Ibadah tidak boleh hard core & heavy wight bermusim
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
SEANDAINYA mahu melihat masjid, surau dan madrasah penuh dengan jemaah, maka bulan puasalah masa dan ketikanya. Malah sesetengah tempat terpaksa didirikan khemah-khemah khusus untuk berterawih.
Lazimnya yang mengimamkan sembhayang fardu dan sunat terawih sepanjang Ramadan adalah imam-imam import manakala iman tua dan iman muda setiap masjid akan berehat dari tugas mengimamkan sembahyang.
Imam-imam import rata-rata terdiri dari kalangan para hafiz yang mempunyai suara yang baik dan gaya bacaan yang menarik. Masjid, surau dan madrasah yang imamnya dianggap 'sedap' san 'berjelira' akan penuh sesaklah dengan para jemaah.
Memilih imam yang betul bacaan dan sempurna tajwidnya memang wajar kerana bukan sahaja membaca dan membaiki bacaan, termasuk membetulkan bacaan al-Quran dengan golongan yang pakar, tetapi mendengar bacaan al-Quran, terutama yang betul bacaannya adalah juga suatu ibadah.
Bagaimanapun kalau pun imam itu seorang tahfiz yang sedap suaranya, ditambah pula dengan pandai berlagu tetapi bacaannya kurang tepat dan tajwidnya tidak betul, apatah lagi kalau bacaan al-Fatihahnya tidak ikut cara Rasulullah s.a.w. baca, makmum kena tegur. Bacaan al-Fatihah adalah fardu dalam sembahyang.
Yang kena dipilih bukan kerana sedap imam mengalunkan bacaan dengan macam-macam lagu tetapi ketepatan sebutan dan tajwidnya serta niat berterawih itu sendiri atas dasar apa kena diutamakan, kerana tujuan ibadah kepada-Nya atau kerana 'sedap' dan 'berjelira' dengan imam.
Harus diingat bahawa sembahyang fardu atau sunat yang diterima oleh Allah adalah hanya sembahyang kerana Allah, bukan kerana imam 'sedap' dan 'berjelira'.
Kalau sembahyang kerana imam, ianya lari dari tujuan dan konsep sembahyang itu sendiri yang tidak ada kerana lain selain dari kerana Allah. Niat adalah kunci utama dalam ibadah. Punah niat, punah ibadah. Bila beribadah dalam keadaan punah, layakkah kita mengharapkan pahala?
Dalam pada itu beribadah tidak boleh hard core & heavy weight bermusim, sebaliknya ia kena berterusan dan berkesinambungan mengikut keupayaan kita. Allah dan Rasul-Nya tidak memberatkan kita dalam beribadah. Kita digalakkan beribadah ikut kemampuan.
Kalau rasa larat dan tidak sampai menyiksakan diri, berterawihlah sampai 20 rakaat tetapi kalau sekadar mampu setakat lapan rakaat, maka buat lapanlah. Kuantiti tidak penting, yang kena ditekankan adalah kualiti ibadah.
Kalau kerana waktu-waktu masa lalu kita menyebabkan kita sekadar hanya hafal Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, maka berusahalah supaya kita betul-betul hafal surah-surah berkenaan sehingga benar-benar tepat bacaannya.
Paling penting kena dipastikan bacaan al-Fatihah kena betul dan tepat kerana ianya adalah rukun dalam sembahyang. Tidak betul bacaan al-Fatihah, sembahyang tidak sah.
Tetapi kalau setelah belajar habis-habisan namun sebutan tetap tidak tepat kerana masalah lidah kita, maka jangan berdukacita kerana Allah akan tetap menerimanya sebagai betul asalkan kita tidak berhenti belajar untuk membetulkannya.
Bacalah ayat-ayat yang kita hafal itu sepanjang masa, kecuali pada tempat dan dalam keadaan kita diharamkan membaca ayat al-Quran, kita tetap akan dapat ganjaran pahala yang besar kerana membaca al-Quran. Jangan hanya bersungguhan sekadar sepanjang bulan Ramadan sahaja.
Kalau sekadar sepanjang bulan puasa sahaja kita tidak lengkangkan diri dari membaca al-Quran dan berjemaah di masjid tetapi selepas itu hilang dan sembahyang waktu pun sudah tidak berjemaah lagi dan kita mula isi masa dengan menyanyi dan bersiul, ianya akan bersifat semacam mahu menipu Allah.
Kerana apa pada bulan puasa kita menjadi pengibadah yang hard core & heavy weight, kita sanggup bertumas (beriktikaf) di masjid dan berqiamullail? Jawabnya kerana mahu mencari satu malam serba berkat, yakni malam Lailutl-Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
Bila habis Ramadan, maka harapan untuk bertemu Lailatul-Qadar sudah tidak ada, kena tunggu Ramadan akan datang pula. Soalnya apakah masih ada usia kita untuk bertemu dengan Ramadan akan datang untuk nantinya kita akan beribadah secara hard core & heavy wight?.
Lagi pun dari segi lojiknya apakah hanya dengan hard core & heavy wight beribadah sepanjang bulan puasa sahaja, maka Allah akan mempertemukan dengan malam yang sangat istimewa itu, apatah kalau sebaik sahaja habis bulan puasa kita kembali pada tabi'in asal, tidak lagi ke masjid berjemaah.
Bagaimanapun daripada tidak buat langsung, lebih baik buat jugalah kerana Allah itu Maha Pemurah. Tetapi semolek-moleknya kalau mahu jadi pengibadah hard core & heavy wight yang dimulalan pada Ramadan kali ini biarlah ianya statik dan berkesinambungan dengan kualiti ibadah dipastikan meningkat saat demi saat. - Penulis adalah bekas pelajar sekolah agama dan merupakan pengamal media sejak tahun 1973.
Nama & Alamat Penuh Penulis;
RAMLI BIN ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322
Tuesday, August 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment