Saturday, August 21, 2010

MUNCUL KEMBALI (791)

Ekuiti bumiputera: kenapa cuba dijolok sarang tebuang?

SEORANG pemimpin mesti lebih tahu, lebih bijaksana, lebih profesional dan lebih advance dari yang dipimpin. Kalau berlaku sebaliknya, bermakna kualiti kepimpinan seseorang pemimpin tidak mencapai piawan kepemimpinan.


Pemimpin yang tidak berkualiti akan mendatangkan dan menjadi punca kepada pelbagai masalah kepada yang dipimpin sebagai kata keramat orang tua-tua: bagaimana bentuk acuan begitulah rupa kuehnya dan kalau bapak borek anak mesti rintik.

Kalau Presiden MCA, Datuk Sri Chua Soai Lek benar-benar memperlengkapkan diri dengan ciri-iri kepimpinan yang mencapai piawan kepemimpinan, beliau tidak akan menimbulkan isu supaya ekuiti bumiputera dikurangkan kerana ia bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Negara.

Mahu tidak mahu perbuatannya itu umpama menjolok sarang tebuang atau mengejutkan singa lapar yang sedang tidur sertama umpama kelingking menjolok mata, malah menjadikan kedudukan parti yang dipimpinnya dipersoalkan tentang semangat setiakawan oleh parti-partio sekomponen dalam Barisan Nasional (BN), terutama Umno sebagai parti domenan.

Sebagaimana kata Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga merupakan pengamal undang-undang, Perkara 153 bukan satu peruntukkan yang mudah, ia tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetuan Majlis Raja-Raja Melayu dan sesuai dengan Perkara 157 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Justeru itu mana-mana pihak sama ada secara individu atau puak yang menimbulkan isu pengurangan atau penghapusan ekuiti bumiputera bermakna sengaja menjolok sarang tebuang atau mengejutkan singa lapar yang sedang tidur serta dari spesis kelingking menjolok mata, duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan umpama setitik nila yang boleh rosakan susu sebelanga.

Mungkin bekas Menteri Kesihatan itu boleh dimaafkan jika beliau mengaku telah membuat kesilapan kerana tidak memperlengkapkan pengetahuannya mengenai Perlembagaan Negara dan tidak meneliti fasal demi fasal serta terma dan perkara-perkara yang diperlembagaankan sebagai Perlembagaan Negara.

Bagaimanapun apa yang berlaku itu patut dijadikan satu peringatan kepada para pemimpin dan bakal pemimpin supaya membentuk diri menjadi lebih tahu, lebih bijaksana, lebih profesional dan lebih advance sebagai pemimpin dari orang yang dipimpin agar apa yang dicakap dan disuarakan tidak sampai melanggar, mencabar, menghina dan memperlekeh Perlembagaan Negara.

Soi Lek atau MCA boleh untuk tidak terus bersama BN sebagaimana dibayangkan MCA sanggup berkongsi pandangan dengan DAP kalau dirasakan itu yang lebih baik kepada parti dan kaum yang diwakilinya tetapi beliau dan MCA saudah pasti tidak akan kebal dari sebarang tindakan seandainya apa yang dituntut yakni pengurangan atau penghapusan bersifat bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Presiden MCA itu dan kaum yang diwakilinya patut bertanya apa kesan buruknya kepada MCA dan warganegara bukan Bumiputera ekoran ekuiti 30 peratus bumiputera. Apakah selama peluang-peluang untuk menguasai ekonomi terseganggu, terbantut, tersekat dan disekat oleh ekuiti bumiputera atau ekuiti bumiputera dicemburui semata-mata kerana terbit dari hati yang terlalu haloba atau pun kerana MCA ada agenda tersendiri dan tersembunyi, terutama atas nama Soi Lek secara peribadi.

Sesuai dengan semangat setiakawan kalau MCA masih berpegang kepada semangat keramat itu dalam BN, saya bersetuju dengan kemahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pertikaian tentang isu penghapusan 30 ekuiti bumiputera membabitkan parti komponen diselesaikan dengan semangat pemuafakatan parti pemerintah.

Kalau sesebuah parti komponen terlalu mengutamakan kepentingan kaum yang diwakili dan membelakangi semangat setiakawan dalam BN, maka ianya lebih bersifat sengaja menyumbang kepada keadaan tidak stabil kepada rakyat dan negara, apatah lagi seandainya bumiputera sebagai bangsa pertuanan bagi negara tercinta ini ikut sama membuat pelbagai bangkitan dan tuntutan sebagai tindak balas apabila hak mereka cuba dikacau-gugat.

No comments: