Ihya' Ramadhan
Bercakap ketika azan jadikan kita kelu ketika sakaratulmaut
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
SETIAP yang bernyawa wajib mati, cuma tidak dketahui bila, di mana dan dalam keadaan yang macam mana akan mati.
Kerana itu kita digalakan menziarahi orang yang sakit dan digalakan tolong bacakan ayat-ayat suci al-Quran nul-Karim.
Dengan menziarahi orang sakit, terutama ketika nazak, kita juga barangkali pernah tengok orang yang hampir ajalnya tdak dapat berkata-kata, lidahnya kelu.
Hanya melalui mimik muka cuba dimaklumkan tentang kesakikatan sakaratulmaut yang sedang dihadapi.
Ada pula orang yang kita namakan tidak lalai dalam menghadapi saat kematian, boleh bercakap-cakap dan habis nafas dengan iringan kalimah syahadah.
Lazimnya jenazah orang begini seakan ianya sedang tidur dan sejuk mata kita memandangnya.
Antara faktor penyebab ada orang yang menghadapi sakaratulmaut adalah kerana tidak mendiamkan diri dan masih bercakap-cakap ketika azan berkemuandang.
Ada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya".
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang, apatah lagi berbual dengan kawan.
Di kebanyakan masjid, surau dan madrasah hal ini nampaknya tidak diberi perhatian, iman atau pengkuliah agama pun masih berbual ketika azam berkumandang.
Keadaan yang sama nampak berlaku ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat yang merupakan waktu yang dilarang bagi yang mendengar khutbah bercakap atau melakukan pelbagai aktiviti termasuk merokok.
Orang Islam, apatah lagi dari kelas imam, pengkuliah, dan siak kena menghormati azan dengan mendiamkan diri bila azan dikumandangkan kerana tidak ada seruan sesuci seruan azan.
Kita kena sentiasa ingat sabda baginda bahawa sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Barangkali ada faedah dan pahalanya bagi bilal memberi peringatan sebagaimana khatib memberi peringatan supaya jangan bercakap-bercakap, berbual atau menghisap rokok ketika khutbah Jumaat berlangsung dengan memberi peringatan agar mereka yang boleh mendengar azan yang dikumandangkan mendiamkan diri serta menyahut setiap baris azan dengan apa yang telah disunahkan.
Jangankan bercakap, mengangkat takbir untuk melakukan sembahyang sunat, termasuk sunat tahyatal-masjid pun tidak digalakan ketika azan berkumandang dan yang mahu melakukannya kena tunggu setelah mu'azim atau bila seleasaikan laungan azan.
Sesungguhnya Kita kena takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah, Lailahaillallah.
Tanpa iringan kalimah syahadat, sukar untuk dipastikan status kematian kita sama ada dalam keadaan beriman atau sesat kerana pokok utama dalam Islam adalah mengucap kalimah syahdah.
Sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ketika nyawanya akan dicabut, dijanjikan syurga untuknya.
Justeru untuk apa perlunya kita bercakap ketika azan berkumandang kalau kerananya pada waktu nazak kita nanti lidah kita akan dikelukan.
Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (seperti yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) mu'azin itu akan mendapat pahala umat Islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
Begitulah kelebihannya yang Allah berikan kepada mu'azin.
Sangat bertuahlah bagi sesiapa yang ada anak lelaki yang ditakdirkan menjadi mu'azim atau yang sentiasa merebut peluang melaungkan azan setiap kali masuknya waktu sembahyang. - Penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan pengamal media sejak tahun 1973.
Nama & Alamat Penuh Penulis;
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322
Thursday, August 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment