Saturday, January 16, 2010

MUNCUL KEMBALI (627)

'Cas keting' kerana amalan politik busuk 'orang parti politik' dibawah pengaruh syaitan

POLITIK adalah sesuatu yang suci dan perlu disucikan kerana Allah dan Rasul-Nya juga berpolitik. Kerana itu politik tidak boleh dipisahkan dari agama kerana ianya adalah sebahagian komponen dan molikium keperluan hidup dalam bentuk individu, bersuami isteri dan beranak pinak, bermasyarakat dan bernegara.

Ciptaan Adam a.s. adalah merupakan politik Allah untuk menguji sejauh mana ketaatan hamba-hamba-Nya yang menikmati keindahan syurga sebelum itu. Surah Abasa pula adalah merupakan ayat politik yang mana Allah menegur kesilapan Rasullullah s.a.w.. pesuruh-Nya yang dikasihi yang memberi keutamaan layanan kepada pembesar Quraisy dan mengabaikan Ibnu Maktum.

Penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah, perkahwinan pertama baginda dengan Siti Khadijah dan perkahwinan-perkahwinan baginda yang lain, penyelesaian pertikaian suku kaum bagi meletakkan Hajarul-Aswad dan kemasukkan baginda dan umat Islam ke Kota Mekkah tanpa senjata ketika Islam sudah cukup gagah dan digeruni lawan, adalah merupakan antara politik baginda.

Jika difotostat cara Allah dan Rasul-Nya berpolitik, maka politik akan menjadi suci dan bersih. Tidak akan berlaku khianat mengkhinati, pijak memijak, jatuh menjatuh, fitnah memfitnah, perutan kuasa, kronisma, nepotisma dan mengangap diri serba perfect manakala orang lain yang bukan pendudukung dan penyokong parti kita dianggap debek dan tidak selari dengan Islam belaka sehingga boleh disenarai-nerakakan.

Sedangkan hakikatnya syurga-neraka akan ditentukan Allah berdasarkan ihsan-Nya kerana sealim mana dan sebanyak mana pun ibadat kita, belum tentu alim dan banyaknya ibadat kita di sisi Allah. Hal-hal begini boleh dirujuk dalam al-Quran yang mana ada neraka misalnya disediakan untuk orang yang sembahyang. Nak tahu lebih lanjut, cari sendiri dalam al-Quran kerana setiap umat Islam kena mesra al-Quran.

Bagaimanapun politik dinodai kesuciannya oleh 'parti politik' yang diwujudkan oleh manusia yang terdedah kepada godaan, bisikan dan pengaruh syaitan laknatullah yang kerjanya akan menyesatkan anak cucu Adam. Kerana itu 'parti politik' tidak boleh disamatarafkan dengan Islam.

'Politik' memang tidak boleh dipiahkan dari agama tetapi 'parti politik' tidak boleh disamakan dengan Islam, tidak boleh dianggap parti politik tertentu Islam dan Islam adalah parti politik tertentu semata-mata kerana dalam parti politik tertentu ada nama Islam. Kalau menganggap parti politik tertentu Islam dan Islam adalah parti politik tertentu, ianya boleh membawa kepada kerosakan dan kecederaan akidah.

Walaupun antara 'politik' dengan 'parti politik' bunyinya seakan sama tetapi wajah dan molikium berbeza. Menggangap parti politik tertentu Islam dan Islam parti politik tertentu dengan hanya menyokongnya sahaja baru layak masuk syurga adalah pengucapan dari lidah syaitan yang dizahirkan melalui lidah manusia yang tanpa disedari berada dibawah pengaruh syaitan. Ini yang kita manusia tidak sedar danpayah untuk disedarkan.

Sesunguhnya syaitan dan iblis juga berpolitik dalam usaha mempengaruhi manusia supaya sesat dan akan sama-sama menjadi penghuni neraka. Kalau iman dan ketaqwaan kita kental dan kebal, syaitan dan iblis akan masuk melalui isteri, anak-anak, menantu-menantu, ana-anak saudara, cucu dan orang-orang kita percaya.

Orang parti politik pada saya paling mudah terdedah kepada godaan syaitan kerana dalam hati dan keperluan hidup sebagai orang politik, mereka kena bermusuh dengan pihak lawan yang mana bermusuh adalah merupakan antara keperluan dalam 'berparti politik' sedangkan politik adalah untuk memberi rahmat kepada segala isi alam.


Untuk sentiasa selamat dari kemungkinan tergelincir, kita kena wakafkan diri untuk sentiasa ditegur dan dikiritik, kena elak dari dipuji, apatah lagi kita sebagai orang politik. Alim ulamak zaman dahulu akan segera melumurkan muka sendiri dengan lumpur bila dipuji. Mereka lebih suka dikeji dari dipuji.

"Cas keting' atau kesanggupan mengkhianati sesama sendiri yang kini turut berlaku dalam Pas sebagaimana yang didawa oleh Mursyidul Am Dato' Haji Nik Abdul AZiz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kerajaan Membangun Bersama Islam Kelantan berlaku adalah kerana ada orang parti politik mengotori kesucian politik gara-gara mereka berada di bawah pengaruh syaitan dan iblis.

Dengan berkopiah, berserban, berjubah dan berjanggut berimejkan orang kuat agama, mereka berceramah menggunakan lidah syaitan, berhujah menggunakan suara iblis: boleh memaki hamun tokoh dari parti lawan walaupun Islam bukan sahaja melarang aib orang lain didedahkan tetapi mendedahkan aib sendiri pun dilarang dan berdosa.

Dalam membuat perancangan dan strategi untuk kalahkan lawan dan mencapai kemenangan sendiri, puak sendiri dan parti sendiri, mereka tidak pernah rasa risau apakah apa yang mereka lakukan dan disangka perbuatan ahli syurga sebenarnya sedangkan melakukan perbuatan ahli neraka dan mereka tidak cuba untuk positif terhadap lawan apakah tidak mungkin apa yang lawan buat dan disangkakan perbuatan ahli neraka sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga.

Kerana cemarnya cara orang parti politik berpolitik, mereka sanggup buat apa yang nabi tidak buat, antaranya sanggup doakan kemusnahan, termasuk supaya lawan dari parti politik berbeza pecah perut dan sebagainya, mereka sanggup membenci umat baginda Rasulullah s.a.w. sedangkan baginda sangat menyayangi umat baginda.

Kerana parti politik itu kotor dan boleh mengotorkan politiklah agaknya, maka pada zaman hayat Rasulullah s.a.w. pada zaman keagungan pemerintahan berkhalifah, tidak pernah wujud parti politik walaupun semuanya berpolitik. Parti politik yang mana ada di antara kita megahkan sebagai parti politik Islam, adalah yang dicedok dari barat.

Kerana itu dalam berparti politik yang sangat kotor dan menjadi pemainnya mudah terdedah kepada bisikan dan godaan syaitan dan iblis, bukan sahaja berlaku 'cas keting' tetapi sering berlaku fitnah-fitnah yang sangat dahsyat, malah ada yang mati dibunuh dan dinafikan hak mereka.

Kalau diperhatikan, tidak hampir tidak ada ada seorang pun (kalau ada pun bilangan sangat kecil) ahli parti politik hidup tenteram sama ada ketika masih memegang kuasa atau selepas bersara. Masing-masing akan mati dalam api permusuhan yang tidak kunjung padam. Hari ini menjadi sahabat, esok jadi musuh ketat dan hari ini musuh ketat, esok jadi sahabat akrab adalah sesuatu yang lumrah dalam gelanggang parti politik.

5 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Allah bersabda "Aku telah sempurna bagi kamu akan agama kamu sesungguh innaddin naim dallah hil islam (agama disisi allah adalah islam).

Persoalannya sekarang walaupun sudah sempurna tapi masih ada yang pandai pandai ibarat seperti tikus membaiki labu,dengan kata lain kalau sebidar jala telah pun ada tempat yang terkoyak dimakan olih pemangsa ini.Jadi untuk membolih jala tersebut diguna semula mestilah ada satu puak atau seseorang yang mahu menjalinkan balik koyakkan tersebut,jika tidak akan berlakulah kesilapan demi kesilapan yang perlu dibayar untuk membeli baru dan sebagainya.

kesimpulannya jika dirujuk pada satu ayat alquran yang berbunyi terdapat 73 puak yang mengaku beragama tetapi hanya satu golongan sahaja yang akan terus masuk syurga,siapakah mereka itu?? carilah jawapan sendiri...

Putra 7 Gunung said...

putra7gunung, kl

Betul tu lie...dunia hari ini ramai orang yang berlajar ilmu agama mengambil peluang untuk mengaut keuntungan diri untuk hidup mewah...banyak golongan ini mencari nama atas nama agama dan atas nama berilmu agama Islam pula guna peluang untuk mencemuh orang lain....Quran ajar lain, dia orang ni dah jauh terpesong...

Dulu Pas Llnoni Tengah Fikir said...

CAS KETING : ORANG BERILMU ISLAM PUN ....(dipetik dari pura7gunung.blogspot.com

Siapa tidak terkejut apabila Nik Aziz begitu bersungguh-sungguh mendedahkan bahawa dalam Pas kelantan berlaku 'cas keting' untuk saling menjatuhkan dan mungkin Nik Aziz mula terasa ketingnya mula sakit dan membengkak.

Pelik bin ajaib sekali. macam mana orang-orang yang hebat mentafsir al-Quran, hebat mengaku lebih islam, hebat menawart syurga kepada pengikut mereka, tiba-tiba saling ingin menjatuh satu dengan lain.

Sebenarnya, Nik Aziz tidak akan mendedah perkara itu jika 'ketingnya' tidak sakit. Kini 'keting'nya sahaja yang sakit, tetapi lebih kepada sakit hati. Sebab itu, Nik Aziz bila bercakap sering menyumpah seranah di sana sini, seolah orang hilang akal. Orang mudah hilang akal bila ilmu sabar sudah hilang.

Golongan yang tidak memiliki ilmu sabar tidak kenal pintu syurga kerana hidupnya sering menyalahkan orang lain dan melihat dirinya begitu sempurna sekali.

Apakah kemelut 'cas keting' dalam Pas turut dilakukan oleh Umno. begitu juga kebocoran rahsia mesyuarat Exco kerajaan Pas kelantan dilakukan oleh Umno.

Selalunya, segala yang berlaku dalam Pas, Pas akan terus menuduh Umno yang melakukannya. kepada pas, Umno terlalu jahat sebab itu mereka sering tuduh Umno kafir.

Kini, usaha untuk menjatuhkan kepimpinan Nik Aziz yang dulu ditabal sebagai Tok Guru yang hebat lagi keramat dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri. Umno Kelantan atau pun pusat tidak campur tangan dan tindak ingin ambil tahu pun hukum karma yang melanda Pas.

Sebenarnya, Allah s.w.t lebih tahu siapa yang lebih ikhlas dalam kepimpinan negara. tuduhan-demi tuduhan ditunding kepada Umno dengan pelbagai kata hina nista, kini dalam Pas mula bercelaru dan haru biru.

Dikalangan pemimpin Pas saling tuduh menuduh dan bersumpah seranah sesama sendiri. Biarlah rakyat menjadi saksi apabila orang berilmu ajaran islam yang begitu tinggi hingga bermegah-megah memperlekah ilmu orang lain bergaduh sesama sendiri untuk berebut harta perang. Harta perang itu sebenar harta rakyat.

Semuga hukuman rakyat bekal menjadi kenyataan ke atas orang yang petah beragama, tetapi berlaku songsang dalam pengurusan pentadbiran negeri di huklum dalam pilihanraya ke-13 nanti.

Apa lagi, demi kasih sayang kepada DAP dan kepada saki baki kaum Lut, pas terpaksa akur dengan kehendak gereja kristian untuk menggunakan kalimah Allah, sedangkan hakikatnya sudah tidak ada lagi golongan ahli kitab dalam ajaran kristian di negara ini.

Allah itu tunggal, tidak beranak dan diperanakkan dalam ajaran Islam, tetapi dalam ajaran kristian di Malaysia 'Allah' yang mahu diguna pakai itu beranak, diperanakkan dan Isa .as itu adalah anak Allah. Apakah ini yang Pas ingin pertahankan.

Inilah yang dikatakan kecelaruan dalam Pas dipenghujung hayatnya. Kes Pas menyokong penggunaan kalimah Allah oleh Kristian itu membuat ramai orang berilmu ajaran islam dalam pas mula melihat kesongsangan perjuangan Pas. Cuma tunggulah, jawaban kebencian kepada pas pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Yang akan kalah dulu pastinya Khalid Samad di Shah Alam kerana begitu beria-ia menjadi pembela kepada pembinaan kuil hindu dan pejuang kepada pihak Gereja Kristian untuk membolehkan menggunakan kalimah Allah yang dianggap begitu suci kepada umat Islam.

Dulu Pas Llnoni Tengah Fikir said...

....(dipetik dari pura7gunung.blogspot.com....BACA dipetik dari: http://putra7gunung.blogspot.com

Anonymous said...

Mainan Husam Musa belako ni. Isu cah keting Tok Guru mulai merasai akibat terkena pada menantu kesayangannya.

Sebelum ini dah banyak kali Husam Musa cah keting kawan-kawan dalam PAS. Teori 3 Abdul dulu adalah langkah pertama Husam cah kawan-kawan. Masa tu dia amat baik dengan Sayuti Omar kan?

Husam bercita-cita besar, mau jadi Menteri besar dan Presiden PAS, cuma menunggu 2 langkah untuk mara. Silap haribulan terundur satu langkah ke belakang, masuk lubang perangkap sendiri.

Penyokong Yes men Husam, ramai kerana al-Fulus. Enta faham saja lah. Al-maklumlah. Husam dan Anuar Tan adalah AJK Jawatankuasa Perhutanan yang bertanggung jawab memberikan kawasan balak kepada sesiapa yang dikehendakkinya.