Sunday, January 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (614)

Isu Kalimah Allah
Semua pihak kena terbuka menerima semua pandangan dan cadangan

ISU kalimah Allah yang bagi saya wujud bagi menguji sejauh mana bijaksana dan profesionalnya pemain politik dan betapa tolerannya pemimpin parti-parti politik, pemimpin pelbagai agama dan juga NGO di negara, boleh reda atau sebaliknya bergantung kepada kebestarian, ketoleranan dan keprofesionalan mereka yang saya sebutkan.

Paling penting adalah pemain dan pemimpin parti-parti politik kerana mereka lebih berpengaruh, malah apa yang mereka cakap, yang mereka buat dan yang mereka rancang atau memberi pandangan sering mendapat perhatian, berbanding dengan kelompok yang lain.

Setidak-tidaknya dalam menghadapi isu ini, mereka kena lupakan sementara soal mahu meraih sokongan dengan memanipulasi isu yang bagi saya ibarat bisul mekar terlindung di sebalik kain, jika tersentuh walaupun tidak sengaja, barangkali pengidap bisul bolh menumbuk si tukang sentuh bisunya sampai bengkak muka.

Barangkali boleh memberi sendikit tumpuan istimewa terhadap Musrydul Am Pas Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah menegaskan tiak bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, kini menukar pendiriannya. Beliau tidak setuju Kristian guna kalimah Allah.

Pada 1 Mac, 2009 sebagai hujah kepada pendiriannya bahawa tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, beliau menegaskan dalam satu sidang akhbar, tidak salah bagi orang buan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Ini kerana, katanya, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

Pada 3 Januari, 2010, dalam pendirian terbarunya, beliau memberitahu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali walaupun hukukmnya harus. Alasanya ianya akan menimbulkan kekeliruan dan gereja Kristian akhirnya akan dipangil mesjid Kristian.

Semua orang patut lupakan perubahan pendirian Dato' Nik Aziz yang sering menimbulkan kontraversi berkaitan dengan hukum Islam itu, sebaliknya semua pihak kena mengambil rasional, mengambil cakna dan melihat darei sudut positif tentang lpaoran yang menyebut;

Sementara itu, Nik Aziz hari ini memberitahu, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya badan rundingan itu diwujudkan secepat mungkin.

“Majlis rundingan itu boleh dianjur NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau kerajaan sendiri secara terbuka atau tertutup.

“Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini. Orang kita tidak suka berdepan begini,” katanya.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tiada halangan jika dipanggil menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Bagi saya adalah amat bijaksana, amat berstari, amat profesional dan amat rasional sekiranya badan perundingan diwujudkan, malah barangkali perdebatan secara terbuka dengan disediakan siaran langsung oleh stesen radio dan tv patut diadakan secara berkala.

Malaysia adalah negara yang paling layak memulakan langkah itu kerana negara ini bermasyarakat majmuk yang pelbagai pula adat resam, budaya dan anutan agama yang sudah kira-kira 52 tahun setelah negara merdeka mampu hidup penuh harmoni, saling hormat menghormati dan sayang menyayangi.

Semua pihak kena terbuka menerima pandangan dan cadangan kerana tujuan manusia beragama adalah untuk mendapat hasanah di dunia dan akhirat. Tidak ada mana-mana agama yang penganutnya memilih agama berkenaan untuk masuk neraka atau untuk menjalani hidup tonggang langgang.

Masing-masing beranggapan bahawa agama merekalah yang paling betul dan akan menganggap agama lain tidak betul, kerana itulah yang disogokan kepada mereka tanpa cuba dicari-gali apa yang tidak betul dan yang betulnya.

Melalui berdebatan/muzakarahlah segala-gala akan ada jawaban. Penganut agama lain tidak perlu takut kepada Islam kerana Islam bukan agama paksaan, malah pemelukkannya pun bergantung kepada hidayah-Nya.

Untuk memperincikan tentang itu, tokoh-tokoh seperti Dato' Nik Aziz, Dato' Seri Haji Hadi, Prof. Mahmud Zuhdi, Dr Mohd. Asri Zainal Abidin, Noh Gadut, Harunsani Zakaria, Datuk Jamil Khir dan para cendekiawan Islam lainnya patut dijadikan ahli panel mewakili Islam untuk berhujah dengan tokoh atau ketua agama Kristian, Budhha, Hindu, Sikh dan sebagainya.

Malah untuk jangka panjang barangkali boleh dijemput tokoh-tokoh dari luar, termasuk Dr Yusoff Qardawi atau pun Rektor Universiti Al-Azhar dan sebagainya untuk berdebat dengan tokoh atau ketua agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sebagainya bagi peringkat antarabangsa.

Saya yakin jika stesen tv menyiarkan secara langsung debat/muzakarah tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama, ianya akan mampu menarik jumlah penonton jauh lebih ramai berbanding dengan program realti tv sama ada AF, Raja Lawak, Malaysia Idol atau sebagainya.

Tak percaya cuba!

9 comments:

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

Salam...

Sebenarnyo tok guru memang bijaksana padan la dengan taraf tok guru tu. sebelum ni apa hok dia bagitahu tu sebenarnya tidaklah kontroversi pun tapi di ambil separuh2 sapa pening habis ore hok jenis ngaji ilmu islam separuh2 ni abe li...

Abe li tok ser ulas getek ko pasal setiausaha pemudo umno kelantan Bazlan Baharuddin OFFER TOK GURU JADI KETUA ULAMA UMNO sekiranya tok guru masuk umno seperti mano yang dilaporkan oleh sebuoh akhbar!ambo nok suko dulu deh..HUAH..HUAH..HUAH. Doh kalu tahu tok guru tu sapa taraf tu nok akat dio..tok payoh masuk umno la..ore umno tu masuk PAS. Guano? tak dok ulama ko hok buleh paka sapa nok ko tok guru tu.

Mano jootspring dan seangkatan dengannyo. Apo kato demo pasal su pemudo UMNO kelate ni?..HUAH..HUAH..HUAH..HUAH..padae la dulu tu..

p/s:ambo cadang su pemudo ni dibuang parti UMNO sebab wak malu ko pengikut2 dio!

joostspring said...

john...
mmg confirm mu ni taksud tahap jilat selipar jepun nik ajis!!!


kalu nik ajis kata taik tu buleh mkn,aku rase mu amik kutip mkn taik tu..

john said...

salamm...

huah..huah...huah..guano joots, x dok fakta dohko...

joots, ambo nok tanyo demo mugo demo pejilat ju*** umno kae? demo perasae ko dok? tiko kes nizar yb perok diisytihar SAH mb perak oleh mahkamah tinggi, tok sapa 24jae umno buat rayuan..dalae kes nama Allah ni(besar lagi pado kes tu), bakpo yg kerajaan umno tok buat2 lagi rayuan? nok tunggu gapo dio? nok tuggu jootspring jadi SU pemudo umno kelate hok baru ko?apo isu UMNO nok main ni?nok tunjuk juaro dale membela Allah ko? SANDIWARA BLAKO..

kalu ore lain yang seangkatan dengan joots nok jawab tak po..soalan terbuko..abe li nok ulas pun di persilakan.

kata joots lagi
"john...
mmg confirm mu ni taksud tahap jilat selipar jepun nik ajis!!!

kalu nik ajis kata taik tu buleh mkn,aku rase mu amik kutip mkn taik tu.."
TAKSUB KO ORE BERILMU TAK PO JOOTS, TAKKAN SURUH BUAT BENDO LAGHO MACAE PEMIMPIM UMNO DEMO TU. SU PEMUDO UMNO KELATE PUN IKTIRAF TOK GURU JOOTS. AMBO RASO DEMO NI JENIS SSSSUMBAT BEDO'OH!

p/s: padae dulu ngomen utk posting ni..takuT ore lain tok leh ulas pulok..tggu posting seterusnyo pulok...salam 1 monggolia!

Abuzar said...

Kalimah"Allah" tu hanya salah satu dari 99 nama Tuhan Pencipta & Penguasa Seluruh Alam.

Apa beza dengan Budha Siam, Cina, Kristian, English, American, African, Hindu atau mana2 kafir sebut kalimah "Allah", jika Arab,atau Melayu yang sebut tu pun tak "beriman & taat dengan Allah" dalam erti kata sebenar?

Ada melayu yang perjuang kalimah "Allah" ni macam2 ragam.. tak tutup aurat, kaki rasuah, penjenayah, yang syirik, yang ikut ajaran sesat, yang ikut akidah sekular, .. dan macam2... setengah guna kalimah "Allah" untuk menipu ... sihir... menindas..

Pada saya semua boleh sebut Allah.. tapi yang penting bagi orang Islam kena faham betul2 maksud ketuhanan Allah dan kewajipan kita sebagai hambaNya supaya tidak tersesat dan tergolong sebagai orang2 mukmin.

Sistem pendidikan Islam sekarang perlu ditambahbaik, bukan diajar supaya sekadar tahu atau nak lulus periksa atau nak tayang sijil agama saja... tapi lebih dari itu .. YAKIN dan AMAL Islam 100% ... jangan ikut Allah sebahagian2 saja mengikut selera hawa nafsu!

Jika dijelas secara betul, maksud "Allah" ... mungkin lebih ramai orang bukan Islam akan fahami tauhid kepda Allah ... dan akan sama2 menyembah Allah. Insyaallah. ISLAM FOR ALL.

Budak Pondok Lubuk Tapah said...

Setelah Pas wujud tahun 1951, dah berapa orang bukan Islam yang berjaya diIslamkan? Dok kafirkan orang Islam adalah.

Umno walaupun tak palu gong dan gendang rata-riti ada jasa Islamkan orang bukan Islam melalui PERKIM, suarakan kepentingan Islam sedunia melalui OIC, yang paling lama jadi Setiusaha Agung OC bukan ke orang Umno.

joostspring said...

john..

palo otak demo samo bodo r dgn exco kelate...

mu ajak umno msk pas tu serupo mu suruh ayh mu sembah ko mu r...

pas tu serpihan umno jah...puak mu hok kena msk umno...

kalu payah2 sgt gak,mu ajak puak2 mu hok rse serabut dah duk dmalaysia ni pungah kain baju berambus dari malysia..byk kecek sgt teh...berambus je la mu,xdak mu di malaysia xrugi pun!!!

ambo said...

Dah jadi medan mencarut pula blog tuan.....

dua2 pihak tunjuk tahap pemikiran masing2....

Inilah masalah yg merisaukan... sesama saudara seislam bukan main garang, cengil, gedebe.... tapi.....

ISLAM FOR ALL - YES
PAS FOR ALL - ???

p/s: sealim mana pun seseorang tok guru...waima seliparnya juga dikatakan ada keberkatan.... TAKSUB.... tetap tak boleh saudara.....

Hj Markoko said...

..apa dah jadi ni dengan john dan joost ni..nama orang putih tapi ugama gapa kita tak tahu..kalau mereka ni orang Islam dan mentaliti macam ni maka tidak hairanlah "Allah" pun orang kafir nak ambil..sama Islam pun masih dok pakat nak mengaku yang dialah yang lebih Islam dari puak Islam lain..yang malangnya lagi dah sampai ada pula yang mempertikaikan tahap keimanan orang Islam lain..

..kalau kita berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin PAS selama ini maka didapati penganut ugama Islam di Malaysia telah dimerosot sebanyak 60% dan baki yang tinggal hanya 40% iaitu pemyokong PAS sahaja..60% lagi iaitu penyokong UMNO walau pun mengaku Islam tapi dikatakan segala amalan baik mereka hanya layak setakat lubang kubur sahaja..bukan nak mengata tapi kawe naik heran pula iaitu tugas orang Islam ialah berdakwah kepada orang bukan Islam untuk kembangkan Islam tapi yang berlaku adalah sebaliknya..jumlah orang Islam makin merosot pula..

..kalau orang Islam sendiri pun dok jadikan ugama Islam sebagai alat permainan politik untuk dapat kuasa maka tidak lama lagi bermacam isu akan ditimbul dalam usaha pihak kafir untuk memperlekehkan ugama Islam..mungkin sekarang ini mereka sedang menyenaraikan istilah keugamaan yang digunakan dalam ugama Islam untuk digunapakai dalam ugama Kristian..tidak mustahil mereka akan tukar perkataan 'gereja' itu kepada perkataan 'masjid', 'padri' kepada 'imam'..dll