Doa untuk bukan Islam dalam ktutbah Jumaat: halal atau haram
BERDOA dalam khutbah adalah antara rukun bagi khutbah Jumaat. Bagaimanapun doa yang menjadi rukun adalah doa untuk kesejahteraan kaum muslim dan muslimat, terutama kepada yang menunaikan fardu Jumaat. Apa yang berlaku di Pulau Pinang dan menjadi kontroversi sekarang adakah doa dibaca didalam atau di luar rukun.
Soal salah faham dan tidak reti makna doa tidak timbul kerana doa dibaca dalam bahasa Melayu yang diperakui sendiri oleh khatibnya, Zakarian Ahmad yang mendakwa dengan tujuan supaya Allah memberi hidayah agar Ketua Menteri memeluk Islam dan ianya telah pun dilakukan sejak dua tahun lepas lagi di beberapa masjid di Pulau Pinang.
Jika merujuk kepada sirah, Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berdoa supaya salah seorang daripada 'hamla' kafir Quraisy yakni antara Umar Ibnu Al-Khattab dengan Abu Jahal supaya memeluk Islam bagi memudahkan tugas-tugas kerasulan baginda. Yang masuk Islam adalah Umar manakala Abu Jahal mati dalam kafir.
Tetapi baginda bukan berdoa dalam khutbah Jumaat. Lagi pun ketika baginda berdoa itu belum ada fardu Jumaat. Mula-mula fardu Jumaat dilakukan oleh baginda ialah pada 12 Rabiulawwal 1 Hijrah, bersamaan dengan 24 september tahun 622 Masehi, yakni kira-kira 1413 yang lampau, ketika baginda masuk ke Madinah ekoran penghijrahan baginda dari Mekkah.
Persoalan yang menjadi pertikaian dan perlu dijelaskan dengan hujjah hukum ialah sekarang ialah sama ada boleh atau tidak boleh, haram atau halal mendoakan kesejahteraan kepada orang bukan Islam dalam khutbah Jumaat. Ini yang para ilmuan Islam perlu buat satu keputusan berteraskan hukum bagi panduan awam, bertujuan mengelak dari berlaku perpecahan sesama Islam kerananya.
Kes yang berlaku di Pulau Pinang pula adalah selepas ribuan tahun tempoh masa Rasulullah s.a.w. berdoa supaya sama ada Umar atau pun Abu Jahal yang masuk Islam serta selepas 1402 tahun kewafatan baginda, kematian para sahabat dan ratusan tahun selepas para ulamak pengasas mazhab memyahut seruan Illahi. Pun beginda baginda ada tinggalkan al-Quran dan Hadis yang mana jika berpegang kepada keduanya tidak akan sesat.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan mendoakan rahmat kepada orang kafir adalah haram. Bagaimanapun beliau tidak jelaskan sumber hukum yang dipetik. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abibidin kata boleh. Tentunya umat Islam yang pro Pas akan tolak pandangan Mufti Perak manakala umat Islam yang pro Umno pula pasti akan tolak pandangan Dr Mohd. Asri.
Pemuda Umno buat laporan polis mengenainya manakala Pemuda Pas pula mempertahankan tindakan khatib. Yang keliru dan haru-birunya orang awam. Kes tidak akan selesai jika ianya asyik berbalas hujjah antara dua pihak yang tidak sehaluan dalam semua perkara. Ini masalah hukum, ianya tidak boleh diselesaikan melalui saluran politik atau undang-undang sivil.
Saya lebih bersetuju dengan Mufti Kedah Sheikh Muhamad Baderuddin Ahmad yang berpendirian sebaik-baiknya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat kenyataan rasmi untuk mengelak dari isu berkenaan dipolitikkan dengan menampilkan hujjah berteraskan hukum sama ada boleh atau tidak boleh, haram atau halal.
Memang bila berkaitan dengan soal hukum, maka Majlis Fatwa Kebangsaanlah yang patut segera tampil menunaikan tuntutan bila dua puak sesama muslim bertelagah, damaikanlah keduanya menggunakan orang tengah. Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mampu, maka ianya kena diusahakan untik mendapatkan fatwa dari tokoh atau badan yang lebih berkelayakkan, termasuk dari luar negara.
Soal yang membabitkan hukum hakam bukannya boleh dipandang remeh temeh dan dibiarkan agar ianya selesai dengan sendiri. Isi al-Quran dan Hadis perlu digali untuk menemukan hukum. Ianya perlu diselesaikan segera supaya orang awam tidak berada dalam keadaan keliru dan tidak timbul sikap berpuak-puak keranannya yang akhirnya akan merugikan ummah.
Sunday, August 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Saya setuju... penjelasan khusus perlu dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Bagi mereka yang dok mengaji agama, tadak masalah. mereka faham.
Yang masalah, ramai yang nak bercakap agama tapi mengaji agama. puak2 jenis ni tak sedar dirinya yang jahil. mereka dok kata orang lain jahil. nak mengaji agama lebih sikit terganggu... turun naik mahkamah kerana tauliahlah, ... tazkirah ramadan pun dikacau... dll.... akhirnya yang TADBIR AGAMA.. surau ko, masjid ko, pejabat agama ko, ... pegawai2 yang kurang ilmunya... kurang amalnya... kurang akhlaknya... yang penting bagi mereka restu dari Ketua Bahagian/ Cawangan UMNO masing2.... kepentingan politik sekular UMNO kena jaga dulu... biarlah umat sesat, jahil atau menjadi "melayu berakhlak pariah" hari ini..... tak apo, Janji Ketua2 UMNO tak tergugat... hehheehheeheh
PEMBETULAN..
Yang masalah, ramai yang nak bercakap agama tapi TAK mengaji agama. puak2 jenis ni tak sedar dirinya yang jahil. mereka dok kata orang lain jahil. nak mengaji agama lebih sikit terganggu... turun naik mahkamah kerana tauliahlah, ... tazkirah ramadan pun dikacau... dll.... akhirnya yang TADBIR AGAMA.. surau ko, masjid ko, pejabat agama ko, ... pegawai2 yang kurang ilmunya... kurang amalnya... kurang akhlaknya... yang penting bagi mereka restu dari Ketua Bahagian/ Cawangan UMNO masing2.... kepentingan politik sekular UMNO kena jaga dulu... biarlah umat sesat, jahil atau menjadi "melayu berakhlak pariah" hari ini..... tak apo, Janji Ketua2 UMNO tak tergugat... hehheehheeheh
Pasal apa bila ada saja kes dikaitkan dengan Umno. Saya keliru sama ada Umno yang jahat atau yang buat kaitan yang berkarat jahatnya.
Maaf sekadar bertanya. Ambo tanya diri ambo dan yang kaitkan kes dengan Umno pun patut tanya diri sendiri apa yang dibuat selari dengan Islam ke tidak?
Sebab UMNO nak kongkong semua aktiviti rakyat termasuk agama bagi jaga kepentingan peribadi & kroni pemimpin mereka.....
Dulu bekas mufti selangor bertindak terhadap pragawati melayu separuh bogel, akhirnya mufti dipecat... kerana tunduk kepada sisster in islam yang didokongi oleh anak PM mahadir masa itu..
Pernah Unit Skuad BADAR untuk kawal akhlak remaja melayu dibubarkan kerana tunduk kepada desakan sekularisme UMNO & bukan melayu BN .....
Sekolah2 agama rakyat / SAR ditindas dan didiskriminasikan bantuan kerana ketaksuban ideologi UMNO....
Jika di Wilayah Persekutuan Kl. semua AJK masjid mesti direstui oleh umno baru jawi boleh luluskan... walaupun yang tak pernah datang kemasjid dan pakai seluar pendek tak tutup aurat...jika tidak pegawai jawi kenalah tindakan...
Banyak lagilah senarai "dosa & noda" penindasan UMNO terhadap umat melayu & Islam ........ cuma yang buta hati masih bertuankan pimpinan sekular UMNO ..... sepatutnya semua melayu Islam bersatu dibawah pimpinan berdasarkan prinsip & kriteria Islam yang diwar-warkan oleh en meli ...... kita banyak parti alternatif melayu Islam selain dari umno.. contoh PAS, PKR, Berjasa, Hamim, dll ...... jika diberi peluang, mungkin mereka ini lebih baik Islam dan melayunya dari umno...
Apakah ada jaminan apa yang akan berlaku lebih baik dari apa yang ada sekarang jika kerajaan ditukat.
Macam mana dengan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang kerajaannya bukan dari BN?
Apakah ianya lebih baik atau tidak ada bezanya dengan kerajaan BN?
Ini berkaitan dengan agama, iman dan takwa. Allah Maha Tahu dengan apa yang terkandung dalam hati sanubari kita.
Sama ada kita tentang BN kerana agama atau kerana kita tak berapa dapat faedah berbanding kalau kita sokong Pas, PKR atau PR.
Secara jujurnya apakah BN telah mundurkan negara ini dan telah runtuhkan masjid dan kurangkan jumlah para pendakwah atau sebaliknya.
Bukankah PERKIM, malah OIC itu sendiri dicetuskan oleh Umno selaku pendomin BN?
Setahu sayalah, yang terkini kerajaan BN mengutamakan lepas universiti Isam bagi mengisi kekosongan jawatan pegawai tadbir dan diplomati (PTD) tetapi tidak diwarwarkan. Bukan itu ada unsur-unsur mengislamikkan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan?
Insya Allah PAS, PKR pun akan membuat perubahan yang lebih berprinsip dan struktural jika diberi peluang, ruang dan mandat penuh tanpa diganggu gugat oleh para jembalang UMNO/BN yang penuh korupsi & manipulasi itu....
Rakyat menuntut perubahan yang fundamental, bukan secar gimmick atau mockery.. iaitu...
-Pengasingan kuasa (separation of power) bagi badan2 utama negara yang jelas,
-Proses demokrasi & keadilan sosial yang realistik,
-Pendaulatan undang2 dan tadbir urus negara yang konsisten & cemerlang,.. tanpa double standards....
-Menjunjung prinsip rabbani & budaya hidup Islam yang syumul & ketaqwaan...
-Ke arah masyarakat madani.. kebersamaan dalam kemajmukan masyarakat Malaysia melalui pembangunan tamaddun bernilai hidup murni, berkemajuan, berkebajikan & kesejasteraan .....
-Membina maruah, kedaulatan & integriti negara yang merdeka dan memimpin masyarakat global......
Harapan baru..... yang tidak mampu dipikul oleh mereka yang korup & bebal agamanya ......
p/s:
OIC... apa peranannya.. atau sekadar majlis sosial elit negara2 Islam? .. Israel menganas dibumi arab & umat Islam jugak... negara2 sekular umat Islam masih berkiblat samada USA, Barat, Rusia, Cina,...
PERKIM... ada jugak peranan tapi melayu yang murtad pun ramai jugak, yang black metal, mat rempit, dadah, zina buang bayi, yang sesat melambak2....
Janganlah dok bangga2kan jenama2 yang lepas2, jika bangsa / umat Melayu Islam yang ada sekarang dan akan datang berciciran....
Akan buat dengan telah buat dua perkara yang berbeza. Macam mana kalau kalau akan itu menjadi umpama katak puru yang akan rasa purunya akan sembuh, badannya akan menjadi liin pada setiap kali bunyi guruh.
Macam mana kalau kerajaan baru yang menggantikan kerajaan yang sedia ada lebih buruk. Untuk menimba pengalaman sebagai kerajaan bukan mudah. Menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang.
Betul ke rakyat mahukan pertukaran kerajaan. Kalau itu natijahnya, kenapa BN terus diberi mandat oleh rakyat. Kita kena berfikiKena Allah izinkan BN terus memerintah. Kita berfikir secara rasional dan profesional, jangan terlalu bersandarkan kepada ketaksuban pada parti yang kita sokong.
Antara nadsu nafsi dan naluri kita dengan keperluan sebuah negara kena ada beza.
Jangan memberi penilaian secara tidak jujur terhadap PERKIM dan MIC serta pembinaan masjid dan pelbagai kemudahan untuk membolehkan rakyat beribadah dengan selesa. Lebih baik buat dari asyik kutuk apa yang orang dah buat tetapi kita tidak buat.
Allah nampak apa yang ada di hati kita, kenapa dan mengapa kita tentang kerajaan yang ada dan mengharapkan kerajaan baru yang rentah macam mana bentuk wajah, kemampuan dan kewibawaannya mengambil alih tampuk pemerintahan. Jangan sampai terantuk baru tengadah.
Saya bukan orang politik kepartian tetapi saya sayangkan agama, bangsa dan negara saya. banyak negara-negara Islam yang memperjuangkan pertukaran kerajaan ditimpa nasib malang. Tengok apa jadi di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Apakah keadaan yang saya tidak mungkin berlaku di negara kita.
Salam, kita berbiincang dan berhujah secara otak dan dada yang sejuk dengan tujuan mendatangkan faedah kepada agama bangsa dan negara. Saya tunggu respon anda sterusnya. Mohon Maaf Ustaz Ramli kerana guna blog Ustaz sebagai medan.
Tuan imam terawih kata..."Saya bukan orang politik kepartian" .. tapi penghujahan tuan imam condong berpihak kepada UMNO/BN saja... Apa istimewa Melayu UMNO berbanding Melayu PAS, Melayu PKR, dll.?
Mengapa tuan imam tak bandingkan Kerajaan negeri Kelantan dibawah Melayu PAS dengan Kerajaan negeri Pahang atau Melaka bawah Melayu UMNO? Macam mana kedudukan orang Melayu dikedua-dua negeri ini? Bangsat & merempat sangatkah orang Melayu Kelantan dibawah PAS?
Saya setuju jugak tuan imam tak kepartian .... sekurang2 tuan imam .. berfikiran terbuka... nak jaga agama, bangsa & tanah air... kena belalah jugak Melayu2 yang bukan kroni pemimpin UMNO yang dimangsakan dengan pelbagai bentuk... layanan double standard practices .... ada royalty minyak yang dinafikan, projek2/ permit2yang dibekukan, grant yang dilengahkan, program2 yang melalaikan & meruntuh akhlak anak2 melayu perlu dibatasi, ...
Tok imam terawih tak perlu risau atas perubahan rakyat secara demokrasi & Islam ... kerana sudah tentu tidak melibat kuasa tentera Penjajah USA/British seperti di Iraq... Lagi pun proses syura & demokrasi yang adil tidak menyanggahi syarak... bahkan tengoklah Revolusi Islam Iran 1979 yang menumbangkan kuasa rejim tirani Shah Iran bernaung dibawah CIA, pejuang revolusi Islam berjaya membebaskan rakyat Iran menjadi hamba USA & Yahudi... Tok imam terawih tengoklah sekarang, Republik Islam Iran telah berdaulat, bermaruah serta berjaya berdikari dengan dasar Islam, pengeluaran minyak, keupayaan teknologi tinggi termasuk kuasa nuklear, kelengkapan militari yang digeruni musuh Allah,USA & kerajaan haram Yahudi di Baitul Muqaddis & Palestin (wilayah Syam dizaman Rasulullah & sahabat2nya) ....
Saya rasa tok imam terawih ini seorang fikiran dan hati terbuka tidak ditakluki oleh "anak didik penjajahan british (UMNO)" atau ikut nafsu nafsi atau telunjuk syaitan ..... pastinya tidaka akan setuju UMNO terima perlembagaan lord reids & kerakyatan pendatang bawaan british secara "jus soli", pastinya tidak redha pulau singapura & pulau batu putih diserah kalah tanpa perjuangan, pastinya tidak rela puncak titiwangsa Genting Highland dijadi pusat kasino terbesar diasia tenggara, pastinya tidak rela alquran ditafsir semula oleh pengikut2 ajaran Mahadir mengikut selera mereka, pastinya tok imam tak akan berkompromi dengan orang melayu Islam yang tolak pelaksanaan hukum Qisas, Hudud, Qazaf, Takzir dll ...... kecualilah apa yang ambo sebut diatas tok imam tak rasa apa2..... kerana terlampau terbuka...
Saya rasa tugas imam terawih tentulah banyak untuk jaga amanah bangsa & harapan rakyat ini......
Saya hanya pilih yang terbaik. Terima kasih atas saluran maklumat tuan.
Mungkin pandangan saya sebagai bukan orang parti politik kepartian berbeza. Lagi pun dunia politik bukan dunia saya.
Saya rasa....ini sekadar pandanngan peribadi saya.... bermusuhan sesama Islam kerana politik kepartian bersifat memutuskan silatur-rahim.
Berselisih pendapat pun biarlah berpada-pada. Yang molek kena kena molek, yang tak molek kena tegur, kena dikritik, kena diberi pandangan, cadangan dan nasihat supaya diperbaiki jadi molek.
Bukan tidak boleh bercanggah pendapat tetapi berselisih secara sopan dan beradab, tegur menegur dan saling nasihat menasihati untuk tujuan kebajikan.
Post a Comment