Monday, July 26, 2010

MUNCUL KEMBALI (769)

Antara Nik Abduh dengan Nik Aziz siapa yang lebih kementot?

ISU perdamaian Umno-Pas yang tidak mungkin menjadi realiti dalam tempoh terdekat bukan sahaja tidak menimbulkan keseragaman pandangan dan pendirian di kalangan tokoh-tokoh Pas, tetapi juga ternyata tidak menseragamkan pandangan antara tokoh parti itu di kalangan dua beranak yang berada dalam satu parti.


Mereka ialah Menteri Besar Kelantan Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Musrsyidul Am Pas dan anaknya, Nik Abduh yang merupakan ahli jawatankuasa Pas pusat dan juga seorang pendidik serta usahawan muslim yang berjaya dan patut dibanggakan oleh setiap muslim tanpa mengira fahaman politik.

Nik Aziz yang penah menjadi penyelia sekolah buta yakni sistem pendidikan bagi mencelik-hurufkan kalangan dewasa yang buta huruf dibawah kelolaan agensi yang kini dikenali dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebelum menyertai Pas dan mula menjadi ahli parlimen Pas sejak tahun 1967 semacam menutup pintu bagi sebarang usaha dan rundingan untuk perdamaian Umno-Pas.

Manakala anaknya yang merupakan generasi terkini dan diberi didikan yang sempurna dalam ilmu keagamaan dan juga perjuangan, nampaknya lebih terbuka. Nik Abduh tidak sebagaimana ayahnya yang pernah bernaung dibawah Umno, sebaliknya sekembali dari belajar di luar negara, namanya terus terpancul dalam Pas, mudah-mudahan kerana ketokohannya, bukan kerana menumpang bayangan ayahnya.

Nik Abduh juga tentunya merupakan seorang anak yang paling diyakini Nik Aziz tentang pemilikan ilmu dan keupayaan dakwah apabila beliau seringkali diberi peluang menggantikan Menteri Besar Kelantan itu memberi Kuliah Jumaat di Pejabat Pas Jalan Dato' Pati yang mana calang-calang tokoh sebenarnya yang diberi kepercayaan menggantikan tempat beliau memberi Kuliah Jumaat.

Nik Abduh juga adalah anak Nik Aziz paling menonjol dan paling aktif berpolitik berbanding dengan sembilan lagi anaknya yang lain, terasuk Nik Adli yang pernah ditahan dibawah ISA kerana dituduh mengetuai Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang tidak menampakkan kecenderungan langsung dalam bidang politik.

Membaca laporan Utusan Malaysia edisi Isnin dibawah judul 'Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong - Nik Aziz' dan 'Nik Abduh Setuju Pas Bertemu Umno' sebagai rentetan kepada isu perdamaian Umno-Pas yang menjadi isu sekarang menimbulkan persoalan, demi kepentingan agama, bangsa, negara dan politi, termasuk politik kepartian, siapa di antara keduannya yang lebih kementot dalam berpolitik.

Dalam konteks kerjasama dengan DAP misalnya, Nik Abduh menampakkan kebimbangan tentang kesan sampingannya kepada Pas tetapi Nik Abdul Aziz tidak menampakkan kebimbangan, malah banyak kenyataan-kenyataan beliau telah membantu menjadikan DAP menjadi hebat di mata pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat (PR), termasuk di kalangan segelintr pendukung dan penyokong Pas.

Kedua-duanya bolehlah dikategorikan sebagai setangkai tetapi tidak sebau kerana dalam banyak perkara, Nik Aziz-Nik Abduh sering tidak seragam. Sukar untuk pastikan dari sudut pemilikan ilmu, kebernasan pemikiran dan ketulusan serta ketelusan berjuang untuk Islam, siapa yang lebih dan siapa yang kurang dan kementot kerana kedua-duanya duduk dalam suasana kitab dan masjid.

Atas asas itu, atas faktor antara Nik Aziz dan Nik Abduh anaknya pun sudah tidak seragam, maka adalah amat mustahil untuk Pas menseragamkan pendirian dan keputusan parti itu dalam berdepan dengan isu-isu besar dan berkepentingan agama, bangsa dan negara seperti perdamaian Umno-Pas. Sebelum Umno-Pas dapat didamaikan, Pas sesama Pas kena disedarah-sedenyutkan nadi dulu.

Saya yakin amat mustahil untuk Nik Abduh menasakhkan pandangan, pendirian dan keputusan ayahnya tetapi Nik Aziz pada bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekali pun boleh menasakhkan pandangan, pendirian dan keputusan Nik Abduh, malah pandangan, pendirian dan keputusan pimpinan Pas yang lain sebagaimana yang lazimnya dilakukannya.

Maknanya sebarang usaha untuk mendamaikan Umno-Pas akan hanya menjadi usaha yang sia-sia selagi Nik Aziz menjadi Mursyidul Am Pas dan pastinya tidak akan ada yang berani komen sama ada pendirian NIk Aziz itu asalah pendirian tokoh berjiawa besar atau pejuang yang berjiwa kementot walaupun apa yang menjadi pendirian Nik Aiz hanya melabakan dari sudut politik kepartian tetapi membawa padah dan musibah kepada penentingan agama, bangsa dan negara, terutama bagi jangka panjang.

3 comments:

Worih Jusoh Selok Kero said...

menate mu meli, pantang bila tanggung, smish selalu.

Anonymous said...

hehehe ...nik abduh, .. nik amalina + arif fahmi ... toksah la.. main2 conteng arang tu ...

Anonymous said...

kementotnya adalah harussani dan meli.

nik aziz berbuih oyak...takyah bergabung... umnotukar dasar..PAS bubar...abes ceritaaaaa

dia pun sene hati nok gi nembok tupai...

loni duk susoh hati...kalu gabung... umno dominan...set2 PAS pun lapa duit...lepa duit senyak sunyi belako...umno bergumbira...umat isle terus menerus menadah islam sesedap rasa umno....