Tuesday, August 17, 2010

Ihya' Ramadan 1413 (5) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Penubuhan Barisan Nasional teladani Rasulullah s.a.w?

RASULULLAH s.a.w. diutuskan untuk membawa 'Rahmatalil-aalamin' kepada makhluk di langit dan di bumi. Baginda adalah teladan. Apa yang baginda lakukan adalah mandatori dan kena dilakukan oleh kita umatnya tanpa ragu.


Selain dari terlibat dalam bidang pertanian, bidang korporat, makan gaji, perguruan, ketua kerajaan dan panglima perang, baginda juga terlibat dalam menyediakan pelan, rangka dan kerangka pembangunan masyarakat membabitkan empat pasal dan terma utama.

Pertama: baginda membina masjid sebagai langkah pertama ke arah pembinaan masyarakat berteraskan Islam, yakni pembinaan Masjid Quba sebaik sahaja baginda sampai ke distinasi penghijrahan baginda dari Mekah.

Masjid itu dinamakan Masjid Quba sempena nama tempat baginda berehat dan menunggu rombongan susulan dalam penghijrahan sebelum masuk ke Madinah.

Masjid berkenaan dikatakan antara masjid yang besar pahala bagi yang berkesempatan bersembahyang wajib atau sunat di dalamnya serta doa akan menjadi mustajab.

Melalui masjid, baginda membentuk keseragaman umat Islam melakukan ketiga-tiga belas rukun sembahyang secara bersama, yakni berjemaah di samping umat Islam dapat lebih saling kenal mengenal antara satu sama lain.

Melalui masjid juga baginda boleh mengumpulkan orang ramai untuk menyampaikan doktrin tauhid dan mengajarkan pokok-pokok agama Islam kepada kaum Muhajirin yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dan kepada kaum Ansar yang merupakan penduduk tetap Madinah.

Kedua: baginda mempersaudarakan (menjalin silatur-tahim) kaum Muhajirin dengan kaum Ansar. Ianya penting untuk mempersatukan umat Islam luar dalam.

Di samping itu baginda yang sedemikian itu adalah untuk mengelak dari wujudnya wabak berpuak-puak di kalangan umat Islam yang mana jika ianya berlaku akan merugi dan melemahkan ummah.

Ketiga: baginda membuat perjanjian persahabatan dengan orang Yahudi tetapi pendominasinnya adalah umat Islam.

Melalui perjanjian itu, setiap penduduk Madinah akan mendapat perlindungan tanpa mengira suku kaum dan anutan agama, kecuali orang yang zalim dan melanggar perjanjian.

Keempat: baginda meletakkan dasar-dasar politik, ekonomi, dan sosial untuk umat Islam setelah Islam sudah cukup berkembang, kuat, hebat dan utuh.

Setelah itu jugalah, maka turunnya wahyu mrngandungi perintah berzakat, berpuasa dan hukum-hukum yang bertalian dengan pelanggaran atau larangan dan sebagainya.

Jika diteliti keempat-empat pasal/terma utama pembinaan masyarakat oleh baginda Rasulullah s.a.w., ia dimulakan dengan pembinaan kemudahan asas, yakni pembinaan masjid, disusuli dengan jalinan hubungan (silatur-rahim) dan membuat perjanjian persahabatan dengan bukan Islam.

Setelah keempat-empatnya sempurna, barulah keperluan-keperluan lain dan kjuga ewajiban lain dikenakan ke atas umat Islam, termasuk kewajiban menunaikan fardu haji yang merupakan perintah wajib pada penghujung hayat baginda.

Jika dilihat kepada konteks Malaysia, jelas membuktikan bahawa kalangan yang merancang dan merealisasikan kewujudan Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh Umno sebagai parti milik Melayu bergama Islam, telah menteladani apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Atas asas itulah, maka BN mampu bertahan lama dan mencatat rekod sebagai kerajaan yang mengamalkan demokrasi paling tua di dunia dan mampu terus bertahan walaupun pelbagai sabotaj dan pengkhianatan dan kerja-kerja untuk menghancurkannya dilakukan dari pelbagai sudut dan hampir sepanjang masa.

Sempena bulan Ramadan kali ini yang merupakan Ramadan kali ke 1413 bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. penghulu bagi segala abia' dan merupakan nabi dan rasul terakhir, rasanya sangat wajar kalau kita mentelaah sejarah pembinaan masyarakat oleh Rasulullah s.a.w. dan melihat keteladanan Rasulullah s.a.w. di dalamnya supaya kita tidak terlalu prejudis, membuat tohmahan cemar dan berprasangka buruk terhadap kerajaan yang ada.

1 comment:

kakiku said...

IHYA' RAMADHAN.

BERFIKIR SECARA RASIONAL
oleh
KAKIKU
Bila kita puasa kita kelaparan dan keletihan, kedua-dua ini akan menyebabkan berlaku steres dan tekanan, jika tidak dikawal dgn sempurna keadaan ini boleh menggangu tumpuan dan mental kita, orang yang dapat mengawalnya ketika berpuasa akan dikategorikan puasa "khusus al-Khusus", iaitu martabat tertinggi seorang berpuasa.
Melihat pada tajuk catatan ini "Penubuhan Barisan Nasional teladani Rasulullah s.a.w?".
Pada pendapat saya, pencatatnya teramat jauh daripada mencapai martabat puasa khusus al-Khusus. Dimana catatannya tidak sedikit pun berpandu kepada ilmiyah dan sejarah. Bahkan mengunakan kaedah mantiq yang dipengaruhi oleh kepentingan tertentu.
Sesungguhnya setiap persamaan di antara batil dengan hak yang berlaku secara kebetulan tidak semestinya batil merupakan suatu yang Hak.
Adakah benar seorang pencuri yang telah membatalkan hasratnya untuk mencuri disuatu malam di bulan puasa kerana deman, yang mana kebetulan malam tersebut adalah malam lailatulqadar. Kemudian pencuri tersebut mendakwa bahawa beliau tidak mencuri pada malam tersebut kerana menghormati malam lailatulqadr".
Hanya orang yang pendek langkahan akal sahaja yang akan berkata bahawa pencuri tersebut seorang pencuri baik yang menghormati lailatulQadar.
Dalam mazhab imam as-Syafi'e, niat ditetapkan sebagai syarat untuk amalan seseorang disahkan sebagai suatu tuntutan ibadat. Amalan yang dilakukan dengan suatu tujuan lain, kemudian amalan tersebut kebetulan sama dengan amalan yang dituntut syarak. Maka amalan tersebut tidak dianggap sama dengan amalan ibadat yang dituntut.
Misalnya, seorang yang mandi kerana hendak ke pejabat, kemudian beliau berkata bahawa beliau mandi wajib. Dakwaan ini dibuat kerana terdapat persamaan di antara mandi paginya dengan mandi wajib. Maka mandi pagi tersebut tidak sah dikategorikan mandi wajib.
Begitu juga, apa yang didakwa oleh saudara meli, bahawa penubuhan BN oleh UMNO dan parti juak-juaknya kerana meladani Rasulullah S.A.W.. Dakwaan seperti ini seperti dakwaan seorang yang tertekan dgn keletihan kerana berpuasa.
Lihat pada catatan :"Jika dilihat kepada konteks Malaysia, jelas membuktikan bahawa kalangan yang merancang dan merealisasikan kewujudan Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh Umno sebagai parti milik Melayu bergama Islam, telah menteladani apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w."
Jelas sekali bahawa catatan ini bertujuan untuk mempengaruhi saki baki melayu yang mudah menghulurkan tengkoknya bila ditipu : "melihat keteladanan Rasulullah s.a.w. di dalamnya supaya kita tidak terlalu prejudis, membuat tohmahan cemar dan berprasangka buruk terhadap kerajaan yang ada".
Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh pencatat adalah suatu kebetulan, pada asasnya tiada sedikit pun niat pendokong-pendokong BN untuk menteladani Rasulullah S.A.W.. Apatah lagi ikatan BN ditubuhkan dengan berkiblatkan kepada ideologi sekular yang liberal.
- Penulis adalah pengamal media dan penjual ubat "barang naik" sejak tahun 1972.