Ihya' Ramadan
Wanita yang dimurkai Allah
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
KAUM wanita yang dikatakan paling ramai masuk neraka sebenarnya mudah masuk syurga sekiranya menjadi isteri yang taat kepada suami dan tidak berlumba-lumba dengan suami untuk menjadi lebih hebat. Apa yang yang menjadi tuntutan kepada lelaki tidak menjadi tuntutan kepada kaum wanita.
Umpamanya kaum wanita tidak dituntut berjemaah di masjid tetapi mempermudahkan suami ke masjid, termasuk menyediakan pakaian atau memperingatkan suami tentang waktu sembahyang sudah dekat dan sang suami patut segera ke masjid, pahalanya sama dengan suami yang berjemaah di masjid.
Mememastikan suami dalam keadaan selesa di samping seorang isteri, termasuk dari sudut feel perangai isteri yang menyenangkan juga akan menyumbang pahala kepada isteri.
Pakaian yang dibasuh pakai tangan (bukan pakai mesin
basuh) setiap kali berkebas ditiup angin, ianya akan berzikrillah dan memberi kebajikan kepada isteri setiap kali berkebas di sidaian.
Setiap makanan yang masuk ke mulut suami dengan suami bergembira dengannya akan mendatangkan pahala kepada suami.
Kebanggaan suami menerima layanan di ranjang akan juga memberi pahala kepada isteri, malah apa jua perlakukan yang menjadikan suami membanggai isterinya akan mendatangkan pahala kepada isteri.
Pun begitu sesungguhnya sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita yang menjalani hidup dengan membelakangi apa yang dituntut oleh Islam. Justeru sangat perlu bagi kita, khususnya kaum wanita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan-Nya supaya kita terhindar dari dilaknati-Nya.
Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun disirahkan lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat tentang hakikat tersebut.
Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, semuga engkau mendapat kutukan Allah, maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke-7 dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia & jin."
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, engkau ini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun. Maka hapuslah semua amal kebaikannya".
Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada umatnya, termasuklah kaum perempuan dan terlalu menginginkan keselamatan baginda dari azab Allah. Baginda menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan dalam usaha untuk mensyurgakan umat baginda.
Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayang baginda terhadap umat baginda. Oleh itu adalah amat pelik kalau kita sendiri sebagai umat baginda tidak berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda.
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Aku bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?
Baginda menjawab, pada malam aku di Isra'kan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan.. .maka bila teringatkan mereka aku menangis".
Aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"
Baginda bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dengan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakkum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya mampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku. .. ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.
" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab/tidak tutup aurat) di kalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Baginda juga bersabda: tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak di hari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Ada pun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta. - Penulis adalah bekas belajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan pengamal media sejak tahun 1973.
Nama & Alamat Penuh Penulis;
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322
Thursday, August 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment