Saturday, July 31, 2010

MUNcul kembali (774)

Kuliahkan penjawat awam 'curi tulang'

OLEH
kerana dianggap seperkara yang biasa, bila kereta rasmi ketua jabatan, kereta exco dan kenderaan=kenderaan digunakan menghantar dan mengambil anak ke sekolah atau pemandu membawa orang gaji ke pasar, tidak ada siapa pun yang mempedulikannya.


Demikian juga apabila pada waktu pejabat, ada kakitangan kerajaan dari peringkat atas hingga ke bawah berada di kedai minum atau berlegar-legar di pasar-pasar raya, tidak ada siapa yang akan ambil peduli walaupun pejawat sebenranya sedang menyalahgunakan harta kerajaan atau sedang 'curi tulang'.

Malah ada kes penjawat awam yang sanggup mengupah rakan tolong punch-card kedatangan atau waktu pulang di samping ada yang sebaik sahaja lepas punch-card, maka petugas berkaitan hilangkan diri dan hanya muncul kembali bila nak punch-card waktu balik.

Oleh kerana kes-kes seumpama itu menjadi menjadi seperkara yang lumrah, maka tidak ramai orang awam yang ambi peduli, apatah lagi untuk membuat laporan kepada pihak berwajib berhubung dengan perbuatan dan perlakuan buruk penjawat awam.

Jika dinilai dari sudut hukum hakam, gaji yang diperolehi akan menjadi tidak suci. Punca perolehan yang tidak suci akan menjadi darah daging, malah anak bini akan turut menerima tempias makan, minum dan sebagainya dari sumber yang tidak suci.

Tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila Jabatan Perkhidamatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara KSN) mewujudkan skuad pemantau bagi merakam para penjawat awam yang mencuri tulang. Mudah-mudahan yang salah guna kenderaan pejabat juga turut dipantau dan dikenakan tindakan.

Walaupun pada peringkat awal skuad pemnantau hanya membuat pemantau sekitar Taman Warisan Pertanian dan Alamanda di ibu negara, ianya skuad yang seumpamanya pasti akan turut diwujudkan oleh setiap jabatan, bukan sahaja di peringkat pusat dan negeri , tetapi juga di peringkat daerah yang merangkumi jabatan-jabatan dan agensi persekutuan serta negeri.

Berbanding dengan di ibupejabat, kes curi tulang dan salah guna kenderaan pejabat lebih banyak berlaku di jabatan-jabatan kerajaan peringkat negeri dan daerah kerana kurang pengawasan ekoran dari kjumlah kakitangan yang terhad.

Kes kenderaan kerajaan digunakan bagi mengangkut buah durian, membawa anak bini bersiar-siar dan sebagainya adalah seperkara yang lumrah, malah pernah berlaku di Kelantan ambulan digunakan bagi memunggah beras seludup.

Ekoran dari apa yang telah dilakukan oleh JAP dan pejabat KSN, maka amat wajarlah kalau jabatan-jabatan peringkat negeri dan daerah turut melakukannya tanpa menunggu menerima arahan rasmi dari JPA atau menteri.

Ini adalah kerana Perintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4 bukannya hanya terpakai untuk kakitangan di JPA dan pejabat KSN sahaja.

Semolek-moleknya mereka yang ditangkap kerana 'curi tulang' atau menyalahgunakan kenderaan pejabat diberi kuliah oleh kalangan yang pakar tentang hukum hakam mengenai padah 'curi tulang' atau salah guna kenderaan pejabat dari sudut halal haram pendapat yang diperolehi.

Kakitangan yang sedar tentang dosa pahala tidak akan 'curi tulang' atau melakukan apa-apa kemungkaran walau pun tidak dipantau kerana kalau pun perlakuan mereka terlepas pandang dari pemantauan oleh skuad pemantau, namun mereka tidak mungki dapat terlepas dari Pengetahuan Allah.

2 comments:

Worih Normah Dahlia Pulau Gajah said...

Nak toksir serabut dengan kes rasuah, kes curi tulang, tuang kerja ni, mari gi kelate la. Mugo-mugo lagu ni takdok berlaku di Kelate, mugo pegawai-pegawai kena dakwah sokmo. Ko guano gamok?

Anonymous said...

Ambo setuju dengan saranan en. meli diatas... semua kakitangan awam, pemimpin kerajaan kena faham amanah, tanggungjawab & disiplin kerja.

Jangan curi tulang, jangan salahguna kuasa, jangan menyeleweng, jangan rasuah,... baru rezeki dari sumber pendapatan yang halal ... Allah redha, rakyat suka.