Monday, August 16, 2010

MUNCUL KEMBALI (785)

Jangan dedahkan negara pada bahaya kerana gila kuasa

SELAIN dari gila yang juga dipanggil mereng, sakit otak, tidak siuman, sakit mental, putus wayer hijau dan sebagainya, setiap manusia tidak dapat mengelak diri mengalami 'gila'. Ada orang gilakan ilmu, gilakan kekayaan dan macam-macam 'gila' lagi yang jumlahnya dikatakan sebanyak 99 jenis.


Gila ilmu, gila mahu menjadi lebih baik, lebih alim, lebih bertakwa, lebih berjaya, lebih sihat dan sebagainya adalah merupakan antara gila-gila bermenfaat, gila yang memberi faedah. Gila yang agakl bahaya adalah 'gila kuasa' yang mana individu atau puak yang mengalami gila jenis sanggup berbuat apa sahaja kerana gilanya.

Kesanggupan individu, puak dan parti politik yang sanggup mewujudkan perlembamgaan baru bagi negara ini sebagaimana yang didakwa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa beliau tahu tetapi enggan mendedahkannya, adalah merupakan perbuatan orang gila kuasa.

Individu, puak atau parti politik yang sanggup mewujudkan perlembagaan baru kepada negara sangat merbahaya dan merupakan pngkhianat kepada perlembagaan, negara dan rakyat dan negara ini serta merupakan penderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu.

Saya bersetuju dengan Tan Sri Harussani yang tidak mendedahkannya untuk mengelakkan dari berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini kerana kegilaan individu, puak dan parti politik yang gilakan kuasa.

Bagaimanapun tentulah pendedahan hanya tidak dibuat kepada umum tetapi Mufti Perak pasti akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti mereka yang terlibat dan membolehkan tindakan tegas diambil kerana kegilaan individu, puak dan parti yang gilakan kuasa itu sangat merbahaya.

Paling patut hukuman dikenakan adalah bunuh mandatori manakala seringan-ringan hukuman yang patut dikenakan ialah ditahan dibawah Akta Rahsia Rasmi (ISA) atau pun dilucutkan kewarganegaraan.

Semua pihak kena memperakukan bahawa perlembagaan negara tidak perfect dan ianya perlu dipinda mengikut keperluan dan keadaan semasa. Bagaimanapun 'perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dibuat dalam satu wacana sepertoi Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu yang diadakan di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Sebarang pindaan perlembagaan kena dibuat di parlimen kerana parlimen mewakili rakyat sama ada yang pro pemerintah mahu pun yang pro pembangkang kerana di parlimen ada. Membelakangi parlimen bermakna menghina, mempersenda dan menidakkan pilihan, mandat dan amanah rakyat dan pihak yang melakukannya di luar parilmen adalah merupakan musuh rakyat di samping penderhaka kepada negara, Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu.

Sesungguhnya semua pihak kena sedar serta berusaha untuk sentiasa insaf dan sedarkan diri bahawa dalam kegila-gilaan kerana gilakan kuasa, mana-mana pihak pun dedahkan negara dan rakyat kepada bahaya, malah jika kwujudan perlembagaan baru dibiarkan, negara boleh terdedahkan kepada peperangan ekoran krisis perlembagaan.

No comments: