Tentera dan polis tidak patut dipercikkan dengan lumpur politik
BERDASARKAN kepada perlembagaan negara, tentera dan polis serta jabatan-jabatan kerajaan persekutuan bernaung dibawah Yang Dipertuan Agong. Justeru dalam urusan surat menyurat daripada pihak berkenaan dicatat dengan jelas URUSAN SERI PADUKA BAGINDA.
Yang Dipertuan Agong tidak berpolitik dan merupakan pihak yang berkecuali dan bertanggungjawab memperkenankan penubuhan kerajaan oleh parti politik atau pakatan parti-parti politik yang menerima mandat rakyat dan mendapat majoriti dalam pilihanraya.
Baginda Yang Dipertuan Agong akan menaungi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan kerajaan serta jabatan dan agensinya kena bekerja atas nama kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik. Jika rakyat tidak berpuashati dengan perkhidmatan kerajaan dan jenteranya, rakyat berhak menarik mandat dan menukar kerajaan bila pilihanraya diadakan.
Selagi rakyat terus memberi mandat, maka kerajaan yang wujud kerana mandat kena dihormati dan ditaati. Jika dikhianati, maka yang dikhianati adalah rakyat dan kedudukan Yang Dipertuan Agong cuba dicabar.
Walaupun mungkin ada segelintir rakyat tidak berpuashati terhadap perkhidmatan kerajaan atas alasan dan faktor tertentu, namun ianya tidak boleh melakukan sesuatu tindakan bersifat mengkhianati kerajaan, sebaliknya jika perlu dan terdesak kerajaan kena ditumbangkan melalui proses pilihanraya dan kena bergantung kepada mandat rakyat.
Saya melihat kejahilan dan ketidak-profesionalan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar berpolitik apabila pasukan keselamatan cuba dipalitkan dengan lumpur politik apabila membuat dakwaan yang dikategorikan sebagai melemparkan perembohongan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berhubung dengan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang terdedah kepada kemungklinan disaman oleh TLDM mendakwa kapal selam pertama negara tidak boleh menyelam manakala Panglima Angkatan Tentera Laut berkata kapal selam Scopene merupakan aset strategik pertahanan negara bukan alat untuk meraih keuntungan politik murahan.
Bagi Tan Sri Abdul Aziz, kapal selam itu mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu. Dari segi lojiknya kalau tidak boleh menyelam mana mungkin kapal selam itu boleh menyertai kerana kapal selam kena berada di dasar laut, bukannya di permukaan air.
Yang bercakap tentang hakikat sebenar KD Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan beliau pasti lebih tahu tentang ketenteraan dan kelengkapannya, apatah lagi yang berkaitan dengan TLDM yang mana beliau adalah panglimanya.
Manakala yang memperlekehkan kapal selang itu adalah pemain politik yang masih terlalu muda dan mentah dalam gelanggang yang diceburinya dan tidak ada pengalaman dalam bidang ketenteraan, pertahanan dan keselamatan negara. Dakwaan Nurul Izzah barangkali hanya berdasarkan kepada dengar cakap.
Apa yang dilakukannya itu saya yakin boleh menyebabkan anggota keselamatan tidak akan pecah lior untuk undi parti yang diwakili kerana bila TLDM dibohongi, semua unit tentera akan turut rasa dibohongi. Pasukan tentera dalam pelbagai unit umpama satu anggota: bila paha kanan dicubit, paha kiri akan turut rasa sakitnya, kalau paha kiri dicubit pula paha kanan akan turut rasa sakit.
Bagi saya, silap besar kalau mana-mana tokoh politik sama ada yang menyokong kerajaan atau pembangkang cuba mempalitkan lumpur politik terhadap jabatan-jabatan kerajaan, khususnya pasukan tentera dan polis, lebih-lebih lagi kalau mereka diburuk, ditohmah dan diprejudisi kerana mereka adalah penjunjung perlembagaan yang akan mengutamakan keprofesionalan dalam memberikan perkhidmatan walaupun barangkali bertentangan dengan naluri sendiri.
Wednesday, August 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam..komen cikit..
tok payoh dok melenting la kalu dakwaan tu tak betul. Ambo nok tengok apa reaksi kerajaan lepas ni. Betul ke kapal selam tu tak rosak? baru2 ni pihak TLDM pun akui yang kplselam tu ada masalah teknikal! tak tahu la dah baiki ke belum atau dah pulih ke belum sebab pihak TLDM kata masih dalam tempoh 'warranty'!
Yang Izzah pertikai bukan ape, sebab 'subs' tu dibeli dengan duit pembayar cukai. bahagian komisen saja dah rm400juta! belum masuk harga dia lagi. Dok gebang hebat seantero dunia yg 'subs' ni hebat la..canggih la belum apa2 lagi dah problem! ambo percaya sebelum izzah keluar statement ni pun dia dah kaji kesan dia. bagaimana reaksi pemimpin umno..biarkan2. itulah kemahiran politik.
Setakat kita yang diluar politik ni dok mengulas, macam2 kita buleh ulas kalau kita tak setuju. pandangan masing2.
p/s: enjin jet dalam kawalan tentera sendiri boleh hilang nak hebat macammana? senjata m16 beratus2 boleh dilarikan al-maunah nak hebat macam mana?..ada kelamahan la tu..baiki la bukan dok pertahan dengan kenyataan2 palsu!..slamat berposo pengomen sekalian termasuk tuan tanah.
Kenyataan balas terhadap Menteri Pertahanan Malaysia — Nurul Izzah Anwar
August 19, 2010
19 OGOS – Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.
Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.
Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?
Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.
..sambungan hok diatas..
Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.
Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.
Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.
Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?
p/s: hah guano? betul komen ambo spt diatas tu...
Bapa borek anak rintik.
Post a Comment