Thursday, January 21, 2010

MUNCUL KEMBALI (641)

KLIA sebagai transit: kastam patut isytiharkan perang terhadap penyeludup dadah

DENGAN Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadikan sebagai transiti kegiatan penyeludupan dadah, ianya bukan sahaja menakutkan tetapi juga akan memalu dan mengaibkan rakyat dan negara ini.

Malah secara tidak langsung ia juga akan mencemar dan menjejaskan reputasi pihak keselamatan negara, terutama pihak Kastam Dan Eksais Diraja.

Berdasarkan kepada pengenalpastian dari mana dada yang diseludup itu datang, tentulah sesuatu yang pelik kepada mereka yang tidak terlibat daam soal keselamatan dan pengawalan pintu masuk negara apabila kerja-kerka pencegahan dan pembasmiannya penyeludupan dadah bertransitkan KLIA menghadapi kesukaran.

Ertinya pihak yang terlibat dalam pencegahan dan pembasmian kegiatan penyeludupan dadah perlu melipatgandakan usaha dalam melaksanakan tugas mereka supaya KLIA bersih dari dilabel sebagai pusat transti dan tugas pencegahan dan pembasmian kegiatan itu oleh pihak keselamatan di negara ini berani terus dicabar oleh para penyeludup.

Dalam rakyat dan negara patut berbangga dengan kejayaan pihak kastam merampas dadah di KLIA bernilai RM62 juta tahun lepas berbanding dengan hanya bernilai RM7.6 juta pada tahun sebelumnya, kita patut berdukacita dan merasa malu serta aib dengan peningkatan itu.

Ini adalah kerana peningkatan itu rampasan itu bermakna sindiket penyeludupan adah melihat kawalan di KLIA masih ada kelompangan dan dilolosi dan bolosi, malah tindakan mereka itu bersifat mencabar dan kecekapan dan profesionalisme pihak kastan dan pasukan keselamatan negara ini.

Justeru kastam dan pihak keselamatan yang lain patut isytiharkan perang, buru dan musnahkan terhadap penyeludup dadah yang menjadikan KLIA sebagai transti demi untuk melihara reputasi dan reputasi KLIA khususnya serta negara, kastam dan pasukan keselamatan negara ini amnya.

5 comments:

pokyakgawah said...

Pemangku Raja Kelantan minta Petronas bayar royalti petroleum


KOTA BAHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.

“Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.

“Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usahausaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas,” titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.

“Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.

“Beta juga berharap Petronas dan kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir,” titahnya.

Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.

Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.

Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya. BERNAMA

john said...

Ambo nok suruh jootspring komen tajuk ni...

"Malaysia being ‘sold’ bit by bit, laments Dr M"

ambo raso jootspring tahu kot makna dalae malay..

ambo ulas sikit jah..tu che det royak bukae ambo royak..hok buleh jual malaysia ni, kito kena tengok sapo hok perintoh..bukan umno ko?..

kalu Abe li buleh ulas lagi bagus...

armouris said...

info tentang dadah kat sini - Faktor Penyalahgunaan dan Ketagihan Dadah

armouris said...

info tentang dadah kat sini - Faktor Penyalahgunaan dan Ketagihan Dadah

joostspring said...

ambo boleh royat gni r john..

dlm kerajaan sendri pun byk org yg anti kerajaan dan org yg duk nak jatuhkan kerajaan..

kata2 TUN M tu lebih ditujukan kepada org2 seperti KJ,kalimullah supaya org lebih prihatin dan amik tahu...Tun M bukan jenis org yg syok sendri dan wat mana xbetul dia akan oyt wlpun pahit tuk ditelan..

dizaman 2 ekor iblis tu la byk benda2 pelik berlaku dan kestabilan negara punah ranah seperti hr ni ada kaitan dgn 2 ekor iblis tu....

BN kalah teruk PRU12 hari tu bkn kerana PR kuat john,tp kerana org benci ko poklah anak beranok..

nak amik mase tuk pulihkan imej yg telah dirosak kan iblis2 poklah anak beranok bkn kerja senang,tambah2 lagi dgn ada aljuburi