Saturday, July 31, 2010

MUNCUL KEMBALI (773)

Guna pendekatan agama dalam kempen anti buang bayi dan janin

RAKYAT Malaysia tanpa mengira bangsa dan anutan agama, malah manusia sejagat patut bangga dan memberi sokongan moral dengan kempen 'Kami Prihatin' bagi membendung kes pembuangan bayi yang pada saya, kes pembuangan bayi dan jani kini mencapai tahap kritikal.


Terbaru, seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Penemuan bayu yang masih bertali pusat kira-kira pukul 7.56 pagi oleh seorang peniaga yang tinggal di bangunan berkenaan adalah merupakan antara 22 kes buang bayi dan janin dilaporkan berlaku di seluruh negara sejak awal tahun ke mari.

Kejadian demi kejadian terus berlaku itu seolah mencabar kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal penganjur dan kalangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kempen yang dijalankan.

Ianya membuktikan bahawa usaha untuk mengajak manusia ke arah kebaikan bukannya seperkara yang mudah. Rasulullah s.a.w. sendiri mengambil masa kira-kira 23 tahun bagi menamatkan tugas kersaulan baginda.

Oleh itu pihak penganjur dan mereka yang terlibat menggerakkan kempen tidak boleh kecewa dan putus asa. Kempen kena diteruskan secara proaktif.

Mungkin kempen yang dijalankan hanya akan berjaya dalam tempoh lbih dari 23 tahun, lebih dari 230 tahun, lebih dari 2,330 tahun atau lebih dari 23,000 tahun.

Pada sayalah, mungkin pandangan saya sedikit menongkah arus daripada pandangan majoriti rakyat negara ini, kempen 'Kami Perhatin' tidak akan mencapai matlamatnya kalaulah rata-rata punca pembuangan bayi adalah dikeranakan untuk menutup malu.

Malah, secara tidak langsung ianya akan memberi harapan baru terhadap pelaku perbuatan terkutuk dan haram jadah berzina bagi menyerahkan bayi yang dilahir dan dapat menyembunyikan perbuatan sumbang dan jijik yang dilakukan dari diketahui keluarga dan masyarakat.

Berdasarkan fakta Polis Diraja Malaysia, gejala pembuangan bayi paling ketara bermula pada tahun 2005 yang mana pada tahun berkenaan terdapat 67 kes pembuangan bayi, tahun 2006 (83 kes), 2007 (76 kes), 2008 (102 kes), 2009 (79) manakala dalam tempoh Januari hingga Februari tahun ini sebanyak 12 kes, jumlah terkini adalah 22 kes.

Sama ada kita sedar atau tidak, pada tahun 2000 ke mari, cara hidup remaja di negara ini lebih bebas berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, malah kebanyakan ibu bapa tidak boleh langsung memukul ana-anak yang melakukan sesuatu tindakan yang menimbulkan kemarahan ibu bapa kerana perlakuan anak-anak dilihat sumbang.

Kalau dipukul, anak-anak boleh membuat laporan polis dan ibu bapa yang memukul anak boleh didakwa. Atas kesempatan itu juga ibu bapa tidak boleh menegur atau memarahi anak-anak. Ibu bapa yang suka berleter dan menegur perilaku anak-anak akan dianggap otodoks dan ketinggalan zaman, malah boleh berdepan dengan risiko anak akan lari dari rumah.

Gara-gara ibu bapa tidak boleh terlalu mengambil peduli terhadap anak-anak, malah berleluasanya wabak ibu bapa lebih takutkan anak-anak yang lebih berpelajaran, menjadikan remaja negara ini menjalani hidup bebas, termasuk pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan, sekali gus menyumbang kepada perlakuan-perlakuan yang membawa kepada perzinaan.

Dari perzinaan tanpa merasa takut pada dosa dengan anak-anak gadis hilang rasa sayang terhadap nilai daranya manakala yang lelakinya pula hilang rasa sayang terhadap status terunanya, menyebabkan berlaku gejala mengandung luar nikah. Untuk menutup rasa malu, maka bayi atau janin dibuang.

Adalah dikhuatiri jika ibu-ibu yang membuang bayi dan pasangan yang membuntunginya dibiarkan lepas bebas tanpa hukuman, akhirnya negara ini akan dibanjiri oleh bayi luar nikah apabila 'malu' pelaku boleh disembunyikan serta digalang ganti oleh kempen 'Kami Prihatin' di samping perlakuan dosa mereka yang sangat jijik itu pula tidak dihukum dengan sepatutnya.

Untuk elak daripada berlakunya kes pembuangan bayi, punca induknya mesti dihapuskan dan hukuman tanpa kompromi terhadap para penzina kena dilakukan sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya yakni pasangan yang belum berkahwin melakukan zina kena dihukum rotan seratus kali manakala pasangan yang telah berkahwin berzina direjam sampai mati.

Dengan kata lain perang terhadap gejala mengandung luar nikah perlu dilakukan menggunakan pelbagai kaedah yang bukan sahaja menjadikan bakal pelaku merasa gerun dan takut kepada hukuman di dunia tetapi juga akan takut dan gementar dengan siksa yang bakal ditanggung di akhirat nanti.

Jangan anggap hukuman rotan 100 kali atau rejam sampai mati sebagai kejam dan tidak sesuai dengan zaman kerana ianya adalah bentuk hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya yang releven hingga kiamat.

Harus diingat, kalau tidak dilaksanakan hukuman sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bukan sahaja pelaku zina tidak akan terlepas dosa gara-gara perbuatan terkutuk mereka tetapi seluruh rakyat negara ini akan turut ikut sama menanggung dosa dan pasti bala demi bala akan menimpa negara.

2 comments:

Kerabu Pauh said...

Ggapo ore Pas buat? Banyok kes lepar anak baru beranak ni berlaku di Kelate.

Anonymous said...

Ore kelate ada PAS, ada yang ikut UMNO...

yang mengurus & mmerintah rakyat kelate bukan kerajaan negeri PAS saja tapi jugak kerajaan pusat BN ...

Hal2 pembentukan minda & akhlak rakyat kelate bukan PAS saja... tapi...

ada pendidikan sekolah kerajaan pusat,
ada program tv lucah, ganas, tahyul.. kerajaan pusat BN,
ada pengawal undang2 pusat oleh pdrm, pga, jakim (logo halal), dll...

ada yang rakyat kelate yae teruk, jahat akhlaknya... mungkin salah asuhan sistem pendidikan, mungkin diabaikan oleh ibubapa yang dok kejar duniawi saja, mungkin sistem masyarakat & sosial dah rosak sangat... buta agama,.... hok tu la kita perlu kuatkuasakan pendekatan syariat Alllah....

....sebab tu PAS minta cadangan enakmen syariat kelantan diluluskan melalui pewujudan Akta Pelaksanaan Undang2 Syariat diperingkat pusat. Sama seperti Akta Kewangan & Perbankan Islam yang diluluskan pada 1984 dulu.. membolehkan Bank Islam, Kaunter Islam, Insuran Islam, Pajak gadai Islam dan lain2 instrumen kewangan/ pelaburan Islam beroperasi....