biji Sura) yang bermaqam di Melbourn, Australia.

Makananya Dato' Nik Aziz dalam cuba melepaskan diri dari kena menanggung bayaran RM800 juta, beliau ibarat menepuk air di dulang atau meludah ke langit yang akhirnya tak diberitahu pun semua orang tahunsudah tahu apa jawabannya dan apa yang berlaku.

Ini bukan masanya untuk tuding menuding kerana bila sesebuah kerajaan diambil alih, maka semuanya kena diambil. Kakitangan kerajaannya, segala harta benda dan hutang piutangnya kena ditanggung. Segala kemunduran semasa pemerintahan Pas selama 18 tahun (1959-1978) telah diambil oleh Umno/BN.

Segala pesaka peninggalan Kerajaan Umno/BN selama kira-kira 12 tahun berkuasa di Kelantan (1978-1990) yang jauh berubah dan maju berbanding daripada kira-kira 18 tahun sebelumnya, telah diambil oleh Pas, termasuk Kompleks Kota Darulnaim yang pembinaannya ditentang oleh Pas, malah diangap sebagai ketik Siam.

Kalau diibarat sebuah syarikat, ketika Dato' NIk Aziz menjadi MB, Kelantan bukan sahaja sudah stabil dengan dananya mencukupi tetapi sudah mampu buat untung dan laba berganda.

Menguruskan sebuah syarikat yang stabil, dengan dananya melebihi keperluan di samping telah membuat keuntungan dengan kakitangannya pula sudah sedia mahir dan berpengaaman, jauh lebih mudah berbanding dengan menguruskan sebuah syarikat yang aliran kewangannya dalam keadaan goyah, dana tidak cukup dan tak pernah buat untung dengan para petugasnya pula tidak mahir dan tidak berpengalaman.

Bagi saya oleh kerana Dato' Nik Aziz dan pimpinan Pas ghairah sangat menganggap orang Umno/BN tidak bijak sebagai kerajaan dan menganggap orang Pas lebih bijak, maka kes-kes seperti tuntutan bayaran ganti rugi RM800 juta yang boleh menyebabkan kerajaan boleh muflis itu adalah sebagai suatu bentuk ujian sama ada orang Pas benar-benar bijak mentadbir atau lebih bersifat retorik yang memualkan semata-mata.

Orang yang bijak tidak banyak buka mulut atau persalahkan orang lain dalam berdepan dengan masalah yang dihadapi, sebaliknya akan digunakan pelbagai taktik dan teknik untuk menyelesaikan masalah dalam keadaan penuh ketenangan dan profesional.

Kalau betul doa mustajab dan boleh memusibahkan orang, termasuk boleh pecah perut jadinya, kenapa tidak didoakan supaya akan berlaku hujan kepingan RM yang bukan sahaja dapat selesaikan bayaran RM800 juta dengan mudah tetapi boleh menampung kenaikan harga gula 20 sen sekilo supaya rakyat dapat membeli bahan tersebut dengan harga asal.

Di samping itu biarlah wang yang turun bagaikan hujan menanggung kos subsidi bahan bakar supaya rakyat membayar petrol dengan semurah mungkin, malah yang menggunakan petrol RM20 se bawah sehari misalnya dipercumakan sebagaima orang kampung tidak perlu bayar bil elektrik pada jumah RM20 yang dinikmati sekarang.

Kalau RM800 juta boleh dibayar dengan dalam keadaan tenang dan profesional, bukannya asyik tuding sana tuding sini untuk lepaskan diri dari memikul hakikat tanggungjawab, saya yakn pada pilihanraya umum ke-13 nanti Pas/PR tak perlu kempen pun, Umno/BN pasti akan 0 undi.

Dalam keadaan beginilah agaknya nama-nama seperti Mohd. Noor Ibrahim (Nor Tendung atau Noor Perabot atau Noor Kayu) yang memainkan peranan dalam menebus balik kawasan Ulu Kelantan yang digadai kepada Timber & Mine Industrial Corpration, syarikat dari Singapura.

Rasanya beliau yang besar jasanya dalam menyelamatkan khazanah negeri terantai oleh perjanjian berat sebelah dengan syarikat dari negara asing tidak dipedulikan, apatah lagi dalam bentuk sumbangan ganjaran terhadap jasa besarnya.

Pun begitu beliau tetap perhambakan diri kepada pokok kayu kayan sehingga kini dilantik sebagai pensyarah undangan bagi bidang kayu kayan di UTM Skudai, malah ceramahnya tentang kayu kayan kini dibayar pada kadar RM1,000 sejam.

1 comment:

Anonymous said...

Gemulah Abang Ya Daging said...
Banyak weh... 800 juta. Agak-agak kalu kita gi makan sup Punggung B**ar depan masjid kg sireh bulih berapa mangkuk?. Acu kira. 800000000000 bahagi 3 rial, maka kurang lebih 266 juta kali. Kalu gi hari hari = 266 juta bahagi 365 hari (setahun) maka kita bulih makan sup Punggung B**ar selama 7305936 hari. Bersamaan 20 ribu tahun. Acu kira adik li