Thursday, August 19, 2010

Ihya' Ramadan 1413 - (12)

Cahaya Di Hari Akhirat
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

DI HARI akhirat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Pertama: seperti bintang-bintang.
* Kedua: seperti cahaya bulan.
* Ketiga: seperti cahaya matahari.

Dari mana datang cahaya-cahaya itu?

Cahaya yang pertama adalah cahaya wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Cahaya yang kedua wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga adalah wajah mereka semasa di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Apakah susah untuk kita lakukan bagi mendapatkan cahaya-cahaya itu? Kalau tidak susah, kenapa kita tidak lakukan? Apakah susah untuk ketika bersuci, berwuduk, berada di masjid sebelum aza sebagai tanda kita bersedia untuk menunggu masuk waktu sembahyang berjemaah di masjid?

Menunggu di dalam masjid dengan niat beriktikaf dengan duduk tanpa buat apa-apa pun boleh mendatangkan pahala, apatah lagi kalau waktu menunggu itu diisi dengan berwirid, bertasbih berzikir, bertahmaid atau membaca al-Quran, lagilah berpahala.

Kita sepatutnya bukan sahaja kena kemarukkan ketiga-tiga cahaya di alam akhirat nanti, sebaliknya kita kena memastikan orang lain pun ada dapat sama menikmati cahaya yang serupa. Oleh itu kena patut saling ingat mengingatkan sebagaimana yang disyorkan oleh Allah dalam surah al-Asyr. - Penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Blaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan pngamal media sejak tahun 1973.

Nama & alamat penuh penulis;
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322

No comments: