Saturday, January 16, 2010

MUNCUL KEMBALI (626)

Antara bloggers dengan pemain politik, siapa yang lebih banyak mengumpat dan lebih celaka?

MANUSIA yang 'kaba-kediri' akan sentiasa sedar tentang ketidak-sempurnaan, ketidak-perfectan. Tidak kira sama ada manusia bloggers atau apa jenis manusia sekali pun yang bukan nabi dan rasul, semuanya tidak akan perfect. Itu hakikat dan natijahnya.

Kalau ada yang merasakan diri perfect dan tidak ada mana-mana manusia yang layak menegur kerana dianggap tidak setanding dengan ilmu yang dimiliki, maka jelaslah bahawa di bawah rukupan kopiah tas kepala, di dalam lilitan serban, dalam jubah dan janggut, ada syaitan sedang merayakan kemenangan kerana berjaya menjadikan hamba-Nya riak, sombong, bongkak dan takbur.

Bukti jelas betapa kita tidak perfect dan tidak akan bersih dari dosa ialah apabila kita dituntut sentiasa bertistighafar, bertaubat nasuha dan menjaga lidah, tidak boleh berkata buruk kepada orang lain.

Allah sendiri melarang hamba-Nya melontar ucapan-ucapan buruk terhadap seseorang. Ini terkandung dalam ayat 148 hingga 149, Surah An-Nisa'. Saya sengaja tidak mencatatkan terjemahannya supaya para penjenguk buka sendiri terjemahan al-Quran.

Celaka! Menatang! adalah antara ucapan-ucapan buruk. Yang peliknya kenapa seorang yang kononnya bertaraf 'tok guru' seperti Dato' Nik Aziz Nik Mat sering menggunakan ucapan-ucapan itu?

Allah memang boleh mencelakakan hamba-Nya yang derhaka tetapi sebagai manusia, apa hak kita untuk mencelakakan hamba-Nya yang mungkin bagi kita celaka tetapi belum tentu celaka di sisi Allah.

Apakah Dato' Nik Aziz terlupa dengan ayat 148 hingga 149, Surah An-Nisa' atau kerana beliau seorang 'tok guru' maka beliau merasa beliau 'kebal' dari larangan ayat-ayat berkenaan. Yang sering beliau celakakan adalah para bloggers dan musuh-musuh politiknya.

Tambah pelik lagi, dalam demikian ramainya ilmuan Islam dalam Pas, malah ada sesetengahnya bila bercakap tentang hukum hakam lebih hebat dari imam Masjid Mekkah, tidak ada yang berani tegur Dato' Nik Aziz walhal Allah menyarankan agar saling tegur menegur sebagaimana yang terkandng dalam Surah Al-Asyr.

Kalau para ilmuan Islam dalam Pas terus membiarkan Dato' Nik Aziz dipergunakan lidahnya oleh syaitan dengan pengucapan-pengucapan buruk semata-mata kerana malu mata atau kerana takut dimarahi oleh Dato' Nik Aziz dan bimbang akan hilang segala kepentingan, maka jelas lagi jilahlah para ilmuan Islam dalam Pas berada dalam tawanan syaitan dan iblis.

Dato' Nik Aziz mula mencelakakan bloggers apabila ada bloggers yang membuat pendedahan yang membabitkan amalan kronisme dan nepotisme dalam kerajaan yang diterajuinya sedangkan Pas menentang keras amalan itu yang kononnya berlaku dalam Umno/BN.

Maknanya sebagai seorang bergelar 'tok guru' tidak boleh menerima teguran yang membabitkan diri dan siku lututnya dengan terbuka dan sepatutnya menjadikan teguran bagi memuhasabah diri, apabila ditegur oleh bloggers beliau bukan sekadar marah, malah dianggap celaka.

Apakah kes-kes kesilapan yang menterpaksakan RM50 juta atau setidak-tidaknya RM23 juta dibayar bagi harga satu 'kesilapan' itu wajar dirahsiakan dari pengetahuan umum sedangkan sama ada RM50 juta atau pun RM23 juta. duit itu adalah duit rakyat.

Kesilapan itu dilakukan oleh siapa, terpaksa ditanggung oleh agensi mana dan siapa peneraju agensi terbabit, rakyat kena tahu. Apakah pendedahan bloggers berkaitan terhadap isu terbabit bersifat mengumpat dan perbuatan celaka oleh orang yang celaka? Yang pasti rakyat tentunya akan berterima kasih kerana ada bloggers yang tolong beritahu apa yang paut mereka sebagai rakyat tahu.

Jika direnung dalam-dalam, antara bloggers dengan pemain politik siapa sebenarnya yang lebih banyak mengumpat, yang lebih banyak melakukan kecelakaan dan siapa yang lebih celaka.

Apakah ceramah politik oleh pemain politik yang serang lawan dan julang diri dan puak sendiri itu bukan mengumpat dan perbuatan celaka oleh orang yang celaka?

Banyak kecelakaan menimpa rakyat jelata, termasuk isu penggunaan nama Allah yang boleh menyumbangkan kepada kecelakaan kepada rakyat dan negara, malah semacam berlaku pertembungan antara sesama 'demo dalam pagar' di Kelantan sekarangpun adalah kerana permainan para pemain politik.

Kerana kepentingan politik, orang politik sanggup memecah-belah dan memperpuak-puakkan rakyat jelata, malah sering pula memperalatkan rakyat jelata bagi mencapai tujuan berkepetingan politik.

Pernahkah orang politik menteladani sunnah Rasulullah s.a.w. untuk mempersaudarakan manusia sejagat? Rata-rata pemain politik memburukkan lawan dan mengajak pendukung dan penyokong membenci, memusuhi lawan walaupun sebangsa dan seagama.

Apakah hidup dalam keadaan bermusuhan dan penuh prejudis di kalangan sesama manusia, lebih-lebih lagi di kalangan sesama Islam itu diseru oleh Allah dan Rasul-Nya atau pun sebaliknya. Bukankah memaki hamun tokoh-tokoh parti lawan bukannya mengumpat atau perbuatan celaka oleh orang yang celaka?

6 comments:

Martoiriat said...

Memang semuanya manusia tidak
perfect.. carilah dimana2 dunia
sekali pun, kecuali tuhan dan para2
rasulnya.. tapi bagaimana dengan
penulis diblog ini..perfect
atau tidak yg sentiasa memberi
persepsi sendiri..

Abuzar said...

Pendedahan kerugian, kesilapan dan kelemahan pentadbiran serta tadbir urus Kerajaan sama ada Pusat atau Negeri adalah amat penting bagi menjaga kepentingan awam dan negara. Amalan prinsip NEGARA DEMOKRASI dan prinsip NEGARA ISLAM!

Suara pendedahan awam, bukan tujuan memihak atau agen kepada musuh negara, merupakan amalan KETELUSAN (TRANSPERANCY), HISBAH (ACCAUNTABILITY) dan PENGIMBANG KUASA ( CHECK & BALANCE) merupakan amalan syura dan demokrasi serta keadilan sosial. Setiap rakyat berhak bersuara dan mendapat keadilan.

Kesilapan Kerajaan PAS Kelantan, atau kerajaan negari yang lain atau Kerajaan BN Pusat hendaklah diambil tindakan yang serius. Bukan ditutupi atau dilindungi untuk menjaga segelintir individu korup yang tak bertanggungjawab!

Sudah tiba rakyat Malaysia berpegang kepada konsep politik baru yang berprinsipkan "kepentingan Awam, Rakyat & Negara mengatasi kepentingan individu atau kumpulan"!

Jika ini berlaku, anjakan politik baru di Malaysia akan lebih bermakna.

Setiap isu kepentingan awam wajib disegerakan tanpa berdalih. Ini termasuk jika benar, isu PMBK Kelantan, Air Kelantan, Pengambilan tanah rizab awam untuk projek diraja, kelemahan tadbir PBT Kelantan, amalan kronisme dalam JPP Kelantan, KADA, Felcra, Kesedar, Kemas, PPD, dll. Juga isu2 nasional seperti PKFZ, kecurian enjin F5E, PLKN, BTN, SPR, SPRM, amalan konspirasi politik terhadap tokoh2 Melayu seperti arwah Dato' Harun Idris, Dato' Ab Rahim Bakar, dan sekarang Anwar Ibrahim (dari 1998-sekarang 2010) dan lain2, seterusnya pembersihan amalan ala-diktator, autokratik dan korupsi dalam pentadbiran negara.

Rakyat perlu bersatu menentang sebarang corruption, authoritarian & tyranny!

Waris Jauh-Jauh MKJ di Padang Jelapang said...

Martoiriat!
Pada saya penulis blog (MKJ) tidak anggap dia perfect, sebaliknya dia cuba untuk sedarkan semua sedar bahawa kita manusia tidak perfect. Itu tugas penulis yang diberi bakat menulis.

Setahu saya, MKJ menerima pendidikan sekolah agama, malah berpengalaman kira-kira lapan tahun bekerja dengan Kerajaan Pas Kelantan.

Walaupun dia mengaku tdak bersekolah mana dan ilmunya tidak sebanyak mana melalui beberapa tulisannya, tetapi dia pada pem,erhati saya tdaklah jahil sangat.

Sebagai orang yang pernah bekerja dengan Kerajaan Pas Kelantan, dia tentulah dia jauh lebih tahu tentang kerajaan berbanding dengan para penyokong yang tidak pernah masuk dalam kadangan Kerajaan Pas Kelantan secara langsung.

Sebelum Kuckdefella buat pendedahan demi pendedahan, MKJ dah banyak buat teguran tetapi tidak ada yang ambil serius. Saya banyak mengikuti tulisannya, termasuk buku-buknya. Apa yang dibimbanginya kini menjadi kenyataan.

Antara yang saya ingat MKJ tulis, memindahkan Ustaz Halim Abdul Rahman ke pusat menyebabkan pecah kongsinya regu MB-TMB yang sangat serasi adalah satu kesilapan dan boleh mengundang kepada kemusnahan kerajaan dan Pas Kelantan.

Bila regu MB-TMB yakni TGNA-Ustaz Halim dipecah-kongsikan, kalau tak silap ingat saya MKJ tulis melalui satu tulisannya, maka Umno/BN yang putus asa untuk rampas kembali Kelantan mula nampak lubang dan laluan utuk kembali memberi gugatan dan seterusnya memerintah Kelantan kerana benteng kekuatan Pas telah berjaya dipecahkan oleh permainan politik berunsur puak dan rakit yang mula mensindromi dan memawabki Pas da Kerajaan Pas Kelantan.

Kita sama-sama lihat apa yang bakal terjadi dan MKJ pada saya perlu terus memberfungsikan bakat menulis firasatnya demi untuk selamatkan Pas, parti yang bukan sahaja didukungnya dan disokongnya tetapi telah diwakafkan bininya untuk bekerja kepada Pas, malah Tok Latiff (datuknya di Padang Jelapang) dikatakan berpesan kepada anak cucunya supaya jagalah dan bantulah Pas seperti jaga dan bantu anak sendiri.

Kalau patut rotan, rotanlah kerana walaupun secara zahirnya anak yang dirotan tetapi dalam bentuk tersirat, yang dirotan adalah syaitan. Pada saya kalau pun MKJ kritik TGNA atau Pas pada zahirnya, yang digodam adalah syaitan dan iblis yang melingkungi TGNA dan Pas.

Anonymous said...

blog mu tergolong dalam blog celaka

Martoiriat said...

Memang.. jika kita menulis untok
menyedarkan semua orang atau pemimpin2 dgn hanya menuduh tanpa
fakta atau bukti yg nyata, itu
sudah dikira fitnah..bercakap di
belakang, samalah jugak dengan
mengumpat..dan menulis dengan hanya
membuat andaian dan persepsi sendiri tanpa fakta dan bukti...
samalah jugak dikira fitnah..fitnah
jika dikira disisi islam, hukumnya
haram..

GEDUT BURUK MASJID MUHAMMADI said...

Anonymous said...

blog mu tergolong dalam blog celaka.

INILAH ASIL DIDIKAN DAN TELADAN TGNA. DULU SIAPA BERANI SEBUT CELAKA, SEKARANG SEBUT CELAKA BOLEH DISEBUT DENGAN RASA MANGGAK DAN RIAK. MAKA TUNGGULAH CELAKA DEMI CELAKA YANG BAKAL MENIMPA.

SAMA-SAMA KITA TNGGUN DAN LIHAT.