Thursday, August 12, 2010

Ihya' Ramadhan 1413 (2)

Ihya' Ramadhan (tulisan turut dihantar ke sebuah akhbar arus perdana)

Mari kita azamkan untuk bersihkan punca rezeki sempena Ramadan kali ini
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

KERANA merebaknya kes-kes rasuah, yakni kes yang melibatkan pengumpulan perolehan secara menyalahi hukum adat dan hukum agama, maka negara terpaksa menyediakan peruntukkan khas bagi kewujudan agensi khusus yakni Biro Pencegahan Rasuah (BPR) yang kini dikenali dengan Suruhanjaya Pencecagahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sepatutnya di sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, agensi seperti BPR/SPRM tidak perlu wujud kerana larangan mengaut perolehan secara tidak halal telah termaktub dalam hukum hakam. Misalnya melalui ayat 172 surah Al-Baqarah yang bermaksud;

"Wahai orang-orang beriman, makanlah makanan halal yang Kami kurniakan kepada kamu"

Bukan sahaja kita umat Islam dilarang memakan dan meminuman makanan dan minuman yang tidak halal, malah para rasul sendiri juga dilarang sama. Ini terbukti melalui ayat 51 Surat Al-Mukminin, mafhumnya:

"Wahai sekalian Rasul, makanlah daripada makanan yang baik (halal) dan lakukanlah amalan salih"

Rasulullah s.a.w. pula bersanda, bermaksud:
"Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya." - Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim.

Mengutamakan kehalalan dalam mengumpul sumber perolehan dan juga dalam pelbagai urusan penting kerana sehebat mana pun kita beribadah kalau apa yang kita makan dan memberi makan kepada isteri dan anak cucu kita bukan dari punca yang halal, maka ketaatan serta ketakwaan kita akan ada cacatnya, doa kita tidak akan makbul.

Seorang ahli ibadah yang zuhud bernama Ibrahim Ibnu Adham misalnya, hilang kemustajaban doanya khanya erana beliau termakan sebiji kurma bukan haknya.

Beliau adalah seorang ahli ibadah yang sangat mustajab doanya dan sangat teliti menjaga pemakanannya.

Punca doaknya tidak mustajab adalah kerana beliau termakan sebiji kurma yang bukan miliknya.

Menurut bari, apanila selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim Ibnu Adham berniat menziarahi Masjid al-Aqsa. Sebagai bekal dalam perjalanan, beliau membeli kurma daripada peniaga tua berhampiran Masjidil-Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergolek di sebelah timbangan.

Menyangkakan kurma itu sebahagian daripada yang telah dibelinya, Ibrahim pun memakannya.

Setelah itu, beliau pun berangkat menuju ke Masjid al-Aqsa.

Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis. Seperti biasa, beliau gemar memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra.

Beliau solat dan berdoa penuh khusyuk. Tiba-tiba beliau mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya:

"Itu Ibrahim Ibnu Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya sering dikabulkan Allah s.w.t," kata malaikat yang pertama.

Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana empat bulan yang lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang peniaga tua berhampiran Masjid al-Haram," balas malaikat yang kedua.

Ibrahim Ibnu Adham amat terkejut. Rupanya selama empat bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya tidak diterima Allah s.w.t gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

Ibrahim beristighfar, lantas berkemas dan berangkat semula ke Mekah menemui peniaga tua penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah dimakannya.

Sesampai di Mekah, beliau terus menuju ke tempat peniaga tua itu, tetapi tidak bertemu dengan lelaki itu, kecuali seorang anak muda.

"Empat bulan yang lalu saya membeli kurma di sini daripada seorang peniaga tua. Ke mana dia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal dunia sebulan yang lalu. Sekarang saya meneruskan pekerjaannya berniaga kurma," jawab anak muda itu.

Ibrahim kemudiannya menceritakan peristiwa yang dialaminya kepada anak muda itu.
Ibrahim Ibnu Adham pun bertanya, "Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, mahukah kau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?"

"Bagi saya, tiada masalah. Saya boleh halalkan. Tetapi tidak tahu pula dengan saudara-saudara saya yang seramai sebelas orang itu. Saya tidak berani memberi keputusan bagi pihak mereka kerana mereka juga mempunyai hak waris yang sama dengan saya."

"Di mana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka seorang demi seorang," kata Ibrahim Ibnu Adham.

Setelah menerima alamat, Ibrahim Ibnu Adham pun pergi menemui mereka walaupun jauh, sehingga selesai. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim Ibnu Adham.

Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham kembali berada di bawah kubah Sakhra. Tiba-tiba dia mendengar dua malaikat yang dahulu itu, sedang bercakap-cakap.

"Itulah Ibrahim Ibnu Adham yang doanya tertolak gara-gara memakan sebutir kurma milik orang lain," kata malaikat yang pertama.

"Tidak… Sekarang doanya sudah makbul, dia telah mendapat halal daripada ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali daripada kotoran sebutir kurma yang tiada halal baginya. Sekarang dia sudah bebas," kata malaikat yang kedua.

Hanya sebutir kurma demikian jadinya kepada Ibrahim Ibnu Ibrahim. Macam mana dengan kita yang menyalahgunakan kuasa mendapatkan kawasan balak atau mengumpul kekayaan secara tidak betul,

Bagaimana dengan kita yang ponteng kerja, yang datang lambat tetapi balik awal sebagai pekerja, yang membuat tuntutan palsu dan sebagainya?

Sempena Ramadhan kali ini, marilah sama-sama kita membaiki diri, sama-sama kita berazam untuk nantinya BPR/SPRM tidak perlu wujud kerana tidak ada kerja yang perlu dilakukan kerana kita semua patuh pada hukum hakam dalam mengaut perolehan. -
Penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan pengamal media sejak tahun 1973.

Nama & Alamat Penuh Penulis;
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322

No comments: