Friday, January 15, 2010

MUNCUL KEMBALI (625)

Berapa kali wang kerajaan kena dihabiskan bagi membayar kesilapan?

MEMBACA blog Kickdefella tentang kes ambil alih projek Bazar Tok Guru oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dari sebuah syarikat swasta, saya (saya percaya anak Kelantan lain juga) tidak akan telan bulat-bulat kerana Kickdefella dilihat adalah individu yang dipecat dari PMBK dan sering menyerang CEO PMBK yang juga menantu Menteri Besar.

Tetapi bila Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memperakuannya, sahlah Kickdefella menulis sesuatu yang benar. Kalau kali ini apa yang didedahkannya benar, apakah pendedahan yang lepas-lepas tidak benar. Bukankah lazimnya seseorang yang tidak bercakap benar akan sentiasa tidak benar dalam tindak tanduknya?.

Kes terbaru ini secara tidak langsung pasti akan membersihkan persepsi umum terhadao Kickdefella, malah ianya adalah suatu kemenangan moral, sekali gus apa yang bakal didedahkan oleh KIckdefella selepas ini tidak akan mudah ditolak, termasuk oleh kalangan yang sebelum ini memprejudisi apa yang ditulisnya.

Ekoran dari kes terbaru juga, orang akan mula nampak sirip dan cula kenapa CEO PMKB mengambil masa banyak bulan untuk mufarakah dari jawatannya walaupun ada desakan supaya beliau letak jawatan segera.


Untuk rekod ini bukan kes pertama Kerajaan Pas Kelantan dibawah penerajuan Dato' Nik Aziz terpaksa membayar harga kesilapan yang membabitkan jumlah kerajaan bberpuluh juta.

Mereka yang sudah luruh pusat pada tahun-tahun 1990-an pasti tidak akan lupa betapa Kerajaan Pas Kelantan terpaksa bayar puluhan juta kepada syarikat dibawah penswastaan air Kelantan yang kemudiannya diambil alih oleh Air Kelantan hingga sekarang.


Alasan kenapa bayaran itu kena dibuat untuk sebuah syarikat yang tidak buat apa-apa, kecuali melancarkan gerakan memungut bil tertunggak dari pengguna sepanjang memegang konsisi pengswataan air yang menterpaksa pengguna pada masa itu menanggung masalah air yang sangat kronik tidak diberikan engan jelas.

Untuk makluman, saya sebagai Ketua Biro Harian Watan pada waktu itu, Ketua Pengarang dan penerbit harian berkenaan, yakni Kumpulan Akhbar Watan (KJ) Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah Tengku Adenan Tengku Mansor, disaman RM10 juta oleh Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) untuk laporan sepanjang lapan paragraf kerana laporan berkenaan kononnya menfitnah KWSB.

Bagaimanapun sehingg kini kes tersebut belum lagi disebut di mahkamah. Saya tidak pasti sama ada ianya telah ditarik balik atau masih berada dalam timbunan kes tertunggak.

Kita lupakan pasal tuntuan ganti rugi oleh Timbermine Sdn Bhd berjumlah RM800 juta kerana kesilapan teknikal barangkali berlaku pada zaman Dato' Haji Muhammed bin Nasir menjadi menteri besar. Maknanya dalam tempoh Dato' Nik Aziz jadi menteri besar, dua kes berlaku yang menterpaksakan kerajaan Pas Kelantan buat bayaran puluhan juta kepada syarikat swasta.

Kedua-dua kes adalah bersifat membayar 'KESILAPAN'. Persoalannya kenapa kesilapan itu berlaku dan bolehkah rakyat Kelantan menerimanya dengan penuh redha sebagai memang sudah suratan takdir dan tentuan-Nya?. Ianya akan diterjemahkan pada pilihanraya umum ke-13 nanti yang edahnya semakin dekat.

Sementara akan munculnya pelbaai kes/pendedahan baru mengenai Kerajaan Pas Kelantan yang berslogankan Membangun Bersama Islam, mara sama-sama kita teliti laporan-laporan berikut:

Nik Aziz Sahkan Kerajaan Negeri Beli Bazar Tok Guru Daripada Pemaju


BACHOK, 15 Jan (Bernama)
-- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur, kerana masalah teknikal.

Bagaimanapun, katanya harga bagi pembelian itu yang dibuat menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) masih dalam peringkat rundingan dengan pihak pemaju.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks bazar yang sedang dalam pembinaan itu kerana masalah teknikal...untuk menjaga kepentingan peniaga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bubur Asyura di Kampung Sri Kemunting, Beah, dekat sini Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan penulis blog Kickdefella dalam blognya yang mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kerana membeli projek kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

"Saya juga memberi jaminan peniaga yang dipindahkan dari Arkib Uda dan Pasar Lama MPKB akan diberi keutamaan memiliki tingkat bawah bazar berkenaan, sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin agama lain dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara orang Islam dan bukan Islam.

Kerajaan Kelantan buat silap – Nik Aziz

KOTA BHARU 15 Jan. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.

Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.

“Bazar ini saya sebut hari itu kita akan bagi kepada para peniaga yang terpaksa keluar dari Pasar Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.

“Tapi kesilapan berlaku (secara) teknikalnya, sehingga terjadi benda lain. Akhir sekali kita tarik balik benda yang kita sudah buat itu, maka kita terpaksa beli.

“Kerajaan akan beli daripada syarikat tu, bayar, dan kita akan jual balik kepada peniaga yang terpaksa keluar itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memasak Bubur Asyura di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemunting, Beah, Bachok dekat sini hari ini.

Pengakuan itu mencetuskan polemik baru dalam politik dan kerajaan negeri Kelantan selepas krisis dalaman PMBK yang diterajui menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Semalam sebuah laman blog, Kikcdefella yang dimiliki bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50 juta.

Ia disebabkan kerajaan negeri terpaksa menebus kembali aras bawah bangunan Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta semata-mata untuk menjaga air muka Nik Abdul Aziz selepas beliau berjanji bagi memberikan aras tersebut kepada para peniaga dari kedua-dua pasar lama itu.

Menurut blog tersebut, kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian RM30 juta kerana kehilangan tanah seluas 3.36 hektar untuk pembinaan bangunan berkenaan sedangkan jumlah sebenar tapak bazar itu hanya 0.6 hektar.

Ketika menjelang pilihan raya umum lalu, Menteri Besar dikatakan berjanji untuk memberikan aras bawah bangunan berkenaan kepada peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB kerana projek yang bakal dimajukan PMBK tidak berorientasikan keuntungan.

Pada 13 Disember lalu, Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked MPKB mendesak PMBK memenuhi janji Nik Abdul Aziz kepada mereka berhubung dengan penempatan di premis yang baru.

Desakan itu dibuat selepas mereka hanya diberikan ruang berniaga di tingkat satu dengan harga RM80,000 sehingga RM90,000 seunit selepas projek berkenaan diambil alih syarikat swasta berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya jumlah sebenar yang harus dibayar oleh kerajaan negeri kepada syarikat terbabit, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata:

“Masih lagi dalam rundingan saya ingat. Terserahlah kepada jawatankuasa yang dilantik dan diketuai oleh timbalan saya (Datuk Ahmad Yakob).

“Kita akan menunaikan janji asal kepada para peniaga untuk mendapat premis di aras bawah,” ujarnya. - UTUSAN MALAYSIA

Nik Aziz akui PMBK ambil alih projek Bazar Tok Guru

BACHOK: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam, mengaku kerajaan negeri terpaksa membayar Jutaan ringgit kepada sebuah syarikat, ekoran masalah berkaitan perjanjian Projek Bazar Tok Guru yang ditandatangani syarikat itu bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK).

Beliau berkata, sudah berlaku kesilapan teknikal mengenai perjanjian itu yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menarik semula perjanjian yang dibuat dengan syarikat terbabit sebelum ini.

"Kerajaan negeri terpaksa membeli semula projek berkenaan daripada syarikat terbabit yang kemudian akan dijualkan semula kepada peniaga yang dipindahkan dari Arked Uda dan Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

"Berhubung jumlah bayaran yang terpaksa dibayar kerajaan negeri yang sebelum ini dianggarkan RM23 juta, ia masih pada peringkat rundingan dengan pihak terbabit.

"Rundingan itu diserahkan kepada jawatankuasa projek berkenaan dipengerusikan timbalan saya, Datuk Ahmad Yakob," katanya kepada media selepas merasmikan majlis Pesta Bubur Asyura Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, di Kampung Seri Kemunting, dekat sini, semalam.

Nik Aziz berkata, walaupun isu seperti itu berbangkit, peniaga yang terbabit dalam hal berkenaan tetap diberikan tingkat bawah seperti dijanjikan.

Nik Aziz berkata demikian apabila diminta mengulas laporan dikeluarkan dalam laman blog Kickdefella, yang mengatakan kerajaan negeri dalam mesyuarat Exconya, memutuskan untuk membayar RM23 juta daripada wang hasil pendapatannya kepada sebuah syarikat swasta.

Menurut blog itu, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Nik Aziz bersetuju memberikan tingkat satu (bawah) Bazar Tok Guru sebagai tempat penempatan semula penjaja dan peniaga yang akan berpindah ke situ daripada tapak lamanya di Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.

Bagaimanapun, perjanjian itu berubah apabila peniaga diarahkan membeli ruang niaga di tingkat dua dan tiga saja, manakala tingkat bawah diberikan kepada syarikat terbabit dalam perjanjian itu.

Akibat masalah itu, Kickdefella berkata, Exco kerajaan negeri terpaksa mencari penyelesaian terbaik melalui pembayaran itu bagi menyelamatkan maruah Nik Aziz sebagai Menteri Besar.

Menurut blog itu, Nik Aziz jika gagal menghormati perjanjian yang dibuat antara syarikat itu dengan PBMK, yang kemelut berkenaan kini terpaksa ditanggung Ahmad.- BERITA HARIAN

Nik Aziz Kecam Penulis Blog Lebih Banyak Mengumpat

KOTA BAHARU, 15 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Katanya tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing.

"Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, pada Jumaat.

Baru-baru ini, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu, menyifatkan penulis blog yang cuba melaga-lagakan pihak tertentu khususnya dalam politik PAS Kelantan sebagai 'blogger celaka'.

Dalam perkembangan lain, beliau mencadangkan pembuat kuih tradisonal di negeri itu mengambil langkah proaktif menukar nama-nama kuih tradisional yang tidak manis didengar, seperti kuih 'tahi itik'.

Katanya nama baru yang lebih sedap didengar boleh menarik orang ramai membelinya sesuai dengan keenakan kuih berkenaan.

Menurutnya, kalau nama kuih tradisional lain, seperti 'puteri mandi', 'jala emas' boleh dinamakan maka tidak ada sebab kuih 'tahi itik' juga ditukar kepada nama yang lebih sesuai. -- BERNAMA

Penulis blog banyak mengumpat: Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kritikannya terhadap sesetengah penulis blog yang disifatkan lebih banyak mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Katanya, rakyat perlu menapis sebarang maklumat tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan penulis blog individu tertentu, sekali gus menimbulkan suasana yang tidak baik kepada masyarakat.

“Kita baca blog kerana nak ilmu. Tetapi kalau apa yang dituliskan itu banyak perkara berunsurkan provokasi dan fitnah, jadi apa ilmu yang kita dapat itu maknanya lebih kepada perbuatan mengumpat.

"Jika tulisannya itu dengan niat melaga-lagakan orang. Kalau molek (baik) tak apa,” katanya pada kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Terdahulu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan penulis blog yang melaga-lagakan pihak tertentu khususnya dalam politik Pas Kelantan sebagai ‘blogger celaka’.

Reaksi itu timbul apabila terdapat blog yang menyatakan Exco Kanan Pas, Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatan susulan krisis yang melanda kepimpinan Pas negeri baru-baru ini.

Bagi tujuan itu, Nik Aziz mempertahankan Husam yang disifatkan membawa kebaikan kepada Kelantan dan negara ini.

Pada masa yang sama, krisis pentadbiran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang melibatkan menantu Nik Abdul Aziz, Abdul Ariffahmi Abd Rahman sehingga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adalah juga tercetus dari tulisan blog.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz turut mencadangkan pembuat kuih tradisional di negeri itu mengambil langkah proaktif menukar nama-nama kuih tradisional yang tidak manis didengar, seperti kuih ‘tahi itik’.

“Jika nama kuih ‘puteri mandi’, ‘jala emas’ boleh dinamakan maka tidak ada sebab kuih ‘tahi itik’ juga ditukar kepada nama yang lebih sesuai,” katanya. - SINAR HARIAN.

11 comments:

Anonymous said...

memang sah...
mu ni tergolong dalam golongan puak-puak yang boleh di sebut 'menatang beruk'

Anti Hipokritsme said...

beruk 'mat yih' ko beruk rukah nyior?
Sat ggoba MKJ, kapak demo jange sakat belah kayu api, demo patut guna buat belah mulut, belah dada dan belah ppalo puak-puak puak masih boleh cium jubur NIk Aziz walapun kalau tok silap ambo RM130 ko atau RM50 kena bayar ke KWSB dan lloni ni RM23 juta pula boktan kesilapan. Kes bijak telajak memerintah, da kali kali boeh berlaku kesilapan. Itu yang terdedah, yang tak tertedah lagi belum tentu tak ada, mungkin lebih banyak dari yang terdedah. Tentu Kickdefella dok tengah korek.

Dengan buat kesilapan dan kena bayar dengan jumlah yang besar begitu, demo raso mudah ko Dato' Nik Aziz dan penyokong taksubnya nak masuk syurga? Itu hak lebih 1.4 juta rakyat Kelantan. Lagu mana kalau mereka tidak rela?

Beruk Kacukan Kera Duku said...

MKJ masuk jumlah bloggers hak Nik Aziz kata celako ko?

Anonymous said...

Kes air kelate..

Tok Guruku sain perjanjian semasa baru lepah make nasik.. Dop kejat perut sain dos..

Pah rakyat dok kalut, hok mano gali telago atau nk guno air telago keno bayar jugok.. hek3..

Anonymous said...

Towkey Buwoh SSetaa said...
Mung yang kata meli ni jenis beruk mamang sah lebih beruk dari meli, attawo pun berok mat yeh. Sekali dengan berok Segok cerpen hak meli tulis dulu weh. Mung beringat sikit lama kan aku tapar deras...

Peminat Cerpen said...

Seingat aku Meli pernah tulis cerpen 'Boss Beruk', lepas tu cerpen 'Beruk Profesional vs Beruk Sekolah Atap', 'Beruk Segok' dan Meli turut gunakan watak beruk untuk cerpen 'Maha Karma', 'Autassme, satu cerpen yang himpunkan beruk Jeli, Machang, Pasir Puteh dan macam-macam BERUK yang saya lupa tajuknya tapi jalan ceritanya masih saya hafal.

Perang saraf Meli dengan cerpen berwatak beruknya menyebakan wakl rakyat yang melabelkannya sebagai 'saiko' dan 'sakit otak' kalah dalam pilihanraya ke=11 walapun gu lawannya hanya debek.

Aku menanti dalam kemelut yang sedang berlaku di Kelantan, Meli akan guna bakat kreatifnya untuk menghasilkan cerpen-cerpen berwatak beruk yang lain lagi.

Duduk tengah berak pun aku sering ketawa terkekeh teringatkan cerpen Meli berjudul 'DAHI SULAH PERUT LONNDO', 'GILA', BUDAK U', 'RETORIK', 'BOSS BERUK' dan beberapa cerpen lain yang walaupun lucu tetapi menyengat, berilmu dan bermaklumat.

Anti Hipokritsme said...

Maaf MKJ, saya nak betulkan fakta komen yang saya hantar lebih awal

Anti Hipokritsme said...

beruk 'mat yih' ko beruk rukah nyior?
Sat ggoba MKJ, kapak demo jange sakat belah kayu api, demo patut guna buat belah mulut, belah dada dan belah ppalo puak-puak puak masih boleh cium jubur NIk Aziz walapun kalau tok silap ambo RM130 (baca RM130 JUTA) ko atau RM50 (baca RM50 JUTA) kena bayar ke KWSB dan lloni ni RM23 juta pula boktan kesilapan. Kes bijak telajak memerintah, da (baca DUA)kali boleh berlaku kesilapan. Itu yang terdedah, yang tak tertedah lagi belum tentu tak ada, mungkin lebih banyak dari yang terdedah. Tentu Kickdefella dok tengah korek.

Dengan buat kesilapan dan kena bayar dengan jumlah yang besar begitu, demo raso mudah ko Dato' Nik Aziz dan penyokong taksubnya nak masuk syurga? Itu hak lebih 1.4 juta rakyat Kelantan. Lagu mana kalau mereka tidak rela?

....SILA EJA BIASALAH YA MKJ, MAKLUMALAH MATA TUA.

Anti Hipokritsme said...

.........SILA (baca SALAH) EJA BIASALAH YA MKJ, MAKLUMALAH MATA TUA.

Tok ayah Su said...

Baca blog bolih jadi ralik dan leka tak sedar masa banyak terbuang walhal memang betul kata TGNA ada diantara tulisan dari "sesetenggah" para blogger (tidak semua) yang banyak mengumpat berbanding dengan hok buat cerita sebenar.

Walaupun begitu apa bezanya dengan surat khabar?,ada jugok diantara isi beritanya yang meragukan akan ketulusan sesuatu lapuran malah ada juga bias secara totok kepada sebelah pehak semata,olih yang demikian saya sendiri sekarang ini hanya memilih untuk melayari blog yang jelas berani memamarkan identiti penulis dan sanggup bertanggung jawab dengan apa yang dipapar jika tidak atau kurang jelas siapa penulis sebenar blog itu lebih baik saya "boo layan"....

Ibrahim Mamat, Bachok said...

Kebanyakan mereka yang pernah terbabit dalam bidang kewartawanan tidak akan sembunyi nama dan latarbelakang mereka sebagai bloggers, siap pamer gambar terbaru lagi, malah siap disiar nombot telefon selain alamat email. Bila rasa tak tepat apa yang ditulis mudah dihubungi dan dibuat teguran, diminta penjelasan oleh pembaca.

Bloggers yang tidak catat nama sebenar dan catatkan latarbelkang lazim mengamalkan sikap limpar batu sembunyi tangan dalam memainkan sesuatu isu.

Abuzar said...

Pendedahan kerugian, kesilapan dan kelemahan pentadbiran serta tadbir urus Kerajaan sama ada Pusat atau Negeri adalah amat penting bagi menjaga kepentingan awam dan negara. Amalan prinsip NEGARA DEMOKRASI dan prinsip NEGARA ISLAM!

Suara pendedahan awam, bukan tujuan memihak atau agen kepada musuh negara, merupakan amalan KETELUSAN (TRANSPERANCY), HISBAH (ACCAUNTABILITY) dan PENGIMBANG KUASA ( CHECK & BALANCE) merupakan amalan syura dan demokrasi serta keadilan sosial. Setiap rakyat berhak bersuara dan mendapat keadilan.

Kesilapan Kerajaan PAS Kelantan, atau kerajaan negari yang lain atau Kerajaan BN Pusat hendaklah diambil tindakan yang serius. Bukan ditutupi atau dilindungi untuk menjaga segelintir individu korup yang tak bertanggungjawab!

Sudah tiba rakyat Malaysia berpegang kepada konsep politik baru yang berprinsipkan "kepentingan Awam, Rakyat & Negara mengatasi kepentingan individu atau kumpulan"!

Jika ini berlaku, anjakan politik baru di Malaysia akan lebih bermakna.

Setiap isu kepentingan awam wajib disegerakan tanpa berdalih. Ini termasuk jika benar, isu PMBK Kelantan, Air Kelantan, Pengambilan tanah rizab awam untuk projek diraja, kelemahan tadbir PBT Kelantan, amalan kronisme dalam JPP Kelantan, KADA, Felcra, Kesedar, Kemas, PPD, dll. Juga isu2 nasional seperti PKFZ, kecurian enjin F5E, PLKN, BTN, SPR, SPRM, amalan konspirasi politik terhadap tokoh2 Melayu seperti arwah Dato' Harun Idris, Dato' Ab Rahim Bakar, dan sekarang Anwar Ibrahim (dari 1998-sekarang 2010) dan lain2, seterusnya pembersihan amalan ala-diktator, autokratik dan korupsi dalam pentadbiran negara.

Rakyat perlu bersatu menentang sebarang corruption, authoritarian & tyranny!