Saturday, August 14, 2010

CERPEN/Ogos-3

DEBAT
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

DARI sirit-alas belukar yang muda hingga ke padang luas sejauna mata memandang, Negeri Serban Putih Jubah Labuh penuh pepak bukan sahaja dengan ‘kawan manusia’ tetapi juga dengan ‘kawan menatang’ sama ada yang berkaki empat mahu pun yang berkaki dua.

Masing-masing datang buang masa tinggalkan kerja adalah bagi menyaksikan debat perdana khas meyambut Ramadhan kali 1431 mengikut kelendar Hijriah yang diperkirakan sempena tarikh penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah.

Sesetengah yang pakai serban, paling tidak pun pakai kopiah bagi yang berjanggut panjang, ada yang janggutnya labuh hingga nyaris-nyaris mencecah pusat, malah ada yang sampai menyapu kepala lutut, buah tasbih yang setiap biji ada sebesar buah setol putik dibilang, tambah-tambah bila ada yang perhati pada apa yang sedang dibuat, peluang tunjuk warak, sekali gus demi melabakan dari sudut kepentingan politik.

Pun begitu bila irama bersembahan tarian singa dipersembahkan sebagai antara acara selingan yang diadakan bagi menampakkan ada nilai-nilai intergrasisme pengahuran majlis, masing-masing tak ‘lekat taha’ mempamerkan ‘berjejak angin’nya dengan rentak dan lengok tarian dengan menggeleng-gelengkan kepala.

Yang paling alim benar pun ‘menggeditkan’ jari tangan dan kaki. Yang pakai serban, berjanggut panjang atau yang berkopiah tetapi berseluar pendek, bertepuk tangan tanda seronok dan terhibur, tanpa disedari penampilan dan imej menjadi hancur lebur.

Sesetengah yang datang itu pula pakai songkok dan berbaju teluk belanga dengan misai melintang tanpa janggut. Ada juga yang tidak berserban, berkopiah atau bersongkok, tanpa misai tanpa janggut, hanya memakai kemeja biasa atau kemeja ‘T’ penuh santai, yang pakai seluar dalam sahaja manakala yang perempuannya hanya pakai baju mandi pun ada.

Agaknya mereka salah faham tentang konsep intergrasisme. Spesis manusia dan ‘menatang’ jenis ini tanpa sembunyi, tanpa menyorok hipokrit, bukan setakat tergeleng kepala atau ‘bergedit’ jari tangan dan kaki tetapi ada yang bangun dan ikut menari sama, malah yang melompat ikut gaya penari tarian singa mempersembahkan tarian pun ada.

Semakin hadirin kuat ketwa semakin menjadi-jadi lompatannya. Mungkin disangka hadirin terhibur dengan apa yang mereka lagak dan lakukan, walhal hadirin mentertawakan sebuah ketololan, kegonan dan kesewelan.

Manakala jenis yang tidak boleh tengok punggung orang tertonggeng, kecur air liornya bila melihat penari-penari bukan sahaja ditonggengkan punggung tetapi digoyang-goyang pula sebagai sebahagian dari gaya tarian walaupun penari yang tonggeng pungung itu semuanya jantan ‘jengo-jenga’.

Turut membanjiri padang adalah kaum Cina yang bercakap Cina, kaum India yang bercakap India, Sikh dengan semuntal Sikhnya yang turut dikerah dan dipunggah, termasuk menggunakan van dan lori yang lazimnnya digunakan bagi memungah ‘pot getah’.

Kehadiran pelbagai kaum menepati pengistergrasian majlis, Selain dari persembahan joget, turut dipersembahan tarian masyarakat kaum India danjuga rambong oleh penari berbangsa Siam.

Kerana itulah agakanya yang menarik kehadiran. Yang tempang turut datang dengan berpapah, yang buta datang berpimpin, yang tepak datang berketpong, yang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan uluran kronik datang berbekalkan berguni ubat, yang banyak harta kerana acap dapat kawasan balak datang siap dengan doktor peribadinya sekali.

Susah untuk bezakan antara jantan dengan betina yang hadir kerana jumlahnya tidak ubah seperti ulat sedang nyunyak-nyunyak membaham bangkai gajah yang sudah mampus lebih dari sebulan.

Masing-masing kononnya tidak mahu terlepas mengikuti debat dari dua tokoh hebat, satu daripadanya dikatakan ada keramat dan berkat.

Kalau bukan kerana lebih sejuta corong pembesar suara yang setiap satunya sebesar Gunung Setong dipasang pada empat penjuru alam, barang butir yang dihebah melalui pembesar suara tidak mungkin latas ke telinga hadirin yang belum tentu selesai dalam tempoh sebulan kalau dikutip kira satu persatu oleh sejuta orang pengira yang bijak matematik macam adik Adi Putera sekali pun.

Kopiah dan serban sahaja kalau dilonggok dan mahu dipunggah dengan seratus buah trellar, mungkin seratus ribu hari seratus ribu malam punggah pun belum tentu habis. Pun begitu dengan songkok.

Jumlahmya sali dengan jumlah serban dan kopiah.Kamera milik wakil stesen televisyen serta kamera jurugambar media cetak dan juga para bloggers dari dalam dan luar negara jika diperipun, boleh terbentuk menjadi sebuah gunung setinggi Gunung Kinabalu dibuatnya.

Jumlah kehadiran besar kerana isu yang akan diperdebatkan digembar gemburkan sebagai besar, membabitkan dua tokoh besar mewakili dua buah parti politik besar, sekurang-kurangnya mahu dianggap besar walaupun hakikatnya hanya bukan saja kecil, tetapi lebih kecil dari kecil, yakni halus dari sudut kerpeluan dan faedahnya kepada sekaliam makhluk di langit dan di bumi. Yang besarnya cuma bual, rasa dan syok sendiri, angan-angan mat jenin serta mimpi di siang hari.

"Wahai sekalian makhluk di langit dan di bumi. Kedua-dua tokoh yang akan berdebat pada kali ini sudah pun berada di atas pentas" moderator memulakan tugasnya selepas berdehem untuk membetulkan tone suaranya yang dirasakan parau kerana agak parak makan budu dalam sehari dua ini.

Kalau nak kira, dia tidak suka sangat makan budu tapi apa nak dibuat, kemampuannya hanya setakat makan nasi dingin gaul budu dan ketit lada cengik supaya ada rasa pedas, selera akan sedikit terbukalah.

Dia hidup susah kerana berpegang kepada prinsip, biar mati kebulur namun kalau yang tidak halal, jangankan berjuta, sesuku sen dibelah sejuta pun bukan sahaja tidak akan disentuh, malah tidak akan dipandang sebelah mata pun.

Kerana itu dia dilabel sebagai makhluk hijau sekerat biru sekerat, dia dianggap memilih hidup yang bila dia susah tidak ada yang pecah lior nak bantu, kalau masa dia lega, ramai yang berebut-rebut hulur kepala mahu diperakukan sebagai rakan akrabnya.

Baginya segala-galanya dunia belaka yang tidak akan abadi. Dia tidak akan tertipu dengan kekayaan kalau kekayaan itu akan menjadi roket membawanya ke neraka."

Yang sedang lurut janggut tu tentu sekalian makhluk sudah kenal. Kalau tak kenal pun kena kata kenallah, orangnya bengkeng dan cepelag. Kalau ada makhluk yang tidak kenal, jangan terkejut kalau dia akan kata cis, menatang ni tak kenal aku" tokok moderator yang memulakan majlis dengan mengajak hadirin membaca Ummul Kitab al-Fatihah bersamanya.

"Yang di sebelahnya tentu sekalian makhluk sudah kenal. Orangnya masih muda cada, segaknya tak seberapa tetapi manis tetap menyenga. Kalau dibuang songkoknya akan nampak ada kilatan dan pantulan cahaya. Bukan botak lagi, tapi baru bubus saja. Maklumlah banyak yang kena difikirkan setiap saat, tunjang rambut pun jadi reput" bebel moderator, cuba buat jooke menjadikan ada semacam gegaran pada bumi yang dipijak, langit yang dijunjung oleh deraian dan dekahan ketawa sekalian makhluk di langit dan di bumi.

"Debat kali ini adalah tentang itu, yang terjongol depan kedua tokoh yang akan mula berdebat sekejap lagi. Sekalian makhluk tentu boleh nampak dengan jelas kerana pihak penganjur ada pasang layar putih di empat penjuru alam dan saiz huruf yang ditulis pula tidak lebih dan tidak kurang dari sebesar batang nyior setiap satu. Kalau tak nampak juga maknanya makhluk yang tak nampak tu bole kalau pun tak buta kepek" tokok moderator lagi.

Seorang lelaki berambut berpintal-pintal, berpakaian cumpang camping dan berkaki ayam tiba-tiba melompat naik ke pentas dan merampas corong pembesar suara yang bakal digunakan oleh kedua-dua pendebat.Moderator tergamam. Kedua-dua pendebat juga tergamam.

"Awak Jusoh?"
"Yes, I am"
"Yang selalu kata oi mari seghial kalu nak buwi gat dari pelanggan Kedai Kopi Rais, kedai kopi tunggeng mamak orang Punjab tu?"
"You right""
Cakap orang putih?"
"Bolehlah sikit-sikit. Sebagai persediaan kalau-kalau nanti ada anak bangsaku sudah tidak reti cakap Melayu nanti, bahasa yang kononnya tidak layak jadi bahasa ilmu"
"Mana awak tau?"
"Tau apanya?"
"Bahasa Melayu tak layak jadi bahasa ilmu?"
"Sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris, malah lulus bahasa Inggeris mungkin dijadikan syarat lulus SPM"
"Jadinya?""Itulah aku berlatih guna bahasa Inggeris. Takut nanti bila aku kata oi mari seghial kalu nak buwi gat, tak ada yang faham pula. Takut kena sebut give me one dollar, please!"
"Sempat juga dalam keadaan rambut berjiban, baju dan kain yang dipakai cumpang camping begini awak bagi sindiran pedas"
"Ada peluang dan ruang, kena isilah, kena redas"
"Redah ke redas?"
"Redas"
"Macam mana pun bukan soal bahasa yang mahu diperdebatkan kali ni. Juga buan soal perdamaian dua parti sebangsa yang berbalah dan becanggahan"
"Tauuuu"
"Dah tau pasal apa lompat naik ke mari?"
"Pasal tu"
"Pasal yang terjongol tu?"
"Ha ah"
"Bangkai seekor lembu"
"Nampak macam masih hidup"
"Diawet. Nampak saja hidup tapi dah mampus"
"Ahli panel yang sedang lurut janggut tu yang bawa ke mari?"
"Hm"
"Bawa dengan kereta sendiri?"
"Tak. Muat lori"
"Dia yang cabar lawannya tu berdebat 'kan?"

"Gamaknyalah"
"Berdebat tentang bangkai seekor lembu?"
"Ha ah"
"Lawannya tu pakar dalam awetan binatang?"
"Tidak"
"Kepakarannya?"
"Tukang jjawi"
"Banyak sangat guna loghat daerah, tak boleh ke guna bahasa standard. Berjjawi tu penamo rima?"Tukang sunat""Ooooo"
"Kenapa tukang sunat sahut cabaran berdebat untuk isu dan perkara yang telah ditetapkan untuk diperdebatkan oleh pencabar sedangkan dia bukan pakar dalam bidang yang mahu diperdebatkan?"
"Katanya ular tidak akan hilang bisanya kerana menyusuri akar berduri"
"Bagi aku cabaran itu satu perangkap"
"Maksud awak?"
"Pencabar mahu mengaibkan tokoh yang dicabar. Dia mahu dilihat sebagai pemenang dalam perdebatan untuk isu yang awal-awal lagi diketahui kemenangan berpihak kepadanya"
"Ilat"
"Ilat dan jahat"
"Kalau saya kata awak prejudis terhadap pencabar?"
"Itu hak mutlak awak"
"Awak tak marah?"
"Kenapa nak marah?"
"Kerana membuat tuduhan awak prejudis"
"Bagi saya, itu bukan tuduhan"
"Dah tu?"
"Tanggapan atau andaian. Dalam amalan demokrasi, sesiapa pun boleh membuat andaian, tanggapan, memberi pandangan, memberi teguran. Pihak yang ditegur, yang diberi pandangan, tidak boleh menyentak, tidak boleh melenting"
"Kalau melenting?"
"Tak cukup masaklah"
"Apanya yang tak cukup masaknya?"
"Pengamal demokrasi yang mudah marah, mudah menyentak, mudah melenting bila ditegur dan dikritik, tidak cukup masak dalam berpolitik"
"Jadi awak tetap dengan pandangan awaklah?"
"Tentang tokoh yang bakal berdebat dan isu yang akan diperdebatkan?"
"Hm"
"Tentulah kerana pencabarnya umpama orang dewasa ajak budak di pra-sekolah bergocoh"
"Saya tak faham"
"Tukang sunat tak ada kelayakkan untuk bercakap tentang awetan bangkai lembu"
"Saya masih belum faham"
"Pencabar yang mencabar lawan debatnya untuk berdebat mengenai isu yang dirancang awal untuk kemenangan dan menonjolkan kehebatannya umpama memandu lawan ke arah jalan mati, digunakan muslihat jahat untuk tunjuk kehebatan sendiri dengan mengaibkan lawan"
"Awak boleh nampak yang tersirat di sebalik yang tersirat ekoran cabaran debat yang akan bermula sebentar lagi?"
"Patutnya orang lain, orang yang tidak berambut berpintal-pintal dan berjiban, yang tidak berpakaian cumpang camping dan tidak bersepatu macam aku ni kena lebih awal nampak sebelum orang macam aku nampak"
"Jadinya?"
"Lebih baik jangan diteruskan debat. Suruh makhluk di langit dan di bumi balik ke tempat masing-masing. Yang asal dari langit balik ke langit yang asal dari bumi balik ke bumi. Jangan biarkan mereka terus dikecong. Kalau debat diteruskan juga, sampai empat puluh hari cerah empat puluh hari malam pun tidak akan selesai. Aku pun nak gi dah, marilah seghial kalu nak buwi gat"Jusoh dengan gaya tarzan melompat turun dari pentas khas, sekalian makhluk di langit dan di bumi yang mengikuti perdebatan moderator dengan Jusoh mula ikut sama meninggalkan majlis, masing-masing tidak pecah lior untuk menyaksikan temberang pencabar yang mencabar lawannya berdebat.

Lagi pun tarian singa, ronggeng, rambong dan tarian dari penari berbangsa India sudah lama tamat. Para penarinya sudah meninggalkan majlis.

Moderator juga hilang mood dan telah melangkah meninggalkan pentas khas tanpa mengambil upah yang dijanjikan sebanyak samas untuk tugas kemodetorannya.Yang tinggal hanya pencabar yang yang mencabar lawannya berdebat bagi isu yang telah sedia dirangka dan dikerangkakan untuk kemenangannya terpaku di kerusi seorang diri dengan mulut terlopong lagi tergohong.

Pun begitu dia tidak berhenti melurut janggut. Perangai mudah marah dan cepelagnya mula berapi pada Jusoh yang telah menyebabkan makhluk di langit dan di bumi tidak sempat dan tidak berpeluang dikecong melalui debat yang isunya sengaja dirangka dan dikerangkakan untuk kemenangannya, sekaligus untuk dilihat sebagai juara bagi segala juara dan tokoh yang hebat, keramat dan berkat!

No comments: