Tuesday, August 17, 2010

MUNCUL KEMBALI (787)

Pastikan juadah berbuka halal: hentikan tabiat pesta berbuka puasa di hotel-hotel

UMAT Islam terdedah kepada pelbagai sabotaj bagi menghitamkan hati, sekali gus supaya renggang dari tuntutan meningkatkan kualiti iman dan takwa melalui pelbagai cara oleh syaitan-syaitan yang berwajah manusia.


Antaranya adalah melalui penyediaan makanan yang tidak halal yang akan tumbuh menjadi daging pemakannya.

Justeru tidak hairanlah apabila 70 peratus bufet Ramadan di hotel-hotel dan premis makanan di Lembah Kelang bercampur arak sebagaimana yang didedahkan oleh JAKIM.

Mencampurkan alkohol ke dalam penyediaan bufet Ramadan adalah merupakan antara sabotaj dan pengkhianatan terhadap umat Islam oleh musuh Islam dan koncun-koncunya.


Bayangkan sehari suntuk terpaksa menanggung lapar dan dahaga berpuasa, bila tiba masa dihalalkan makan dan minum, perut diisi dengan makanan dan minuman yang tidak halal.

Keadaan itu tidak akan berlaku kalau umat Islam menghentikan tabiat berpesta berbuka puasa di hotel-hotel yang semacam suatu trend dan bersifat mempamerkan status golongan berada.

Sepatuitnya umat Islam memilih untuk menikmati juadah yang disediakan di rumah dan kena
berhenti dari tradisi pesa berbuka puasa di hotel-hotel demi kerana status atau kerana apa jua faktor.

Para isteri pula tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk mengaut pahala berganda kerana menyediakan juadah untuk keluarga berbuka puasa.

Lebih besar pahalanya lagi jika masak banyak-banyak yang pasti kosnya lebih rendah dari pesta berbuka puasa di hotel-hotel dengan mempersilakan fakir miskin atau anak-anak yatim berbuka atau pun juadah dihantar ke masjid dan surau bagi membolehkan para jemaah berbuka.

Sebagaimana kita sentiasa mencari peluang untuk mendapat laba dalam semua perkara, terutama di kalangan para peniaga, maka dalam mendapatkan pahala juga kita kena isi segala peluang yang ada dan kena mengelak dari menambah dosa.

Seperkara yang harus diingat ialah walaupun juadah yang dimasak sendiri oleh isteri di rumah yang tidak dicampur alkohol sekali pun ianya tetap haram jika punca yang diperolehi tidak halal seperti dari sumber rasuah, mengambil apa yang bukan hak kita, hasil penipuan atau kerja-kerja mungkar yang lain.

4 comments:

kakiku said...

Ihya' Ramadhan.
PASTIKAN KITA DIPIMPIN OLEH BUKAN JENIS PEMIMPIN PEREMBAT HARTA AWAM.
oleh
KAKIKU.
Memiliki harta merupakan suatu tuntutan ke atas umat Islam. Mereka dituntut supaya mencari dan memiliki sebanyak mungkin harta benda di muka bumi. Namun umat Islam mesti menginsafi bahawa harta yang dimiliki bukan kepunyaan mereka, bahkan harta tersebut diamanahkan oleh Allah kepada manusia untuk menjaganya.
Manusia bukan sahaja tidak dibenar memiliki harta secara haram, bahkan tidak dibenar menggunakan harta sesuka hati, kecuali dgn keizinan daripada syarak.
Salah satu sebab Allah tidak menerima doa seseorang adalah disebabkan harta yang dimiliki adalah harta haram. Lihat hadis Rasulullah :
عن ابي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله : إن الله طيب لا بقبل إلا طيبا, وإن الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين, فقال تعالى : يا أيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا, وقال تعالى : يا أيها الذين أمنوا كلوا من طيبات ما رزقنا كم. ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء : يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذي بالحرام فأنى يستجاب له
Lihat rangkap akhir hadis di atas, seorang yang berada dalam keadaan yang melayakan doanya diterima, beliau berdoa :" Ya Allah! pada masa tersebut makanannya daripada punca yang haram, minumannya daripada punca haram, pakaiannya daripada punca yang haram, makanan harian daripada punca yang haram, maka bagaimana Allah sanggup menerima doa manusia seperti ini.
Seorang pemimpin atau ahli syura yang menasihati seseorang pemimpin bukan hanya diharapkan oleh umat Islam dapat menyediakan pembangunan dan kebendaan. Bahkan hubungannya dengan Allah dan keredhaan_NYA adalah suatu yang teramat penting.
Namun jika kita mengharapkan pemimpin UMNO dan pendokong-pendokong mereka memiliki hasil rezeki yang suci daripada rasuah, hasil rembatan harta negara, ali baba yang menjual kontrak, bagaikan mengharapkan lubang jarum boleh dimasuki seekor unta.
Pengkhianat ini tidak memerlukan seorang berijazah untuk mengetahuinya, bahkan makcik felda yang buta pun mengetahuinya.
Persoalan bagaimana seorang yang mendakwa penulis berkelulusan agama bergantung harap kepada pemimpin yang dibenci Allah untuk di jadikan imam dan di amanahkan kehiduعن ابي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله : إن الله طيب لا بقبل إلا طيبا, وإن الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين, فقال تعالى : يا أيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا, وقال تعالى : يا أيها الذين أمنوا كلوا من طيبات ما رزقنا كم. ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء : يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذي بالحرام فأنى يستجاب له
bersambung .....

Anonymous said...

saya setuju dengan kakiku. contohnya di Selangor dgn isu pasirnya. Cuma nak tambah satu lagi di Pulau Pinang. Isu penindasan keatas orang-orang Melayu akan terus menjadi hangat sepertimana janji klon Khalifah Umar Abdul aziz yg menjanjikan keadilan sebelum ini.

kakiku said...

kah kah kah!
di Selangor pendapat doktor gigi tinggi RM45000 sehari, kerja 10 dapat bina rumah RM24juta.
p.pinang pula geng songkok dari Melebar dan culcata adalah melayu bumiputera. Geng inilah yang tunjuk perasaan kata melayu kena tindas.

Ustaz Halaqat said...

Poso-poso mi nak komen pun biar benda molek. Hujjah apa tak kenanya yang Meli tulis, kalau kena pula apa yang kenannya.

Lepas tu hak tulis komen kena tulis nama betul, lengkap dengan alamat dan nombor telefon macam Meli bila dia tulis agama, disebut nama sekolahnya.

Bila ada nombor telefon, kalau ada raso benda tak kena atau hujjah yang ditulis tak berapa jelas, boleh call, tanya terus. Bukan apa, nak tumpang ilmu jah.