Wednesday, August 11, 2010

MUNCUL KEMBALI (781)

Pengguna mampu melawan kenaikan harga ayam

MENGAMBIL kesempatan dan memanipulasi keperluan pengguna semacam sudah menjadi seperkara yang lumrah kepada para peniaga di negara ini. Apa jua barang yang menjadi keperluan akan dinaikan harga tanpa mempedulikan larangan dan amaran pihak berkuasa.


Ini adalah kerana walaupun apa rungutan dan keluhan pengguna mahu pun amaran dan tindakan pihak berkuasa, rata-rata akan berakhir dengan kemenangan moal kepada para peniaga, pengguna terima menerima hakikat kena tanggung kesan dan bahananya.

Lumrahnya, semakin harga sesuatu barangan dinaikan, para pengguna akan berlumba-lumba mendapatkannya dengan jumlah yang lebih banyak dari biasa kerana dalam kepala mereka, bila harga sesuatu barang naik, pasti barangannya berkurangan di pasaran.

Pihak berkuasa pula hanya akan memberi amaran tanpa tindakan, malah sering memberi jaminan stocks barangan keperluan yang dinaikan harga oleh para peniaga mencukupi keperluan, para peniaga tidak patut naikan harga dan siasatan kononnya akan dibuat.

Sempena Ramadhan tahun ini, para peniaga di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan mengambil kesempatan dan memanipulasi keperluan pengguna dengan menaikan harga ayam lebih tinggi dari harga biasa yang sudah semestinya mencekik pengguna.

Di Kedah ayam dijual RM1.30 sen sekilo lebih tinggi dari harga biasa yakni RM5.70 sekilo, (kini dijual RM7.00 sekilo) di Kelantan naik sebanyak 40 sen (harga sebelumya RM6.60, kini RM7.00 sekilo) manakala di Pulau dan Negeri Sembilan naik 30 sen yang mana harga sebelumnya adalah RM7.70, kini RM7.50 sekilo.

Berdasarkan dalam kes-kes-kes kenaikan harga barangan keperluan oleh peniaga yang tamak, pengguna tidak boleh harapkan penguatkuasa undang-undang untuk selamatkan mereka dari dicekik.

Ini adalah kerana petugas penguatkuasa adalah orang, bukannya malaikat manakala para peniaga pula adalah kalangan yang berwang yang mana wang itu pula boleh menjadi pelindung bagi melindungi para peniaga dari diambil tindakan, wang juga boleh menyembabkan tindakan diambil lambat dari waktu sepatutnya.

Ertinya para pengguna kena bertindak dan menggunakan cara serta formula sendiri melawan kenaikan harga ayam dengan jangan membeli ayam-ayam proses, sebaliknya kena memberi tumpuan kepada menyembelih ayam-ayam yang diternak sendiri.

Merujuk apa yang berlaku di Kelantan, saya rasa pelik dan keliru apabila di kampung-kampung pun ada bangsal menjual ayam proses yang menjual ayam daging.

Walhal di di bawah dan sekeliling rumah, ayam, serati dan itik bercelidaran. Kenapa mesti memilih ayam proses daripada ayam kampung, serati dan itik yang bercelidaran yang tidak perlu dibeli pun menyebabkan ayam proses menerima permintaan yang tinggi di pasaran.

Yang paling menyedihkan ada orang kampung yang tidak pelihara ayam, serati dan itik sendiri sedangkan dari segi selamatnya untuk dimakan, ayam itik yang diternak secara bebas lepas lebih selamat dimakan kerana pembesaran tanpa bahan kimia berbanding dengan ayam daging.

Demikian juga dengan sayur mayur, pelik dan ajaib apabila di kampung-kampung pun pengguna makan sayur yang dibeli sedangkan di sekitar rumah tanah dibiarkan kosong dan tumbuh semak samun atau kalau ada sayur terung, buahnya dibayar tua dan busuk di pokok.

Bagi saya kalau para pengguna yang ada peluang, kemudahan dan kawasan untuk pelihara ayam, itik, serati dan tanaman sayur-sayuran berhenti mengamalkan sikap ambil mudah dalam mendapatkan lauk dan sayur-sayuran, masalah kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran tidak akan berlaku.

Biarlah ayam serta sayur mayur di pasaran hanya dibeli oleh mereka yang benar-benar tidak dapat hasilkan sendiri kerana ketiadaan kawasan untuk pelihara ayam atau tanam sayur, pasti masalah kenaikan harga ayam tidak akan berlaku, sebaliknya ianya akan menjadi lebih murah kerana kurang permintaan.

Selagi para pengguna tidak ubah sikap, maka selama itulah mereka akan menjadi mangsa manipulasi dandicekit oleh para peniaga. Harus diketahui bahawa Jabatan Pertanian ada menyediakan benih sayur-sayuran secara percuma untuk tanaman kegunaan sendiri, naka ayam pula ada dibekalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Sedarlah bahawa ayam yang dipelihara secara bebas serta sayur-sayuran yang ditanam sendiri lebih selamat kerana tidak ada bahan kimia digunakan berbanding dengan ayam daging dan sayur-sayuran di pasaran.

Kenapa kita mestilah pilih ayam dan sayu-sayuran yang mendatangkan bahaya sedangkan kita ada peluang dan pilihan untuk mengelaknya dengan mengguna tulang empat kerat kita.

No comments: