Tuesday, August 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (778)

Lebih baik dibenarkan berkahwin dari merebaknya gejala mengandung luar nikah

SELAIN dari menikahi seorang janda berusia 40 tahun yakni 15 tahun lebih tua dari baginda yang ketika itu berusia 25 tahun, Rasulullah s.a.w. juga memperisterikan seorang gadis sundi berusia sembilan tahun yakni, Siti Aisyah binti Abu Bakar r.a.


Maknanya demi untuk kebaikkan, Rasulullah s.a.w. berkahwin demi kepentingan tugas kerasulan baginda, maka kita umatnya juga boleh berkahwin pada usia muda kerana apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. adalah sunnah dan teladan.

Sama ada pasangan lelaki lebih muda atau pasangan wanita lebih muda, sama-sama dibolehkan, apatah lagi kalau lelaki dan wanita yang mahu berkahwin itu terdiri dari kalangan yang sama-sama muda atau sama-sama tua.

Oleh itu tindakan kerajaan negeri Melaka yang membenarkan pelajar berkahwin bagi mengekang gejala hamil luar nikah yang makin membimbangkan tidak sepatutnya dilihat dan dipandang negatif atau sumbang.

Kalau matlamatnya untuk mengelak dari berlaku perzinaan dan kebanjiran anak-anak luar menikah serta kes pembuangan bayi dan janin, ianya patut disokong oleh semua pihak kerana perkahwinan adalah amalan suci dan sunnah.

Soal macam mana mahu hidup, ianya tidak perlu terlalu difikirkan kerana setiap manusia yang dilahirkan telah pun ditetapkan jumlah rezekinya kerana rezeki, ajal maut dan di mana tanah kubur telah ditetapkan-Nya.

Manusia hanya dituntut supaya berusaha tanpa rasa putus asa untuk dapatkan rezeki, untuk tidak sakit, untuk umur panjang serta mencapai apa yang diinginkan dan sebagainya tetapi mereka tidak akan mampu mengubah ketetapan Allah.

Justeru, yang harus ditentang, dipandang negatif dan songsang adalah kalau ada yang enggan berkahwin walaupun peluang dan harapan itu ada kerana memilih untuk sengaja tidak berkahwin adalah bertentangan dengan sunnah, malah dikatakan Rasulullah s.a.w. tidak akan mengaku umat baginda.

Melalui perkahwinan, maka kalangan lelaki atau wanita yang tinggi permintaan dan kemaruk syahwatnya boleh memenuhi keperluan syahwat secara halal dan pastinya akan mengelak dari kes-kes persundalan dan perzinaan yang merupakan perlakuan haram yang sangat menjijikkan.

Kalau ahli-ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan kaunselor dan Puteri Umno mahu membuat penentang atau bantahan, sepatutnya bukan tindakan kerajaan Melaka yang bersifat mahu mengekang kes-kes perzinaan dan kes hamil luar bikan tetapi kena menentang tindakan kaum wanita yang menentang poligami.

Ini adalah kerana poligami merupakan antara sunnah dan amalan yang dihalalkan oleh Islam. Menentang apa yang dihalalkan bermakna mengharamkan yang halal yang mana mengharamkan yang halal boleh menyumbang kepada kepunahan akidah.

Bila sesuatu dihalalkan oleh Islam, pasti ada hikmahnya. Sebagai Maha Pencipta, Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dicipta-Nya, termasuk tentang kemaruk syahwat di kalangan kaum lelaki yang tidak cukup dengan hanya seorang isteri bagi melayani keperluan permainan ranjangnya.

Maka untuk mengelak dari berzina kerana dalam sebulan kaum wanita ada masanya tidak boleh ditiduri suami kerana datang bulan atau memerlukan waktu yang agak panjang untuk boleh dijimaki selepas bersalin, maka suami-suami yang kemaruk syahwat dibolehkan berkahwin sampai empat kalau memang ada keupayaan.

Kalau masih juga terlibat dengan perzinaan setelah memiliki empat isteri, maknanya seseorang lelaki itu adalah manusia yang hanya berwajah manusia tetapi hakikat sudah bukannya manusia lagi, maka wajarlah kalau ianya dinerakakan kerana dosa berzina.

Seandainya ada isteri yang enggan membenarkan suaminya berpoligami yang dihalalkan oleh Islam, maka isteri kenalah bersedia dan sanggup untuk memenuhi seorang diri keperluan kemaruk syahwat suami yang sepatutnya memerlukan empat isteri.

7 comments:

Anonymous said...

Setuju sangat sangat dengan pendapat dan saranan abe li tu.

kukujariku said...

Perkahwinan adalah penyelamat daripada berlakunya perbuatan keji (Zina dan berdua-duaan bukan muhrim ke sana kemari). Lantaran itu sesiapa saja boleh berkahwin asalkan syarat nikahnya sah di sisi Islam. Mengapa perkahwinan harus disekat?
Syarat-syarat yang ketat untuk beristeri atau bersuami yang ada sekarang ini perlu difikirkan? Islam menyekat perbuatan keji, dan menggalakkan perkahwinan...
jika tidak berkahwin akan menjurus kepada perbuatan keji itu???
Mufti dan Alim Ulamak serta Pemerintah perlu fikirkan untuk menyelamat umat dari terjebak ke kancah ini.
Selain itu kesedaran agama sangat penting. Jahil dan tak kuat iman (tak takut pada seksa Allah) antara faktor berlakunya perkara yang dikutuk ini???

POK SID said...

kalu rasa tak berapa kuwat mari ngurut dengan amba. Dijamin boleh angkat buwoh nyior dua butir serta extra saiz + 2inci : Tel 012-9842359 POK SID

Anonymous said...

Bagi budak2 yang dah baligh, menggatal & miang pulak tu... Nak elak dari buat dosa besar, ZINA, perlu segera & mudahkan proses perkahwinan mereka jika cukup syarat syaraknya.

Jangan disekat atau dilengah2kan supaya syaitan tak sempat kuasai melalui ZINA, termengandung, buang/ bunuh anak..

Bagi lelaki yang mampu & adil, nak beristeri lebih dari 1 atau sampai 4 orang pun boleh.. POLIGAMI.. bagi selamatkan wanita2 yang hidup bergelumang dengan dosa zina atau jahiliyyah...

Itulah syariat Allah & sunnah Rasul.

Sesiapa yang menolak atau menentang hukum hakam Allah tersebut, dia/mereka telah mengingkari syriat Allah & risalah Rasul ... batal IMAN nya!!!! Kufur adanya! ..bertaubatlah kepada Allah. Saya telah sampaikan.


Nota:
Saya sokong tindakan poligami Bung Mukhtar & Zizie... tapi kita cipta syariat buatan sendiri bagi menyusahkan hasrat baik mereka... kita namakan "Undang2 Pentadbiran Syariah" atas nama Islam..... tak taulah.. orang2 yang dok berzina siang malam bebas melakukan .. orang poligami.. kena turun-naik mahkamah syariah sekular .... salah lah kononnya.... heehheehee ..dunia.. dunia.... yang haram dihalalkan, yang halal diharamkan,.... sampai bilakah melayu dok nak pangkah golongan jahil kurafat UMNO ni....???

Anonymous said...

Bila PAS nak laksanakan undang-undang Islam di Kelantan?.Takut kpd manusia ko atau takut pada Allah. Kecek sahaja bergegar-degar tapi tahi penuh digelegar. Betapa hudud dijaja sebagai barang lelong dan murahan PAS semata-mata atas kepentingan parti yg jauh digerakkan kedepan berbanding dengan kepentingan agama. Jawablah pemimpin PAS dan pengikut-pengikut taksubnya diakhirat nanti. jangan letakkan syurga hak milik PAS dengan senarai ahlinya dari puak-puak PAS sudahlah.

Anonymous said...

kalu nak tahu dimana takburnya PAS apabila ahli-ahlinya meletakkan Nik Aziz sebagai bebas dari melakukan kesilapan dan Parti PAS pula dianggap sempurna tanpa cacat dan celanya. Betapa hinanya menyamakan Parti dengan Agama. Islam itu sempurna manakala PAS memang ada cacat celanya. hanya manusia yg bernafsu utk masuk syurga secara mudah sahaja yang membuta tuli dalam PAS. Semoga Allah mengampunkan dosa manusia yang sepertimana tersebut.

Anonymous said...

Pertubuhan Kabangsaan Melayu Bersatu, Pekembar:

Golongan yang mendakwa perjuangkan Islam, tapi setiap kali nak laksana hukum hakam Islam ada saja alasan yang menolak syariat!

Golongan yang mendakwa perjuangkan melayu, tapi mereka lah dok melanun & bolot harta melayu! Subsidi, royalti, permit, kontrak, konsesi, .... semuanya dikebasnya... bersama kroni BN, "amalan alibaba", MCA & MIC lebih berharga dari melayu bukan kroni yang miskin .....

UMNO kena tebus balik tanah air Melayu yang tergadai, kembali kuasa raja2 melayu yang dihapus, Islamkan semula melayu2 yang murtad semasa kekuasaanya. UMNO perlu bertanggungjawab. Buktikan dengan tindakan. Barulah sesuai dengan kurafat yang mengatakan UMNO saja yang menyelamatkan melayu & Islam......

Betul ke Melayu PAS, Melayu PKR tak boleh diharap nak jaga Islam, melayu & rakyat...? hehehe... Umno, lebih 50 tahun, sanggup bersengkokol dengan MCA kaki korupsi yang dok cabar Islam & sabotaj melayu setiap masa tu...