Dinar emas: BNM jangan sampai dilihat sebagai penghalang
KALAU benarlah penggunaan mata wang dinar emas dan dirham yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan lebih menjamin dapat mempertahankan nilai aliran tunai dan mampu mempertahankan ekonomi kalau pun tidak akan membantu mencergaskan ekonomi negara, ianya patut disokokng dan diteladani.
Apa yang baik walaupun ianya datang dari pembangkang, kena diterima sebagai suatu hakikat. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kena terbuka dan jangan ikut rentak pembangkang, apa sahaja yang kerajaan buat dianggap tidak baik belaka walaupun pembangkang sendiri dapat menikmati pelbagai kebaikan hasil dari kemampuan luar biasa kerajaan yang memerintah.
Soal sama ada ianya bercanggah dengan perundangan dan perlembagaan negara atau pun dengan peraturan Bank Negara Malaysia (BNM), ianya boleh diatasi melalui mesyuarat kabinet atau persidangan parlimen. Pokoknya apakah penggunaan wang dinar dan dirham itu benar-benar baik untuk aliran tunai dan peningkatan ekonomi negara atau sebaliknya.
Lagi pun ianya baru dilancarkan dan hanya 1,000 kedai dan restoran sahaja. Jumlah kedai sah lakunya hanya kecil. Mungkin suatu ketika wang-wang berkenaan mahu dicairkan dan dijadikan barang perhiasan. Kalau emasnya tulen, mungkin tidak menimbulkan masalah tetapi jika ianya tidak tulen, ia akan menjadi masalah besar.
Mudah-mudahan kakitangan kerajaan Kelantan, khususnya Menteri Besar dan barisan exconya akan mula menerima gaji dalam bentuk wang emas dan dirham bermula gaji hujung bulan ini dan tidak akan lagi meggunakan wang yang dikeluarkan oleh BNM.
Elok benar kalau sesiapa pun jangan jahat sangka kepada tujuan sebenar pelancaran wang emas dan dirham kerana Kelantan pasti mempunyai pakar-pakar ekonomi dan kewangan yang bijaksana, kalau tidak, masakan sanggup dilakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara bernama Malaysia yang mana Kelantan bernaung di bawahnya.
Di kalangan rakyat Kelantan juga terdapat ribuan yang lebih cerdik dari Menteri Besar, barisan exco dan kalangan yang dikatakan bijak pandai sehingga timbul cadangan penggungaan wang emas dan dinar yang telah direalisasikan. Mereka akan membuat penilaian tentang tahap kemunasabahan penggunaan wang emas dan dirham yang dilancarkan penggunaannya.
Jika pelancaran penggunaan wang emas dan dirham itu lebih kepada tujuan politik kepartian dan untuk menambahkan lagi bilangan retorik-retorik yang sedia ada, maka serahkan kepada rakyat yang cuba mahu diperbodohan dengan dipermainkan dengan pelbagai retoriksme.
Kerajaan pusat jangan sampai terperangkap dengan permainan politik kepartian Pas sebagaimana bila ianya gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan, maka yang dipersalahkan adalah kerajaan pusat. Kegagalan laksana hudud di Kelantan sampai sekarang pun dituduh kerajaan pusat yang halangnya.
Dalam kes wang emas dan dirham, BNM jangan pula bertindak sehingga dilihat menjadi penghalang kepada kelancaran penggunaan wang emas dan dirham yang akhirnya akan dilihat dan diwarwarkan bahawa kerajaan pusatlah yang menggagalkannya jika penggunaannya gagal mencapai matlamat.
Saturday, August 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment