UMNO kena bersedia untuk bersendirian memikul mandat rakyat
UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bukan sahaja kena segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi menjadi sebahagian daripada anggota BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti tetapi Umno selaku parti pendominan BN dan pembentukkan kerajaan yang memerintah, perlu bersedia untuk bersendirian memikul mandat rakyat.
Dalam politik macam-macam boleh jadi, bak kata veteren Umno. Tan Sri Hussein Ahmad lebih 20 tahun lepas yang saya masih ingat sampai kini, yang hitam boleh jadi putih, yang puteh boleh jadi hitam dalam parti politik.
Dalam kamus politik tidak ada rakan sebantal yang mimpinya serupa, sebaliknya masing-masing akan bermimpi dan mengharapkan mimpi yang berbeza, sebalkiknya bila ada peluang akan dipijak dan dilanyak. Rakan kerjasama dalam politik ibarat api, masa kecil jadi rakan, masa besar jadi lawan.
Pada saya pendirian terkini Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP secara tidak langsung membawa maksud MCA juga tidak takut untuk bekerjsama dengan DAP kerana kedua-dua parti memperjuangkan kepentingan yang serupa, yakni kepentingan kaum Cina.
Ertinya lambat atau bangat MCA tidak akan terus menjadi rakan Umno setelah MCA mempunyai cukup kekuatan dalam bidang ekonomi di samping Umno kelihatan semacam tidak lagi diperlukan oleh orang Melayu sendiri kerana permainan politik utamakan kepentingan politik kepartian menjadi amalan parti-parti politik Melayu.
Yang menjadi MCA sebagai komponen BN begitu berani pun kerana parti-parti politik dan pimpinan parti politik Melayu yang seakan mahu mengulangi sejarah pengkhianatan Melayu sesama Melayu menyebabkan negara dijajah kira-kira 600 tahun dan terpaksa menerima hakikat rakyat warisan nenek morang terpaksa menetima hakikat bermasyarakat majmuk seperti sekarang.
Dalam keadaan parti-parti Melayu lain yang kecewa dalam mencapai impian tumbangkan kerajaan dalam 12 kali pilihanraya yang telah lepas semacam mengamalkan sikap biar sama-sama tak dapat apa-apa sebagai sikap pengkhianat kepada Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan Melayu Pattani, Umno kena bersedia dalam bentuk mental dan fizikal untuk secara bersendirian memikul mandat rakyat.
Yang Umno kena sentiasa sedar dan perlu pertahankan ialah negara ini adalah warisan nenek moyang yang orang Melayu kena sanggup berputih tulang dari berputih mata.
Sabar, tolak ansur dan toleran yang menjadi identiti Melayu kena ada batas sempadannya. Melayu tidak patut cari masalah tetapi kalau Melayu ditembungkan dengan masalah, maka ianya kena diselesaikan dengan cara Melayu.
Melayu bukan bangsa sembarangan. Pada tahun-tahun 800 Masehi lagi anak raja Melayu bernama Sanjaya telah menjalankan misi jelajah dan takluk serta jajah dunia, menyeberangi Lautan Pasifik dan telah berkesempatan mengunjungi kepala pemerintah kuasa besar dunia, Harun Aminurasyid di Baghdad.
Saya yakin jika Melayu dipermainkan, akan lahir jutaan Sanjaya, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi, Tok Janggut, Tok Sagor, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Leftnan Adenan dan lain-lain untuk berputih tulang kerana negara bangsa.
Justeru itu Umno yang menerima sokongan terbesar orang Melayu tidak perlu gentar dengan apa jua permainan kotor pihak pembangkang dan juga rakan-rakan sekompomen yang hilang semangat setia kawan dan Umno jangan teragak-agak untuk bubarkan BN untuk secara bersendirian Umno memikul mandat rakyat demi agama, bangsa dan negara.
Tuesday, August 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment