Thursday, January 14, 2010

MUNCUL KEMBALI (624)

Sikap Khalid Samad boleh menyebabkan orang Pas umpama kucing lekat tulang

WALAUPUN bukan sewajarnya, namun apa yang dicakap, apa juga pendapat, pandangan dan pendirian politik parti-parti politik dan pemain politik menjadi perhatian umum, direkod dan dijadikan bahan kajian.

Kerananya, maka apa pun tindak tanduk orang politik hari ini akan menjadi perhatian dan sukat timbang pada hari esok, tindak tanduk semalam akan menjadi berbandingan dengan apa yang dicakap pada hari ini.

Demkian juga dengan apa yang telah, baru dicakap dan akan dicakap oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad yang bercanggah dengan pendirian majoriti umat Islam tanpa mengira fahaman politik di negara ini.

Padahnya berlaku semacam pergeseran dan pertembungan pendapat antara beliau selaku ahi Parlimen di Selangor dengan Jabatan Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagaimana laporan berikut;

Kalimah Allah : Amaran JAIS kepada Khalid

SHAH ALAM 14 Jan. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, keputusan larangan penggunaan kalimah Allah itu telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Majlis Fatwa Negeri pada tahun lalu dan mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sehubungan itu tegas beliau, tindakan mempertikaikan keputusan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menghina dan ingkar perintah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, enakmen itu memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Kita (JAIS) nak jelaskan bahawa keputusan melarang pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bukannya soal politik tetapi ia melibatkan soal akidah dan kepentingan umat Islam.

"Maka sebab itu, MAIS dan Majlis Fatwa Negeri membuat ketetapan pengunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain selain Islam berasaskan kajian dan penyelidikan mendalam mengenai perkara itu.

"Merujuk kepada kenyataan Khalid yang mempertikaikan keputusan tersebut, saya harap beliau dapat menimbangkannya semula kerana beliau boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen itu," katanya selepas mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Khalid yang disiarkan dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini yang secara terbuka mengkritik MAIS dan JAIS kerana didakwa menganjurkan protes membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Masjid Negeri, Jumaat lalu.

Malah, Khalid turut mengecam MAIS dan JAIS kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut termasuklah membawa kain rentang menunjukkan bantahan mengenai perkara itu.

Khalid turut menyerang Mohammed Khusrin dengan gesaan supaya Pengarah JAIS itu menubuhkan sebuah parti politik dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang ekoran bantahan tersebut.

Dalam pada itu, Mohammed Khusrin turut memberitahu, Khalid sepatutnya menghormati keputusan yang dibuat MAIS dan Majlis Fatwa Negeri berlandaskan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang telah diwartakan sejak tahun 1988 lagi.

''Sebagai rakyat Selangor, beliau (Khalid) perlu patuhi titah Sultan Selangor dan undang-undang syariah yang termaktub di negeri ini.

''Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak sama ada bukan Islam lebih-lebih lagi orang Islam sendiri yang cuba mempertikaikan keputusan larangan ini," katanya.

Jelasnya lagi, menurut enakmen itu terdapat 25 kalimah yang dilarang pengunaannya oleh orang bukan Islam antaranya ialah Allah, ulama, hadis, ibadah, kiblat, haji, mufti, nabi, fatwa, khalifah, sheikh, imam, dakwah, wahyu dan mubaligh.

Selain kalimah tersebut, terdapat juga 10 perkataan yang turut dilarang digunakan oleh penganut bukan Islam seperti alhamdulillah, insya-Allah, Allahuakbar, laiIlahaiIlallah, masya-Allah, astaghfirullah dan subhanallah.

Pada saya keadaan ini berlaku kerana Pas (merujuk kepada Pas Selangor dan Pas pusat) tidak ada penyelarasan dan kawalan dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan, masin-masing umpama haiwan yang ternakan yang dibiarkan bebas lepas.

Maka berlakulah keberkeliaran, termasuk tidur dan berak di atas jalan, menyebabkan jalan berturap tar diturap dengan tompokan taik haiwan ternakan yang boleh menyebabkan kenderaan yang memijaknya kalau tidak segera dibasuh boleh cepat berkarat jadinya.

Demikianlah yang terjadi kepada Pas, sehinggakan dalam menghadapi isu larangan pengguaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, menyebabkan pendukung dan penyokong Pas berkeadaan umpama kucing lekat tulang atau pemandu kenderaan yang terpaksa banyak 'mengolek' melalui jalan yang banyak taik lembu, bahana dari sikap pemimpin mereka, terutama tokoh seperti Ir Khalid Samad dalam membuat kenyataan dan membina pendirian.

8 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

saya petik salah satu ayat SMS telah masuk kehandset saya tanpa diundang yang berbunyi lebih kurang begini "umno bakar gereja untuk dharuratkan kerajaan Selangor".

Persoalannya adakah logik diakal kita jika selangor berjaya didharuratkan maka yang akan dapat labanya nanti ialah Umno/bn? akan tetapi kemungkinan ada benarnya jika kita perhatikan sejarah Kerajaan Pas Kelantan berjaya didharuratkan pada hujung 70an berikutan rusuhan jalanan dari rakyat jelata kemudian daripada itu kerajaan Umno Bn telah berjaya memerintah kembali kerajaan Kelantan. Isunya yang diputarkan dikala itu ialah tanah simpanan balak hutan telah tergadai ketangan orang negara asing.

Berpunca daripada itu jugalah hari ini kerajaan pas kelantan sekarang telah didakwa olih syarikat pembalakan tersebut dan mahkamah telah memutuskan supaya kerajaan kelantan membayar puluhan juta ringgit sebagai ganti rugi.

Dari sejarah inilah agaknya ramai dikalangan peramal politik membuat andaian sememangnya umnolah yang menjadi dalang disebalik isu kebakaran gereja pada hari ini kerana berdasarkan umno yang agak pakar mengambil peluang untuk menangguk diair keruh....jadi fikir fikirkan ! ulasan selanjutnya ada didalam http://berkatilah.blogspot.com

Anonymous said...

Tok Ayah Su,

sape tulis SMS macam itu dia sama ada bukan Islam atau bukan Melayu. Takkan isu kalimah Allah yang berkaitan akidah inipun hendak dipolitikkan juga. Mengapa dalam hal begini pun orang Melayu Islam tidak mahu bersatu? Sibuk salahkan parti itu, parti ini.

Tok Ayah Su ni orang lama, berfikiran lama, orang muda sekarang dah tau membeza, tak perlulah bawa fikiran ASOBIYAH parti tu.

Wak Long said...

..mengapalah bangsa ku yang dipanggil Melayu ini semakin hari semangkin benggong, tolol, bahalol,sewel dan dah sampai peringkat nak gila babi..si paderi gereja yang saman kerajaan kerana hendak pakai kalimah 'Allah' untuk majalah mingguan Heral mereka..si hakim yang bukan Islam yang membenarkan..tiba-tiba kita orang Melayu yang mengaku Islam ini pula berbalah sesama sendiri kerana ingin menonjolkan bahawa mereka adalah penyokong tegar pihak gereja Kristian dalam isu ini dan pihak yang satu lagi adalah menentang..malah sampai mendakwa pihak inilah yang bertanggung jawab cuba membakar gereja..memang bangsa ku ini sudah gilaaa!!!

..perkara ini berlaku kerana terdapat orang Melayu yang mengaku Islam tetapi lebih pentingkan undi untuk pilihanraya..kisah kalimah 'Allah' itu telah hilang tetapi yang timbul sekarang ini ialah perebutan diantara 2 parti orang Melayu ini yang ingin menonjolkan bahawa merekalah yang lebih condong menyokong tuntutan pihak gereja Kritian dari pihak yang lain..sebelum ini mereka berebut untuk menonjolkan siapa yang lebih Islam..inilah gara-gara over dose berpolitik dikalangan orang Melayu..

...sedarlah wahai bangsa ku, jangan dok main politik dengan perkara akidah..

PUTRA CAKNA said...

Betul tu wak long, saya setuju! Mendabik dada bahawa kita islam sengoti tapi setuju dengan pendapat hakim bukan islam adalah tidak patut sama sekali.
Bagiku agamaku, bagi kau agama kau. Nak juga kalimah Allah masuk islam lah.

pokya kapok belawok said...

NOK TOK SKIIIIT APAKAH HUKUMYER SEORANG SUAMI ISLAM MEMBENARKAN ISTERINYA BERLAGA PIPI DENGAN LELAKI LAIN ( DENGAN PELAKON HINDUSTAM )

cap ayam said...

Masihkah kau ingat?

Peristiwa yang berlaku pada 1968 di Kelantan:

Speaker yang diculik memanggil sidang Dewan Negeri bagi meluluskan usul Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar PAS. 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri yang diculik pula akan hadir ke sidang Dewan dan menerusi undi mereka, Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kelantan akan tumbang.

Berikut adalah rentetan apa yang berlaku,

Pada 25 Julai 1968, YB Umar Muhammad (ADUN PAS) yang ketika itu di dalam perjalanan balik dari Kota Bharu ke Tanah Merah telah ditahan oleh polis dalam satu sekatan jalan raya. YB Mustapha Ahmad, Ahli Parlimen PAS Tanah Merah yang mengekori YB Umar melaporkan bahawa YB Umar dibawa menaiki kereta Ketua Polis Tanah Merah ke Balai Polis Kota Bharu.
YB Umar kemudian tidak dapat dikesan selepas dibawa masuk ke Balai untuk soal siasat.

Pada 2 Ogos 1968, Suratkhabar (mungkin Utusan Melayu terbabit sama) melaporkan 4 ahli Dewan Undangan Negeri PAS Kelantan telah masuk UMNO. Mereka ialah YB Abdullah Haji Yusof, YB Umar Muhammad, YB Abdul Rahman Muhammad Soleh dan YB Yusof Abdul Latif, Speaker Dewan Negeri.

UMNO terus menggunakan media dan pada 3 Ogos 1968 dan 4 Ogos 1968 menabur fitnah dengan menyebut nama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang lain turut juga menyertai UMNO dan menyebabkan Kerajaan Kelantan Pimpinan PAS telah tumbang.

UMNO Besut dan Tanah Merah secara besar-besaran menyebarkan dakyah dengan pelbagai cara untuk menghancurkan hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS dengan menyebarkan lakaran kubur PAS serta masuk ke kampung-kampung dengan kenderaan yang dipasang speaker melaungkan “PAS dah Mampus. PAS dah Mampus dan Perikatan memerintah Kelantan.”
Pada 18 Ogos 1968, 4 ahli YB PAS Kelantan telah dipaksa keluar dalam televisyen mengisytiharkan sokongan kepada UMNO.

Selepas pengisytiharan di Televisyen, keempat-empat YB itu dibenar pulang ke Kelantan dengan kenderaan yang dikawal rapi oleh polis.

Pada 20 Ogos 1968, Speaker Dewan Negeri yang telah isytihar menyokong UMNO mengendalikan persidangan khas Dewan Negeri.

2 Ahli Dewan Negeri PAS yang turut isytihar menyertai UMNO telah memberitahu Dewan Negeri bahawa mereka tetap ahli PAS dan melafaz taat setia kepada Parti Islam SeMalaysia itu.

Usul yang ditaja UMNO tumpas dan PAS terus memerintah Kelantan sehingga Pemimpin PAS membawa PAS menyertai Barisan Nasional.
Akibatnya dalam pilihanraya umum 1974, PAS tidak lagi berdepan dengan UMNO dan ini memudahkan UMNO untuk merangka episod seterusnya membunuh PAS.

Selepas itu, BN bertegas melantik Menteri Besar yang tidak mendapat sokongan padu dari PAS.

Akibatnya PAS berpecah dan akhirnya kehilangan Kelantan!

Anonymous said...

Khalid suara pendapatnya. Bloggers suara pendapatnya. Forumers begitu jugak. Pastikah pendapat Khalid bercanggah dengan syarak? Betulkah pendapat khalid bercanggah dengan majoriti Islam? Isu ini merupakan khilaf ulamak. Apa yg nak dikecohkan? Pendapat Meli & dll pun ada banyak bercanggah dengan prinsip/ semangat Islam! Ada yang lihat Islam dari sudut assobiyyah Melayu & semangat taksub kepartian bukan Islam yang total.

Khalid kritik MAIS & JAIS yang anjur demonstrasi di Masjid pijak gambarnya & TGNA tu mungkin ada asasnya. Lebih 50 tahun, MAIK & JAIS ... berkuasa terhadap Islam ... tapiIsu lebih besar & qatie spt judi, arak, zina, murtad bersepah di Selangor tu bagaimana ....

Jujurkah MAIS, JAIS, UMNO, dlll tu terhadap ISlam & Melayu bila kecoh bab kalimah Allah sajja?

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Apa-apa pun berbincang, bercanggah pendapat, beri pandangan dan apa-apa yang sespesisnya dengannya biarlah atas nama untuk kebaikan bersama, demi untuk Allah, Islam dan Rasul-Nya.

Kalau ada tujuan lain selain dari itu, jawabnya berdosa. Jangan prejudis dengan pandangan dan pendapat orang lain, ambil yang baik, buang yang buruk.