Tuesday, July 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (772)

Mana lebih Islam antara Umno dengan Pas kena dinilai dengan keilmuan dan kesufian

DALAM al-Quran ada menyebut, jika berlaku bertelagahan sesama umat Islam, maka damaikanlah antara keduanya. Untuk tujuan itu tentulah kena ada pendamai atau orang tengah.


Kalau al-Quran yang menyebutnya bermakna ianya perintah Allah dan Rasul-Nya. Bila perintah Allah dan Rasul-Nya, maka ianya menjadi sesuatu yang fardu kepada kita manusia sama ada fardu ain atau pun fardu kifayah.

Dalam kes perdamaian Umno-Pas, bagi saya ianya adalah fardu kifayah dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah cuba untuk melaksanakannya atas kapasitinya sebagai seorang mufti.

Tindakannya itu bersifat memulihkan silatur-rahim sesama umat Islam yang telah bertelagah kerana kepentingan politik kepartian Umno-Pas. Semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik patut menyokong dan memudah-carakan apa yang diusahakan beliau.

Jika tidak ada usaha yang dibuat oleh Tan Sri Harussani, seluruh umat Islam di negara ini akan berada dalam keadaan berdosa kerana tidak mendamaikan pihak yang bertelagah dan membiarkan terputusnya silatur-rahim sesama umat Islam gara-gara penangan politik kepartian.

Tetapi yang peliknya, kenapa Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am yang kononnya parti yang dipimpinnya berjuang atas nama Islam, boleh menolak Tan Sri Harussani sebagai orang tengah, sekaligus menolak perdamaian Umno-Pas.

Bukan setakat itu sahaja, sebaliknya beliau sanggup menghina dengan melabelkan Mufti Perak itu sebagai hidung tak macung pipi tersorong-sorong kerana mengusahakan perdamaian Umno-Pas. Bodoh, bangang dan jahil sangatkah Tan Sri Harussani di sisi Nik Aziz?

Saya cuba meneliti terjemahan 6,236 kesuluruhan ayat al-Quran dengan 4,780 ayat bagi surah-surah Makkiyyah dan 1,456 ayat-ayat bagi surahMadaniyyah untuk mencari alasan dan sebab kenapa usaha-usaha perdamaian sesama umat Islam boleh ditolak.

Turut diteliti dan dicari ialah kemungkinan pemutusan silatur-rahim dan menolak perdamaian adalah dalam terjemahan hadis dalam kitab Terjemahan Hadis Sahih Muslim jilid I,II,III, IV serta Terjemahan Hadis Sahih Bukhari jilid I,II,III, IV. Tetapi saya tidak menemukannya.

Yang ditemui adalah anjuran supaya membina dan memelihara silatur-rahim dan mendamaikan pihak yang bertelagah. Yang ditegah hanya bekerjasama atau menjadikan orang Yahudi dan munafik sebagai orang kepercayaan atau sahabat.

Apakah Dato' Nik Aziz yang menolak Tan Sri Harussani sebagai orang tengah bagi perdamaian Umno-Pas melihat Mufti Perak itu munafik dan pemimpin, ahli dan penyokong Umno sama dengan orang Yahudi dan para munafikin.

Kalau bukan kerana atas faktor-faktor yang disebutkan, maka penolakkan itu tentulah bukan kerana lain lagi selain dari kerana angkuh dan sombongnya seorang Nik Aziz yang pastinya lebih mengutamakan kepentingan politik kepartian dari kepentingan bangsa dan negara bagi jangka panjang sedangkan Umno atau pun Pas sama-sama dipimpin, dianggotai dan disokong oleh orang Islam.

Soal siapa yang lebih Islamik antara Umno dengan Pas, ianya tidak boleh ditimbang-sukat dengan neraca dan cupak politik kepartian tetapi kena menggunakan neraca dan cupak ilmu dan kesufian.

7 comments:

ectvpro said...

Cadangan untuk berbaik tu baik tetapi kena ingat rakyat loni dah celek dan masih ingat ketika bersatu dulu Pas ditendang keluar setelah madu dihisap. Sekarang ni loya kita mendengar setelah banyak kerusi hilang PRU12 mulailah nak Bbaik semula, ni buka apa rakyat nampak BN/Umno tak Rok dok doh cuma nak kekalkan kuasa dengan thema melayu akan terhapus hak istemewa. Cuma dgn berbaik sahaja boleh kekal kuasa senanglah nak tipu melayu dan tindas dgn menaik harga barangan. Lihat dan baca betapa banyaknya rasuah dalam negara ini dari nak beli pensil hingga ke kapal selam
semuanya rasuah dari ahli jkk di ulu kampong hingga ke pegawai kelas A semua tahu amalan rasuah. Dari budak pejabat hingga ke menteri
semua tahu amalan rasuah,dari polis trafik hingga ke kpn
semua tahu amalan rasuah dari pelajar sekolah pondok
hingga ke mufti semua tahu hal rasuah tapi semua buat buat tak tahu
semua dapat kuah sikit pun ok
banyak lagi ookay.
Negara tadak duit doh situ jimat sini naik (selaras ) gula, budak dok asrama kena balik setiap minggu ibu bapa termasuk aku minta kerja tak dilayannya.Mentar jadi PM adek org 4 TERkaya, alhamdulilah org melayu.
Banyakla..tak larat nak tulis sbb kawe bukan penulis blog.
nota:
kalau tak ada rasuah
hopital boleh free
sekolah boleh free
tak perlu selaras gula
selaras dalam kain tak pa.

Anonymous said...

salam..
mengutip kata-kata penulis 'ectvpro' di atas:
1. Tulisan anda hanyalah berteraskan kpd persepsi semata-mata kerana rujukannya hanyalah akhbar2 pro pembangang...
2. Penulis begitu keliru, apakah kalau pun ada rasuah, ianya dilakukan oleh semua orang Melayu dalam UMNO atau sekelumit manusia Melayu yg tidak bertanggungjawab? Apa hubungannya rasuah yg saudara tulis dengan penyatuan ummat Melayu Islam dua kelompok terbesar ini? Seseolah tulisan saudara ingin menyalahkan seluruh umat Melayu yg menyokong UMNO...Apakah betul org yg tidak bersalah turut di hukum?

3. Apakah kerajaan yg diperintah oleh pembangkang telah bersih dan terlepas dari rasuah? Di Kelantan, masih basah dalam ingatan kita bagaimana geloranya TGNA melantik anak dan menantunya sendiri memegang jawatan penting dalam kerajaan, Bagaimana penajaan haji terhadap MB Kelantan, Bagaimana kawasan balak diberikan kpd seorg individu dan sebagainya. Itu baru seorang tokoh. Bagaiamana seorang exco yg terlibat dgn ekonomi telah menyalahgunakan wang...Kenyataan ini saya petik dari Blog 'Serisuri' milik Nik Amalina anak TGNA sendiri...dia yg buat pengakuan ketika krisis Exco tersebut dengan suaminya...(Sy boleh siarkan kalau sy mahu-tp tdk mahu menjatuhkan maruah org)
4. Apakah kerana pernah suatu ketika PAS ditendang keluar oleh pemimpin UMNO (kemungkinan juga ada silap dan salahnya) pada waktu itu telah menjadikan ayat-ayat al-Quran yang menyeru kpd perpaduan telah dimansuhkan?
Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran dan hadith nabi yang menyuruh umatnya bersatu...Apakah jika kita menolak kesatuan dan perpaduan umat Islam, kita tidak tergolong dari orang2 yg menolak al-Quran???
5. Akhirnya, janganlah saudara menganggap UMNO itu sebuah parti yg 'sempurna' sebagaimana jgk PAS.sedangkan seorang individu (kecuali nabi dan rasul), semuanya tidak sempurna...pasti ada kecacatan, apatah lagi sebuah organisasi yg dianggotai oleh jutaan umat yg pelbagai ragam...Buanglah segala persepsi negetif dan bersatulah demi Islam yang dilaung-laungkan....!

Anonymous said...

Ambo doh muak dengar alunan "perpaduan melayu" nih.

Hipokrit.

Yang dok tindas melayu tu sapa? Yang dok sekat royalti ko kerajaan Melayu tu sapa? Yang dok kucar masyarakat kampong dengan dua jkkk tu sapa? Yang dok guna rasuah politik & politik wang tu sapa? Yang dok sekat kebebasan pelajar U tu sapa? Yang dok sekat akhbar suara rakyat melayu tu sapa, Yang dok ISAkan orang Melayu/Islam tusap? Yang dok ugut cikgu2 melayu yang dok dikampong2 tu sapa, .....

Ya Allah, iyya kanat bbudu, wa 2iyya kanas ta'in. ihdinassiratalmustakim .. semoga kami bersama orang2 yang mendapat nikmat Islam.......

Wak Longgok said...

kalau tak ada rasuah
hopital boleh free
sekolah boleh free
tak perlu selaras gula
selaras dalam kain tak pa.

NEGARA MANA ADA BAGI FREE SEGALA MUGO, MALAH SUBSIDI HARGA BARANGAN KEPERLUAN MACAM MALAYSIA BUAT PUN TAK TAK ADA.

KALAU SEMUA NAK FREE, MALAS NAK GERAKAN TULANG EMPAT KERAT, HIDUPO NAK HAYUNG PALAT JAH, ITU BUKAN MANUSIA NORMAL, ADA KEROSAKKAN MENTAL, TERSUMBAT SALURAN URAT DI MANA-MANA.

Hj Markoko said...

abe li..

..kawe sebenarnyo dah naik muak, mual,jijik,loyaaa dengan fael perangai puak PAS dan UMNO dalam isu perpaduan ni..puak PAS sera dia tu dah koha kuat sejak sain dengan DAP.. puak ni juga sera puak dia lebih Islam, lebih alim, lebih warak daripada orang Islam lain..seolah2 pintu syurga tu dipegang oleh tok guru mereka..

..puak UMNO pula tak payahlah lagi dok layan polimik yang ditimbulkan oleh sesetengah pemimpin PAS dalam isu perpaduan ini..sebab dikalangan pemimpin PAS sendiri ramai yang lidah bercabang2 dan 'musang berjanggut'..

..kalu UMNO nak sangat sokongan orang Melayu/Islam, ianya satu perkara yang sangat senang dan semesek sangat..dalam politik ni kita kena pakai juga kaedah atau petua seorang jurujual.."jual barang yang orang hendak, bukan barang yang kita suka"..sekarang orang Melayu/Islam inginkan corak pentadbiran yang lebih Islamik maka berilah apa yang mereka hendak..susah sangat ke..tak perlu minta kerjasama puak PAS sebab Islam itu bukan hak milik puak PAS..jangan dibiarkan Islam itu selamanya diperalatkan oleh puak PAS..

Anonymous said...

Hanya org gila dalam PAS ingin berpadi-padu dengan UMNO, pergi jahanam UMNO.

Anonymous said...

Melayu,melayu..semakin lama semakin melayu.dr dl sapa loni,dok lagu ni la xbrbah2.bgsa lain bina peradaban dn mguatkan kuasa ekonomi tp kito gapo ada?dk bumi sndr pn bgsa lain dk pege ekonomi.xkaba2 lg ko?agaknya kena tukar nama kaum.xleh pki nama melayu,suwei.jth nye kerajaan melayu melaka dl adalah kerana tgn pembelot melayu sendiri.hr ni pnjajahan bntuk br plk.ore tionghua dok kokok abes harta pusaka melayu utk anak cucu kito,mntk buka biasiswa utk kaum dio,mntk buang hak istimewa kaum asal(bumiputera) tp kito xkaba ore dk mr perang saraf.ceroboh n perintah dlm rmh kito sndr.sdg kito asyik dk baloh sama melayu krna bnda2 kck shja,ore xkecek dh bnda 30 thn lps(pas kena tndang oleh umno dl)ore kecek hok loni dn kedepan.kecek psl wawasan.dl nenek I pki skirt..cina koho sdp mntk hak melayu.dh la pege ekonomi negara 70 prts,nk lg hok kito hok xsapa 30 melayu.tamaknya.hbs hok kito dio mntk.tp gapo hok kaum dio,die share nge kito ny?acu tnya blk n muhasabah.bkpo kito jd gitu?sbb kito dk ralit balah sm sndr sapa lupo kadok naik junjung.cina sm2 dio blh brstu dlm hal kpntgn kaum mrka tp kito?menang sorak kg tergadai.cino dk suko ko melyu dok balah psl kalimah allah.psl tuhan die sndr pn xblh bersatu,ni plk perpaduan sesama bgsa dn agama.gilo dh nate melayu ni. Pade mapuh jilat cok dh.alah ko nge kapir blh plk bersatu.sm sndr xblh brsatu. Tuhan xkn ubah nsb sesuatu kaum melainkan kaum itu sndr yg mgbhnya..lu pk la sndr..