Ihya' Ramadan
Sikap kehambaan sangat dituntut
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
MANUSIA tidak akan dicipta-Nya kecuali untuk memperhambakan diri kepada-Nya yang mempunyai 99 nama (Asma-ul-Husna) yang memberikan gambaran secara jelas tentang sifat-sifat-Nya.
Belajar dan berusaha mengenali sifat-sifat Allah adalah merupakan ibadah. Ilmu mengenali Allah dan sifat-Nya 'lah sebenarnya dituntut agar kita menuntut dari buaian hingga ke liang lahad kerana kita tidak dari terlepas dari pengetahuan-Nya.
Manusia yang benar-benar kenal Allah dan sifat-Nya tidak akan berani berbuat sebarang dosa atau kemungkaran, malah tidak akan sanggup dilakukan walaupun termasuk dalam apa yanbg dinamakan dosa-dosa kecil.
Masalah rasuah, tuang kerja, rompak, curi, tipu, tidak amanah, edar dan penyalaggunaan dadah, putus silatur-rahim, kes-kes buang anak dan janin serta pelbagai kemungkaran lagi tidak akan berlaku bagi mereka yang kenal Allah dan sifat-sifat-Nya.
Hanya hamba-Nya yang hilang sifat kehambaan terhadap-Nya akan sanggup berbuat dosa dan kemungkaran, apatah di kalangan mereka yang memisahkan diri dari al-Quran yang merupakan himpunan kata-kata Allah yang sarat dengan tegahan dan larangan.
Sedangkan sikap kehambaan terhadap Allah itu sangat dituntut. Ini terbukti apabila daripada 6,236 keseluruhan ayat al-Quran, terdapat 2,799 kali sebutan nama Allah dan keesaan-Nya yang sangat-sangat layak disembah dan diperhambakan diri oleh kita hamba-Nya.
Daripada 2,799 sebutan nama Allah dalam al-Quran itu pula, terdapat 967 sebutan 'Rabbi' yang membawa maksud memiliki, mendidik dan memelihara manakala 'Rahman' (Maha Pemurah) dan 'Rahiim' (Maha Penyayang) ada disebut 560 kali.
Perkataan 'Ghafuur' yang merupakan antara nama-Nya yang membawa maksud 'Maha Pengampun' ada 233 kali sebagai tanda bakti selain dari pemurah dan penyayang kepada hamba-Nya, Allah juga Maha Pengampun.
Turut kerap disebut dalam al-Quran adalah 'Maalik' yakni yang memiliki atau jika dipendekkan 'mim'nya ia akan membawa maksud 'Raja' yang memerintah dan menguasai alam ini dan juha alim akhirat.
Maknanya kita kena sedar bahawa kita kepunyaan Allah dan kita tidak boleh lari dari untuk tidak menjadi kepunyaan-Nya. Oleh kerana kita kepunyaan-Nya, maka kita kena patuh kepada apa yang disuruh dan kena jauhi dari apa yang ditegah.
Allah pula Maha Pemurah, apa yang dikehendaki mesti diminta daripada-Nya, Allah juga Maha Penyayang. Tidak ada sebab untuk kita benci dan menjauhkan diri atau ingkari apa yang disuruh dan ditegah oleh-Nya.
Sebagai manusia kita tidak dapat bebaskan diri dari melakukan dosa kerana kejahilan kita, kerana tidak kenal Allah dan tidak tahu sifat-sifat-Nya. Tetapi sifat Maha Pengampun-Nya patut dieksploitasi untuk kita bertaubat nasuha supaya dari banyak membuat dosa kita bertukar menjadi hamba-Nya yang rajin mengumpul pahala dan dari jahil menjadi alim.
Dalam bulan puasa inilah masanya untuk yang masih tidak kenali Allah kena berusaha mengenali Allah, yang jahil berusaha untuk alimkan diri dan yang bergelumang dengan dosa berenti dari melakukan kerja dosa kemaruk serta ketagihkan diri melakukan kerja-kerja yang mendatangkan pahala.
Paling penting bina, pelihara dan tingkatkan kualiti perhambaan diri terhadap-Nya kerana Dia adalah pemilik kita. - Penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan mula menjadi pengamal media sejak tatahun 1973.
Nama & Alamat Penuh Penulis;
RAMLI BIN ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan,
Tel:017-9871322
Saturday, August 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Pendokong PAS tolong baca :
Beza PAS asal dengan PAS sekarang.... (PAS perjanjian Baru).
Tidak apa bagi umat Islam yang percaya pada janji PAS sekiranya menang pada PRU13. Jika PAS pernah bersumpah untuk memartabatkan Islam dalam negara ini, kita bersumpah Islam tidak akan berjaya dimartabatkan selagi adanya DAP dalam kalangan mereka.Apakah DAP mengiktiraf PAS yang hendak menjadi pemimpin negara Islam yang mengamalkan Hudud dan Kisas?
Inilah motto PAS dalam kempen pilihanraya 40 tahun lepas.. Di manakah perjuangan Bangsa itu sekarang?
Sambungan :
UNDILAH BULAN BINTANG UNTUK KAAGUNGAN UGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR!
DIKLUARKAN OLEH JABATAN PENERANGAN PAS NEGERI KELANTAN
Itu dulu.. Sekarang PAS dah keluarkan bintang, tinggal bulan sahaja sebagai lambang. Jadi tiada lagi ciri-ciri keislaman pada lambang sekarang. Ianya memberi makna mendalam yang membawa maksud - lebih cepat untuk dicapai (cita-cita menawan negara) sampai ke bulan tidak perlu ke bintang dengan roket merah sahabat karib.
Lupakah perjanjian ini? Kertas lengkap dalam laman sahabat :http://www.kitagempur.com
Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,
PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.
Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:
5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,
5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam. (individu sahaja, bukan pertubuhan)
Sekarang PAS yang dipimpin Mudalilul Am telah berjaya membawa pembaharuan dengan mengkhianat janji yang dibuat oleh mereka dulu. Beginikah puak yang kita hendak letakkan kepercayaan sedangkan Hudud yang diperjuangkan sudah tiada lagi kedengaran khabarnya sekarang?
Sambungan :
Apakah mereka menunggu Karpal menjadi mayat, barulah hendak diteruskan usaha mereka? Kita bukan tidak mahu mengangkat pemimpin PAS menjadi ketua dalam negara ini, tetapi mampukah Mudalilul Am PAS itu mengotakan janji-janjinya akan perjuangan parti mereka?
Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".
Sudah lupakah PAS?
Dan inikah wajah PAS sebenar untuk mendirikan pemerintahan Islam apabila berkuasa kelak? Baca kenyataan yang berputar belit seperti dibawah....
Pada 12 Mei 1999, TGNA menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,
“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam".
Pada 4 Ogos 2001, TGNA menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,
“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu".
Anehnya pada masa yang sama PAS mengelirukan rakyat dengan kenyataan tolong kerajaan Islam yang diusulkan PAS. Kata-kata mereka berubah-ubah mengikut keadaan dan kehadiran khalayaknya.
Pada 24 Januari 1999 TGNA memberitahu bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS,
“Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima".
sambungan :
Jadi benarlah. Syaitan telah diterima bersama-sama dengan PAS walaupun tahu hakikatnya bersubahat dengan Syaitan dalam apa jua keadaan bertentangan dengan ajaran agama. Apakah bantuan Syaitan boleh membawa kepada kegemilangan kerajaan Islam tajaan PAS?
Dan sebagai bukti DAP menolong kepada Kerajaan Islam, Karpal telah mengeluarkan kenyataannya seperti di bawah dan PAS tetap sanggup bekerjasama demi KUASA, PANGKAT dan KEDUDUKAN..........
Ingatlah wahai orang Islam, jangan terpengaruh kepada mereka sedangkan kita tahu apa yang mereka pernah kata dan apa yang dilakukan sekarang... Kami bukan memenangkan UMNO tetapi kami tolak pendirian puak yang mengkhianati janji...
kata pendakwah yang juga Ahli Majlis Agama Negeri, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki.
“KELEMAHAN umat Islam bukan kerana kekuatan orang kafir sebab Allah SWT tidak beri pertolongan kepada orang kafir tetapi kepada kita (umat Islam). Jadi, kekuatan itu sepatutnya pada kita,”
Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.
Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.
Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "
(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)
Wallahu a'lam
PAS dicanang .. berubah2... bagaimana dengan.. UMNO Perjanjian lama dan UMNO Perjanjian baru ... tadak jugak ko? hehehe
Apo istemewanya dasar perkauman MCA, Gerakan, MIC berbanding dengan DAP ...?? heh heh heh..
Ambo doh otak kkarat dengan ideologi "anak jajahan british" UMNO sejak penjajah ritish keluar dari Malaya dulu.. kita perlu TRANSFORMASI.. politik baru & Islam...
Post a Comment