Friday, August 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (799) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Bukan Islam jual lagak dalam soal ibadat, salah siapa sebenarnya?

MULA-MULA bila ada penceramah bukan Islam bercermah dengan membaca potongan ayat al-Quran wamakaruwamakarallah, ramai yang bertakbir dengan seronok, kononnya dakwah sebuah politik cukup berkesan, bukan Islam pun sudah mampu baca dan terjemah ayat al-Quran dengan baik.


Tokoh berkaitan dipuja, malah diberi sokongan padu menjadikannya cukup naik lemak, sanggup berkasar dengan polis, berani memperlekehkan undang-undang kerana diyakini akan ada pihak yang bukan sahaja bersimpati tetapi sanggup berdemonstrasi jika tokoh berkenaan diapa-apakan atau lagak dan gayanya penuh kesombongan dan keangkuhannya dihadang.

Kemudian dijalinkan kerjasama dengan parti politik yang secara jelas anti Islam dan tokoh-tokoh parti politik berkenaan dijulang dan dilihat lebih berperibadi mulia, lebih tulus dan telus serta lebih Islamik dari tokoh-tokoh parti lawan yang terdiri dari kalangan orang Islam yang kononnya tidak sempurna Islam kerana tidak menyokong parti yang kononnya Islamik, sebaliknya berpolitik secara sekular.

Dulu orang bukan Islam walaupun Islam tidak dilarang, tetapi secara tradisinya tidak akan naik ke atas masjid kerana dianggap tempat suci umat Islam yang mana orang dalam keadaan hadas besar pun tidak boleh berada dalam masjid. Tetapi sekarang berlaku sebaliknya. Orang Bukan Islam mula masuk masjid.

Mungkin kerana berkesanan dakwah parti tertentu, maka orang bukan Islam sekarang bila berhadas akan mandi mengangkat hadas untuk sucikan diri dan layak masuk rumah Allah, yakni masjid, surau atau madrasah. Kerana itu mereka boleh masuk masjid dan memberi tazkirah di masjid, surau atau madrasah.

Kesan kepada dakwah parti yang kononnya Islamik sifatnya, berlaku kes dalam doa khutbah Jumaat, khatib membacakan doa kesejahteraan untuk pemimpin bukan Islam sedangkan doa untuk Yang Dipertuan Agung yang merupakan ketua agama bagi negara ini dan berkecuali dalam berpolitik ditiadakan. Ramai pihak yang menentang tetapi parti yang kononnya perjuangannya berteraskan Islam mempertahankannya.

Pandangan tokoh-tokoh agama seperti Mufti Kerajaan Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diperlekeh, malah tokoh-tokoh agama mana pun yang bukan penyokong parti yang mendabik dada cukup Islam, akan diperlekeh, seolah-olah tokoh sahabat parti yang kononnya Islamik sifatnya lebih tahu tentang hukum hakam dari seorang mufti sedangkan tokoh-tokoh dari parti yang anti Islam itu bukan Islam pun.

Terbaru, berlaku kes seorang ahli parlimen di Selangor menyampaikan tazkirah selepas memberi sumbangan di sebuah surau yang membuatkan Sultan Selangor murka dan baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor membuat siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan surau yang terlubat.

Sudah tentu ramai yang menganggap Sultan Selangor pro parti skular dan menjadi alat parti berkenaan kerana kemurkaan baginda itu.

Yang anihnya dan sukar untuk dicari sebab musabab terutama oleh kalangan bukan pemain politik ialah kenapa dalam mencari pengaruh politik, hal-hal yang berkaitan dengan urusan keagamaan mesti membabitkan kalangan bukan Islam, sehinggakan orang bukan Islam atas nama tokoh politik boleh beri tazkirah di surau sedangkan sepatutnya yang bukan Islam itulah yang didakwah, bukannya mendakwah.

Apa yang berlaku, kalau mahu dikatakan kesan dakwah parti yang kononnya Islamik, yang bukan Islam masuk Islamnya tidak ada tetapi yang bukan Islam pula yang berani mencampuri urusan umat Islam, menjadikan bukan Islam yang mendakwah, bukannya mereka yang didakwah. Inikah apa yang dinamakan keberkesanan perjuangan parti yang kononnya berlandaskan Islam sejati?

Apakah kerana Islam kononnya cukup terbuka, pada masa-masa akan datang, akan ada berlaku kes umat Islam bersembahyang jemaah termasuk berterawih atau sunat hajat dalam kawasan kuil, ketik dan biara kerana pembinaan kuil, ketik dan kuil dianggap datangnya dari sumber yang kononnya lebih halal berbanding dengan masjid yang dibina oleh kerajaan yang kononnya skular.

Melihat kepada keadaan semasa, tidak mustahil ianya akan berlaku kerana dalam sifir politik tidak ada perkara yang mustahil. Bagi saya, kalangan bukan Islam boleh jual lagak dalam soal ibadat umat Islam akhir-akhir ini adalah kerana permainan politik kepartian yang sanggup menggadai dan memperalatkan Islam.

Untuk menyekatnya dari menjadi bertambah buruk, maka tugas parti politik terbabit dan tokoh-tokohnya yang dianggap alim dan keramat serta cakap dan pandangannya serba suci dan tidak boleh disanggah oleh sesiapa punlah yang kena betulkan keadaan sebelum Allah murka dan menurunkan bala bencana yang tidak akan sanggup ditanggung azab sengasaranya.


19 comments:

Anonymous said...

Salam,
Hahaha...hahaha...
sikit lg mesti John dan para sohabatnya menulis begini:
"ini adalah permainan politik UMNO yg terdesak"!!!
sebagaimana juga tuduhan itu dibuat bila mana ada berita yang khatib mendoakan Lim Guan Eng...Habis dikutuk..sejak zaman Umat manusia yg mnyokong UMNO sejak penubuhan UMNO ditubuhkan sehinggalah yg terkini, diburuk dan dicaci oleh penyokong2 spt John...
tapi biarlah....apa nak buat kerana itulah cara mereka berpolitik. Walau bertentangan dengan dengan adat (kalau pun tidak bertentangan dgn hukum), semua tokoh2 mereka bangkit dan meng'iya'kan serta membela tindakan ini. Ingat atau tidak, sudah dua tiga perkara yg jelas berlaku dan mendapat pembelaan ulama' PAS. Cuba igt smula...

1. Org bukan Islam membaca ayt2 suci Al-Quran - Ulama PAS membenar dan membolehkan perkara tersebut...Bagi UMNO, perkara tersebut tak patut berlaku kerana org bukan Islam yg membaca ayt2 suci Al-Quran tersebut tak mandi junub pun! Haram hukumnya...

2. Imam mendoakan Lim Guan Eng dan mengenepikan Yang Dipertuan Agong -PAS menuduh perkara tersebut hanya diada-adakan oleh UMNO..., tapi bila dah terbukti benar, dikatanya pula tidak mengapa berdoa untuk bukan Islam...konon doa mohon utk peluk Islam...inilah tipuan yg dimainkan oleh PAS...berbelit-belit macam ular kena palu!

3. Terdahulu dari itu...isu kalimah Allah...PAS juga membenarkan, malah murshidul Amnya sendiri berhujah pada peringkat awal, membenarkan...lps tu sekejap boleh...sekejap tak boleh..tengok angin...akhirnya umat Islam jd bengong dengan sendiri...Harun Din kata tak Boleh...Ulama PAS lain kata boleh...haru biru!!!. Akhirnya tengok siapa yg tanya...kalau org bukan Islam tanya, jwpannya..."boleh"...Kalau org Islam tanya..."tak boleh"...bengong habis segala umat! Ini lah wajah PAS..

4. Terkini, sebagaimana posting Abe Li...PAS cukup membela perbuatan Ahli Parlimen DAP yg masuk ke ruangan solat...alasan kerana hanya kegiatan politik, hanya menyampaikan bantuan, tidak bertentangan dgn majlis fatwa, bukan memberi tazkirah dan sebagainya...HAHAHA! lucu...pejuang Islam yg tohor kadar pemikirannya...mengapa kegiatan politik atau nk menyampaikan bantuan atau sebagainya, tidak dibuat di perkarangan masjid...takkan tak tau org yg nk menyampaikan itu adalah org pompuan Cina yg non muslim, yg tak tau bersuci kalau dia berhadas...PAS yakin ker kalau wakil rakyat ni dtg haid...dia akan mandi wajib...bukankah orang yg berhadas besar tidak dibenarkan berada dalam masjid?...Ke YB ni dah mandi wajib...!HahahaHahahaaaa...inilah wajah PAS!

Anonymous said...

Salam,
Hahaha...hahaha...
sikit lg mesti John dan para sohabatnya menulis begini:
"ini adalah permainan politik UMNO yg terdesak"!!!
sebagaimana juga tuduhan itu dibuat bila mana ada berita yang khatib mendoakan Lim Guan Eng...Habis dikutuk..sejak zaman Umat manusia yg mnyokong UMNO sejak penubuhan UMNO ditubuhkan sehinggalah yg terkini, diburuk dan dicaci oleh penyokong2 spt John...
tapi biarlah....apa nak buat kerana itulah cara mereka berpolitik. Walau bertentangan dengan dengan adat (kalau pun tidak bertentangan dgn hukum), semua tokoh2 mereka bangkit dan meng'iya'kan serta membela tindakan ini. Ingat atau tidak, sudah dua tiga perkara yg jelas berlaku dan mendapat pembelaan ulama' PAS. Cuba igt smula...

1. Org bukan Islam membaca ayt2 suci Al-Quran - Ulama PAS membenar dan membolehkan perkara tersebut...Bagi UMNO, perkara tersebut tak patut berlaku kerana org bukan Islam yg membaca ayt2 suci Al-Quran tersebut tak mandi junub pun! Haram hukumnya...

2. Imam mendoakan Lim Guan Eng dan mengenepikan Yang Dipertuan Agong -PAS menuduh perkara tersebut hanya diada-adakan oleh UMNO..., tapi bila dah terbukti benar, dikatanya pula tidak mengapa berdoa untuk bukan Islam...konon doa mohon utk peluk Islam...inilah tipuan yg dimainkan oleh PAS...berbelit-belit macam ular kena palu!

3. Terdahulu dari itu...isu kalimah Allah...PAS juga membenarkan, malah murshidul Amnya sendiri berhujah pada peringkat awal, membenarkan...lps tu sekejap boleh...sekejap tak boleh..tengok angin...akhirnya umat Islam jd bengong dengan sendiri...Harun Din kata tak Boleh...Ulama PAS lain kata boleh...haru biru!!!. Akhirnya tengok siapa yg tanya...kalau org bukan Islam tanya, jwpannya..."boleh"...Kalau org Islam tanya..."tak boleh"...bengong habis segala umat! Ini lah wajah PAS..

4. Terkini, sebagaimana posting Abe Li...PAS cukup membela perbuatan Ahli Parlimen DAP yg masuk ke ruangan solat...alasan kerana hanya kegiatan politik, hanya menyampaikan bantuan, tidak bertentangan dgn majlis fatwa, bukan memberi tazkirah dan sebagainya...HAHAHA! lucu...pejuang Islam yg tohor kadar pemikirannya...mengapa kegiatan politik atau nk menyampaikan bantuan atau sebagainya, tidak dibuat di perkarangan masjid...takkan tak tau org yg nk menyampaikan itu adalah org pompuan Cina yg non muslim, yg tak tau bersuci kalau dia berhadas...PAS yakin ker kalau wakil rakyat ni dtg haid...dia akan mandi wajib...bukankah orang yg berhadas besar tidak dibenarkan berada dalam masjid?...Ke YB ni dah mandi wajib...!HahahaHahahaaaa...inilah wajah PAS!

kukujariku said...

sikit lagi orang bukan islam boleh baca talgin dikubur orang islam pulak?????

Anonymous said...

Bukan sahaja boleh baca talqin bahkan boleh bagi ceramah untuk menambahkan ilmu untuk pengikut PAS (Puak Ahli Syurga). Alasannya akan dicari. contohnya Nabi belajar mengenali anjing yg sudah matang/belum matang pun daripada orang bukan Islam. ni lah hujah yg akan mereka guna untuk membenarkan kalangan bukan Islam bagi " tazkirah" kepada mereka. Rosak agama !!!.

Anonymous said...

TAZKIRAH 2 : PARTI DAN AGAMA

Sedih bercampur hiba
parti dan agama bertukar kira
tahu hal parti dan semasa
dikatakan tahu hal agama
agama dan parti dikata serupa
parti itu agama
agama itu parti dakwanya

Inilah manusia akhir zaman
guna islam untuk kepentingan
jaja hudud kemana sahaja
konon kita jaguh perlaksana
salahkan orang bila tak berjaya
PAS didakwa serba sempurna
sedangkan kelemahannya amat ketara
lambang riak dan angkuh manusia

ayat demi ayat dibaca
akhirnya DAP jadi regu utama
PKR pun ikut serta
Guan Eng jadi khalifah tiba-tiba
didoakan kesejahteraan untuknya
saudara seagama dicela nista
didoa hina dan celaka

DAP diangkat sahabat setia
Karpal Singh konon salah sangka
bila terlepas dari tarbiyyah
sehingga dia dinyah
pengerusi DAP rela menguyah
PAS kini tersepit dicelah

Hudud tidak kedengaran
takut hilang kawan
takut hilang rakan

Dalam khutbah nanti jangan lupa
doakan Karpal Singh juga
biar dia joint PAS sama
sebab PAS dan Islam itu takde beza

Wahai kawan wahai rakan
Islam itu agama Tuhan
PAS itu ciptaan insan
Islam itu jauh kedepan
PAS itu nak menumpang
kot-kot boleh keuntungan
dengan memperdagangkan Islam
syurga dan neraka menjadi mainan
sebab pemimpin mereka yang tentukan

Marilah kita kalian
tanya iman bukan syaitan
jangan bertukar
kaca dengan intan
PAS dengan Islam

KUKUKAKIKUKUKIKISKIKIS
Kota Bharu
Kelantan

john said...

Amboi3x..sedapnya mulut korang dok kutuk aku ya( dalam nada nyah!)

..tu la korang bila aku kata korang jahil, korang marah. Yang korang dok ngaji separuh2 islam tu yang jadi masalahnya. Kalau aku kata yang umno sesat korang marah.

ni aku turun petikan korang..

"ini adalah permainan politik UMNO yg terdesak"!!!
sebagaimana juga tuduhan itu dibuat bila mana ada berita yang khatib mendoakan Lim Guan Eng...Habis dikutuk..sejak zaman Umat manusia yg mnyokong UMNO sejak penubuhan UMNO ditubuhkan sehinggalah yg terkini, diburuk dan dicaci oleh penyokong2 spt John...tapi biarlah...."

korang tahupun prinsip aku. Korang cari la dalam kitab2 tu..persoalan ini..

1.Salahkan bukan islam masuk ke surau/masjid jika mereka berpakaian sopan?

2.Berdosakah khatib pak ya tidak menyebut secara khusus nama Agung sedangkan beliau mendoakan semua pemimpin (termasuk agung ke najib ke yang ada diMalaysia?) nama guan eng di sebut kerana mohon dibuka hati menerima Islam?

Amboi3x pendokong umno, janganlah engkau disesatkan oleh ideologi umno itu. Belajarlah lagi seperti mana chek ni..salam ramadhan no...

john said...

Amboi3x..ni chek nak 'paste' kata2 Ustaz Asri (bukan pas bukan Umno) kalau korang nak marah marah kat dia bukan chek no...

"Asri: Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
Oleh G ManimaranAugust 29, 2010KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat.
Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, “sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.”

“Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

“Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Asri, ada media yang melaporkan beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi berucap di Surau Al-Huda, Kajang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Asri, beliau tidak campur dalam urusan politik wakil rakyat itu dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di surau tersebut."..

Anonymous said...

kalau ikut dr asri dan nik ajis gak...punah abislah...buat fatwa ikut mood dia yang sebelah pihak je...sikit lagi punah habis masyarakat islam....kalau nak jadi ulamak biar ulamak yang menyatukan umat islam bukan memecahkan umat islam....
loni di kelate puak bukan islam make dan hisap rokok di tengah-tengah khalayak orang islam...mengapa mereka sudah berani berbuat demikian di bulan puasa ini????? adakah kerajaan negeri menggalakkan begitu????? bokali muga dia orang kafir ikut dialah....

Anonymous said...

salam...
nak jawab hok John..
org Islam masuk dlm ruang solat..mememang SALAH!
1. Perempuan Islam yg datang haid pun tak dibenarkan berada dalam masjid...yang YB Cina ni tah berapa kali datang haid, tapi John yakin ke dia mandi wajib????

2. “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis” - [surah al-Taubah : 28]
- molek ko kalu najis bwk masuk dlm masjid????

fikirkan lah...

Anonymous said...

Apa ulasan menteri besar Kedah tentang perlaksanaan hudud :

"Melaksanakan hudud bukan agenda utama Kerajaan Negeri dan tidak diberi keutamaan buat masa ini"

Alasan :

Azizan berkata, meskipun hudud bukan menjadi keutamaan di Kedah, usaha menerapkan nilai-nilai Islam lebih diberi penekanan sama ada dalam urusan pentadbiran mahupun kemasyarakatan.

Ulasan :

PAS dok jaja hudud ni sampai letih. Rakyat dok tunggu bila lagi nak laksana hudud. Nak buat hudud camna di Kedah, draf enekmen hudud pun tak dibicang dalam dewan undangan negeri. Nampak gaya hudud akan tetap dilelong oleh PAS dalam pilihanraya nanti dengan jualan yang amat murah demi mainan politik murahannya.

Anonymous said...

Puok2 fanatik UMNO dan balaci tunggangan pemimpin2 korup UMNO yang menjadi batu penghalang kepada interaksi positif antara kaum, dan, pendedahan kesyumulan dan keadilan Islam kepada semua golongan masyarakat di Malaysia ....

Jika orang2 kafir, Cina, India, Sikh, Siam,.. dah mula berjinak2 dan mendekati untuk memahami Islam.. mengapa UMNO menjadi batu penghalang dan mengambil peranan Abu Jahal & Abu Lahab?

Islam rahmat seluruh alam ... Islam untuk semua... semua manusia berhak menikmati kebenaran dan keadilan Islam, mengapa UMNO terlalu gusar dan melalut terhadap setiap perkembangan terbaru yang melibatkan "DAP/ PKR/ PAS" tanpa menilai secara berobjektif dan positif demi Islam? Apakah UMNO menyebabkan masyarakat bukan Islam lebih bersikap Islamofobia lagi? Bila UMNO nak merealisasi Ayat Suci yang bermaksud "Dan serulah manusia kepada jalan Tuhan (Allah) secara hikmah dan nasihat2 yang baik"... ???? Bukan cara UMNO menakut2kan orang kafir atau umat Islam sendiri....

Islam tidak bersifat eksklusif dan milik peribadi segolongan puak/kaum/ zaman. UMNO cuba "menyimpan" dan "mengongkong" Islam untuk kepentingan golongannya saja. Sebab itu pentadbiran hal ehwal Islam disesetengah negeri amat jumud dan jengkel ... serta tidak menggambarkan ianya sebuah institusi yang murni dan tulus. ...

Sepatutnya masyarakat Islam, sama ada UMNO, PAS, Berjasa, dll menjadi model dalam menghayati Islam yang sebenar, ....
sebagai Murabbi, Mualim, Mubaligh, Pejuang, Pendakwah, Penegak kebenaran, Pembela keadilan, .........

bukan sebagai...
Penzalim,
Perasuah,
Penipu,
Penyeleweng,
Pencuri,
Perompak,
Peragut,
Penzina,
Perogol,
Penjudi,
Pemabuk(arak/dadah),
Pengacau,
Penjahat,
Pengganas,
dll.

Anonymous said...

salam...

HAHAHA! ACU BACO SMULA NI...

Jika orang2 kafir, Cina, India, Sikh, Siam,.. dah mula berjinak2 dan mendekati untuk memahami Islam.. mengapa UMNO menjadi batu penghalang dan mengambil peranan Abu Jahal & Abu Lahab?

Tengok betapa kejayaan PAS membawa puak2 ni ke arah mendekati Islam...

1. Bacaan ayat2 suci Al-quran oleh orang bukan Islam - PAS kato boleh!...
Ulasan: x mandi junub pun boleh jugok?

2. Penggunaan kalimah Allah oleh gereja...ulama' PAS kato boleh...(boleh smace puok PAS ni...)
Ulasan: samo2 puok PAS sdiri pun bengong! ada kato boleh ada kato x leh, ramai yg kato boleh...Dr. Harun Din jer yg kato x leh...

3. Doa dlm khutbah utk Lim Guan Eng..PAS kato 'OK'...!
Ulasan: mengapa doa untuk Agong ditiadakan?, menyayangi Lim Guan Eng lebih dari sayang kat Agong?

4.YB cina masuk ruang solat dlm masjid...PAS kato 'BOLEH!', 'SOKONG!'
Ulasan: Pompuan Islam yg datang haid pun x dibenarkan berada dlam masjid...cina ni PAS dah ajar mandi wajib kot!

5.Karpal Singh kata... "Nak laksana hudud, langkah mayat saya dulu!"...ni lah bukti kejayaan besar PAS menarik org bukan Islam ke arah Islam kot!
Ulasan: Nik Aziz kata "tu bukan pendirian DAP tetapi hanya pendirian peribadi"...Nik Aziz lupa, Karpal Singh tu adalah Pengerusi DAP!...siapa yg perlu bercakap bagi pihak parti untuk menyatakan pendirian parti????

6. Bila berlaku rampasan arak di Selangor...DAP mengarahkan supaya arak tersebut dihantar balik...HAHAHA! jadi macam kartun...Tersengih2 Hassan Ali...ore wat menganying!
Ulasan: sebab dibuat tanpa planning dan hanya nak meraih undi jer...Lebih takut kat Roony Liew daripada takut kat hukum tuhan...HAHAHA!

7. banyok lagi ehhhhh...malah doh nk nulih...

nilai sdiri la....hahahaHAHAHA!

Anonymous said...

... Fahaman Islam yang ditafsirkan mengikut otak assobiyyah sekular UMNO ... dan manusia bebal agama..
..yang halal diharamkan..
..yang haram dihalalkan..

Kerajaan UMNO, bunuh alim ulamak, Ustaz Ibrahim Libya .. OK?

Kerajaan UMNO, ISAkan alim ulamak, .. OK?

Kerajaan UMNO, halang ceramah alim ulamak, .. OK?

Kerajaan UMNO, sekat bantu SAR, .. OK?

Kerajaan UMNO, benarkan.. bangun kilang arak, bangun kasino Genting Highland, .. OK?

Kerajaan UMNO, tolak hukum qisas, hudud & qazaf, .. OK?

Keegoan jiwa hasad dengki & kesempitan otak dungu UMNO sudah amat parah & mendalam.. susah nak terima kebenaran jika sesuatu itu datang dari PAS/ PKR/ DAP ... walau pada hakikatnya "satu-satu amalan itu" yang masih dalam keharusan & fleksibeliti syariah yang luas itu.

Anonymous said...

1)PAS jaja hudud. OK
2)PAS menggunakan Islam utk kepentingannya. OK
3)Pemimpin PAS gunakan Islam untuk peribadi. OK
4)PAS mempermainkan hukum agama.OK
5)Pemimpin PAS angkuh dan sombong dengan kenyataan berkaitan Islam. OK
6) Pemimpin PAS Sokong Arak di Shah Alam dan bercadang untuk memperluaskannya. OK
7) Pemimpin PAS cakap tak serupa bikin. Janji nak laksanakan hudud kepada puak-puak mereka tapi lain janjinya kepada kalangan bukan Islam. OK
8)PAS memanipulasikan hasil balak di Kelantan sebagai hadiah. kalau pihak lain rasuah. OK
9) Suka menghina dan mencaci sesama Islam dan mendoakan kemusnahan untuk nya tetapi mendoakan kesejahteraan kepada kalangan yang bukan Islam. OK
10) PAS membenarkan caci mencaci dan hina menghina sesama Islam. OK
11) PAS bersahabat dengan Syaitan dan rela berkawan dengan Syaitan yang diisytihar Nabi SAW sebagai musuh. OK
12) PAS tidak beradab dan berhikmah dalam tutur kata dan bermulut celupar lagi boros. OK
13) PAS berani menyatakan pengikutnya dijamin syurga sedangkan syurga itu hak mutlak Allah. OK

(bersambung)

Anonymous said...

Sebagai seorang "pemimpin Islam" dari pihak rakyat mintak Najib sebagai PM tu.. sekali sekala tolong baca mana2 kitab agama dan mengajar rakyat supaya faham hukum hakam Allah seperti mana yang dibuat oleh nik aziz atau hj. hadi awang atau dulu anwar pernah pimpin usrah abim/ tazkirah agama...... masa saya tabik la yang pemimpin2 UMNO hebat jaga kesucian Islam... ajar le juga kepada isteri2 pemimpin UMNO yang belum sampai seru "tutup aurat" tu .. kalau najib ko, muhyidin ko, rais yatim ko....tak berkemampuan berbuat demikian.... tak payahlah dok mendabik dada yang "akulah yang lebih ISlam"...

Penacndu Akhbar Utusan Malaysia said...

Hudud tidak semestinya dilaksana – Pas

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.

Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.

“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.

“Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya.

“Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat.

“Bila masyarakat sudah bersedia dengan penjelasan, kefahaman, pada masa itu kita akan laksanakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan yang pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk Pas terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan sedia ada.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.

Baru-baru ini, Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, cita-cita Pas untuk menegakkan syariat dan sebuah negara Islam tidak pernah berubah tetapi pelaksanaannya bergantung kepada persediaan masyarakat yang juga pengundi.

“Rakyat Malaysia iaitu pengundi, walaupun pilih Pakatan Rakyat tetapi mereka belum bersedia untuk menerima pelaksanaan (hukum hudud) kita tak jadi masalah.

“Selama ini kita bagi tahu nak laksanakan negara Islam pun bukan nak memaksa, tapi dilaksanakan dengan persetujuan pengundi, itu paling penting. Sebab, bila rakyat setuju soal perlembagaan sekular tak berbangkit dah,” katanya.

WORIH HUSIN CETON TANAH MERAH said...

Guano pulok? Kalu nak pakai perlembagaan yang sama dan memerintah serupa dengan Barisan Nasional, babuk apa nak tumbangkan kerajaan yang ada.

Ko nak suru Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guang Eng bersilih ganti dengan TGNA beri kuliah Jumaat di Masjid Negara atau di perkarangan pejabat Pas Kota Bharu kalau PR bentuk kerjaan.

GILO!

Seman Batu Sebutir said...

Demo baru tau puak-puak ni GILO? Kawe tau lama doh, sebab tu kawe tinggalkan Pas.

Nik Amar pulok yang duduk babuk ppecoh ppayan budu tengah ramai pasal apo

BERAT!

Anonymous said...

Insya Allah PAS, PKR pun akan membuat perubahan yang lebih berprinsip dan struktural jika diberi peluang, ruang dan mandat penuh tanpa diganggu gugat oleh para jembalang UMNO/BN yang penuh korupsi & manipulasi itu....

Rakyat menuntut perubahan yang fundamental, bukan secar gimmick atau mockery.. iaitu...

-Pengasingan kuasa (separation of power) bagi badan2 utama negara yang jelas,
-Proses demokrasi & keadilan sosial yang realistik,

-Pendaulatan undang2 dan tadbir urus negara yang konsisten & cemerlang,.. tanpa double standards....

-Menjunjung prinsip rabbani & budaya hidup Islam yang syumul & ketaqwaan...

-Ke arah masyarakat madani.. kebersamaan dalam kemajmukan masyarakat Malaysia melalui pembangunan tamaddun bernilai hidup murni, berkemajuan, berkebajikan & kesejasteraan .....

-Membina maruah, kedaulatan & integriti negara yang merdeka dan memimpin masyarakat global......

Buat perubahan secara "koho-koho" -- buang dulu amalan maksiat & munkar UBN kemudian kita kesot pulak hal2 tanzim hukmiyyah....

Harapan baru..... yang tidak mampu dipikul oleh mereka yang korup & bebal agamanya ......