Tuesday, July 27, 2010

PELAWAAN

Rebut peluang menyertai siri CMPL

BAGI lebih bermaklumat dan terbuka serta penjenguk tidak hanya menerima sogokan pandangan saya melalui blog ini, bermula pada 1 Ogos 2010, blog saya ini akan dibuka untuk penyiaran sumbangan para penulis luar dibawah Siri CMPL , singkatan dari cetusan minda penyumbang luar.

Para penjenguk yang ingin pandangan dan pendirian mereka dibaca, dinilai dan diberi pandangan oleh para penjenguk blog ini, bolehlah mengirimkan tulisan masing-masing ke alamat email: meli_industry@yahoo.co.uk. Setiap tulisan termasuk mengenai mana-mana parti politi akan disiarkan tanpa suntingan.

Setiap tulisan mestilah disertakan dengan by-line (boleh guna nama samaran tetapi kena disertakan nama sebenar dan hendaklah disebut untuk tidak disiarkan jika nama sebenar tidak mahu disiarkan). Tulisan hendaklah jangan ada unsur-unsur fitnah dan menyentuh sensitivi kaum atau mempersenda mana-mana agama, budaya dan adat resam.

Semolek-moleknya tulisan yang dihantar untuk siaran adalah yang tidak pernah disiarkan di mana-mana media cetak atau elektronik dan hendaklah bersedia untuk bertanggungjawab sekiranya tulisan boleh membawa kepada pendakwaan.
- Ramli Abdul Halim

No comments: