Elak kata kesat bukan dihadkan pada hari dan bulan tertentu sahaja
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
DALAM al-Quran melalui ayat 148 Surah An-Nisaa' yang merupakan ayat pemula juz ke-6 Allah berfirman yang bermaksud: "Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Dalam ayat 149 surah yang sama Allah berfirman, mafhumnya: "Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa".
Kedua-dua ayat itu jelas membuktikan bahawa Allah tidak menyukai kata-kata kesat dan buruk, sebaliknya Allah menggalakkan kita menyatakan kebaikan. Pada masa yang sama kita digalakan menyembunyi dan memaafkan kesalahan orang lain. Jika dalam konteks politik, maknanya menghebahkan kebaikan lawan dan menyembunyikan keburukkan adalah lebih baik.
Ramai yang mengawal bahasa percakapan sepanjang Ramadan bahawa larangan menggunakan kata-kata kesat bukan terhad kepada hari dan bulan tetentu sahaja, sebaliknya ianya merangkumi semua hari dan dan bulan serta dalam semua keadaan. Ianya tidak patut terhenti pada bulan puasa sahaja.
Sebagai umat baginda, kita kena ikut apa yang Rasulullah s.a.w. lakukan. Tidak ada sirah yang mengatakan baginda pernah menggunakan bahasa kesat terhadap musuh-musuh baginda. Dalam al-Quran memang ada ayat-ayat seranah Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang derhaka.
Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak memetik atau meniru herdikan Allah terhadap hamba-Nya untuk memaki dan mencerca umat baginda. Maknanya baginda cuba untuk tidak lakukan apa yang menyamai Allah walaupun baginda adalah pesuruh-Nya.
Kalau Rasulullah s.a.w. tidak mencaci dan mencerca umat baginda yang memusuhi baginda, apa hak kita sebagai umat baginda untuk mencaci cerca atau meluahkan kata-kata kesat kepada umat baginda yang tidak sehaluan dengan kita.
Mudah-mudahan amalan menjaga kata-kata pada bulan puasa kali ini akan kekal terutama di kalangan orang politik. Harus diingat bahawa ikan akan busuk bermula dari kepalanya. Kalau ada kecederungan untuk 'bercakap huduh dan celupar', cepat-cepatlah semak ayat 148 dan 149 surah an-Nisaa' dapat menjaga mulut dan lidah, malah hati dan perasaannya juga. - Penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan pengamal media sejak tahun 1973.
]
Nama & Alamat Penuh Prnulis;
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-3-5201)
2584, Lot 145, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322
Saturday, August 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment