Wednesday, August 11, 2010

IHYA' RAMADHAN 1431 (1)

Ihya' Ramadhan (TULISAN INI TURUT DIHANTAR KE SEBUAH AKHBAR ARUS PERDANA)

Dalam wajib dan sunat, ada haramnya berpuasa
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

BERMULA 1 Ramadhan, umat Islam yang akil baligh, yang berakal dan tidak mengalami sebarang keuzuran mula berpuasa sehinggalah Ramadhan melabuhkan tirainya dan Syawal menyikap tabirnya.

Tahun ini adalah merupakan tahun ke 1413 umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan jika didasarkan kelendar Hijrah yang mula dipergunakan pata tahun 622 tahun Masehi diguna-pakai sebagai tahu mula diwajibkan berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Kelendar Hijrah didasarkan kepada tahun penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Mekkah ke Madinah yang mana jarak antara Mekah dengan Madinah mengambil masa 14 hari perjalananan.

Madinah atau nama asalnya Yasrib merupakan perhentian tradisi yang terpenting bagi laluan perdagangan dari Mekah ke Syria dan sebaliknya.

Orang Yahudi dan orang Arab beragama Yahudi menguasai Yasrib sejak sebelum Masehi lagi.

Pada abad ke-5 Masehi barulah orang Khazraj dan Aus berpindah dari Arabia Selatan ke Yasrib dan telah menguasainya.

Sebagaimana orang Yahudi dan orang Arab beragama Yahudi yang merupakan orang agama, orang Khazraj dan Aus juga menerima tempias itu kerana pergaulan mereka dengan orang Yahudi dan orang Arab beragama Yahudi.

Justeru itu selepas menguasai Yasrib sedikit sebanyak orang Khazraj dan Aus faham tentang ketuhanan, kenabian, kerasulan, wahyu dan hari akhirat.

Jadi tidak hairanlah apabila datang dakwah Islamiyyah ke Yasrib mereka mudah menerimanya.

Kerana itulah apabila kota kelahiran baginda tidak sesuai lagi menjadi pangkalan dakwah dan dengan perintah Allah, maka Rasulullah s.a.w. telah memilih berhijrah ke Yasrib yang kini dikenali dengan Madinah bagi melancarkan tugas-tugas kerasulan baginda.

Setelah menjalani perjalanan jauh dan merbahaya dengan meredasi padang pasir yang luas dan panas, akhirnya pada hari Isnin 8 Rabiulawwal bersamaan dengan 19 September 622, Rasulullah s.a.w. bertemankan Abu Bakar As-Siddiq tiba di Quba, kira-kira 7km jauhnya dari Yasrib.

Baginda berehat selam empat hari di Quba dan sempat membina masjid pertama dalam Islam yang dinamakan Masjid Quba.

Pada hari Jumaat 12 Rabiulawwal, bersamaan dengan 24 September 622 Masehi, baginda beserta Abu Bakar dan Ali bin Abi Talib yang menyusuli penghijrahan bagi, masuk ke Yasrib dan telah dirai dan dimuliakan.

Pada hari yang sama Yasrib ditukar nama kepada Madinatun Nabiy yang bermakna 'Kota Nabi' yang kini dikenali dengan Madinah sebagai tanda penghormatan terhadap Rasulullah s.a.w.. Pada hari dan tarik tersebutlah juga sembahyang Jumaat pertama kali diadakan.

Sayyidina Omar Ibnu Khattab r.a. yang merupakan Khalifah Ar-Rasyidin Yang Kedua adalah tokoh yang bertanggungjawab mencadangkan penggunaan kelender sendiri oleh umat Islam.

Tahun penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah dipilih sebagai permulaan tahun hijrah manakala 'hijrah' atau hijriyah dipilih sebagai trade-mark kalender yang kini sudah pun mencapai angka 1413 dari sudut bilangan tahunnya.

Sayangnya kerana kecetekkan ilmu penulis pastinya, maka setakat ini penuulis tidak temui fakta sama ada kewajipan berpuasa sebulan bulan Ramadhan bermula pada tahun 1 hijrah yakni pada tahun 622 Masehi atau jauh lebih awal dari itu kepada umat banginda.

Setelah demikian hebat dan tamaddunnya kehidupan manusia, sepatutnya fakta-fakta itu tidak terus menjadi misteri.

Mudah-mudahan akan ditemui juga faktor itu nanti hasil usaha para cendekiawan Islam dengan dibantu oleh kecanggihan pelbagai perlatan sekarang.

Demikian juga bila menjelangnya bulan Ramadhan, yang lazimnya dikuliah, dipercakapkan dan ditulis adalah tentang puasa, fadhilat serta syarat sah puasa dan tuntutan kewajipan berpuasa serta kelebihan puasa sunat.

Jarang diperkatakan tentang larangan atau waktu dan keadaan yang haram untuk kita berpuasa.

Dalam Islam ada dua perkara pokok yang kena diberi perhatian yakni yang disuruh dan ditegah, dihalal dan yang diharamkan.

Buat yang disuruh dan halal berpahala, buat yang ditegah dan diharamkan berdosa.

Peringatan atau rangkaikata seperti apa yang dilakukan disangka perbuatan ahli syurga tetapi sebenarnya adalah perbuatan ahli neraka manakala perbuatan yang disangkakan pelakuan ahli neraka sebenarnya perbuatan ahli syurga tidak cuba dikaitkan dengan ibadah puasa.

Walhal larangan serta suruhan Allah dan Rasul-Nya releven untuk semua keadaan dan suasana bagi kesempurnaan keislaman yang mana Islam itu sarat dengan displin.

Dalam tuntuan puasa wajib dan galakkan berpuasa sunat, kita juga diharamkan berpuasa yang mana sebab musabah ianya diharamkan hanya Allah Yang Maha Tahu.

Yang pasti sama ada suruhan atau larangan-Nya tentu ada hikmahnya walaupun apa yang disuruh dan dilarang itu banyak yang bertentangan dengan naluri kita manusia yang terdedah kepada godaan syaitan dan iblis yang sesat lagi menyesatkan.

Yang dilarang atau haram berpuas adalah;
<> Puasa pada Hari Syak yakni pada hari 30 Syaaban
<> Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri, yakin pada 1 Syawal
<> Puasa pada Hari Raya Aidil Adha, yakni pada 10 Zulhijjah
<> Puasa pada Hari Tasyrik, yakni pada 11, 12, 13 Zulhijjah
<> Puasa ketika haid & nifas bagi perempuan
<> Puasa sunat bagi seorang perempuan yang sudah bersuami tanpa izin suaminya
<> Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
<> Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Sama-samalah kita mengambil peringatan dan iktibar supaya kerana terlalu ghairah, maka kita berbuat sesuatu yang kita anggap ibadah sedangkan pada hakikatnya kita melakukan amalan yang diharamkan.

Mudah-mudahan puasa kita dan segala amal ibadat kita pada tahun ini diterima-Nya di samping segala dosa kita diampunkannya dan tahap keimanan kita akan jauh lebih sempurna berbanding dengan tahuh-tahun yang telah kita tinggalkan. -
Penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin, Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan pengamal media sejak tahun 1973.

Nama & Alamat Penuh Penulis;
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
2584, Lot 146, Jalan Sultana Zainab,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel:017-9871322

No comments: