Monday, August 16, 2010

MUNCUL KEMVBALI (784)

Guna pendekatan agama cegah remaja hamil luar nikah

MEMERANJAT dan memalukan apabila di Negeri Sembilan sahaja menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri berkenaan, Datuk Zainab Nasir, sebanyak dua hingga tiga kes remaja hamil luar nikah diterima oleh klinik kerajaan di Seremban.


Kalau diambil kira kes-kes yang diterima oleh klinik kerajaan di daerah-daerah lain dan juga di klinik-klinik swsata di negeri berkenaan, apatah lagi di semua negeri di seluruh negara, tentulah jumlahnya akan jauh lebih tinggi lagi.

Justeru tidak hairanlah apabila setiap hari ada-ada sahaja penemuan bayi dan janin di seluruh negara dilaporkan. Itu yang kebetulan ditemui, bagaimana yang dengan yang tidak ditemui, misalnya bayi atau janim ditimbus.

Saya setuju dengan Datuk Zainab, gejala remaja bunting kini membimbangkan dan langkah-langkah proaktif patut dilakukan bagi membendunginya. Kempen 'Kami Prihatin' adalah antara yang patut disertai dan diberi sokongan oleh setiap lapisan masyarakat.

Bagaimanapun sejak kempen berkenana dilancarkan, kejadian demi kejadian yang tidak sepatutnya terus berlaku itu seolah apa yang berlaku itu mencabar kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal penganjur dan kalangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kempen yang dijalankan.

Sekali gus ia membuktikan bahawa usaha untuk mengajak manusia ke arah kebaikan bukannya seperkara yang mudah. Ianya tidak menghairanlkan kerana Rasulullah s.a.w. sendiri mengambil masa kira-kira 23 tahun bagi menamatkan tugas kersaulan baginda.

Oleh itu pihak penganjur dan mereka yang terlibat menggerakkan kempen 'Kami Perihatin' dan apa-apa jua usaha yang dibuat oleh mana-mana pihak bertujuan mencegah remaja/wanita hamil luar nikah tidak boleh kecewa dan putus asa. Kempen kena diteruskan secara proaktif.

Mungkin kempen yang dijalankan hanya akan berjaya dalam tempoh lebih dari 23 tahun, lebih dari 230 tahun, lebih dari 2,330 tahun atau lebih dari 23,000 tahun. Namun ianya tetap kena diteruskan.

Pada pendapat saya, mungkin pandangan saya sedikit menongkah arus daripada pandangan majoriti rakyat negara ini, kempen 'Kami Perhatin' atau sebarang usaha untuk mencegah hamil luar nikah dan membendung gejala buang bayi dan janin tidak akan mencapai matlamatnya kalaulah rata-rata punca pembuangan bayi adalah dikeranakan untuk menutup malu.

Malah, secara tidak langsung ianya akan memberi harapan baru terhadap pelaku perbuatan terkutuk dan haram jadah berzina bagi menyerahkan bayi yang dilahir dan dapat menyembunyikan perbuatan sumbang dan jijik yang dilakukan dari diketahui keluarga dan masyarakat.

Berdasarkan fakta Polis Diraja Malaysia, gejala pembuangan bayi paling ketara bermula pada tahun 2005 yang mana pada tahun berkenaan terdapat 67 kes pembuangan bayi, tahun 2006 (83 kes), 2007 (76 kes), 2008 (102 kes), 2009 (79) manakala dalam tempoh Januari hingga Februari tahun ini sebanyak 12 kes, jumlah terkini adalah 22 kes.

Sama ada kita sedar atau tidak, pada tahun 2000 ke mari, cara hidup remaja di negara ini lebih bebas berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, malah kebanyakan ibu bapa tidak boleh langsung memukul ana-anak yang melakukan sesuatu tindakan yang menimbulkan kemarahan ibu bapa kerana perlakuan anak-anak dilihat sumbang.

Kalau dipukul, anak-anak boleh membuat laporan polis dan ibu bapa yang memukul anak boleh didakwa. Atas kesempatan itu juga ibu bapa tidak boleh menegur atau memarahi anak-anak. Ibu bapa yang suka berleter dan menegur perilaku anak-anak akan dianggap otodoks dan ketinggalan zaman, malah boleh berdepan dengan risiko anak akan lari dari rumah.

Gara-gara ibu bapa tidak boleh terlalu mengambil peduli terhadap anak-anak, malah berleluasanya wabak ibu bapa lebih takutkan anak-anak yang lebih berpelajaran, menjadikan remaja negara ini menjalani hidup bebas, termasuk pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan, sekali gus menyumbang kepada perlakuan-perlakuan yang membawa kepada perzinaan.

Dari perzinaan tanpa merasa takut pada dosa dengan anak-anak gadis hilang rasa sayang terhadap nilai daranya manakala yang lelakinya pula hilang rasa sayang terhadap status terunanya, menyebabkan berlaku gejala mengandung luar nikah. Untuk menutup rasa malu, maka bayi atau janin dibuang.

Adalah dikhuatiri jika ibu-ibu yang membuang bayi dan pasangan yang membuntunginya dibiarkan lepas bebas tanpa hukuman, akhirnya negara ini akan dibanjiri oleh bayi luar nikah apabila 'malu' pelaku boleh disembunyikan serta digalang ganti oleh kempen 'Kami Prihatin' di samping perlakuan dosa mereka yang sangat jijik itu pula tidak dihukum dengan sepatutnya.

Untuk elak daripada berlakunya kes pembuangan bayi, punca induknya mesti dihapuskan dan hukuman tanpa kompromi terhadap para penzina kena dilakukan sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya yakni pasangan yang belum berkahwin melakukan zina kena dihukum rotan seratus kali manakala pasangan yang telah berkahwin berzina direjam sampai mati.

Manakala mereka yang bertanggungjawab dalam pembuangan bayi patut dihukum sebagai percubaan membunuh jika bayi yang dibuang didapati masih hidup dan pelaku wajar dihukum mati mandatori sekiranya bayi yang dibuang, mati.

Dengan kata lain perang terhadap gejala mengandung luar nikah perlu dilakukan menggunakan pelbagai kaedah yang bukan sahaja menjadikan bakal pelaku merasa gerun dan takut kepada hukuman di dunia tetapi juga akan takut dan gementar dengan siksa yang bakal ditanggung di akhirat nanti.

Jangan anggap hukuman rotan 100 kali atau rejam sampai mati sebagai kejam dan tidak sesuai dengan zaman kerana ianya adalah bentuk hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya yang releven hingga kiamat.

Harus diingat, kalau tidak dilaksanakan hukuman sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bukan sahaja pelaku zina tidak akan terlepas dosa gara-gara perbuatan terkutuk mereka tetapi seluruh rakyat negara ini akan turut ikut sama menanggung dosa dan pasti bala demi bala akan menimpa negara.

No comments: