Monday, August 23, 2010

MUNCUL KEMBALI (797)

12 Ramadan patut dijadikan 'HARI MEMPERINGATI TRAGEDI NGERI MENIMPA KHAIRIL ARIF'

KALAU benarlah bapa kepada Khairil Arif, 6 tahun, dari Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, kuala Terengganu yang mati dalam keadaan ngeri apabila setor tempat menyimpan bunga api meletup adalah pemilik bunga api berkenaan, bermakna bapa mangsa telah membayar dengan satu harga yang amat mahal kerana perbuatannya selama ini.


Walaupun segala-galanya berlaku kerana memang sudah ditetap dan ditakdirkan, namun kita dituntut mengelak dari bala bencana, apatah kalau sengaja mencari mala petaka. Andainya kita sakit pun kita disuruh berubat walaupun harapan untuk sembuh barang sudah tidak mungkin, sudah tidak ada harapan.

Apa yang berlaku yang menyebabkan Khairil Arif tercampak dan melambung ke atas pokok setinggi kira-kira 15 meter adalah bersifat bala bencana yang sengaja dicari dan kanak-kanak itu barangkali masih hidup kalau larangan menjual mercun dan bunga api dipatuhi.

Bayangkan betapa dahsyatnya apabila mayat budak berkenaan yang dilaporkan dengan sebahagian kepalanya berkecai tersangkut pada dahan pokok manakala kaki seorang daripada yang cedera parah itu hancur.

Baranangkali apabila anak sendiri terkorban, pemilik setor dan mercun berkenaan yang dikehendaki kerana melanggar larangan memperdagangkan mercun dan bunga api akan menjadikan beliau insaf dan tidak akan meneruskan perniagaan yang mungkin melabakan ttapi pada masa yang sama membahayakan.

Seebelum ini entah ada mangsa yang mengalami kecederaan gara-gara membeli mercun dan bunga api yang diperdagangkan sebelum anak sendiri terkorban oleh keghairahan memburu laba tanpa mengira bahaya.

Paling memilukan kerana mayat kanak-kanak itu lambat dituntut untuk dikebumikan pada waktu sepatutnya manakala bapa telah menghilangkan diri, tentunya kerana untuk lari dari tindakan undang-undanng kerana perbuatan terlarangnya.

Perkara telah berlaku. Kalau menangis air mata darah dan nanah sekali pun, Khairil Arif tidak akan hidup kembali. Pada pusaranya patut ditintakan dengan rangkai kata mangsa mencari laba tanpa mengira bahaya sebagai peringatan agar perkara yang sama tidak berulang.

Dalam usaha mengelak dari mentradisikan kemeriahan raya dengan bunyi dentuman letupan serta permainan bunga api dan mmercun, tarikh 12 Ramadan yang merupakan tarikh kematian negeri Khairil Arif patut dijadikan 'HARI MEMPERINGATI TRAGEDI NGERI MENIMPA KAHIRIL ARIF' setiap tahun bagi membantu menyedarkan semua pihak, terutama kanak-kanak tentang bahaya berseronok dengan dentuman letupan menjelang musim perayaan.

No comments: