Saturday, August 21, 2010

Ihya' Ramadan 1413 - (15)

Lima ayat Surah Thooha buka pintu hati Umar terima Islam
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

AL-QURAN yang mengandungi 114 surah, 30 juzuk, 6,236 ayat dengan 4,780 ayat terhimpun dalam surah Makkiyyah manakala 1,456 ayat lagi surah Madaniyyah dan mempunyai kira-kira 1.2 juta huruf dengan setiap huruf diberi 10 kebajikan kepada pembacanya pada bulan biasa dan kebajikan/pahalanya berganda-ganda jika dibaca pada bulan puasa, adalah kitab bermukjizat.

Mereka yang mahu ketenangan sejati, yang mahu mencari kemanisan, kenikmatan dan sentiasa berada pada jalan yang diredai boleh menggapainya melalui amalan membaca al-Quran dengan penuh ketulusan pengabdian kepada Allah selaku pemunya al-Quran.

Malah al-Quran boleh menjadikan kumpulan samseng, genstar dan orang yang bengis menjadi lembut hati. Antaranya surah Thooha yang mengandungi 135 ayat dan merupakan surah ke-20 dalam susunan surah al-Quran.

Lima ayat dalam surah berkenaan jugalah yang telah menundukkan Umar Al-Khattab dan membuka pintu hati taiko Arab Quraisy yang terkenal dengan bengis dan samsengnya itu menerima Islam, memperakukan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Disirahkan bahawa Umar Al-Khattab mengamuk sakan apabila menerima adu domba tentang adik perempuannya bernama Fatimah Al-Kattab dan suaminya telah menerima ajaran Muhammad Al-Amin bin Abdullah dan mencemarkan nama baik keturunan Al-Khattab.

Umar yang bengis lantas bersumpah bahawa pada pagi dia menerima berita itu juga dia akan tamatkan riwayat Muhammad yang dianggapnya telah menyesatkan bangsa Arab Quraisy dengan sihir-sihirya, demi nama baik dan moral keturunannya, Al-Khattab.

Bagaimanapun pengadu-dombanya berkata, kalau Umar membunuh Muhammad sedangkan Fatiamah laki bini tidak diapa-apakan, saudara mara Muhammad pasti akan membalas dendam. Maknanya Umar mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Umar lantas menarik pedang dari sarungnya dan bersumpah pedangnya tidak akan dimasukkan kembali ke sarungnya selagi setiap orang dari keturunan Al-Kattab yang memeluk Islam tidak dihapuskan bersama Muhammad Al-Amin.

Lantas dia bergegas ke rumah Fatimah. Sampai di laman rumah adik perempuannya itu, langkah taiko Umar terhenti dan dia berpaku mendengar suara adik perempuannya membaca ayat al-Quran yang dirasakan tersangat power, indah dan mempesonakan.

Sebaik sahaja Fatimah habis membaca ayat pertama hingga lima surah Thooha, Umar memanggil Fatimah dan suaminya supaya membuka pintu tetapi laki bini itu enggan membukanya kerana bimbang rahsia mereka memeluk terbongkar dan pasti akan dikerjakan cukup-cukup oleh Umar yang sangat anti Muhammad Al-Amin dan ajaran.

Dengan bengis Umar menendang dan memecahkan pintu rumah adiknya. Dengan pedang terhunus di tangan, dia bertanya lagu apa yang dinyanyikan adiknya tadi. Fatimah laki bini pada mulanya enggan memberitahu tetapi setelah didesak dan diancam, Fatimah yang sudah beberapa kali ditempeleng abangnya kerana enggan akur dengan apa yang abangnya suruh, dengan segala rasa reda untuk terima apa sahaja yang akan dilakukan abangnya tehadap dia laki bini, telah mengulangi bacaannya.

Umar terduduk dan menjadi lemah gemalai dengan keindahan ayat-ayat yang dibaca adik perempuannya. Dalam keadaan Umar yang sudah hilang bengisnya itu, Fatimah memaklumkan bahawa yang dibacanya adalah ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan kepada Muhammad, nabi dan rasul akhir zaman. Dia laki bini mengaku telah memeluk Islam dan bersedia mati atas nama penganut Islam di tangan abang sendiri.

Umar lantas meminta dimaklumkan di mana Muhammad berada ketika itu. Kerana takut akan dipenggal dengan pedang oleh Umar, maka orang yang ditanya pun memaklumkan bahawa Muhammad berada di rumah Arqam, sedang menyampaikan dakwahnya. Umar bergegas ke sana.

Mendapat tahu kedatangan Umar, para sahabat dilanda kembimbangan tentang keeselamatan Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun baginda yang selamba menenangkan para sahabat dan meminta mereka yakin bahawa Allah bersama mereka. Tidak akan berlaku sebarang kebinasaan tanpa izin-Nya.

Baginda yang pernah berdoa kepada Allah supaya salah seorang daripada dua taiko kaum Quraisy yang paling hamla dan digeruni yakni Umar atau Abu Jahal memeluk Islam bagi memudah tugas dakwah baginda, seakan sudah tahu tujuan kedatangan Umar yang lengkap dengan pedang terhunus di tangan.

Telahan Rasulullah s.a.w. memang tepat, kedatangan Umar adalah untuk melafaz dua kalimah sahadat setelah hati penentang paling keras terhadap seruan Muhammad Al-Amin itu menjadi lembut mendengar keangungan ayat-ayat al-Quran yang dibaca adiknya.

Selepas sah sebagai seorang penganut Islam, Umar lantas bertanya Rasulullah s.a.w. apakah beliau dan para penganut ajaran Muhammad Al-Amin dipihak yang benar dan Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tidak ada yang lebih dari Islam, Umar lantas mengajak Rasulullah s.a.w. bangkit untuk menentang para penentang Islam dan beliau bersedia ntuk mengepalai tugas menggepur musuh.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. menjelaskan baginda tidak boleh memandai-mandai sendiri sebagai Pesuruh-Nya. Ketika itu ayat perintah perang belum lagi diwahyukan. Pun begitu, ekoran dari Umar selaku taiko berpengaruh kaum Quraisy memeluk Islam, penentangan, pengkhiatan, ancaman dan pengkhianatan terhadap pata penganut Islam mula reda. -
Penulis adalah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan pengamal media sejak tahun 1973.

Nama & Alamat Penuh Penulis;
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201)
No. A/C Maybank -153059023187
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab.
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:017-9871322

No comments: